Click Me Plzzzz

Monday, August 18, 2014

Bloody Unko?? ):O

Salam Monday blues buat anda semua yang budiman sekalian... aku di sini sedang sihat-sihat saja Alhamdulillah, walaupun tajuk entry ini bunyinya agak menakutkan (bloody unko/stool = tinja berdarah). Tajuk ni tiada kaitan dengan keadaan semasa aku. Aku tetiba boleh teringat pasal sesuatu yang berkaitan dengan unko setelah aku terbaca entry blog cEro: Unko dan Aiskrim. "Unko" itu bermaksud "najis" dalam bahasa Jepun.

Unko dan Kurma??! Ishh, kenapa aku nak bandingkan najis dengan kurma pulak ni?? Dah la aku letak gambar kurma ni besar gedabak pulak tu (aku dah ubah template blog ni, so aku dah boleh pilih option X-large, heheh). Sebelum korang nak marah aku kerana menulis perkataan najis dan buah yang baik ni dalam satu ayat yang sama, baca dulu entry ni sampai habis okeh? ;3... Oh ya, gambar ni aku rembat dari google image, yang mana dia pula rembat dari blog Facts of Life.


Haaa, seperti mana yang kebanyakan orang ramai sudah tahu (terutamanya umat Islam), buah kurma ini mempunyai banyak khasiatnya. Akan tetapi, dalam banyak-banyak khasiat dan kebaikan buah kurma, tidak ramai pula yang tahu akan satu fakta kelebihan memakan buah kurma yang ni: 

"Buah kurma boleh menghentikan masalah tinja berdarah, iaitu dalam bahasa Inggerisnya, bloody stool".

Ya, kalau anda sedang atau tiba-tiba mengalami masalah berak tinja berdarah, sama ada ianya menyakitkan atau tidak, usah bimbang dan pasrah lagi. Jawapannya ada pada buah kurma. Makanlah 3-4 biji buah kurma dulu sebelum anda panik, kemudian tengoklah sama ada anda masih mengalami tinja berdarah atau tidak the next time you shit take a dump. Sekiranya kurma masih tidak dapat menyelesaikan masalah kesihatan anda itu, sila pergi berjumpa dengan doktor pakar usus untuk mengetahui apakah masalah sebenar yang sedang dialami oleh usus besar anda. Masalah tinja berdarah ini kebiasaannya hadir disebabkan oleh faktor tabiat pemakanan yang tidak sihat serta kekurangan serat. Mereka yang tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sangat cenderung untuk mengalami masalah tinja berdarah, maka, jadilah manusia yang mengambil berat akan kesihatan badan anda sendiri, dan makanlah sayur-sayuran serta buah-buahan berserat tinggi dengan lebih kerap. 

Kalau suka makan kurma, baguslah... aku tak suka sangat makan kurma, bulan puasa saja aku makan sebijik dua... nasib baiklah aku ni jenis suka makan sayur-sayuran, tapi kalau terjadi jugak masalah tinja berdarah, memang aku akan cari kurma jugaklah, terbukti mujarab... LoL

Jya mata-ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

17 comments:

  1. Bapak aku cukup concern bab makanan berserat tinggi ni. Bukan apa, unit bapak aku waktu askar dulu diajar oleh jurulatih kawad supaya banyakkan makan pisang supaya berak lebih lawas. Kalau tak lawas, nanti sembelit time kawad sure boleh pitam. Sembelit tak boleh buat main-main, pengsan time kawad, malu satu kompeni kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh betul2... betul cakap ayah hang tu bro, bab sembelit memang tak boleh buat main2, makanan berserat tinggi memang penting! X3

      Delete
  2. haaa kurma byk khasiat sbnrnye kan. urmmm tp tu la ai ni pon jenis yg liat gak mkn kurma2 nih hehehe.. bila time tinja agak2 nk sembelit tu baru la terhegeh2 nak cari buah2an nk bg lawas la kekonon hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... tu pasal, fiber is very important in our daily diet! X3

      Delete
  3. Akak pun kurang minat mkn kurma..sedangkan kurma tu makanan sunnah..tapi kalau kalau yg bersalut coklat ke, atau ada inti badam, laju je ngap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la saya pun sis, kalau ada kurma badam tu menarik sikit hehee~ ;3

      Delete
  4. Hehehe...thanks promote entri aku...hahaha

    Bab kurma utk bloody unko tu, makan yg kurma kering selalu jual tu ke atau yg kurma mentah petik dr pokok lagi berkesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. douitashimashite cEro-kun~ ;3

      kurma yg biasa nampak dijual kat kedai tu lah... makan kurma tu, setel masalah ;3

      tak pasti la pulak efeknya ada beza atau tak jika dibandingkan dengan kurma segar yg petik sendiri dari pokok... hahah

      Delete
  5. memang tak dinafikan buah kurma memang banyak khasiatnya...tapi sayang, saya pulak tak makan buah kurma ini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh... ramai jugak orang kita yg tak brapa gemar nak makan buah kurma noh... huhuh (^^;)

      Delete
    2. Saya rasa bro Azlan boleh try kurma bertangkai tu dulu.. sebab rasa dia lain sikit.

      Delete
  6. Replies
    1. uih en.lim, makan kurma waktu berbuka puasa takpa, jangan makan waktu sedang berpuasa... hehehehhe ;p

      Delete
  7. aku suka makan sayur2 dan buah2.. tapi kalau dah dihidang depan bijik mata.. hehehe.. ok demi kesihatan, akan aku borong kurma dan kismis kat kedai islam halal.. gitu~~ tapi nak makan tu, maybe take time la nak menghabiskannya.. muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... oh kiranya kalau tak terhidang depan mata tu, kebarangkalian untuk ko makan sayur2an n buah2an tu kurang la? biasa la tu... aku kalau travel gi mana2 n stop kat RNR or mana2 perhentian yang ada jual buah2an, mesti aku beli betik ngan jambu batu potong... tak pun mangga potong2 tu, pergh... slurppp~ ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...