Friday, September 21, 2012

Personal Anime Review #1

10 POPULAR ANIME which I think are cool, fun and worth watching:

#1 Bleach
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Comedy, Drama, Supernatural
Creator: Kubo Tite
Vintage: 2004
Type/length: Hundreds of episodes with multiple movies (on hiatus mode)
Personal awesome meter: 8.5/10
* Shinigami Academy and Soul Society rock meh world! Karakura town mamotte masu!! XD


#2 Naruto Shippuuden
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Adventure, Comedy, Drama, Supernatural
Creator: Masashi Kishimoto
Vintage: 2007
Type/length: Hundreds of episodes with multiple movies  
Personal awesome meter: 8/10
* Naruto generation of shinobi all grown up! Fight n defend your way of ninja, datteba yo! ^^



 #3 Naruto
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Adventure, Comedy, Drama, Supernatural
Creator: Masashi Kishimoto
Vintage: 2002
Type/length: 220 episodes, 3 movies (completed)   
Personal awesome meter: 7.5/10
* Naruto in the kiddie days is fun to watch, kage bunshin no jutsu! ^^




#4 One Piece
Ratings and more reviews here

Genre: Adventure, Comedy, Drama, Fantasy
Creator: Eiichiro Oda
Vintage: 1999
Type/length: Hundreds of episodes with multiple movies
Personal awesome meter: 6/10
* Ho ho ho, a pirate's life for Luffy and crew~






#5 Ao no Exorcist
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Comedy, Drama, Supernatural, Fantasy
Creator: Katou Kazue
Vintage: 2010
Type/length: 25 episodes (completed)
Personal awesome meter: 8/10
* Caution: some religion sensitivity...(!!^_^)






#6 Beelzebub
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Adventure, Comedy, Romance, Supernatural
Creator: Tamura Ryuhei
Vintage: 2011
Type/length: 60 episodes (completed)
Personal awesome meter: 7/10
* Beelbo finally got some diapers on Animax LoL!! XD







#7 Fairy Tail
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Adventure, Comedy, Fantasy, Magic
Creator: Hiro Mashima
Vintage: 2009
Type/length: Hundreds of episodes (on hiatus mode)
Personal awesome meter: 6.5/10
* My magic is better than your magic!! Hiyarghh!! XD






 #8 Death Note
Ratings and more reviews here
and here

Genre: Drama, Thriller, Supernatural, Mystery, Psychological
Creator: Tsugumi Ooba
Vintage: 2006
Type/length: 37 episodes, 2 live movies (completed)
Personal awesome meter: 8/10
* I can write your name using my left hand stuck in a bag of chips!! Now shinuuu!! (-A-)






#9 Spooky Kitaro (Hakaba Kitaro)
Ratings and more reviews here
Genre: Horror, Comedy, Supernatural
Creator: Shigeru Mizuki
Vintage: 2008
Type/length: 11 episodes (completed) + multiple versions + live movie
Personal awesome meter: 6.5/10
* Minna de utao, ge ge ge no geeee~ (^3^)


