Monday, August 11, 2014

Attack of the Chili!! X3



*
*
*


*
*
*


~~~~~~~~~

Hahaha... okeyyyh sapa paham komik pendek aku kat atas nih? Tajuk entry ni: Attack of the Titan Chili... so tang mana yang cili tu serang aku? Perut panas? Tak... lidah kepedasan? Tak jugak... tengok betul-betul last panel komik aku doodle tu... tangan. Ya... tangan yang sedang kepijaran. *Abaikan doodle tangan character yang rupanya macam takdak jari tu. Itu hanyalah doodle express tahap gila babun.

~KEPIJARAN~

Semalam aku buat cucoq ikut recipe special aku sendiri. Cucoq ni ala-ala cucoq udang tapi aku modify letak sosej, bawang besar, cili, kentang, terung, bijan, garam dan lada sulah. Aku guna tepung gandum, campur dengan tepung jagung (atau tepung kentang) sikit, telur ayam, dan air secukupnya. Lepas tu, goreng dalam minyak kelapa sawit sampai kuning keemasan. Bagi aku, sedap cucoq nih... omnomnomnom~ ;3


Kepijaran tangan berlaku disebabkan oleh aktiviti memotong dan memegang cili fresh secara direct selepas ianya dipotong. Effect dia datang bukan secara serta merta seperti gas bawang yang menyerang mata, kepijaran biasanya mengambil masa untuk menyerang tangan atau mana-mana bahagian kulit yang dah terkena cili potong segar. Rasanya sangat tidak selesa dan membuatkan tangan rasa panas berangin, dan agak berdenyut. Dah lama tangan aku tak kena kepijaran, walaupun agak selalu aku potong cili. Nostalgia sungguh feeling dia... LoL

So, dalam kepijaran itu, aku pun teringat la satu petua pasal macam mana nak redakan kepijaran tangan ni. Aku pernah terbaca kat majalah masakan mana ntah, petuanya berbunyi begini: 

"Untuk meredakan kepijaran tangan akibat memotong cili yang mempunyai kepedasan melampau, rendamkan tangan buat beberapa ketika di dalam setengah gelas air yang dikacau dengan sedikit garam. Pastikan garam hancur dan larut di dalam air. Setelah itu, bilaskan tangan dengan air bersih. "

Setelah aku merendamkan tangan aku dalam segelas air garam for approximately 5 minutes, aku merasakan tangan aku jadi... semakin panas la pulakkk. "Oih... apa punya petua mitos derrr... ??", aku mengomel sendirian. Namun begitu, kepijaran akhirnya beransur hilang dalam masa lebih kurang 40 minit macam tu. Berkesan jugak petua ni rupanya, tapi mengambil masa sikit untuk jalan. Korang ada petua lain yang lebih power dak? Habaq mai kat aku sat, kongsi kat sini ^^

Kesimpulannya, kepijaran ni, perangainya = lembap@lambat@slow. Lambat untuk menyerang dan lambat untuk reda setelah tindakan untuk melenyapkannya diambil. Kepijaran, kau memang annoying. Hahahah...

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^=)

29 comments:

  1. Rendam dalam semangkuk susu ;)
    Atau ramas2 semangkuk beras yang diisi air.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa chuchoq...omnomnomnomnom ;)

    ReplyDelete
  3. Mata ku sebok mengamati watak2 extra dalam doodles nih.hehe. First, I loike the army-key cekup kepala. Nice one. Then, i loike the spek mata. Chill sangat makan cucoq ngan spek itam uolls.kekeke. And the best part, tak tahan bila tengok orang tu blushing makan cucoq-the first picture tu. Is dat means, so.... oishii?hehe

    *oishii is sedap. Gagah ok, Gi google dulu. Ha.. Ko hado? (><,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe arigatou~ ;3

      tapi, tapi... watak doodles kat entry ni cuma ada sorang jer, tak ada watak2 extra... huhuu... memula dia syok layan makan cucoq, lepas beberapa minit tangan dia mula rasa kepijaran sebab sebelum tu dia ada potong cili (utk buat cucoq tu la), last kali dia sedar haaa ni cili punya pasal la ni... huhuu~ (^^;)

