Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Wednesday, July 1, 2020

Kari Paling Sedap di Dunia | Mom's Recipe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^ w ^ = )
*See you next time, dear kittens~ ( = ^ w ^ = )

Sunday, June 17, 2018

Beraya dengan 'Kuih Tiga Bahan' :D

The 3-ingredient 'Peanut Butter Cookies'. Ya, raya tahun ni aku buang tebiat ada buat kuih raya satu jenis, setelah bertahun-tahun lamanya aku takde buat kuih raya sendiri. Kuih yang lain-lain selain ni semuanya kuih tunjuk/beli saja.

Saturday, November 4, 2017

Aku namakannya Sirap Nostalgia

Dah bulan sebelas! November! Ohmaiii time has its own private jet with its own personal pilot... (~ "; ^ w ^)~"

Salam hujung minggu buat semua readers yang diingati dan dihormati sekalian, post masak-masak kembali lagi. Baiklah, kali ini aku ingin mempersembahkan sebuah resepi kordial minuman sirap ros yang telah diilhamkan oleh none other than my dear wonderful okachan (mother). 

I call it, Sirap Nostalgia! :D

Aku namakannya sebegitu kerana rasa air sirap ros ini seperti dapat membawa aku kembali ke zaman kanak-kanak riang dahulu di mana minuman 'air sirap' pada waktu itu (di negeri Perlis) selalunya berwarna merah cerah (pinkish) yang mempunyai rasa unik, wangi dan cukup menyenangkan hati.

Saturday, January 21, 2017

Teka Gambar [UPDATED]~

Salam hujung minggu dan selamat sejahtera buat semua rakan maya yang diingati dan dihormati sekalian. I hope all of you are in great shape and tip top condition ;3

Baiklah, sesi teka gambar kembali lagi, dan kali ini aku akan berikan satu hadiah misteri kepada orang pertama yang berjaya meneka dengan tepat 3 bahan makanan (selain bawang) yang terdapat di dalam gambar sejenis masakan aku di bawah ini.




Hadiah misteri tersebut akan dipos kepada individu bertuah mini contest ini melalui pos biasa bersetem. Sedikit clues berkenaan hadiah misteri tersebut: Sejenis objek yang ringan, boleh dimuatkan ke dalam sampul surat bersaiz A6, dan ianya berguna kepada individu yang suka membaca buku dengan cermat...

Sunday, December 4, 2016

Kerabu bunga betik tanpa belacan

Salam Disember dan salam Ahad buat semua rakan mayaku yang diingati sekalian, post masak-masak kembali lagi~ ;3



Kali ini aku kongsikan resepi yang melibatkan bunga betik (bunga dari pokok betik jantan yer, bukan betina), yang mana nama hidangan ini ialah Kerabu Bunga Betik, sejenis hidangan tradisional Melayu yang secara umumnya digemari oleh orang tua-tua yang menghargai ulam-ulaman...

Thursday, July 9, 2015

Jom berbuka dengan Korokke?



Tak, aku bukan nak ajak korang pergi berbuka puasa sambil berkarok mahupun berkaraoke, oke?

KOROKKE tu adalah sejenis makanan Jepun yang telah diubahsuai dari sejenis makanan Perancis, iaitu croquette. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan lebih kurang 7 biji Korokke sebesar bergedil yang normal adalah seperti berikut:

Sunday, May 3, 2015

That sinful comfort food...

This, ladies n gents, is how I usually prepare my once-in-a-while sinful comfort food - the infamous instant noodle. I usually make it RAMEN style since my love for Japanese food is rather strong (lulz).






Alright. I am fully aware of the fact that the instant noodles, regardless of whatever brand they may carry, are just not good for the health. The "waxy" instant noodles and the MSG-packed flavoring items are just silent killers singing the song "Killing me softly" while cheekily modifying the lyrics to "Killing you softly with this stuff, killing you softly~~~", and you don't even mind listening to it, because you do realize that at that moment you are having a bowl of your 'once-in-a-while' sinful comfort food. 

Okay, that was just my guilt taking control of my keyboard. Okay, dah tau makanan ni tak baik untuk kesihatan, habis tu kenapa aku post entri ni dengan gambar maggi kari mee segera aku, versi Ramen lagi? Am I just being an arse trying to encourage/temp people to eat unhealthy foods? .....Am I? (~ "^ w ^)~

So, here's the thing...,  

1. Mee segera ni tidak menyihatkan - YES.
2. Tapi mee segera ni sedap - YES.
3. Pulak tu, mee segera ni sangat convenient (cheap, having relatively long shelf life, easy to store and distribute, quick to prepare) - YES, so true.   
4. Ada tak cara untuk mengurangkan tahap 'unhealthiness' mee segera ni? - YES, ada. 
5. Kenapa nak sangat makan mee segera ni? Macamlah dah takde makanan lain? - Sila rujuk pada point 2 dan 3, yang mana points itulah yang membuatkan mee segera ni popular di serata pelusuk dunia. Ramai orang suka makan mee segera, tidak kira tua atau muda, kecik atau besar, kurus atau gemuk. Mee segera ini juga mempunyai sejarahnya sendiri yang cukup power. Sila 'google' keyword - Momofuku Ando.   

