Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, March 10, 2017

ME > YOU syndrome

Competitions. There are 2 types of competitions. 

One promotes self-development, while the other promotes self-destruction

Real competitions make you want to challenge yourself positively, improve your skills and grow better. It doesn't matter if you win or lose, you'll benefit from it either way. They promote self-development, making you stronger and wiser after you push yourself positively towards self-betterment. 

Self-destructive competitions, on the other hand, are mostly 'made-up' competitions between peers (or neighbors). People who indulge themselves in this type of meaningless, never-ending, ego-feeding competitions just want to compete with each other desperately in order to satisfy their thirst for instant, temporary and cheap recognition, to be seen or considered as 'elites' among their peers, regardless of whatever 'methods' they choose to use. They succumb to peer-pressure.

Sunday, February 8, 2015

Kurma Ajwa, pernah dengar?

Salam ceria weekend buat semua readers yang perihatin akan kesihatan diri masing-masing sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan ceria-ceria sajalah hendaknya. 

O.Klah, nampak intro tu ada hint pasal soal kesihatan kan? Ya, entri kali ini adalah berkenaan dengan apa yang boleh membuatkan kesihatan diri kita secara umumnya menjadi lebih baik, baik lelaki mahupun perempuan.

Kurma Ajwa Madinah yang aku dapat dari dealer : Miss Suki. Boleh order dari beliau kalau berminat.

Aku bukanlah seorang yang gemar makan buah kurma, walaupun ianya mempunyai banyak khasiat. Aku cuma akan cari buah kurma bila aku rasa aku perlukannya saja, contohnya bila berlakunya kecemasan seperti dalam kes bloody unko.

Buah kurma sebenarnya ada banyak spesis. Baru-baru ni aku baru kenal dengan kurma Ajwa ni, iaitu kurma yang juga dikenali sebagai Kurma Nabi, yang mana datangnya adalah dari tanah Madinah. Kurma Ajwa Madinah yang ditanam dan dituai di tanah Madinah ni lain sikit dari yang lain dari segi rupa bentuk, saiz dan khasiatnya (dan harganya juga). Kurma Ajwa ni comel-comel je saiznya, berwarna coklat gelap kehitaman, dan ada garis-garis serat putih di bahagian hujungnya. 

Bagi aku, secara umumnya, rasa buah kurma adalah tidak sedap (hahah...). Ini adalah kerana aku ni memang jenis yang tidak gemar makan apa-apa buah yang telah dikeringkan. Jadinya aku fikir, rasa buah kurma Ajwa ni pun mesti lebih kurang sama aje macam rasa kurma-kurma yang lain tu kan, akan tetapi... jangkaan aku ternyata jauh menyimpang. Rasa buah kurma Ajwa ni seriously lain dari kurma-kurma yang biasa aku telan sebelum ni. Sekali ngadap boleh termakan sampai 5 bijik... aiyoyoiii, sedapnya! Hahah, patutlah harga dia pun power, padanlah dengan manfaat khasiatnya yang luar biasa, serta rasanya yang sedap. Kena control sikit keinginan untuk terus menelan buah ajaib ni sekali mengadap, makan apa pun perlulah berpada-pada. Kurma tetap ada kandungan gula yang perlu kita kawal jumlah pengambilannya, hatta nasi putih mahupun roti kosong sekali pun, kalau makan banyak sangat, buruk padahnya (huhuhuh...). 

O.K, sekian dulu entri aku pasal kurma Ajwa Madinah yang marvelous ni. Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kurma Ajwa ni, bolehlah memesan secara online dari Miss Suki. Dah banyak kilo beliau jual kurma Ajwa Madinah ni, kuantiti minimum yang beliau jual ialah 250g. Nak tahu lebih lanjut, silalah berkunjung ke blog Miss Suki, SukiSukaKurma.

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, December 7, 2014

Honey, where's my Cinnamon?

