Salam ceria 1st October buat semua readers yang ohsem and fun sekalian, baiklah... entri kali ini adalah berkenaan makanan Nippon yang sangat popular. Semua kenal dan tahu apa itu Takoyaki? (っ˘ڡ˘ς)
My Takoyaki (aku letak inti squid je la (ika), sebab tak jumpa octopus (tako)... huhuu~) X3 |
~Bahan-bahan dan Perkakasan~
*Bahan-bahan untuk batter Takoyaki*
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung jagung - 1.5 sudu besar
Air - 2 cawan
Telur ayam - 2 biji
Kicap cair - 1 sudu besar
Serbuk ayam (chicken stock) - 1 sudu kecil
Minyak masak - secukupnya untuk minyakkan pan Takoyaki
*Bahan-bahan untuk inti Takoyaki*
daun bawang merah - secukupnya, dipotong kecil
sotong (atau sosej) - secukupnya, direbus dan dipotong kecil
*Bahan-bahan untuk hiasan akhir*
Katsuobushi (dried tuna shavings)
Mayonnaise
Worcestershire sauce
Seaweed biasa (kalau boleh cari aonori, memang terbaiklah...)
*Perkakasan yang diperlukan*
Pan Takoyaki
Berus makanan tahan haba
Chopsticks kayu
Mangkuk besar
Penapis (untuk mengayak tepung)
Pemukul telur
Pemukul telur
Cara-cara membuatnya?~
1. Pukul telur ayam bersama air dengan pemukul telur sehingga sebati. Masukkan kicap cair dan serbuk ayam ke dalam sebatian.
2. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung (atau tepung kentang) ke dalam sebatian tadi. Pukul sehingga sebati.
3. Panaskan Takoyaki pan di atas dapur dengan api yang kecil. Sapukan permukaan pan dengan minyak masak menggunakan oil brush tahan haba (boleh gunakan sudu diikat dengan kain muslin bagi menggantikan oil brush tahan haba, ataupun guna tisu dapur dan chopsticks saja, pun boleh...).
4. Seterusnya? Sila lihat video di bawah ni untuk mengetahui teknik membuat Takoyaki tahap sesiapa pun boleh buat, heheh. *Dalam video ni cara bancuh batter Takoyaki dia agak cincai, takde tapis tepung dan pukul telur bersama air terlebih dahulu sebelum masukkan tepung macam aku buat. Boleh juga nak ikut cara video ni, tapi kurang smooth la hasilnya nanti ^^
Having problems viewing this video? Click HERE please~ ;3
Okeh, begitulah caranya nak buat Takoyaki... hai', douzo meshi agare~ (ok, silakan makan~)
( ノ^ω^)ノ゚
( ノ^ω^)ノ゚
Ini rupa Takoyaki aku tanpa hiasan... boleh jugak kalau nak makan macam ni ^^ |
Tapi aku suka makan macam nih, letak mayonnaise dan sos buatan sendiri (kalah sos Worcestershire woo... heheh, perasan!), seaweed, dan katsuobushi ... omnomnomnom~ ;3 |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*
*
*
*
*
Okeyhhh... so, baru-baru nih aku ada bikin Takoyaki pikuniku (Takoyaki picnic) with two of my great and ohsem friends!~ (〜 ̄▽ ̄)〜
Barang-barang aku untuk bikin Takoyaki kat laman rumah bersama kawan2ku yang ohsem, siap sedia! Hehee~ XD |
Ohsem friend no.1, "J", datang dengan membawa kueh pau daging dan taufoofaa... hehee~ ;3 |
Ohsem friend no.2, "H", datang dengan membawa puding buah (home-made taw pudingnya tu, cayalah~)... heheh~ ;3 |
...dan aku, si tukang bikin Takoyaki dan penyedia minuman (lemon tea Yeo's)... hahah (mai mai beli, 4 bijik RM3 |
Wokeh, sekian dulu entri Takoyaki aku ni... selamat mencuba yeah? ( ´ ▽ ` )ノ
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
wahh..siap berpiknik takoyaki lagi..tako tu octopus rupanya..benda nipis tu memang sedap..
