Salam 3 Syawal 1439H buat semua Muslim readers yang menyambut Hari Raya Aidilfitri! Selamat Hari Raya ke-3, Maaf Zahir & Batin aku ucapkan buat kalian yang rajin menjenguk blog ni selama ini. Aku tangguh dulu sambungan bagi entry 'Jalan-jalan Singapura' aku tu, waktu hari raya ni kenalah buat entry pasai hari raya juga... ehehee ;3
Baiklah, setelah bertahun-tahun lamanya aku tidak buat kuih raya sendiri sempena menyambut kedatangan 1 Syawal, maka raya tahun ni aku buang tebiat buat sejenis kuih (cookie) yang paling bodo sempoi dan senang tahap budak tadika pun boleh buat (...jadi laa, janji ada juga yang 'self-made', dari takdak...). Tahun ni saja aku nak bagi ada kelainan sedikit (...ni Raya pertama kita di era 'Malaysia Baru' kannn, special tuu...). And so, setelah aku men-'google' keywords "dumbest cookie recipe" di kala hujung Ramadhan yang lepas, aku ditemukan dengan: The 3-ingredient Peanut Butter cookies, selain beberapa resepi kuih/biskut bodo lain yang kurang menarik perhatian aku.
Secara ringkasnya, apa yang perlu dibuat hanyalah:
1. Gaul satu cawan peanut butter (smooth) dengan setengah cawan gula dan sebiji telur ayam sehingga sebati dan membentuk doh (dough).
2. Kemudian, bentukkan doh menjadi bulatan-bulatan sebesar bola Pingpong (kecil sedikit dari saiz ini la), dan susun di dalam loyang pembakar yang telah disapu permukaannya dengan minyak masak atau marjerin terlebih dahulu (supaya kuih tidak melekat pada loyang setelah siap dibakar).
3. Gunakan garfu untuk membentuk corak hash '#' pada permukaan setiap ketul doh dengan menekan garfu sebanyak 2 kali (menegak dan melintang). Apa? Hang tak paham? Mohon lihat pada video di atas.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius dan bakar cookies ni selama 10 minit.
5. Sejukkan pada suhu bilik selama sekurang-kurangnya 40 minit sebelum menyimpannya di dalam balang.
Wokeh, sekian dulu entry kali ini. Later days~ *lambai-lambai*
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^ w ^ = )
Selamat hari raya, maaf zahir & batin..biskut peanut butter, sedapnya..nice..
ReplyDeleteHehee thanks sis, boleh tahan 'laku' jugak la biskut ni di kalangan tetamu yang datang beraya :'D
DeleteSelamat Hari Raya buat sis sekeluarga, Maaf Zahir & Batin~ :D
yang suka peanut butter mesti suka ni.. tahun ni (dan tahun2 sebelum) memang takde buat kuih. malasnyaa ya rabbi.. hehe..
ReplyDeleteHehehe... yes, ai paham cik siti, ai paham... :'D
Deletesedap..saya pun first time buat kuih raya tradisional selama 26 tahun berkahwin..hehe
ReplyDeletesalam kenal dari umifuzy.com
Tq, hehe... salam kenal juga :)
Deleteada lagi x saki baki kuih raya nie, teringin nak rasa..hehe
ReplyDeletealaa dah abih dah, kuih ni yang licin dulu... :'D
Deletememang senang
ReplyDeletehehehe
Senang yang amat, tapi kalau malas boleh jadi payah juga. Hahahah :'D
Delete