Salam ceria Ahad buat semua readers and followers blog aku yang kawaii sekalian, diharapkan kalian sedang sihat dan ceria-ceria saja di sana ;3

Baiklah, entri kali ini adalah berkenaan kebaikan madu lebah dan kulit kayu manis. Abaikan tajuk entri ini yang sedikit kontroversial itu, gimik murahan semata-mata demi menarik perhatian manusia busybody sekalian... hahaa~ ;p

Nak dijadikan cerita, I came across this one book that managed to grab my attention while browsing through Islamic-related books at a bookstore sometime last month, so I flipped it open to browse through the contents, and checked the author's biography and info.

Front
Back
Interesting. The contents seem useful, Islamic, practical and believable enough, so I bought it for further "investigation".

Kebaikan madu lebah asli dan kulit kayu manis dalam mengubati pelbagai jenis penyakit manusia.
Salah satu benda yang menarik perhatian aku semasa mengkaji buku ini ialah, kebaikan gabungan madu lebah asli dan serbuk kulit kayu manis. Menurut buku ini, madu lebah asli adalah sejenis makanan yang terhasil secara semula jadi yang mampu mengubati hampir kesemua jenis penyakit manusia. Madu lebah adalah ubat yang turun bersama wahyu.





Begitulah antara beberapa kebaikan madu lebah asli dan serbuk kulit kayu manis yang aku nak kongsi dengan kalian, menurut buku ini. Ada beberapa lagi kebaikannya yang tercatat dalam buku ni, tapi aku tak nak tempek kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah kalian pergi cari buku ni (bukan aku lokek, aku risau kot-kot kena saman marah je, mana tau?... hahah). Okeh... masa untuk ber-eksperimentasi dengan petua ni, dan lihat sendiri kesannya kemudian ke atas diri sendiri...

Sejak beberapa minggu yang lepas, aku mula mengamalkan pengambilan air rebusan madu lebah asli campur dengan serbuk kulit kayu manis, minum dengan air teh-0, mengikut kadar nisbah lebih kurang 1:2 (1 air rebusan campuran honey + cinnamon powder: 2 air teh-0) setiap hari secara konsisten. More specifically, 100ml:200ml). Berkenaan air rebusan campuran tu pulak (dalam tumbler tu), aku rebus 1L air + 4 sudu besar madu asli + 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis, selama 10 minit. Lepas tu, sejukkan di atas meja, simpan dalam tumbler, letak dalam peti ais. Setiap hari, guna 100ml campur dengan 200ml air teh-0. Amalkan setiap hari sampai stok air campuran tu habis. Buat stok baru, dan terus amalkan.

Maka, selepas mengamalkan petua ini secara konsisten selama beberapa minggu, aku dapat merasakan yang memang ada perubahan positif telah berlaku secara beransur-ansur dalam sistem tubuh aku. Berat badan ada jatuh sikit (as expected), dan, sakit lutut aku hilang (which is unexpected, tak ada tercatat dalam buku ni). 

Sebelum ini, aku selalu rasa sakit pada lutut, yang mana gangguan kesihatan fizikal ini membuatkan aku rasa sungguh tidak selesa apabila aku mengerjakan solat. Bila aku nak bangun dari sujud dan berdiri semula untuk menyambung rakaat yang seterusnya, lutut aku mesti akan buat aku rasa sakit selama beberapa ketika. Kadang-kadang sakitnya tu tak begitu ketara, sekadar rasa kurang selesa. Kadang-kadang tu pulak, sakitnya tu agak over, tapi tak lama. Alhamdulillah sekarang ni, selepas aku mengamalkan petua minum air rebusan honey+cinnamon yang dicampur dengan air teh-0 setiap hari, lutut aku telah kembali ke zaman kekanak riang, tiada lagi rasa sakit-sakit mahupun sengal-sengal ketika mengerjakan solat. Yaaay~ X3 

