Wednesday, December 26, 2012

Review Recipe Pai Epal Seorang Lanun


Salam ceria readersku yang sempoi dan comey skalian~ 

Happy holidays bagi yang sedang bergumbira bercuti sempena hari Natal.. bagi yang masih sedang menyambut hari Natal, banyak dapat hadiah kali ni? ^^

Okies, kali ini entry pasal makanan: Apple Pie ala-ala mekdi's. Last week Aujinz@Lanun Ranggi ada kongsi cara-cara dia buat apple pie express (15 minit) versi malas menguli, yang mana dia kata rasanya adalah seakan-akan apple pie mekdi. Wow.. aku tertarik untuk mencuba, sebab tak perlu menguli dan guna roti saja sebagai crust pie itu.. sungguh tergamit curiosity aku untuk mencuba eksperimen ini, dan ingin aku rasa apa boleh pakai ka statement Aujinz yang mengatakan ianya macam mekdi punya apple pie? Muehehee, mari mengeksperimente~ (ala-ala evil professor berlabcoat, bersarung tangan dan face mask, dengan mimik mata yang penuh evil intent) XD

gambar ini - property of Aujinz/LanunRanggi

~Recipe apple pie Aujinz~

2 bijik epal hijo
4 sudu besar gula perang (Brown Sugar)
1 sudu teh tepung jagung (Corn starch)
1 sudu teh serbuk kayu manis (Cinnamon)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)
8 keping roti putih
1 biji telur ayam


Maka, inilah hasil apple pie aku daripada follow dia punya recipe..,


Secara ringkasnya, nak buat dia cenggini.., 

1. Potong dadu kecil epal hijau, lepas tu panaskan dalam sauce pan bersama gula perang, serbuk buah pala, serbuk kayu manis, tepung jagung, dan sedikit air. 
2. Dah siap masak inti pai tu, sejukkan kat atas meja (tak perlu masukkan ke dalam peti sejuk).
3. Steam/wapkan roti putih selama lebih kurang seminit, kemudian leperkan roti tu dengan menggunakan pastry roller. 
4. Letakkan inti tadi kat bahagian tengah2 roti, lipatkan roti dan kejapkan/seal bahagian tepi roti itu dengan menggunakan garfu.
5. Sapukan sebatian telur ayam atas permukaan setiap pai, kemudian goreng dalam minyak masak (seeloknya minyak kelapa sawit kerana kuatiti yang banyak diperlukan, dan minyak kelapa sawit mempunyai banyak kebaikan dan lebih menyihatkan), sehingga warna pai kelihatan keperang-perangan. Okies, apple pie ala mekdi sudah siap ^^


Muehehe... so, rasa apple pie Aujinz style ni sama tak macam mekdi punya apple pie? *NGAP.. krup krup.. om nom nom.. diam selama 5 saat, dengar bunyi cengkerik dulu..*

Hmmm... aku bagi score 8/10 la, boleh dikatakan hampir sama... hebak mung jinz, caya laa... XD

So skang ni anytime aku nak makan apple pie ala-ala mekdi, aku bikin sendiri jek senang.. tak payah la aku jadi 'tak sentitip' lagi dan terjah mekdi hanya kerana apple pie... ohhaa~ (dah lama aku tak jejak kaki ke mekdi neh sebenarnya, aku sangat jarang makan kat luar.. aku spesis yang lebih yakin dan suka masak sendiri, biarla hanya nasik putih, telur ayam dan kicap sekalipun, itu dah kira a good meal bagi aku.. ) ^^

Selamat mencuba apple pie Aujinz style, makan time panas-panas oohlalaa... ganbatte minna~


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=) 


52 comments:

  1. Hmmmm
    kagumnya org yg suka memasak ni...
    Aku?
    Megi bujang je yg pandai...
    goreng telur pon hangit..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih.. owh aku rasa aku bleh agak paseipa ko tak suka memasak.. msti sbb lipas suka lepak kat dapor, maka itu menjadi penghalang utama ko.. XD

