Salam Oktober semua, yosh segmen highlightkomentar kembali lagi (setelah sekian lama segmen ini menghilang ditelan masa) :p
Last time (3 years ago - lulz) aku buat kategori pelukis, kali ni kategori campur pula (ataupun blogger, memandangkan mereka berempat ini adalah active bloggers yang ohsem). Segmen ini khas diadakan sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka yang agak rajin singgah memberi komen sepatah dua kata di blog picisanku ini, selama ini. Dalam satu segmen, aku highlightkan 4 orang yang rajin dan baik hati. Kali ini, bayangkan mereka sedang mengikuti sebuah acara larian marathon, atau "fun run":3
Omaigaawd sorry la naa kalau coloring aku buruk sangat, dah hampir 10 tahun kot aku tak sentuh watorcolor. Baru kelmarin je aku ada rasa nak "berwatakala" semula sebab pengaruh rakan melukis (Deaday) yang suka gila berwatakala akhir-akhir ini. Aku guna watakala cap Panda - Poster Color (12 colors) dan DR Pilot Pigment Ink pen (waterproof). Nanti bila aku dah rasa macam "terer/confident" sikit dengan watakala, aku pergi cari watercolor cap Sakura pulak, heheeh ;3
Salam ceria 1st October buat semua readers yang ohsem and fun sekalian, baiklah... entri kali ini adalah berkenaan makanan Nippon yang sangat popular. Semua kenal dan tahu apa itu Takoyaki? (っ˘ڡ˘ς)
My Takoyaki (aku letak inti squid je la (ika), sebab tak jumpa octopus (tako)... huhuu~) X3
~Bahan-bahan dan Perkakasan~
*Bahan-bahan untuk batter Takoyaki*
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 1.5 sudu besar
Air - 2 cawan
Telur ayam - 2 biji
Kicap cair - 1 sudu besar
Serbuk ayam (chicken stock) - 1 sudu kecil
Minyak masak - secukupnya untuk minyakkan pan Takoyaki
*Bahan-bahan untuk inti Takoyaki*
daun bawang merah - secukupnya, dipotong kecil
sotong (atau sosej) - secukupnya, direbus dan dipotong kecil
*Bahan-bahan untuk hiasan akhir*
Katsuobushi (dried tuna shavings)
Mayonnaise
Worcestershire sauce
Seaweed biasa (kalau boleh cari aonori, memang terbaiklah...)
1. Pukul telur ayam bersama air dengan pemukul telur sehingga sebati. Masukkan kicap cair dan serbuk ayam ke dalam sebatian.
2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung (atau tepung kentang) ke dalam sebatian tadi. Pukul sehingga sebati.
3. Panaskan Takoyaki pan di atas dapur dengan api yang kecil. Sapukan permukaan pan dengan minyak masak menggunakan oil brush tahan haba (boleh gunakan sudu diikat dengan kain muslin bagi menggantikan oil brush tahan haba, ataupun guna tisu dapur dan chopsticks saja, pun boleh...).
4. Seterusnya? Sila lihat video di bawah ni untuk mengetahui teknik membuat Takoyaki tahap sesiapa pun boleh buat, heheh. *Dalam video ni cara bancuh batter Takoyaki dia agak cincai, takde tapis tepung dan pukul telur bersama air terlebih dahulu sebelum masukkan tepung macam aku buat. Boleh juga nak ikut cara video ni, tapi kurang smooth la hasilnya nanti ^^
Having problems viewing this video? Click HERE please~ ;3
Ini rupa Takoyaki aku tanpa hiasan... boleh jugak kalau nak makan macam ni ^^
Tapi aku suka makan macam nih, letak mayonnaise dansos buatan sendiri (kalah sos Worcestershire woo... heheh, perasan!), seaweed, dan katsuobushi ... omnomnomnom~ ;3
Okeyhhh... so, baru-baru nih aku ada bikin Takoyaki pikuniku(Takoyaki picnic) with two of my great and ohsem friends!~ (〜 ̄▽ ̄)〜
Barang-barang aku untuk bikin Takoyaki kat laman rumah bersama kawan2ku yang ohsem, siap sedia! Hehee~ XD
...and the fun begins! hahah... best betoi bila ada mobile gas stove nih, murah jer, beli kat Borong Din... hahah~ Gambaq jadi tak clear sangat sebab time nih dah petang sangat dah, dan cuaca pulak nak hujan maka pencahayaan jadi kureng... huhuu~
First batch Takoyaki dah siap... arghh picture jadi blur sebab lighting dah mula jadi kureng betoi time nih, dan lightning pulak yang mula muncul... hahah, ya, kilat! Nasib baik ada bumbung, lepas tu hujan turun... LoL
...dan, ini dia manusia2 yang terlibat dalamTakoyaki pikuniku petang itewww~ X3... Well, never mind the awful lighting and unfavorable weather... yang penting, we had a great time that evening, tanoshikatta desu!~XD
Ohsem friend no.1, "J",datang dengan membawa kueh pau daging dan taufoofaa... hehee~ ;3
Ohsem friend no.2, "H", datang dengan membawa puding buah (home-made taw pudingnya tu, cayalah~)... heheh~ ;3
...dan aku, si tukang bikin Takoyaki dan penyedia minuman (lemon tea Yeo's)... hahah (mai mai beli, 4 bijik RM3ribu! LoL~) *macamlah ada yang nak beli??* XP
Last batch of my Takoyaki (inti squid and beef sausage), makan sama2 sambil mendengar bunyi guruh yang suram dari jauh, dan melihat kilat yang mula muncul bagaikan lampu lip-lap... hujan pun turun renyai2... hahaha~ ;3
Salam ceria Ahad buat readers dan followers blog aku yang baik serta budiman sekalian. Kali ni aku nak kongsi satu cerita lawak (pada aku la) dengan anda semua...