Untuk mengurangkan tahap 'bahaya' mee segera ni, sila masak kuah dan mee tu secara berasingan. Apa yang aku biasanya akan buat bila aku rasa nak makan instant noodles (aku suka brand Nissin dan Maggi - ya aku tau maggi tu dari nestle, huhuu) ialah, aku akan prepare kuah/broth mee itu dulu dalam satu medium-sized cooking pot. Rebus lebih kurang 3 cawan air, campur perencahnya, garlic slices, dried seaweed, wood ear mushroom, and snow peas. Lepas tu, tuangkan kuah ke dalam mangkuk, letak tepi. Dengan menggunakan cooking pot yang sama tadi, rebuslah mee segera tu pula. Bila mee segera dah kelihatan ready, bawak pot yang panas berisi mee segera tu ke sinki, dan singkirkan semua air rebusan mee tu. Lepas tu, bilas mee dengan air biasa sekali lalu, dan singkirkan semua air yang tinggal. Dah siap tu, masukkan mee ke dalam mangkuk yang berisi kuah yang dah siap dimasak tadi. Nak makan ala-ala Ramen style, letaklah tempura terung, chicken nuggets, roasted sesame seeds, and dried seaweed lebih, macam versi yang aku buat dalam gambar kat atas tu. Kalau dapat cari naruto slices (fishcake roll slices) untuk letak atas mee segera tu, lagi cun desu~ ;3

I like making this version of Ramen style instant noodles too, decorated with a soft poached egg, some katsuobushi (dried tuna shavings), spring onions, roasted sesame seeds, and dried seaweed. This is Nissin instant noodles, chicken garlic flavor. Oishii desu yo~ ;3
  
If you just have to eat something that is unfortunately deemed unhealthy, do try to get rid of the unhealthiness factor as much as you can, and add more goodness to it to make it better. Yeah, I think I'll make that my motto... hahah ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, January 4, 2015

Entri pertama untuk 2015...


...adalah entri yang berkisarkan tentang... 

*
*
*
*
*

...MAKANAN! Food! O-tabemono! (food!) Omaigad I am such a glutton! LoLoLoL~ X3

One of my "runny omurice" attempts done sometime in 2014, most recent one, almost got it right, almost... this was slightly runny, slightly...

Whaaat?! Again with the omurice?? Why is this plain83 person so obsessed with the friggin Japanese runny omelet rice, to the extent of making it her first entry for the year 2015, hence starting off the year with a food entry? And it's about omurice, again?! What the, of all the things...?? Plain-san, daijoubu desu ka? (Plain, are you O.K?) LoL~ ;3

Ehem, chill please... aku tak ada idea sangat nak tulis pasal apa sebenarnya sebagai entri permulaan yang "proper" bagi sesuatu tahun itu, and to over-think about what to write in my blog in order to make it somewhat "meaningful" enough to start off the year is so..... unnecessarily mendokusai (troublesome). LoL, chill people, a blog is just a blog ;3 

So, why omurice? Well, it's just so damn challenging to successfully make this particular version of omurice, and yes, I am some kind of a food enthusiast, or some people call "foodie". After a few trials of making this 'crazy-hard-to-accomplish' runny omurice, I am now able to pin-point some critical control points (CCP) within the process of making this special runny omurice, and they are;

#1. Api. Yes, the fire on the stove. Api perlu besar dan sekata, dan api pada bahagian tengah itu perlulah seboleh-bolehnya sama kuat dengan api di bahagian bulatan pada parameter luarannya. 

#2. Kuali. The nature of the frying pan. Kuali itu perlulah berbentuk leper, bulat, melengkung di bahagian tepi, jenis non-stick pan, dan bersaiz sederhana (~18cm in diameter for an egg mixture containing 2 large eggs, 1 tsp shoyu, 2 tbsp water).  