#10 Detective Conan  
Ratings and more reviews here

Genre: Action, Adventure, Horror, Comedy, Mystery, Drama
Creator: Gosho Aoyama
Vintage: 1996
Type/length: Hundreds of episodes with many movies
Personal awesome meter: 7.5/10
* The culprit is...Mr. Yoshida san!! XD




~~~~~~~

10 LESS POPULAR ANIME which I think are AWESOME and should be more popular:


#1 Natsume Yuujinchou (season 1 - 4)
Ratings and more reviews here:
season 1, season 2, season 3,
season 4
Genre: Drama, Comedy, Supernatural
Creator: Yuki Midorikawa
Vintage: 2008
Type/length: 4 seasons total, 13 episodes each
Personal awesome meter: 9/10 
* I love you Nyanko sensei nyaaa!! XD

 
  
#2 Usagi Drop 
Ratings and more reviews here

Genre: Drama, Comedy, Slice of life
Creator: Yumi Unita
Vintage: 2011
Type/length: 11 episodes, 1 live movie (completed)
Personal awesome meter: 9/10  
* Rin, you be a good girl forever ok? ^^






#3 Hotarubi no Mori e
Ratings and more reviews here
Genre: Romance, Supernatural, Slice of life
Creator: Yuki Midorikawa
Vintage: 2011
Type/length: Movie (completed)
Personal awesome meter: 9/10  
* What a beautiful yet sad movie this is...(sobs) TTATT



#4 Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai (Ano Hana) 
Ratings and more reviews here

Genre: Drama, Slice of life, Supernatural
Creator: A-1 Pictures Inc.
Vintage: 2011
Type/length: 11 episodes (complete)
Personal awesome meter: 8/10
* So sad yet very entertaining to watch....owh I'm confused T_T



 #5 Tsuritama
Ratings and more reviews here

Genre: Slice of life, Supernatural
Creator: Kenji Nakamura
Vintage: 2012
Type/length: 12 episodes (complete)
Personal awesome meter: 7.5/10
* I am so ready to go fishing if I have awesome fishing buddies like them!!! XD





#6 Samurai Champloo 
Ratings and more reviews here

Genre: Adventure, Punk, Action, Drama
Creator: Shinichiro Watanabe
Vintage: 2004
Type/length: 26 episodes (complete)
Personal awesome meter: 8.5/10
* Mugen and Gin, when will you ever learn that fighting each other is not a good option? (!!-_-)





#7 Natsuyuki Rendezvous
Ratings and more reviews here

Genre: Drama, Romance, Supernatural
Creator: Haruka Kawachi
Vintage: 2012
Type/length: 11 episodes (complete)
Personal awesome meter: 7.5/10
* Fighting a ghost 'danna' sure is tough eh, taihen sou kedo ganbatte ne ^^





#8 Kuragehime
Ratings and more reviews here
Genre: Comedy, Romance, Slice of life
Creator: Akiko Higashimura
Vintage: 2010
Type/length: 11 episodes (complete)
Personal awesome meter: 8/10
* Hahaha I love watching this!! No season 2?? XD


#9 Arakawa Under the Bridge (season 1 & 2)
Ratings and more reviews here:
season 1, season 2 

Genre: Comedy, Romance, Fantasy
Creator: Hikaru Nakamura
Vintage: 2010
Type/length: 2 seasons, 13 episodes each, 1 live movie
Personal awesome meter: 7.5/10
* Everybody's got a unique chore to do, that's the rule if you wanna stay under this bridge!! XD



#10 Moyashimon (season 1 & 2)
Ratings and more reviews here:
season 1, season 2
Genre: Comedy, Supernatural, Slice of life
Creator: Masayuki Ishikawa
Vintage: 2007
Type/length: 2 seasons, 11 episodes each
Personal awesome meter: 7.5/10
* What a FUN way to learn about food science and bacteria! Seriously!! XD



and of course...all of GHIBLI STUDIO'S ANIMOVIES COLLECTION~ (^w^)

and many many moooore...in my NEXT personal anime review coming soon ^^


Lastly, enjoy my solo acoustic guitar+vocal cover of Aishiteru (tv size) - Kourin, the end theme for the anime Zoku Natsume Yuujinchou (2nd season of Natsume Yuujinchou) ^^


I'm hoping and rooting for a season 5 (Natsume Yuujinchou Go) of this particular series!! This 'home made' cover has been submitted to a Natsume Yuujinchou fan group as a support for a possible season 5, so the mangaka of this anime, Yuki Midorikawa sensei, knows how much her fans love her work and very much looking forward for a possible season 5 from her!! XD