Okeh, dengan ini aku harap kalian dapat memanfaatkan perkongsian aku dalam entri ini. Entri ini bukanlah entri untuk iklankan buku, cuma secara kebetulan saja aku telah ditemukan dengan buku ini di sebuah kedai buku, dan aku telah beroleh sesuatu yang sangat bermanfaat buat diri sendiri setelah membeli dan membaca buku ini. Secara keseluruhannya, aku rasa buku ini ialah sebuah bahan bacaan yang sangat bermanfaat. In other words, I think this book is very much worth your time and money, because the collection of information in it is priceless. Aku suka. 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, August 18, 2014

Bloody Unko?? ):O

Salam Monday blues buat anda semua yang budiman sekalian... aku di sini sedang sihat-sihat saja Alhamdulillah, walaupun tajuk entry ini bunyinya agak menakutkan (bloody unko/stool = tinja berdarah). Tajuk ni tiada kaitan dengan keadaan semasa aku. Aku tetiba boleh teringat pasal sesuatu yang berkaitan dengan unko setelah aku terbaca entry blog cEro: Unko dan Aiskrim. "Unko" itu bermaksud "najis" dalam bahasa Jepun.

Unko dan Kurma??! Ishh, kenapa aku nak bandingkan najis dengan kurma pulak ni?? Dah la aku letak gambar kurma ni besar gedabak pulak tu (aku dah ubah template blog ni, so aku dah boleh pilih option X-large, heheh). Sebelum korang nak marah aku kerana menulis perkataan najis dan buah yang baik ni dalam satu ayat yang sama, baca dulu entry ni sampai habis okeh? ;3... Pic. source: ummuhabib (photobucket)


Haaa, seperti mana yang kebanyakan orang ramai sudah tahu (terutamanya umat Islam), buah kurma ini mempunyai banyak khasiatnya. Akan tetapi, dalam banyak-banyak khasiat dan kebaikan buah kurma, tidak ramai pula yang tahu akan satu fakta kelebihan memakan buah kurma yang ni: 

"Buah kurma boleh menghentikan masalah tinja berdarah, iaitu dalam bahasa Inggerisnya, bloody stool".

Ya, kalau anda sedang atau tiba-tiba mengalami masalah berak tinja berdarah, sama ada ianya menyakitkan atau tidak, usah bimbang dan pasrah lagi. Jawapannya ada pada buah kurma. Makanlah 3-4 biji buah kurma dulu sebelum anda panik, kemudian tengoklah sama ada anda masih mengalami tinja berdarah atau tidak the next time you shit take a dump. Sekiranya kurma masih tidak dapat menyelesaikan masalah kesihatan anda itu, sila pergi berjumpa dengan doktor pakar usus untuk mengetahui apakah masalah sebenar yang sedang dialami oleh usus besar anda. Masalah tinja berdarah ini kebiasaannya hadir disebabkan oleh faktor tabiat pemakanan yang tidak sihat serta kekurangan serat. Mereka yang tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sangat cenderung untuk mengalami masalah tinja berdarah, maka, jadilah manusia yang mengambil berat akan kesihatan badan anda sendiri, dan makanlah sayur-sayuran serta buah-buahan berserat tinggi dengan lebih kerap. 

Kalau suka makan kurma, baguslah... aku tak suka sangat makan kurma, bulan puasa saja aku makan sebijik dua... nasib baiklah aku ni jenis suka makan sayur-sayuran, tapi kalau terjadi jugak masalah tinja berdarah, memang aku akan cari kurma jugaklah, terbukti mujarab... LoL

Jya mata-ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, February 10, 2014

Avocaaadooo~ X3

Salam Monday blues buat semua, harap korang sedang sihat dan ceria, tak mau tensen-tensen~ ;3 