#3. Teknik. Teknik yang betul serta ketangkasan semasa proses mengimbangkan omelet di atas api besar yang sekata, sememangnya merupakan cabaran yang paling ultimate dalam usaha mendapatkan hasil yang baik. To get a clearer picture of what the heck I'm talking about here, sila lihat video berikut yang mana aku rembat dari youtube. Tengok chef pakar omurice tu bikin runny omurice at Kyoto's KichiKichi Restaurant macam mana, gila terer, killer skills! X3


Dou? Sugoi desho? (Amacam? Hebat bukan?). Mesti best giler kalau dapat bikin runny omurice tahap tu. Oh what a very superb and glorious feeling that must be! Omnomnomnom! X3  


~Happy New Year 2015~


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, December 13, 2014

Jom try buat ni - Ayam Sibar Santan

Salam ceria hujung minggu buat rakan-rakan bloggers and readers yang ohsem sekalian~ Diharapkan kalian sedang sihat dan gumbira saja di sana~ ;3

Baiklah, memandangkan entri Sup Ayam Sihat aku tu telah mendapat perhatian yang amat memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia mahupun dari luar negara (weee~, entri yang paling popular dalam blog ni tuh, fuh! Agak menakjubkan buat aku, laku sungguh recipe mak aku tu, sampai ada yang ingat blog ni blog masakan semata-mata), maka, dengan ini, aku mempersembahkan lagi satu original recipe mak aku yang ohsem teramat, iaitu...,

My Ayam Sibar Santan, my mom's recipe
Now this is one of my most favorite chicken dishes of all time, yang mana ianya sangat marvelous, special, sedap gilos, tetapi... tak bolehlah nak makan selalu sangat, why???

1. It's quite time consuming to make this dish properly,  

2. Santan, hahah... ya, masakan ini agak berkolesterol tinggi disebabkan oleh kandungan santannya yang agak banyak (walaupun dish ni tak pakai minyak masak langsung, santan tu sendiri boleh jadi minyak), so, once in a while tu okaylah, atau nak hidangkan this dish on special occasions (hari raya, kenduri, apa-apa majlis keraian, jamuan, etc etc...) tu, sesuailah rasanya.

And that's what makes this dish super special~ ;3


~Bahan-bahan~
Ayam - 500g
Santan - 250ml
Serbuk jintan manis - 1 sudu kecil
Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
Halia segar - 1 inci
Bawang besar - 1 labu besar
Bawang putih - 3 ulas
Bunga lawang - 1 kuntum
Serai - 4 batang
Kulit kayu manis - 2 inci
Garam - setengah sudu kecil (atau secukup rasa)
Air - lebih kurang 400ml


Cara-caranya pula..., 

1. Bersihkan ketulan-ketulan ayam dari kulit dan lemak, kelar-kelar sikit, bilas dengan air, dan keringkan dengan tuala dapur (kitchen towel). Lumur dan gaul ketulan-ketulan ayam dengan serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Perap selama 15 minit.
2. Sementara menunggu ayam siap diperap, potong bawang besar, bawang putih dan halia secara kasar. Kisarkan bahan-bahan ini bersama 100ml air. 
3. Ketuk serai menggunakan lesung batu, kemudian carik-carikkannya sedikit (biar rupa serai tu jadi macam penyapu).
4. Rebus ketulan-ketulan ayam yang telah siap diperap tadi dengan 400ml air, menggunakan kuali di atas api sederhana besar. Tuangkan bahan-bahan kisar tadi sekali ke dalam kuali, kemudian masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau perlahan-lahan dari masa ke semasa, sehingga air rebusan dalam kuali tersebut berkurang menjadi 1 per tiga (1/3) dari jumlah asal.


5. Masukkan santan yang telah dicampur dengan garam ke dalam kuali tersebut.


6. Kacau dari masa ke semasa, sehingga santan tersejat dan berkurang menjadi lebih kurang 1 per tiga (1/3) dari jumlah asal.


7. Tutup api. Angkat dan masukkan semua hasil masakan tadi ke dalam loyang pembakar,


...untuk dimasukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius (top and bottom heating). Bakar sehingga santan kelihatan agak kering dan bergumpal menyaluti ayam.


8. Sekian, Ayam Sibar Santan anda sudah siap untuk dimakan bersama nasi putih/nasi beriani/nasi arab panas-panas. Selamat menjamu selera, enjoy your meal, Ittadakimasu! ;3

Total cooking time untuk masakan ni, dianggarkan memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Untuk mendapat hasil yang terbaik, dinasihatkan agar menggunakan santan segar dan ayam kampung segar yang boleh dibeli di pasar basah (wet market). Aku guna santan kotak dan ayam beli dari supermarket aje untuk visual dalam entri ni (sebab tu kuah santannya jadi kurang bergumpal)... hahah. Tapi, habis licin jugaklah pinggan, sedap jugak... meheheh~ ;3

Sekian, selamat mencuba recipe original mak aku nih, dan nikmatilah sendiri kelazatan serta keistimewaannyaaaa (hahaa ayat, tahap iklan sakan... suka punya pasai)~ X3

Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, November 1, 2014

WTH punya Takoyaki, majide yabai!!


Watch this on Youtube if you can't watch this here...