      sou sou, oishikatta desu~ ;3

      Delete
  4. sedap nampak cucoq tu..banyak bahan...terung pun ada..

    pandai lukis kartun..jadik...thumbs up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih daun keladi, jangan lupa datang lagi! XD

      Delete
  5. Petua lain, aku pun tak tau. Rendamkan tangan ke dalam air suling selama 40 minit kot? Haha

    ReplyDelete
  6. ko percaya tak kalau aku cakap aku tengah lukis topik yg sama? Lol.. BTW, kalau rumah ada pokok cili, daun dia sangat mujarab untuk hilangkan pijar. Remas daun cili sampai hancur. Tapi kalau takde, aku dengar air basuhan beras pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh caya caya... masa aku nak publish entry ni smlm pun aku teringat kat cerita sabai arom krim cili ko tu... hahah... eh topik ko yg seterusnya nnt pasai kepijaran cili jugak ka day?

      daun cili? wooo... seriously? ok nanti aku terai ;3

      Delete
  7. amboi sis bkan main habat resepi tu campak2 je,..bahan2 dia janji rasa terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, try la buat nanti bebila, sedap woo~ ;3

      Delete
  8. lepas ke tak komen aku... hampeh betei... ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas, lepas... hahah... tp komen hang yg kononnya tak lepas sblm ni tu tak jumpak pon... musykil gak la... x-file la hang nih jinz~ (^^;)

      Delete
    2. betullah... dah banyak kali aku kena... aku dah komen.. lepas tue dia suruh login, aku login terus hilanggg... aku tak tau aa dah lepas ke tak.. kah kah kah... dah laa aku taip komen pepanjang

      Delete
    3. Erkkk... musyikil nih, hg kena mcm tu kat blog ni ja ka, atau kat blog lain pun ada jadi mcm tu? Stakat ni aku komen ok ja kat blog ni atau blog lain, provided that aku log in gmail dulu la sebelum komen tu... huhuu...

      Delete
  9. Mak aku cerita kena seluk tangan dalam tempayan simpan beras n biar lama2...
    Ntah laa berkesan ke tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nampaknya petua yang melibatkan beras ni agak popular dalam menangani masalah pijar... naruhodo ne~ *angguk2 kepala* ;3

      Delete
  10. Mkcik! kalau dah 40 minit tu baik takyah pakai petua..memang akan hilang la dalam 40 minit. Tp jangan korek hidung..azab. Basuh je tangan ngan sabun lama2 pon hilang gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, weih budok, pijar ni kesan dia makan berjam-jam laa kalo tak amik apa2 tindakan, sampai setengah hari pon boleh jadi woo... ko tak pernah kena ka? Hahah...

      Delete
  11. lama tak jumpak word 'kepijaran' hehe
    oihhh lama gak 40 minit tu no plain.. haiyo ~
    errr cana lg ea petua yg ok?
    errr kalo try rendam dlm ais ok dak agak2? ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh, nanti kalo kena lagi, nak try rendam tangan dalam semangkuk beras berisi air pulak, sambil ramas2 beras tu... ada orang kata mujarab ;3

      Delete
    2. baru nak suggest ramas beras. pernah try guna beras, dia take time jugak nak hilang. tapi okla dari tak buat apa2. hihi

      Delete
    3. hehehe kan, kan, kan... kepijaran mmg amik masa nak hilang huhuu~ :' 3

      Delete
  12. bhahahaha comel!! gua selalu kena jugak, buhuhuh. kakak bg tips sapukan minyak masak kt tangan, tp rasa mcm makin pedassss je tgn gua lepastu :3

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)