Pada suatu hari, aku meng'whatsapp' member lama aku (Ina *bukan nama sebenar*) dengan tujuan untuk memberitahu dia yang aku telah menukar nombor handphone aku. Sesi dialog whatsapp kitorang berlangsung lebih kurang begini: Aku:Salam Ina, ni aku Plain, coursemate ko dulu. Ni number baru aku, number lama tu aku terminate sebab ada masalah voicemail yang permanent, so number lama aku tu ko delete je la eh... Ina:W'slm Plaaaain~ Weyh rindu aku kat ko! Haha.. ok kira ko dah tak pakai la number lama tu? Eh, masalah voicemail? Macam mana bleh jadi macam tu? Aku: Aku terpaksa pi terminate ja number lama aku tu dan beli sim dengan number baru terus. Aku pi Tokyo baru2 ni, so masa aku roaming kat sana, aku kena switch off voicemail untuk avoid bill charge yang menggila kalau2 ada call masuk... bila aku dah balik ni, aku nak switch on balik voicemail, jadi sangkut terus la pulak. Aku dah dail service center punya code dan buat report semua, dorang still tak dapat nak baiki jugak. Calls yang masuk semua automatic kena tendang, nak cancel voicemail pun tak boleh, so, aku beli number baru je la senang, number lama aku tu pun dah berkurun aku pakai. Ina: Wah, pi Tokyo tak ajak aku, cis. Eh ko pegi dengan sape? Ko pegi dengan pakwe ehhh?~ Aku: Hahah, aku mane de pakwe lorrr... aku gi sendiri2 jer, join group tour... Ina:Elehhh, berterus terang je la dengan aku Plain, ko gi dengan pakwe kan?? Tu ko tukar number baru tu, sebab nak mengelak pakwe lama dari kaco ko kan?? Aku:Hahahah, pehal la ko nih? Macam tak kenal aku pulak. Aku mane de pakwe, berkapel pun aku tak penah. Kawan2 biasa tu ada la... dan aku bukannyer cun pon, pehal ko susah nak percaye nih? Hahah... Ina:Ahhh! Aku tak percaye! Tak percaye! Tak cun konon, piiiirah! Aku:LoL, ermmm sukati ko la nak percaye ape pun, asalkan ko bahagia... ;p Ina:Ya, aku bahagia dengan apa yang aku percaya.
*
*
*
*
*
Jackie templatesource: niketalk, aku cuma edit letak tudung... hahah~
#1 Ada jugak member aku yang macam nih? Penat-penat aku explain kat dia perkara sebenar, last-last dia memilih untuk tidak mahu percaya pada fakta dan memilih untuk percaya pada auta? Dayyum... boleh tahan perangai mengusik dia nih, LoL, gaya alim tudung labuh tapi serius suka mengusik member tahap gaban, masa study sama-sama dulu pun boleh tahan suka buat kepoh, mulut boleh tahan laser... hahah rindu pulak aku nak sekeh dia sedas... ;p #2 Kalau setakat nak mengelak orang kacau aku, takdenye aku sampai rajin nak pi terminate number lama dan beli number baru... gila banyak jugak pihak nak kena inform bila tukar number baru... pihak bank/banks, insurance, colleagues, saudara mara, rakan-rakan, etc... pergh, tak kuasa aku saja-saja nak pi tukar number baru tanpa sebab yang kukuh... hahahah #3 Apa yang menarik perhatian aku ialah ayat dia, "Ya, aku bahagia dengan apa yang aku percaya". Hahaha, ayat ni very catchy.VERY CATCHY maaa, nanti aku nak buat lagu raplah, guna ayat ni... LoL!