Majide yabai (Seriously dangerous), LoL... LAWAK nak mampuih, seriously mengarut tahap gaban kuasa empat, gelak gila aku tengok kemengarutan ini... LoL!  (*≧▽≦)ノシ))

Aku kadang-kadang follow jugak la updates dari Hikakin mereng nih... mamat Nippon ni suka buat reviews about Nippon products yang mostly agak mencabar logik minda, tradisi dan budaya. Yang kat atas ni, dia jumpa dan mencuba guna sebuah electric Takoyaki cooker yang boleh menghasilkan 2 bijik Takoyaki yang besar gedabak. Nak tau jadi ka tidak Takoyaki gergasi dia ni, aitsu no bideo o mite goran nasai (sila tengok sendiri video dia nih)~ XD

Majide yabai na kanji desu!! (Seriously this gave me a bad feeling!!) X3

Picture credits to HikakinTV himself

***************************************

Dah join Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2 aku belom? Contest akan tamat pada 10 Nov 2014, join jangan tak join~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, October 19, 2014

Burger, bege, baagaa... bargirl??

Salam ceria weekend buat semua readers and followers yang comei-comei dan suka makan tapi malas memasak lantas menggunakan alasan famous "i am too damn busy to cook!" LoL sekalian... semua sihat? Dah join CONTEST GA #2!! aku belum??? Cepatlah join sementara masih ada masa ni, contest akan tamat pada 10 Nov 2014 huhuu~ X3

ヽ(*≧ω≦)ノ"

Baiklah, entri makanan datang lagi. Kali ini mari kita berdiskusi secara intelektual (-lah sangat) berkenaan makanan barat yang sememangnya sangat popular di serata pelusuk dunia, iaitu si BURGER, yang mana ianya termasuk dalam kategori fast food, iaitu makanan cepat siap.

Ini adalah burger versi aku, beef burger with extra veggies and some mini sausages.

Sepertimana yang kalian boleh lihat dalam gambar di atas ini, beginilah susun-atur (sounds intellectual? LoL) burger aku, yang mana ianya boleh dijelaskan ke bentuk ayat seperti berikut (bermula dari bawah dan ke atas): bun (bottom) - butternut lettuce - mayonnaise - beef patty - cheddar cheese - tomato slice - chilli ketchup - white pepper powder - bun (top). Kadang-kadang aku letak dried parsley, hirisan buah avocado, atau caramelized onion rings di atas hirisan tomato, mengikut mood semasa dan juga availability of ingredients. Kalau aku rasa nak buat sos sendiri, aku akan bikin sos sendiri yang special. Daging burger yang biasa aku guna ialah dari jenama Ramli atau Saudi (ini bukan iklan). Antara burger daging ayam dan burger daging lembu (daging bermaksud meat, bukan beef), when it comes to eating a burger, beef burger is the best. Bagi aku juga, burger akan jadi lebih sedap sekiranya roti bunnya di-toast sedikit terlebih dahulu (preferably buns with sesame seeds on top). Korang suka kalau letak nenas panggang (caramelized pineapple) atau telur ayam benjo ke dalam burger korang? Oh, sorry, not my style... hahah~ ;3

Pada aku, burger ialah sejenis fast food yang agak menyihatkan (sekiranya terdapat banyak sayur-sayuran dan buah-buahanlah (tomato is a fruit, and so is cucumber), dan daging segar digunakan instead of the usual processed meat). Tapi kalau daging segar digunakan, burger bukan lagi sejenis fast food... hahahah (boleh nampak justifikasi di situ yang menunjukkan fast food itu tidak menyihatkan... processed meat ada preservatives, supaya boleh tahan lama dalam peti ais tu). Sebab tu, bila aku bikin itu burger, aku akan cenderung untuk letak banyak sayur dan buah... Apa? Cheese itu tidak baik untuk kesihatan dan menggemukkan?! Cis, cheese itu merupakan sumber calcium yang baik tahu? Letak satu tak apa, jangan letak sampai 2 atau 3 sudah. Apa? Kenapa makan sausage juga? That's another form of processed meat! Shushhhhh, sekali sekala tak apa... kan aku ada tambah tomato ceri dan timun Cameron tuh? LoL (alasan)~ X3


And, don't forget to exercise regularly! Amalkan minum teh-0 kurang gula campur sedikit madu asli dan serbuk kayu manis, kasi bakar itu lemak dan turunkan cholesterol level dalam darah. Bab ni, nanti aku cerita kat dalam entri kesihatan pulak, kat sini kurang sesuailah... hahah~ X3

And also, don't forget to join my CONTEST GA #2!! and stand a chance to win a customized T-shirt from meh, Plain sama san!! Contest ends on 10th Nov 2014!!! Meheheheh~ XD 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, October 1, 2014

Jom try buat nih - Takoyaki (picnic version)

Salam ceria 1st October buat semua readers yang ohsem and fun sekalian, baiklah... entri kali ini adalah berkenaan makanan Nippon yang sangat popular. Semua kenal dan tahu apa itu Takoyaki? (っ˘ڡ˘ς)