ReplyDeletetakoyaki pan tu beli kat Jepun ke? adik saya ada nak kirim pan tu, tapi mcm berat je, tak jadi beli..
hehee... benda nipis tu (katsuobushi) memang sedap! dried tuna shavings, smokey flavor... memang oishii!!! X3
Deletetakoyaki pan tu memang dari jepun, tapi saya beli online je, beli kat ebay... saya beli pan ni dah agak lama, beli sebelum saya pi merendek ke tokyo lagi... heheh ;3
Jahat arr ko ni Plain...
ReplyDeleteMeleleh air liuq oi tgk takoyaki ko ni...
post arr sikit...hehehe
Arr alaa jahat ke huhuu...
Deleteaku share recipe skali tu, try la buat bila2... hehee~ ;3
AKu salin recipe ni dan suruh adik aku buatkan...
DeleteAku kalau bab masak mmg fail...Ikut recipe pun boleh jadi lain macam...Garam gula pon tak kenal...hehehe
aah! kunun je tuu... yang sebenarnya ko nak mengelak dari terserempak dengan musuh ketat ko (lipas) yang ada di dapur je kan... kekekee~ ;3
DeleteAdui plain..
DeleteMacam tau je kan...hehehe
Pecah laa rahsia aku...tak macho arr camni...hehehe
Tak pernah makan benda alah ni... banyak je jual skang kan....
ReplyDeleteitulah... kat sesetengah pasar malam pun dah ada orang jual takoyaki, try lah, mana tau tekak suka ^^
DeleteAku pan takoyaki takda, tapi pan bahulu ada lah. haha
ReplyDeleteahahah ku rasa kalo hang guna pan bahulu, hang akan dapat kuih cara berlauk la pulak, dah tak jadi takoyaki... hahah XD
Deletetak pernah rasa lagi benda ni... pernah tengok kt pasar juada je masa bulan pose ari tu
ReplyDeleteRecent Post by MananQayyim : Bengkel Pengurusan Wang dan Kekayaan Secara Islam 2.0
try la, mana tau tekak berkenan nanti hahah ;3
DeleteTQ En.Lim! Salam Aidiladha~ XD
ReplyDeleteaku ingat aku nak beli gak laa portable stove tue.. dari hari tu aku nak beli induction cooker tak beli beli.. koh koh koh...
ReplyDeletebeli la jinz, best woo boleh bawak dia jalan2 (sebab portable)... nak buat steamboat dengan family atau kawan2 pun senang, hehee~ X3
DeleteAujinz kalau nak picnic takoyaki sila jemput aku...hehehe
Deleteassalammualaikum palain..huhu..takoyaki..i like..feveret ni plain..apa kata plain wat..pos ipoh sikit..bley?hehehe..
ReplyDeletew'slm yanaaa~ :D
Deletepos tak sedap, kena makan panas2 hehee~ X3
woahhh layan.. masak sendiri takoyaki baru puas.. ni beli kt luar mahal la lps tu dpt sikit je >.<
ReplyDeletetu la pasal, tepat skali! heheheh~ X3
Deletewaktu pegi jepun ri tu festime makan takoyaki...nyummehh....bila balik cari gak ada jual kat pasar malam tapi rasanya lain benar dari yg kat jepun tu...wahhh...boleh buat sendiri tu mmg dasyat arhhh..bukan senang nk golek jadi bulat2 giteww
ReplyDeleteyezza... japan punya takoyaki rasanya special sebab letak grated yamaimo (mountain yam) dalam batter takoyaki, dan semestinya sauce takoyakinya yang special ;3
DeleteSedap takoyaki nii. fav. Tak pernah try buat sebb rasa macam renyah. Teringin tapi malas. haha. (bagus tak perangai).
ReplyDeleteNanti nak piknik lagi ajak... Nak takoyakiiiiiii. (^_^)
oh, alasan itu sungguh honest lagi berterus-terang ;p
Deletebab makanan ni kena jujur. kalau tak nanti kita tak boleh mintak takoyaki. haha.
Deleteaku nak pan tuuuuuhhhh...!!! mana dapat..eh silap, mana beli??? kawan aku ada cooker khas dari Jepun tapi dia dok jauh dr aku..kalau x hari2 kitorg makan takoyaki gamaknye..haha..
ReplyDeleteaku hantu okonomiyaki btw...gehehehehe..
aku beli online jer, beli kat ebay ;3
Deleteokonomiyaki? aku pun suka... kekadang aku buat sendiri je, lagi senang dari bikin takoyaki... omnomnom~ X3