Season Go de tanomu yo, Midorikawa sensei!! Onegaishimasu ne, akirame nai yo...minna matteru kara ganbatte!! (>w<)

Sunday, September 16, 2012

Food Fight is FUN!! Oh Really???

'Food Fight', atau dalam bahasa Melayunya 'gaduh makanan', di sini BUKAN bermakna bergaduh untuk merebut bekalan makanan, atau mencatu makanan disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan, atau memboikot mana-mana produk makanan secara spesifik.

Pic. source: cbsnews/fernando bustamante
Budaya barat ini, melibatkan aktiviti membazir makanan yang melampau, iaitu membaling makanan yang masih elok untuk dimakan, kepada pihak lawan dengan tujuan 'berperang' olok-olok, dan dianggap seronok dan 'exciting or fun' gitu, apabila target mengena dan dikotori dengan 'ammo' makanan. Scene gaduh makanan biasanya dapat dilihat dalam filem-filem barat, yang mana selalunya melibatkan para pelajar nakal yang ingin menimbulkan kekacauan di kafetaria atau kantin sekolah, akan mula upacara 'food fight' ini dengan membaling makanan yang separa basah seperti cream pie, spaghetti, pudding, cake dan lain-lain, ke arah sesiapa saja secara rambang. Keadaan akan kemudiannya menjadi kucar kacir dan havoc apabila ada seorang rakan lain yang nakal, menjerit lalu mengumumkan "FOOD FIGHT!!!" dan terus tunduk bersembunyi di sebalik kerusi atau meja. Semua pelajar kemudiannya akan bertindak mengikut arahan pelajar nakal tersebut dan mula membaling makanan secara rambang ke arah sesiapa saja yang berada di situ.

Pic. source: abovethelaw
Budaya ketahian apakah ini? Siapakah tokoh 'food fight' yang mula-mula terfikir untuk membaling makanan dengan tujuan untuk berperang olok-olok ini? Who came up with this shit? My guess is 'mat salleh' yang kaya dengan makanan la kot, sbb scene gaduh makanan ini tidak pernah timbul dalam mana-mana filem Asia, Afrika mahupon Arab, ataupon Hindi. Kalau tiba-tiba ada direktor filem tempatan yang ingin buat scene food fight, aku pasti akan mengutuknya. Setakat ini aku belum come across mana-mana filem tempatan atau non-american yang buat aksi gaduh makanan, kalau ada di antara kalian yang pernah tengok, tak tau la pulak. Kalau ada pon, mesti sebab sudah terpengaruh dengan budaya barat yang ultra sucks ini.

La Tomatina festival, Spain (source: pinterest/la-tomatina) - pesta budaya baling tomato ranum

Setiap kali kalau aku tengok ada scene 'food fight', aku akan mencebik kemenyampahan. Setiap kali aku nampak ada pembaziran makanan yang disengajakan, aku rasa geram semacam. Scene 'food fight' ini selalu timbul dalam filem-filem barat (khususnya american) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah atau kolej yang nakal dan ingin menjadi 'popular' melalui kekecohan dan party liar. Sungguhpun bahan-bahan makanan yang digunakan untuk scene itu dikatakan hanyalah sebagai 'props', makanan tetap makanan. Bahan-bahan makanan seperti tepung, air, buah-buahan, roti dan macam-macam lagi, tetap digunakan sebagai 'props' yang sesuai oleh kerana ianya tidak membahayakan kesihatan para pelakon. Agaknya apa perasaan mereka yang susah nak dapat makanan (mangsa peperangan, negara bermasalah dan kebuluran) kalau diorang tengok gelagat budak-budak bertuah tu main baling makanan, guling-guling dalam makanan dan pijak makanan? Aku tak salahkan diorng kalau dorng rasa nak bakor je manusia-manusia bertuah tu dan makan je daging diorang...pasti bnyk lemak.