My Takoyaki (aku letak inti squid je la (ika), sebab tak jumpa octopus (tako)... huhuu~) X3

~Bahan-bahan dan Perkakasan~

*Bahan-bahan untuk batter Takoyaki*
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 1.5 sudu besar
Air - 2 cawan
Telur ayam - 2 biji
Kicap cair - 1 sudu besar
Serbuk ayam (chicken stock)1 sudu kecil
Minyak masak - secukupnya untuk minyakkan pan Takoyaki

*Bahan-bahan untuk inti Takoyaki*
daun bawang merah - secukupnya, dipotong kecil
sotong (atau sosej) - secukupnya, direbus dan dipotong kecil

*Bahan-bahan untuk hiasan akhir*
Katsuobushi (dried tuna shavings)
Mayonnaise 
Worcestershire sauce 
Seaweed biasa (kalau boleh cari aonori, memang terbaiklah...)

~*recipe ini telah diubahsuai dari SINI*~

*Perkakasan yang diperlukan*
Pan Takoyaki
Berus makanan tahan haba
Chopsticks kayu
Mangkuk besar
Penapis (untuk mengayak tepung)
Pemukul telur

Cara-cara membuatnya?~ 

1. Pukul telur ayam bersama air dengan pemukul telur sehingga sebati. Masukkan kicap cair dan serbuk ayam ke dalam sebatian.
2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung (atau tepung kentang) ke dalam sebatian tadi. Pukul sehingga sebati. 
3. Panaskan Takoyaki pan di atas dapur dengan api yang kecil. Sapukan permukaan pan dengan minyak masak menggunakan oil brush tahan haba (boleh gunakan sudu diikat dengan kain muslin bagi menggantikan oil brush tahan haba, ataupun guna tisu dapur dan chopsticks saja, pun boleh...). 
4. Seterusnya? Sila lihat video di bawah ni untuk mengetahui teknik membuat Takoyaki tahap sesiapa pun boleh buat, heheh. *Dalam video ni cara bancuh batter Takoyaki dia agak cincai, takde tapis tepung dan pukul telur bersama air terlebih dahulu sebelum masukkan tepung macam aku buat. Boleh juga nak ikut cara video ni, tapi kurang smooth la hasilnya nanti ^^

Having problems viewing this video? Click HERE please~ ;3

Okeh, begitulah caranya nak buat Takoyaki... hai', douzo meshi agare~ (ok, silakan makan~)
( ノ^ω^)ノ゚

Ini rupa Takoyaki aku tanpa hiasan... boleh jugak kalau nak makan macam ni ^^
Tapi aku suka makan macam nih, letak mayonnaise dan sos buatan sendiri (kalah sos Worcestershire woo... heheh, perasan!), seaweed, dan katsuobushi ... omnomnomnom~ ;3
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*
*
*
*
*

Okeyhhh... so, baru-baru nih aku ada bikin Takoyaki pikuniku (Takoyaki picnic) with two of my great and ohsem friends!~ (〜 ̄▽ ̄)〜

Barang-barang aku untuk bikin Takoyaki kat laman rumah bersama kawan2ku yang ohsem, siap sedia! Hehee~ XD
...and the fun begins! hahah... best betoi bila ada mobile gas stove nih, murah jer, beli kat Borong Din... hahah~ Gambaq jadi tak clear sangat sebab time nih dah petang sangat dah, dan cuaca pulak nak hujan maka pencahayaan jadi kureng... huhuu~
First batch Takoyaki dah siap... arghh picture jadi blur sebab lighting dah mula jadi kureng betoi time nih, dan lightning pulak yang mula muncul... hahah, ya, kilat! Nasib baik ada bumbung, lepas tu hujan turun... LoL
...dan, ini dia manusia2 yang terlibat dalam Takoyaki pikuniku petang itewww~ X3... Well, never mind the awful lighting and unfavorable weather... yang penting, we had a great time that evening, tanoshikatta desu!~ XD
Ohsem friend no.1, "J", datang dengan membawa kueh pau daging dan taufoofaa... hehee~ ;3
Ohsem friend no.2, "H", datang dengan membawa puding buah (home-made taw pudingnya tu, cayalah~)... heheh~ ;3
...dan aku, si tukang bikin Takoyaki dan penyedia minuman (lemon tea Yeo's)... hahah (mai mai beli, 4 bijik RM3ribu! LoL~) *macamlah ada yang nak beli??* XP
Last batch of my Takoyaki (inti squid and beef sausage), makan sama2 sambil mendengar bunyi guruh yang suram dari jauh, dan melihat kilat yang mula muncul bagaikan lampu lip-lap... hujan pun turun renyai2... hahaha~ ;3

Wokeh, sekian dulu entri Takoyaki aku ni... selamat mencuba yeah? ( ´ ▽ ` )ノ

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan~ ;3

Salam ceria Ramadhan buat semua yang beragama Islam sekalian, semua sihat? Diharapkan semuanya sedang sihat dan gigih menjalankan ibadah puasa dengan penuh macho dan taqwa... oh maaflah baru sekarang baru ada kesempatan untuk aku mengucapkan salam Ramadhan buat kalian yang dihormati serta diingati semua, salam Ramadhan al-Mubarak,1435 H.