      Delete
  2. Hahahha.. hang cuba jugak no.. aku tengah nak bereksperimen lagi dengan crust dia. Dah dapat, aku update XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sila sila.. ya aku pon nak bereksperimen dgn roti dari brand lain pulak, mesti lain texture dia.. XD

      Delete
  3. Nanti saya cuba nakc arik bahan dulu
    Trimas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat supermarket, cari kat bahagian buat kek ^^

      Delete
    2. Dah buat pon :) sempoi dan sedap
      trimas Aujin

      Delete
  4. tak guna..ojinz memang terer masak..kena tutor dengan dia ni..
    tapi ojin punya goreng macam lagi cantik je dari ko..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku 1st time buat apple pie ni meh, of kos la tabley lawan sifu dia meh..lol :p

      Delete
    2. aujinz mmg hebat nazha, die segak.. bergaya.. pandai memasak lagi, lukisan dia pon lagi lawa dari ko.. :D

      Delete
    3. bebudak skolah tak matured detected..

      LoL XD

      Delete
  5. sedap ka apple pie ni? aku tak penah makan benda2 macam ni
    orthodox skit selera aku ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. kalo ang suka makan apple pie mekdi, ang akan suka makan ni.. kalo ang nak ganti boh inti lain pon ok, kentang ngan daging ka, jadi la pai daging ala2 karipap =D

      Delete
  6. serbuk buah pala boleh bagi sos tu lagi likat ke?
    buat sos tanpa serbuk buah pala boleh tak?

    ingat nak guna rambutan utk ganti epal, cun tak idea ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg bagi sos tu likat tu tepung jagung, takmo guna serbuk buah pala pon sukati ang la ^^

      rambutan? haha bley try tuh XD

      Delete
    2. eh tak perasan pula ada tepung jagung...

      kat rumah ada banyak rambutan, mau try la dalam beberapa hari.

      ini level senang nih, wajib cuba. kalu tak pernah buat takle kawin ampat...

      Delete
    3. LoL motivasi yg tak bley blah btol..

      Delete
    4. ganti nenas pon ok juga rasanya

      Delete
    5. ganti nenas pun cara jugak... mungkin pisang lebih digemari?

      apa2halpun, udah buat tapi inti epal pasal rambutan ada org perabih...... chiess

      mmg makanan yg senang nak buat la, rasa nak buat lagi.

      Delete
  7. plain..bile nak jemput aku dtg umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihihi.. kalo aku dok kl, aku dah jemput dah ^^

      Delete
    2. Kak Plain kat Perlis ka? Kami boleh aje datang kalau ada undangan :)

      Delete
  8. Dah banyak show off makanan ni bila nak buat open house ni kak Plain?
    kekeke laparnye saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. eii sis share recipe makanan2 ni utk anda try buat sendiri lor.. jap je nak buat ni, kamon kamon cungkilkan kebolehan memasak anda ^^

      Delete
  9. kalau camni punya pandai memasak,saya sruh mak saya hantar rombongan ke rumah you je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eii eii.. apa crita si gadis pilihan parents ang yg kat kg tu berz? jgn kuciwakan perasaan ank org tu berz :p

      Delete
    2. Anon Comey Lagi Oshem12:50 AM, December 29, 2012

      Whoa gak kekekeke

      Delete
  10. beberape hari lepas dah balik kampung..nak 'survey'.hasil dari pemerhatian..orgnye bersikap sederhana (gadis kampung la katakan),pandai buat kuih (karipap dengan cucuq badak dia punya la sedap..boleh laku kalau jual),gemar berbaju kurung apabila keluar rumah,agak pendiam dan slalu senyum (malu la kot).tapi perkara yg paling saya ingat sekali..bila dia dtg tuang air kopi depan saya..tak ada bau wangian mahal2 yg slalu perempuan pakai..saya cuma bau losyen dan bedak baby johnson..hahah..unik,amat unik.wajah?cukup menyenangkan saya (tak perlu cntik mcm miss universe..sbb saya pun tak hensem).saya perhatikan ape tabiat dia (kot2 la suka gigit kuku ke,kaki dok goyang2 ke),yang saya perasan..dia cenderung untuk susun semua benda yg berada depan dia secara tak sedar (terutamanya masa dia berborak).Atas meja kecik kat ruang tamu ade teko,piring n cawan serta baki2 kuih yg tetamu tak abis makan.masa saya berborak dengan dia,dia sembang sambil susun semua benda tu.sangat2 rajin menyusun.biasa atau agak luar biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaau.. hui terbaik dah tue.. hehe patut ler parents ang bekenan tu.. dia pun ok je kan ngan ang? ha apa lagi bertunang ler pehtu nikah, elok sgt dah tu.. nk yg cmna lg? hehee XD