Eh, korang pernah atau suka makan buah avocado tak? Pokok buah ni tumbuh kat negara beriklim Mediterranean (khususnya Mexico), baik untuk kesihatan secara am, boleh menurunkan blood cholesterol level, disamping ianya baik untuk kesihatan jantung kita. Isi buah avocado yang ranum lembut macam butter, scoop isinya keluar dengan sudu setelah dibelah dua dengan pisau, tanpa memotong biji di tengahnya. Isi buah ni sedap dibuat salad, salsa, atau dimakan dengan sandwich ayam/daging atau burger~ (*ω*)

Monday, January 27, 2014

Jom try buat ni - Carrot Soup

Salam ceria Isnin buat semua readersku yang sedang kesejukan dek kerana fenomena penurunan suhu di seluruh Malaysia buat masa ini, aku kat Perlis ni tak rasa sejuk sangat pun, paling rendah pun suhu persekitaran masih lagi dalam lingkungan 20an darjah Celcius pada waktu awal pagi dan lewat malam (~‾⌣‾)~

Yoshhh, entry kali ni pasal carrot soup, iaitu sup lobak merah, western style. Sup ni boleh dikatakan baik untuk kesihatan, sedap dan mudah untuk disediakan~ 

My carrot soup, and some roasted bread ^^

~Bahan-bahan~

lobak merah - 200 gram
celery - 200 gram
bawang besar - 200 gram
tomato - 150 gram
serbuk stok ayam (atau sekadar garam) - satu sudu teh
serbuk lada putih - satu sudu teh
air - secukupnya untuk merebus  

Ratio = 1 carrot : 1 celery : 1 onion : 3/4 tomato

*Cara-cara;

1. Potong lobak merah, celery dan bawang besar kepada ketulan-ketulan yang bersaiz sederhana. 
2. Kupas tomato, dan potong kepada 8 bahagian sama saiz (belah 4 secara menegak, kemudian belah sekali secara melintang). Buangkan bahagian yang ada biji tomato.
3. Rebus lobak merah, celery, bawang besar dan tomato. Kacaukan sehingga lobak merah dan celery menjadi empuk.
4. Tuskan bahan-bahan rebusan tadi, dan sejukkan di atas meja buat beberapa minit. 
5. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam pengisar makanan bersama serbuk stok ayam yang telah dilarutkan bersama air suam (setengah cawan) dan serbuk lada putih, dan kisarkan sehingga menjadi sebatian yang agak pekat.
6. Hidangkan dalam mangkuk untuk dinikmati bersama roti bakar atau crouton (kepingan roti yang disapu/sembur dengan minyak zaitun, kemudian dibakar di dalam oven sehingga kelihatan rangup). 

ヾ(。・ω・。)

Selamat mencuba~ Cuba la buat sup ni untuk orang yang tak suka makan sayur, kemungkinan besar sup ini boleh mengubah persepsi negatifnya terhadap rasa sayur, oishii deskara ne~ (sebab ianya sedap~) ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Sunday, June 23, 2013

Jom try buat ni - Sup ayam sihat

Salam ceria readersku yang beraneka macam sekalian~ ^^ 

Anda suka makan ayam? Baiklah, entry kali ni nak ajak anda semua buat sup ayam yang sedap lagi menyihatkan, tanpa menggunakan minyak masak langsung. Ini adalah cara menyediakan masakan berasaskan ayam yang very awesome, healthy and tasty. 

my chicken soup - mom's recipe

Sup ayam tradisi ini adalah recipe ori mak aku, yang mana bagi aku ianya 100x lebih sedap dan awesome jika dibandingkan dengan mana-mana sup ayam yang dijual di mana-mana restaurant. Rata-rata sup ayam yang aku jumpa kat kedai makan semuanya failed bagi aku, failed dari segi kesihatan dan rasa. Minyak mesti bergenang di permukaan sup yang agak clear warnanya (mesti sebab dia tumis bawang sebelum masukkan air, tolonglah jangan buat benda ni), dan sup rasa masin tahap (ada yang tahap macam lori garam terbalik), malah ada yang mempunyai sedikit rasa masam (mungkin sebab daun sup yang tidak segar telah digunakan), sungguh menyedihkan lagi menghampakan jiwa dan raga. Kanashii sugiru, naiteruso desu (very torturing, I feel like crying) (*TAT*)~