Okay, entry kali ni berkenaan makanan yang aku jadikan juadah untuk aku bersahur. Tahun ini aku dapat merasakan yang deria rasa aku sudah sedikit sebanyak telah berubah (atau dalam erti kata lain, "buang tebiat"). Kebiasaannya aku ni takut/phobia akan makanan pedas, dan semestinya akan menjauhkan lidah aku dari spesis cili, terutamanya cili padi. Kawan-kawan yang mengenali diri aku ini pasti tahu yang aku ni jenis tak makan pedas, dan banyak kali juga aku pernah diperli mereka...,

"Hahaha, apalah hang nie, orang utara saja tapi takut pedas!! Huahahaa~". 

Namun begitu, entah kenapa, pada suatu malam aku seperti tertarik melihat segenggam cili padi hijau yang terdapat di atas meja dapur. Tiba-tiba aku rasa seperti mahu mencabar diri, dan pada waktu itu aku terasa seperti mahu memakan semangkuk meggi ayam bercampur sebiji telur ayam lembik, untuk dijadikan juadah bersahur. Tetiba aku terfikir, "Hmm, apa rasanya kalau aku masukkan sebiji cili hijau kecil ni ke dalam meggi yang sedang menggelegak di atas dapur tu? Adakah aku mampu memakannya?". Maka, demi memuaskan curiosity aku ketika itu, aku pun memasukkan sebiji cili padi hijau ke dalam meggi aku yang sedang menggelegak itu, dan biarkan ia dimasak selama beberapa saat. Bila meggi ayam sudah siap dihidang dalam mangkuk, aku cuba rasa kuahnya sedikit. Oh... ada kelainan yang jelas, dan menarik. Aku terus makan seperti biasa. Aku tengok cili hijau itu, kelihatan seperti tidak merbahaya. Aku menggigitnya separuh, dan kunyah. Hmm, pedas... tapi tidak begitu menyinga, mungkin sebab ianya telah direbus bersama meggi? Agaknya sebab itulah, sebab ianya telah dimasak maka effect singanya jadi kurang jelas.

Untuk juadah sahur bagi hari yang berikutnya, aku buat nasi goreng lembap pula. Dan kali ni aku bercadang mahu memakannya bersama beberapa biji cili hijau mentah, mahu digigit dan dikunyah cili hijau bersama nasi goreng lembap aku tu (like a pro), dan tengok apa yang akan aku alami semasa dan selepas aku makan juadah yang sebegitu rupa. 

Nasi goreng lembap versi aku, bersama cili padi hijau mentah dan tomato ceri.

Keputusannya? Hahahah, aku sudah lulus ujian kepedasan cili padi hijau. Tahniah buat diriku ini, barulah aku rasa seperti orang utara "PIOU" (pure)... kah kah kah! Tapi, aku masih memerlukan beberapa gelas air teh-0 ais untuk mengelakkan diri ini dari terlompat-lompat kepedasan seperti seekor kera yang diserang sekumpulan tentera semut api.


~*Sekian, selamat berpuasa*~


Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

P/S: Nantilah aku sambung cerita trip aku merayau di sekitar Tokyo DisneyLand lagi, ne~ ;3

Saturday, May 31, 2014

Omurice dan Meow Meow?

Salam hujung minggu buat semua readers dan followers blog aku sekalian, okayhh aku kasi up entry selingan sekejap, a short break from updating about my Tokyo trip... lepas ni aku akan sambung dengan entry aku merayau di sekitar Harajuku, ne~ ;3

Today's lunch, aku bikin Japanese soft omurice (omelet rice)...
...dan kali ni, resultnya agak memuaskan dari biasa... mehehee~, am finally starting to get the hang of making the ultimate soft runny omurice yang challenging gila tuh, tapi runny omurice aku masih jauh dari menjadi, sebab bila aku belah omelet aku tu, isinya masih tidak runny, cuma sekadar lembut dan lembik... mo sukoshi, mo sukoshiiii, ganbatte yo jibun!~ (sikit lagi, sikit lagiiiii, teruskan usaha wahai diri sendiri!~) X3

Nak tau apa benda yang aku maksudkan ni dengan lebih jelas? Sila tengok video dari youtuber sabaoism1 yang aku tempek di bawah ni, ada seorang Japanese chef (KichiKichi's) yang pro gila tengah bikin runny omurice yang sangat awesome and challenging itu. Korang boleh juga baca entry omurice aku yang lepas...