Yow, yow~
Adakah kamu bahagia, dengan apa,
dengan apa yang kamu percaya?
Walaupun ia tidak benar,
walaupun ianya auta?
Kebenaran yang membosankan,
atau juga yang memilukan, tidak perlu
kamu percaya, tidak wajar kamu terima...
Jyeahh~
Hahahah... OKlah, cukuplah aku merapu setakat nih, selamat berpuasa semua... Yow Yow, Jyeah~ XP
Salam ceria Jumaat buat para readersku yang budiman dan baik hati sekalian, sihat? Aku tengah separa demam dan batuk-batuk nih *koff koff*... (~ ">A< )~
Wokeh entry kali ni adalah bertujuan untuk kasi review Mee Udang Kuala Muda yang agak fofular di area Utara Semenanjung, yang mana kedai makan di tepi pantai kat negeri Kedah ni sudah lama beroperasi. Aku tak pasti sangat sejak bila ianya mula beroperasi tapi seingat aku, kali pertama aku menjejakkan kaki kat sini untuk merasa mee udangnya yang sedap (masa tu dah agak popular pun kedai makan ni) adalah pada tahun 2004, dan kali terakhir aku makan kat sini (not including this recent visit la) adalah pada tahun 2010. Last weekend aku sempat merendek lagi kat sini menjamu selera dengan mee udangnya yang memang marvelous lagi glamer, together with my awesome cousin and our awesome mothers...alhamdulillah, tanoshikatta desu~ (was fun~) (* >ω<)ノ
Nama kedai ni siap ada dalam direktori GPS baq hang~ X3...
Salam ceria petang Ramadhan buat readersku yang penyabar sekalian~
Apa khabar anda semua? Ada yang masih tension dengan jerebu di kala bulan posa ini? Kat sini kekadang kelabu sikit (sikit jer) kekadang clear, ikut mood cuaca dia camana, yang penting kita kena sabar dan tenang ^^
Okies, kali ni aku nak story sikit pasal kesabaran, yang ada kaitan dengan tali pancing (nylon monofilamen) dan tali kasut. Ni kira dua cerita daripada beberapa kenangan silam zaman aku darjah 2 atau 3 camtu la, kisah nostalgia yang agak bermakna bagi aku...
Segmen highlight komenter kembali lagi, kali ini bukan kategori separa anon, tapi kategori wanita yang diketahui siapa identiti mereka XD
Seperti yang telah diberi hint pada segmen yang lepas, komenter-komenter yang kena highlight kali ini terdiri daripada para wanita yang kerap singgah mai lepak kat blog ni, dan memberi komen-komen yang unik mengikut personality dan gaya mereka yang tersendiri ^^
Kalau tak clear view tu, maka eloklah anda berkunjung ke deviantart aku, kerana kat situ adalah platform yang terbaik untuk view apa-apa jenis visual arts secara online (boleh click kasi enlarge sepuas-puasnya kat sana)...jemput ke sana sekejap wahai para sahabat sekalian ^^
Kalau noob penah buat entry pasal kategori kawan2 kat blognya Buasir Otak, yg mana hampir semuanya jenis2 yg x boleh dipakai (sori aku dh x dpt nak trace balik entry tu utk buat backlink), aku pulak nak fokus kat satu jenis saja, iaitu Sahabat Karib...trolololoo (*6w6*)
Siapa atau apa itu 'Sahabat Karib'? Apakah ciri2 atau sifat2 seorang sahabat karib? Ada yg berpendapat, seorang sahabat karib ialah seorang yg akan tolong anda dlm apa jua keadaan, ada pula yg berpendapat, seorang yg akan mengiyakan segala bnda yg anda katakan walaupon ianya salah, ada juga yg berpendapat, seorang yg sentiasa inginkan kebaikan yg berlaku ke ats diri anda, dan ada juga yg mengatakan, seorang sahabat karib ialah seorang yg mempunyai sahabat yg bernama Karib...(!!!>_>)
Cousin aku dan aku, masa kitorng berumur 5 taon ^^ For better view, sila ke sini