Ada sekali tu aku tengok rancangan tempatan, Master Chef Selebriti, first ke second episode ntah (cari kat youtube tak jumpa sudah, copyright issues). Ada satu scene yang berjaya membuat aku mencebik meluat, dan mengeluarkan kata-kata berikut "Laaa tengok tu?? Perlu ka nak buat gimik lambak dan sepahkan bawang-bawang besar Holland atas lantai mcm tu?? Sampai ada yg pijak bawang tu woi, semua kalut terpa nak amik yang elok kat atas saja...bengap ka apa depa ni??". Tu kira elok lagi bahasa kutukan yang aku pakai. Kalau aku tengok scene yang kekononnya chef tu hebat la sangat, gi buat sindrom mengamuk dan hempaskan pinggan berisi makanan yang dikatakannya 'sampah' ke lantai, kengkawan aku boleh tak percaya aku mampu mengeluarkan kata-kata yang begitu kesat dan 'makan dalam' dikala memaki chef yang bajet bagus tersebut. Makanan perlu dihormati, bukan untuk dibuat main tanpa mendatangkan apa-apa faedah, atau dijadikan bahan untuk melepaskan amarah yang dikandung super-ego seseorang yang melangit mcm sial.

Makanan yang terlalu masin, manis, masam atau pedas masih boleh dibaiki rasanya dan tidak perlu dihina lantas dibuang, melainkan ianya telah contaminated, kotor, memudaratkan kesihatan atau dah tak boleh nak diselamatkan lagi, barulah dibuang dengan berhemah. Kalau ada makanan elok lagi enak yang berlebihan, eloklah disedekahkan kat jiran, atau disimpan dalam peti sejuk saja untuk dipanaskan esok hari. Kalau tak dapat dielakkan jugak pembaziran makanan, eloklah dibuang di tempat yang mana ada haiwan atau hidupan boleh memanfaatkannya, seperti kucing, burung, anjing, musang dan lain-lain hamba Allah yang ada berhampiran. Dapat jugak pahala kan, kira orait la tu. Ikan busuk kalau buang atas tanah, akhirnya jadi baja yang boleh dimanfaatkan oleh tumbuhan, setelah diproses oleh bakteria. Kalau ikan tu dibuang dalam keadaan dibiarkan mereput dan membusuk saja di dlm beg plastik, itu namanya membazir dan mencemarkan alam. Ignorance is not a bliss, it's literally a sin.

Ok ini random and off-topic. Malam semalam aku gi beli bebarang dapor skit sesorang kat C-mart (habit aku gi kuar beli barang sorang-sorang, bukan aku anti-sosial ka apa tapi nak cepat, beli dan belah...hahaa), antara groceries yang aku beli ialah bawang-bawang merah yang dah mula bercambah. Saja aku gi pilih bawang merah yang dah ada keluar daun (ada tujuan aku). Pastu macam biasa aku gi kasi kat orang yang bertugas untuk menimbang tu, hari ni ada staff baru yang timbang, mulut kecoh skit. Pacik tu buat terkejut tengok bebawang pilihan aku tu, dan tanya, "Dik, awat yang pi amik hat dah tumbuh ni??", aku pon jawab, "Nak balik tanam kat rumah", pastu dia terkebil-kebil, dan berkata "Ohh nak balik tanaaaam", sambil tersengih. Yang lain kat belakang pacik tu tengok aku semacam. Selama ni aku kasi bawang yang dah bercambah untuk ditimbang, tak penah disoal apa-apa...hahaha, kan bagus kalau ramai buat perangai suka menanam bawang mcm aku, tak dak la dorang staff tu susah-susah kena kemas dan 'buang' semua bawang yang dah tak boleh dibuat masak tu. Tapi kalau ada antara dorang yang rajin balik tanam, ok la jugak...bawak balik bawang free untuk ditanam, hahaha. Daun bawang fresh sedap woo...buat ikayaki sodap, masuk dalam instant noodle ramen style pon sodappp (^w^)

Fyi, bawang besar Holland paling sesuai dan sedap buat onion rings, macam yang aku bikin eksperimen kat sini...hahaa saja mau kongsi info...best served with tartar sauce or mayonaise biasa plus chilli sauce~

Pesanan penaja klise macam biasa, mana yang baik sila amik buat pengajaran, mana yang buruk sila jangan ikut...trololol (=^w^=)

Thursday, September 13, 2012

Siapa itu Sahabat Karib?

Kalau noob penah buat entry pasal kategori kawan2 kat blognya Buasir Otak, yg mana hampir semuanya jenis2 yg x boleh dipakai (sori aku dh x dpt nak trace balik entry tu utk buat backlink), aku pulak nak fokus kat satu jenis saja, iaitu Sahabat Karib...trolololoo (*6w6*)

Siapa atau apa itu 'Sahabat Karib'? Apakah ciri2 atau sifat2 seorang sahabat karib? Ada yg berpendapat, seorang sahabat karib ialah seorang yg akan tolong anda dlm apa jua keadaan, ada pula yg berpendapat, seorang yg akan mengiyakan segala bnda yg anda katakan walaupon ianya salah, ada juga yg berpendapat, seorang yg sentiasa inginkan kebaikan yg berlaku ke ats diri anda, dan ada juga yg mengatakan, seorang sahabat karib ialah seorang yg mempunyai sahabat yg bernama Karib...(!!!>_>)