Watch this on youtube if you can't watch it here ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okeh, seterusnya aku nak kongsi cerita pasal kekucing kat rumah aku la pulak... ingat lagi Trikorra? Kucing betina tricolor (calico cat) yang datang ke rumah aku pada awal tahun ni dulu? Trikorra ni juga pernah jadi model dan pelakon aku untuk menjayakan sebuah sketsa pendek bergambar yang berjudul Kitty's Dream, Teh Vorld... hah, dah ingat belom? Owh... takmau check link yang aku bagi tu? Oh okaaayh takpa, tadak hal... ;3

Trikorra ni dah beranak masa aku tengah merendek jalan-jalan sambil mengusha sakura kat Tokyo pada hujung bulan Mac yang lepas. Anak-anak dia semuanya ada 4 ekor (3 females, 1 male). Yang warna putih tompok hitam tu je jantan seekor, yang lain semua gurlssss~ ;3

Gambar pertama kittinz Trikorra, taken sometime on mid April... ada klon Trikorra seekor, hehehe~ ;3
Gambar terkini, kittinz dah besar sikit, kuat makan, mak dia tengok ja kat tepi... yang sedihnya tinggal 3 ekor jer sekarang, sebab yang warna putih tompok cicak (brownie) tu hilang around last month, hilang tanpa kesan... disyaki dia dah kena makan dengan biawak comodo, yaa... kat laman rumah aku ada beberapa ekor biawak comodo liar yang selalu merayau-rayau mencari makanan dan mangsa, si brownie tu pulak paling 'slow' jika dibandingkan dengan siblings dia yang lain... :'(
Om nom nom nom...
Yang rupa sebijik macam mak dia si Trikorra tu, aku namakannya Neki. Nama Neki tu sempena "maneki neko", iaitu kucing tricolor yang dipercayai membawa tuah... hahah ;3
Yang warna putih kelabu tu Jana, dan yang putih hitam tu Mali.... akak-akak aku yang pilih 2 nama tu... haha~ ;3
Kittinz ni semua manja betul dengan kami, aku notice yang paling manja dengan aku ialah Neki... mungkin dia tau aku yang bagi nama kat dia, dan dia suka dengan nama tu, mungkin... hahah~ ;3

( ̄▽ ̄)ノ"

Okeh, sekian dulu cerita terbaru aku pasal kekucing aku nih... nantikan entry aku yang seterusnya, aku akan update pasal Harajuku, dan kebab ayam halal yang aku beli kat sana, ne~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Thursday, March 13, 2014

Jom try buat nih - Churros

Salam Jumaat buat semua readers ^^

Okies, kali ni aku nak kongsi cara aku buat churros, iaitu makanan yang berasal dari Spain. Recipe ni aku modify dari apa yang aku jumpa kat internet, boleh dikatakan sedap dan marvelous...  (。◕‿◕。)


~ Bahan-bahan ~

tepung gandum - 1 cawan
margarine - 1/2 cawan
telur ayam - 3 biji (2 jika saiz besar)
serbuk kayu manis - 1/2 sudu teh
garam - 1/2 sudu teh
air - 1 cawan
minyak kelapa sawit - secukupnya untuk menggoreng
Delfi dark chocolate syrup - secukupnya untuk mencicah 

*Cara-cara membuatnya..,

1. Panaskan margarine bersama air dalam saucepan yang dalam, kacau sehingga margarine cair dan mendidih.
2. Perlahankan api, dan masukkan tepung gandum bersama garam, kacau sehingga membentuk satu bebola doh yang lembut (lebih kurang 1 minit). Setelah itu, alihkan saucepan dari api dan letak di atas meja dapur.
3. Masukkan telur ayam (sebiji pada satu-satu masa, jangan dimasukkan semua sekaligus), dan kacau sehingga doh menjadi sebati dengan telur ayam. Masukkan sekali serbuk kayu manis.
4. Masukkan doh ke dalam beg pastry yang lengkap dipasang dengan star tip yang bersaiz sederhana.
5. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali yang "sederhana dalam", kemudian paipkan doh tadi terus masuk ke dalam minyak masak yang panas itu, goreng sehingga setiap jalur doh menjadi kuning keemasan.
6. Keluarkan churros dari minyak tadi dan letakkan di atas beberapa helai tisu makan atau tuala kertas untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan. Hidangkan churros bersama Delfi dark chocolate syrup, atau, ayakkan gula halus bersama serbuk kayu manis di atas churros yang masih panas. Siap... (。^‿^。)~


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

#PrayForMH370

Monday, January 27, 2014

Jom try buat ni - Carrot Soup

Salam ceria Isnin buat semua readersku yang sedang kesejukan dek kerana fenomena penurunan suhu di seluruh Malaysia buat masa ini, aku kat Perlis ni tak rasa sejuk sangat pun, paling rendah pun suhu persekitaran masih lagi dalam lingkungan 20an darjah Celcius pada waktu awal pagi dan lewat malam (~‾⌣‾)~