~Bahan-bahan~

ayam - seekor, potong 8 
(potong 10 sekiranya besar)
kentang - 5 biji, potong 4 setiap 1 
(vertical + horizontal)
bawang besar - 2 biji
bawang putih - 3 ulas 
bunjut sup Adabi - 1 unit
bunga lawang - 2 kuntum
bunga cengkih - 3 kuntum
kulit kayu manis - ~ 5 cm
air - ~ 2.8 liter (cukup banyak untuk menutupi 
permukaan ayam dalam kuali yang besar)
serbuk Maggi secukup rasa - secukup rasa
garam - secukup rasa
kicap cair - ~ 6 sudu besar

Cara-cara:

1. Bersihkan setiap ketul ayam dari lapisan-lapisan lemak yang melekat pada daging ayam. 
2. Masukkan ayam ke dalam sebuah kuali yang besar, kemudian masukkan air ke dalam kuali sehingga menutupi keseluruh permukaan ayam sepenuhnya. 
3. Letakkan kuali berisi ayam dan air tadi di atas dapur dengan api sederhana besar. Masukkan sup bunjut Adabi, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau buat beberapa saat. 
4. Sementara itu, potong sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih untuk dikisar dengan mesin pengisar. Seterusnya masukkan bawang yang telah dikisar bersama sedikit air tadi ke dalam kuali yang sedang mereneh ayam tadi. Masukkan kicap cair, serbuk Maggi secukup rasa dan sedikit garam. Kacau buat beberapa saat.
5. Sementara menuggu ayam mereneh selama 40 minit, potong kentang dan 1 bawang besar untuk dimasukkan ke dalam sup kemudian.
6. Setelah 40 minit, masukkan potongan-potongan kentang ke dalam sup dan kacau selama beberapa saat. Sup yang sedang mereneh harus dipantau dan dikacau dari semasa ke semasa. 
7. Setelah 10 minit selepas memasukkan kentang, masukkan hirisan bawang besar ke dalam sup dan kacau selama beberapa saat. Kacau dengan perlahan-lahan menggunakan senduk yang tidak mempunya permukaan tepi yang tajam, agar tidak merosakkan textur kentang dan ayam. 
8. Setelah 10 minit berlalu selepas memasukkan hirisan bawang besar tadi, sup ayam anda sudah siap dimasak, dan sudah boleh dihidang untuk dimakan bersama nasi panas atau oatmeal. 

Total masa yang telah digunakan untuk memasak sup ayam sihat ini adalah 1 jam, yang mana daging ayam telah direnehkan selama 1 jam, kentang selama 20 minit (setelah 40 minit ayam direnehkan), dan hirisan bawang besar selama 10 minit terakhir, atas api sederhana besar (jika kuali anda mempunyai permukaan yang tebal atau heat conductivity yang kurang, sila gunakan api yang besar). Nisbah masa ini adalah formula sup ayam sihat yang perlu diikut dengan berdisiplin, barulah dapat textur daging ayam yang tidak liat semacam, serta kentang yang masak empuk seeloknya ^^

Sekian dulu entry buat kali ini, o-ryori de ganbatte ne (selamat berusaha memasak)~ ^^

To all Muslims, selamat berpuasa sunat pada esok hari sempena Nisfu Sya'ban. Boleh la cuba buat sup ayam ni untuk dijadikan juadah berbuka nanti ^^

Jya mata ne koneko tachi chan~ (=^w^=)