      Delete
    2. eh,sabaq2..tak boleh laju2.hehe.saya bukan memilih.cuma nak mengenali dulu..supaya saya tau apa yg dia suka,apa yg dia tak suka.sekrang ni memang dia tak berani nak cakap,baru kenal.saya tak nak dia simpan2 dalam hati kalau ada yg dia tak suka pasal perangai atau tabiat saya.sebelum ada ikatan,bagitau dulu awal2..saya boleh betulkan.

      Delete
    3. owh blom kenai btoi2 lg ka? ingatkan dah agak lama dok contact2.. kira baru sgt2 la ni? ok sila2 kenal hati budi memasing dlu ^^

      Delete
  11. Anon Comey Lagi Oshem12:49 AM, December 29, 2012

    Dari pengalaman saya dia cover malu tu bang so borak sambil susun barang :)

    ReplyDelete
  12. ok esok jugak beli epal n stuff hehe omnomnomn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha try jgn x try, beli epal ijau tau XD

      Delete
    2. Kenapa epal hijau? epal lain tak boleh ke?

      Delete
    3. apple pie ni kena ada elemen sour skit, kalo tak mmg akan jd tak sedap, tak kena semacam ^^

      Delete
  13. mohon delivery secepat mungkin cik plain.. air liur gua dah tak berenti meleleh ni.. perut pun dah berdengang-dendang sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oits pizza, dah balik dr bercuti ke? amacam best jalan2 cari pasal? XD

      Delete
    2. bestttttttttttttt aku rasa 4 hari 3 malam tak cukup la.. perlu 7hari 7malam baru siok. hehehe. tapi kat sana manjang aku rasa nak demam, sekali balik Malaysia, ok terus sihat. muahaha

      Delete
    3. Rindu kitaorang ler tuh :P

      Delete
    4. hahaha.. windu ler sgt.. :p kat sana sama panas je dgn KL. cuma sana jem giler. tu yang jadi sakit kepala dibuatnya.. so plain, aku masih menanti apple pai air tangan ko ni.. huhu

      Delete
    5. hahah pizza, kalo ko buat sndri lagi cepat n sedap dari yg aku hantar.. sbb benda ni kena makan panas2, nak buat die pon jap jer :p

      Delete
    6. x pe.. aku bab nak panaskan2 makanan tiada hal.. cepat je.. bab2 nak masak sndr tu yg jd lambatt sgt2.. huhu

      Delete
    7. Owh sana suruh pi tempat jem
      pi je la cuti-cuti Malaysia :)

      Sakit kepala & demam hurm projek berjaya ke?
      muhahahaha


      Delete
    8. orang sponsor gi jejauh.. pe lagi.. terbang lah.. owh tgh bendera merah.. projek tidak berjaya :p

      Delete
    9. loqlaq hampa nih pui......

      Delete
  14. beb aku jupe satu blog review anime. layan :D

    http://vien-oneesama.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah aku suka review 'stolobeli koi' dia XD

      Delete
  15. salam...

    best resepi epal pie ni...sng n cepat..jmpt singgah yer, http://mytravelmyfood.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Sedapnya,.epal pie feveret..bleh la buat sndri nnti..part jinay2 ni mmg best ni..nk bli kt mcd..kira wit mnyk lg...huhu..da la jauh mcdnya..

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)