It's a TITLE of a story, it also happens to be the main character's NAME of that particular story, and there's a type of FOOD with that same name! What is it, kids?? It's.......
Salam Jumaat buat semua readersku yang comei comei dan ohsem skalian, minna genki? ^^
Diharapkan anda semua sedang sihat, selamat dan tenang di sana... ok kali ni aku nak sembang pasal Hikayat Sang Kancil yang pernah popular suatu ketika dahulu, bermula pada awal tahun 80'an hingga awal 90'an. Sapa-sapa yang lahir lewat tahun 70'an dan 80'an mesti akan rasa nostalgia punya bila tengok balik hasil animasi tempatan yang dihasilkan oleh Filem Negara Malaysia zaman 80'an ni, yang berkisarkan tentang Malaysian Folklore ^^
Pada pendapat anda semua, sang kancil ni pandai ka licik? atau, bagi korang, pandai dan licik itu adalah dua sifat yang sama? Adakah kita semua benar-benar memahami segala mesej dan moral yang ingin disampaikan oleh setiap hikayat sang kancil? dan adakah kancil dijadikan maskot yang semestinya akan menang di akhir setiap hikayat?
Dalam banyak-banyak hikayat sang kancil, dialog ni mesti paling jadi buah mulut dan senda gurau sama rakan-rakan yang lahir lewat tahun 70'an dan 80'an kan?: "Jangan monyet, jangaaan... hahaha", dalam Hikayat Sang Kancil dan Monyet.
Ok, dalam cerita ni sang kancil nampak baik 100%, dan si monyet nampak jahat. Monyet cuba menipu dan akhirnya menerima padah, so moral of the story, menipu itu adalah satu perbuatan yang salah dan akhirnya yang menipu itu pasti menerima padah.
Sekarang kita tengok Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya pulak...,
Ok, buaya yang licik dan jahat, telah secara langsung mengkhianati si kerbau lembab yang pantang dipuji, yang mesti dengan dungunya akan membantu si buaya bermulut manis yang menagih simpati, tanpa menyedari dia (si kerbau) sedang menggali kuburnya sendiri. Kancil yang bijak pula dengan sarkastiknya telah berjaya menyelamatkan si kerbau dari kena makan dek buaya, dan seterusnya memerangkap balik si buaya. Banyak moral dalam siri ni boleh diaplikasikan dalam kehidupan manusia sejagat, siap ada babak kain buruk hanyut lagi yang menjadikan cerita ini lebih dramatis....
Sekarang mari kita usha pula Hikayat Sang Kancil dan Buaya (sang kancil mengira buaya)....,
Hah, kat sini sang kancil kalah sikit kat hujung cerita, dia tak menang 100% dan kempunan tak dapat makan rambutan kat seberang sungai sana... sebab? Dia telah menipu, semata-mata untuk kepentingan diri dia sendiri... dan akhirnya kat hujung cerita keluar pepatah, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Ini menunjukkan sang kancil bukanlah maskot hikayat yang mana pasti akan menang di akhir setiap cerita, dan tidak kiralah siapapun kau, kalau kau menipu, kau tetap akan rugi juga.
Hikayat sang kancil telah diberi nafas baru di TV Al-hijrah, oleh para animators tempatan yang menghasilkan Upin & Ipin. Mari kita lihat siri bagi Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya (part 2 & 3), dan seterusnya mari kita buat perbandingan dengan versi yang asal.
Mesej dan moral dia kelihatan lebih kurang dan tidak menyimpang dari original version, cuma tambah watak baru iaitu seekor tupai tua yang menjadi pemerhati bijak lagi tangkas ala-ala kung-fu master. Hahah, kool dan kelakar, bersesuaian dengan humor zaman sekarang.... teruskan teruskan ^^
~Majulah Industri Animasi Tempatan~
Sekian, mana yang baik sila amik buat pengajaran, mana yang buruk sila jangan ikut ya wahai adik-adik sekalian~
Salam petang ceria buat readersku yang comei-comei dan innocent belaka~
Ada yang tengah kalut dan sibuk membuat persiapan shopping stok makanan dalam tin dan memperkasakan kubu perlindungan serta pod keselamatan untuk esok ka? XP
Okies, kali ini ingin aku untuk menarik perhatian anda ke arah perkembangan industri animasi tempatan kita yang agak terkini, iaitu Sunsastera.
Selepas aku terbaca post entry BlogSerious yang telah menghighlight keohseman Sunsastera ni, aku terus view kat youtube untuk melihat sendiri penerimaan orang ramai terhadap pencapaian yang agak terkini oleh Malaysia dalam industri animasi ni. Rata-rata ada komen negatif (positif tu ada juga, antaranya aku punya komen lah). Personal opinion aku, aku kira ini satu pencapaian yang sangat baik buat Malaysia, tak kiralah cina ka, india ka, melayu ka, siam ka, singh ka yang 'came out with this idea in the first place' atau yang paling bertungkus-lumus untuk merealisasikan hasil seni visual animasi ni. Kenapa perlu nak libatkan isu perkauman dalam seni animasi yang supposedly aman dan awesome ni? I mean come on lah people, dalam Sunsastera tu sendiri tak ada bias kaum kot, semua bangsa pun ada dalam animasi Sunsastera tu kan, semua baik-baik saja. Why do some people feel that they need to inject a certain amount of hatred in anything? Chill man, chill...cukup-cukuplah gaduh sana sini dalam dunia reality, apsal nak bawak sampi ke seni animasi?
Tengok gelagat golongan orang tempatan ni, prejudice is everywhere in Malaysia...be it from the aspect of race, gender, age, religion, status, wealth and so on...tak habis-habis benda ni, memang tak akan habis sampai bila-bila, but please man...jangan cemarkan semua benda dengan sifat prejudis dan saling jatuh-menjatuhkan sesama sendiri. I'm not saying that Sunsastera is the best of the best, super awesome, very original or lawa gilaaaa and all that glorious terms, we still have a looong way to go and lots to improve in the art of animation arena/industry...but this is definitely a very good achievement, a fresh breath of air from our very own local production.
Sesiapa pon, kalau diberi kata-kata semangat dan peluang untuk berjaya, dia boleh berjaya. Kalau dia ditindas tapi tetap boleh berjaya juga, bermakna dia tu memang hebat lah kan...tapi kita kalau boleh, nak ramai yang berjaya kan, bukan nak limitkan jumlah kejayaan yang boleh dikecapi. Maka, bagilah kata-kata pembakar semangat instead of kata-kata berbaur prejudis yang membakar amarah lalu menyekat kreativiti. There's a difference between constructive criticism and demeaning criticism. Lihat dan nilai sesuatu dengan menggunakan akal dan hati yang bersih, don't be awfully judgmental, take time to think and don't judge something too quickly. Apa-apa pun...,
~Majulah Industri Animasi Tempatan~
Sekian dulu entry kali ini, pendek saja...aku nak pi buat takoyaki lah pulak lalala~ ^^