Saturday, January 12, 2013

Telan Je Jangan Hancurkan

Salam ceria Sabtu buat semua readersku yang baik-baik sekalian ^^

Apa khabar? Harap semua sedang sihat-sihat saja di sana, kalau ada yang tengah sakit dan terpaksa telan ubat tu, hah eloklah baca entry ni sat... kali ni nak cerita pasal kesihatan pulak ^^

Mula-mula skali nak habaq, aku ni bukanlah pakar kesihatan, tapi aku ni agak suka jugaklah amik tau pasal hal ehwal kesihatan badan manusia ni, lebih-lebih lagi benda yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan perempuanlah, sebab ya lah aku ni berjantina perempuan. Tapi entry ni tak akan berkisar tentang khususnya kesihatan perempuan, entry ni nak cerita pasal cara/tabiat pemakanan ubat pil/tablet yang betul dan yang salah. 

Pic. source: Wikimedia
Pada yang sudah tau, baguslah dah tau... bagi yang belum tau, meh sini ceq nak cerita skit. Ubat-ubatan yang berbentuk pil atau tablet ni semua orang kenal (sebab semua orang pernah sakit dan telan ubat kan?), saiz dia ada yang besar gedabak (macam boleh tercekik ja rasa kan? gerun tengok weh takut telan tak lepas), ada yang bersaiz sederhana, dan ada yang kecik/haluih saja, sebab masing-masing dibuat mengikut standard dosage yang ditetapkan. Yang besar gedabak tu, biasanya orang yang takut nak telan akan cenderung untuk hancurkan pakai sudu atau pisau kan? Ok, ubat pil/tablet ni ada yang boleh dihancurkan, dan ada yang tidak boleh dihancurkan sama skali (kena telan dia seadanya). Ada juga yang perlu dikulum macam makan gula-gula (ubat sakit tekak) yang mana ubat ni leper macam syiling 20sen (yang ni sapa pi telan memang tak baik la sakit tekak dia.. lol).

So apa yang membezakan ubat pil/tablet yang boleh dihancurkan dengan yang tidak boleh dihancurkan? Kalau hancurkan jugak apa kesannya? Boleh mati ka?

Ok camni, ada beza dia dari segi rupa pil tersebut. Pil/tablet yang tidak boleh dihancurkan sebelum ditelan akan ditandakan dengan huruf DA (delayed absorption), DR (delayed release), EC (enteric coated), ER (enteric release), GC (granules within capsules), SR (slow release) dan SSR (sustained release), yang masing-masingnya membawa maksud 'pelepasan berkadaran', yang mana tujuan ubat ini adalah untuk diserap secara perlahan-lahan oleh sistem badan kita, atau dah sampai ke usus saja baru ia pecah dan diserap (EC dan ER) setelah melepasi perut. Ubat jenis ini memang kena telan terus dalam keadaan asalnya, jangan pi pandai-pandai hancurkan atau belah kepada 2 sekalipun... have confidence in yourself and swallow the pill whole, kerongkong anda dah memang cukup besar untuk menelan pil itu, yang boleh tersangkut tu sebab salah diri sendiri yang teragak-agak semasa nak telan ubat tu. Kalau dihancurkan jugak ubat tu sebelum ditelan, sistem badan anda akan mengalami kejutan apabila ubat tu diserap dengan kadar yang sangat laju, yang mana kesan 'extended release' tu dah terbatal disebabkan oleh perbuatan anda sendiri. Boleh mati ka? Itu ikut pada sistem individu itu sendiri dan jenis dadah yang dikandung ubat itulah... lain orang lain kes alergiknya, apa-apa pun dapatkan nasihat doktor dulu sebelum makan apa-apa jenis ubat ya, only take doctor-prescribed medicines ^^

Nak tau pasal ni dengan lebih detail, bolehlah baca di sini...

Okeh setakat ini saja perkongsianku kali ini, semoga dapat dimanfaatkan mana yang patut ^^... btw ada yang gi join itu 'perhimpunan aman' ka hari ni kat keyell tue? Jaga diri dan tatasusila masing-masing ya~


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)