Salam ceria weekend buat semua readers yang perihatin akan kesihatan diri masing-masing sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan ceria-ceria sajalah hendaknya.
O.Klah, nampak intro tu ada hint pasal soal kesihatan kan? Ya, entri kali ini adalah berkenaan dengan apa yang boleh membuatkan kesihatan diri kita secara umumnya menjadi lebih baik, baik lelaki mahupun perempuan.
Kurma Ajwa Madinah yang aku dapat dari dealer : Miss Suki. Boleh order dari beliau kalau berminat. |
Aku bukanlah seorang yang gemar makan buah kurma, walaupun ianya mempunyai banyak khasiat. Aku cuma akan cari buah kurma bila aku rasa aku perlukannya saja, contohnya bila berlakunya kecemasan seperti dalam kes bloody unko.
Buah kurma sebenarnya ada banyak spesis. Baru-baru ni aku baru kenal dengan kurma Ajwa ni,
iaitu kurma yang juga dikenali sebagai Kurma Nabi, yang mana
datangnya adalah dari tanah Madinah. Kurma Ajwa Madinah yang ditanam dan dituai di tanah Madinah ni lain sikit dari yang lain dari segi rupa bentuk, saiz dan khasiatnya (dan harganya juga). Kurma Ajwa ni comel-comel je saiznya, berwarna coklat gelap kehitaman, dan ada garis-garis serat putih di bahagian hujungnya.
Bagi aku, secara umumnya, rasa buah kurma adalah tidak sedap (hahah...). Ini adalah kerana aku ni memang jenis yang tidak gemar makan apa-apa buah yang telah dikeringkan. Jadinya aku fikir, rasa buah kurma Ajwa ni pun mesti lebih kurang sama aje macam rasa kurma-kurma yang lain tu kan, akan tetapi... jangkaan aku ternyata jauh menyimpang. Rasa buah kurma Ajwa ni seriously lain dari kurma-kurma yang biasa aku telan sebelum ni. Sekali ngadap boleh termakan sampai 5 bijik... aiyoyoiii, sedapnya! Hahah, patutlah harga dia pun power, padanlah dengan manfaat khasiatnya yang luar biasa, serta rasanya yang sedap. Kena control sikit keinginan untuk terus menelan buah ajaib ni sekali mengadap, makan apa pun perlulah berpada-pada. Kurma tetap ada kandungan gula yang perlu kita kawal jumlah pengambilannya, hatta nasi putih mahupun roti kosong sekali pun, kalau makan banyak sangat, buruk padahnya (huhuhuh...).
O.K, sekian dulu entri aku pasal kurma Ajwa Madinah yang marvelous ni. Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli kurma Ajwa ni, bolehlah memesan secara online dari Miss Suki. Dah banyak kilo beliau jual kurma Ajwa Madinah ni, kuantiti minimum yang beliau jual ialah 250g. Nak tahu lebih lanjut, silalah berkunjung ke blog Miss Suki, SukiSukaKurma.
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Arigatou for the review, Plain San! :)
ReplyDeleteBetul tu, makan apa pun biar berpada-pada.
Sebab tu Rasulullah nasihat ambil 7 butir aja setiap pagi. ;)
Biar sedikit namun istiqamah, insyaAllah baik lah hasilnya.
Douitashimashite Suki san~
DeleteBenda baik haruslah kita sebarkan, hehee~ ;3
Memang popular kurma ni..mahal jg harganya..tapi khasiatnya byk...
ReplyDeleteoh popular rupanya kurma ni, baru tau... hehe ;3
DeleteAku peminat kurmaaa.. sedapnya kurmaaaa.. wkwkwkwkw
ReplyDeletegood for you jinz, baguih2...
DeleteBapak aku penggemar kurma dan kismis. Sampai ke cucu-cucu dia pun di ajarnya makan kurma dan kismis. La ni, anak aku makan kurma dan kismis tu buat makan macam makan cekelat ja. Aku ni yang hat liat sikit nak makan kurma. Haha
ReplyDeleteBaguihnya makan kurma dan kismis macam makan cekelat, cuma kena jaga jangan ter-overdose sudah la heheh... kismis dengan kekacang memang elok dimakan selalu ^^
DeleteBeli kurma di waktu bukan musim bulan puasa sangat laa mahal, apatah lagi kurma yg bermutu macam ni...
ReplyDeleteTapi kalau berbaloi dgn khasiatnya, apa salahnya, kan?
Beli benda mahal yang sepadan dengan kualiti dan khasiatnya, itu adalah berbaloi... tak ada masalah malah memuaskan hati para pembeli... hahah ;3
DeleteKurma nabi, walau harganya agak mahal sikit tapi khasiatnya memanglah top. Dagingnya tebal dan seratnya lembut, tak terlalu manis... Humm, ingat bulan puasa jadi :D
ReplyDeleteKhasiatnya memang top, itu tak dapat dinafikan... memang kurma ni power ^^
Deleteaku pon mcm hang gak plain -- bagi aku rasa kurma tak sedap hehehe. tp xtaula kalo aku try kurma ajwa ni nti tah cemane la rasanye hehehe
ReplyDeletetry je ana, selagi tak try memang tak tau punya... sedap baq ang~ ;3
DeleteSya pun kurang mkn kurma plain..tp klu dpt yang lembut2 tu,mmg bwk nyorok la.haha
ReplyDeleteoooh style bawak nyorok lari makan sorang2 ye... hihihi, eh tetiba teringat kat hamster ai dulu2 ;p
Delete