Cousin aku dan aku, masa kitorng berumur 5 taon ^^ For better view, sila ke sini

Best pren dari kecik yg sebaya umur (berkemungkinan besar kenal dari fasa bayi), iaitu cousin aku yg merupakan ank kepada adik mak aku. Kakak dia pon geng skali dgn aku, turut kadang2nya disertai kakak2 kembar aku dlm operasi2 kebudak-budakkan kitorng (spt panjat pokok jambu, bina penyu pasir kat pantai, gi beli gula2 n cikedis kat kedai runcit, main bungapi n mercun, main game kat pc, conteng2, rollerblading, main layang2, n etc etc) masa kitorng budak2 hingusan bawah 12 tahun dlu...

Ranking dan kedudukan orang/kewujudan penting dlm hidup aku setakat ini:
1. Tuhan, yakni Allah s.w.t
2. Mak (juga merupakan guru aku yg paling aku sanjungi)
3. Ayah (juga guru aku yg aku sanjungi, selepas mak aku)
4. Sahabat2 karib (juga boleh terdiri drp sedara mara)
5. Sahabat2 biasa
6. Kakak2 (kekadang kawan kekadang lawan)
7. Sedara mara
8. Kenalan

Kali ni aku kongsi story masa zaman aku student uni dlu, yg tgh bertungkus-lumus menyiapkan projek tahun akhir. Masa tu blom ada transport sndri yg selamat, cuma basikal, susah nak gi kedai hardware yg agak jauh dari uni utk beli apa2 komponen peralatan, lebih2 lg kalau time tgh2 malam yg gulap gulita. Ada satu masa tu, dah malam baru aku notice, aku perlukan satu barang ni utk 'kejapkan' set design experiment aku kat lab, so mcm2 method aku pikir utk cari barang alternatif yg boleh gantikan benda tu buat sementara, tp malangnya x jumpa. Pastu ada sorng student ni yg turut run experiment kat lab sebelah, tiba2 lalu kat depan aku. Dgn muka x malu n temboknya aku tanya minah yg tidak aku kenali ketika itu, "Err, ada sepit x? Sepit baju ke...boleh pinjam x?". Pstu dia jawab "Hah? Apsal mintak kat aku?", ewah2 eksyen jugak la dia mula2nya, kalo aku lelaki macho lg hensem mungkin response dia berbeza. "Kalau2 ko ade laaa...mintak pinjam jap, nk kejapkan bnde ni sblom nk smbung balik esok...hehehe", jawab aku smbil tersengih kerang busuk, mintak simpati. Dia pon jawab "Oh, ok la jom ikut aku gi kedai. Aku pon nak keluar ni". Yoshaaa...Alhamdulillah Allah tolong aku!! Hehehee...sib baik jumpa org yg sudi nak tolong time kritikal camneh XD. Dia pon bawak aku ke sebuah pasaraya mini dgn ketanya, dan kitorng pon rancak bersembang sepanjang perjalanan pergi n balik. Sedar2, kitorng dh jadi member 'kamcheng' yg saling tolong menolong dlm menyiapkan projek eksperiment masing2, pstu lepak2 skali gi main bowling, makan2 n jalan2 tepi pantai. Dia jugak teringin nak main guitar, so aku pon ajarkan la skit basic knowledge utk main acoustic guitar cap Kapok. Adik dia (guy, juga student satu uni), turut join n mtk aku kongsi tips guitar. Nak jadi cerita depa 2 org ni pon layan anime, hapa lagi mmg BAIK la kitrong geng, smpai sekarang still keep in touch, walopon aku dah berjauhan ngan dorng lepas aku grad (^w^).

Kalo korang 2 org tgh baca entry ni, korng tau la aku tgh dok layan nostalgia teringat kat korng hahahaha! Kalau ego aku cukup tinggi ketika itu utk tidak meminta 'sepit baju' dari ko, kita mungkin tidak mengenali satu sama lain, apatah lagi menjadi sahabat karib yg berkongsi minat yg sama...kikikiii! XD

So to conclude this entry picisan of mine, pada aku la kan, sahabat karib ni boleh la dikatakan, seorang yg mmg ditakdirkan Allah s.w.t utk menolong kita, dan menunjukkan pada kita yg kat dunia ni masih ada orang yg baik dan memahami, tidak kira betapa ridiculousnya keadaan pada waktu itu...dan, kalau dia notice kita buat salah, dia tegur dgn baik atas sbb dia ikhlas mengambil berat psl kita, dan percaya pada kita (owhh tengkiu my sahabat2 karib, i love yous for making my life colorful!!!)...lalalalaa (=^w^=)

Seperti biasa, mana yg baik sila amik buat teladan, mana yg buruk (spt makan cikedis n main mercun) sila jgn ikuuuttt ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...