Showing posts with label humanity. Show all posts
Showing posts with label humanity. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Sempena Hari OKU Sedunia

Salam Disember buat semua readers yang baik hati serta budiman sekalian, tujuan entri ini ialah untuk menghebohkan event seperti berikut:  

OKU BERDOA - Event of the year, sempena hari OKU sedunia. 
Majlis ini akan diadakan pada 5 Disember 2015 (hari Sabtu), jam 8pm - 11pm, bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

https://ms-my.facebook.com/YayasanFAQEH
 Boleh klik pada poster event di atas untuk maklumat lanjut. Satu lagi peluang untuk kita membuat dan menambah pahala, InsyaAllah :)

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, December 27, 2014

Tabung Bencana - Let's do our part

Source: http://www.flyfm.com.my, and, NTV7 news edition (8pm, Dec 27 2014).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tak dapat nak bayangkan betapa deritanya mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan yang sangat terjejas tu semua. Macam-macam news updates aku dapat berkenaan keadaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan yang sangat mendukacitakan. Aku bersimpati dengan nasib mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang, ada anak-anak kecil secara tiba-tiba menjadi yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak-anak, dan mangsa-mangsa lain yang belum ditemui. Rumah, kereta, dokumen-dokumen penting dan harta benda hanyut dibawa arus deras, manusia menjadi helpless dan tidak berdaya di kala bencana melanda. Kesejukkan, kelaparan, terperangkap, ketakutan, risau, sedih, celaru. Allahuakbar, Allah maha besar. Berat mata memandang, berkali-kali ganda berat lagi bahu yang memikul. Tahun 2014 ni memang merupakan tahun yang sangat mencabar buat Malaysia. Bagi kita yang tidak begitu terjejas dengan dugaan yang sangat dahsyat ni, marilah kita bantu mereka setakat mana yang boleh, selain berdoa pada Allah S.W.T, tuhan semesta alam yang maha esa.

Source: MCMC. Tabung ini dibuka sehingga 31 Jan 2015. Contoh, taip: BANJIR 20, dan hantar ke 13999. Derma boleh dibuat dalam amaun RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 dan RM50.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^=)