Source: http://www.flyfm.com.my, and, NTV7 news edition (8pm, Dec 27 2014). |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tak dapat nak bayangkan betapa deritanya mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan yang sangat terjejas tu semua. Macam-macam news updates aku dapat berkenaan keadaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan yang sangat mendukacitakan. Aku bersimpati dengan nasib mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang, ada anak-anak kecil secara tiba-tiba menjadi yatim piatu, ibu bapa yang kehilangan anak-anak, dan mangsa-mangsa lain yang belum ditemui. Rumah, kereta, dokumen-dokumen penting dan harta benda hanyut dibawa arus deras, manusia menjadi helpless dan tidak berdaya di kala bencana melanda. Kesejukkan, kelaparan, terperangkap, ketakutan, risau, sedih, celaru. Allahuakbar, Allah maha besar. Berat mata memandang, berkali-kali ganda berat lagi bahu yang memikul. Tahun 2014 ni memang merupakan tahun yang sangat mencabar buat Malaysia. Bagi kita yang tidak begitu terjejas dengan dugaan yang sangat dahsyat ni, marilah kita bantu mereka setakat mana yang boleh, selain berdoa pada Allah S.W.T, tuhan semesta alam yang maha esa.
Source: MCMC. Tabung ini dibuka sehingga 31 Jan 2015. Contoh, taip: BANJIR 20, dan hantar ke 13999. Derma boleh dibuat dalam amaun RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 dan RM50. |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^=)
Terus berdoa...
ReplyDeleteSemoga penderitaan mereka dapat dikurangkan...
Deletemari lah berdoa agar mereka sentiasa dilindungi tuhan .
ReplyDeletesama-sama kita berdoa dan membantu...
Deleteya, betul..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...semoga mereka tabah menghadapi ujian ini...
ReplyDeletebetul tu sis, semoga mereka tabah dan dilindungi Allah S.W.T...
Deletebetol tu Plain. tahun 2014 ni sangat berat ujian yg diberikan. aku sendiri takleh tahan air mata tiap kali tgk new updates psl banjir ni T___T
ReplyDeletesama2 kita doakan moga2 cpt reda ujian ini. aminnnn.
sedih sangat... sama2 kita berdoa moga2 ujian hebat ni cepatlah reda, amin...
DeleteSedih beb. Walaupun aku tak pernah ada pengalaman tinggal di pusat pemindahan mangsa banjir, tapi kesengsaraan hidup berhimpit-himpit di dewan tu aku boleh faham. Sedang family tumpang duduk ramai-ramai time kenduri pun aku tak sanggup, inikan pula duduk dengan strangers waktu banjir.
ReplyDeleteSama la aku pun bro... aku harap kesengsaraan diorang tu tak akan lama. Kesian sungguh.
DeleteSalam
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2015
Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....
W'slm, Selamat Tahun Baru 2015 ^^
Deletebersyukur rasa sebab sepanjang aku dan keluarga menetap kat terengganu tak pernah kena banjir teruk. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
ReplyDeleteyok kita tolong, pasca banjir!
betul tu, yok kita tolong, kelak mana tahu kita pulak yang memerlukan bantuan, huhuu...
Delete