Yoshhh, entry kali ni pasal carrot soup, iaitu sup lobak merah, western style. Sup ni boleh dikatakan baik untuk kesihatan, sedap dan mudah untuk disediakan~ 

My carrot soup, and some roasted bread ^^

~Bahan-bahan~

lobak merah - 200 gram
celery - 200 gram
bawang besar - 200 gram
tomato - 150 gram
serbuk stok ayam (atau sekadar garam) - satu sudu teh
serbuk lada putih - satu sudu teh
air - secukupnya untuk merebus  

Ratio = 1 carrot : 1 celery : 1 onion : 3/4 tomato

*Cara-cara;

1. Potong lobak merah, celery dan bawang besar kepada ketulan-ketulan yang bersaiz sederhana. 
2. Kupas tomato, dan potong kepada 8 bahagian sama saiz (belah 4 secara menegak, kemudian belah sekali secara melintang). Buangkan bahagian yang ada biji tomato.
3. Rebus lobak merah, celery, bawang besar dan tomato. Kacaukan sehingga lobak merah dan celery menjadi empuk.
4. Tuskan bahan-bahan rebusan tadi, dan sejukkan di atas meja buat beberapa minit. 
5. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam pengisar makanan bersama serbuk stok ayam yang telah dilarutkan bersama air suam (setengah cawan) dan serbuk lada putih, dan kisarkan sehingga menjadi sebatian yang agak pekat.
6. Hidangkan dalam mangkuk untuk dinikmati bersama roti bakar atau crouton (kepingan roti yang disapu/sembur dengan minyak zaitun, kemudian dibakar di dalam oven sehingga kelihatan rangup). 

ヾ(。・ω・。)

Selamat mencuba~ Cuba la buat sup ni untuk orang yang tak suka makan sayur, kemungkinan besar sup ini boleh mengubah persepsi negatifnya terhadap rasa sayur, oishii deskara ne~ (sebab ianya sedap~) ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, December 25, 2013

Jom try buat ni - Eggy Asparagus

Salam ceria buat para readersku yang comei dan riang bagaikan riang-riang belaka? Ada yang sedang bercuti dan bergembira sambil menyanyikan lagu Jingle Bells? (*^▽^*)ノ”

Baiklah, entry pasal makanan datang lagiii... dengan menu kali ini: Eggy Asparagus, yang mana idea asalnya datang dari Nigella, dari siri rancangan masakannya yang berjudul: Nigella Bites 

My version of Eggy Asparagus (nama tu bikin sendiri jer) ^^

Kalau korang suka makan telur ayam lembik atau masak suku, aku rasa korang mesti suka dengan dish ini, tapi kalau korang tak suka makan sayur rebus atau asparagus, well, too bad... you're missing on something so good~ (。・ω・。)~

~Bahan-bahan~

telur ayam - 1 biji
asparagus hijau - 5 batang
minyak zaitun - 1 sudu teh
garam - 1 sudu teh
serbuk lada putih - secubit
air - 4 cawan (untuk merebus) + 4 cawan (untuk sejukkan)
ketulan ais - secukupnya

*Cara-cara:

1. Rebus asparagus: Masukkan air ke dalam periuk kecil dan panaskan air sehingga mendidih. Tuangkan satu sudu teh minyak zaitun ke dalam air yang sedang mendidih tu bersama satu sudu teh garam, dan kacaukan. Masukkan asparagus dan rebus selama lebih kurang 2 hingga 3 minit. 
2. Sediakan semangkuk air ais (slurry ice), keluarkan asparagus dari air yang mendidih tadi dan rendamkannya pula ke dalam air ais yang telah disediakan tadi. *Proses ini dipanggil blanching, yang mana aktiviti rapid-cooling ini akan membuatkan sayur rebus menjadi lebih rangup, sedap dan nampak ceria dengan warna asalnya.
3. Rebus telur ayam: Masukkan air ke dalam periuk kecil dan panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sebiji telur ayam dan biarkan ia merebus selama 3 minit. Angkat dan masukkan telur ayam rebus itu ke dalam air ais untuk sejukkannya. Potong bahagian atas (1/3 dari atas) dengan pisau yang tajam secara berhati-hati. Dirikan telur ayam tersebut dengan bantuan apa-apa peralatan atau perkakas, dan taburkan secubit lada putih ke atas telur ayam.
4. Hidangkan seperti di dalam gambarajah di bawah. Eggy Asparagus untuk satu orang makan, siapppp~ ( ノ^ω^)ノ゚



Kalau suka cheese, boleh letakkan sedikit cheddar atau cream cheese~
Selamat mencuba okies? Oishii yo~ (Sedap tahu~)


( ´ ▽ ` )ノ


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )