Click Me Plzzzz

Wednesday, July 24, 2013

Krisis Jantina Seekor Ketupat Palas...

Salam ceria Ramadhan buat readersku yang sempoi sekalian, harap anda semua sedang sihat-sihat saja di sana~ ^^

Topik yang ingin dikupas kali ini ialah berkenaan sejenis makanan tradisi orang Melayu sempena berhari Raya, iaitu ketupat pulut daun palas, yang biasanya dimakan bersama rendang ayam atau daging, atau apa-apa jenis serunding. Makanan tradisi ini sangat popular di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Orang Perlis dan Kedah, kalau tak tau apa benda ketupat pulut ni, takyah ngaku hang orang Perlis atau Kedah... ;p

Sukati aku la nak balut cmna lol...
Ketupat pulut daun palas sekarang ni dah evolve menjadi bermacam-macam ragam mengikut selera orang yang membuatnya, macam-macam versi ada... dari sekadar resipinya hanya beras pulut bercampur santan dan air, dah diubahsuai menjadi beras pulut + santan + air + kacang mata hitam, atau beras pulut + santan + air + jagung, atau beras pulut + santan + air + kacang merah. Semuanya orait jer, ikut suka selera dan creativity masing-masing, asalkan tidak menyalahi agama atau undang-undang.

Bagi aku, ketupat pulut daun palas lebih sedap berbanding ketupat nasi daun kelapa. Dah la lebih sedap, cara nak buat dia pun jauh lebih senang dan cepat. Nak pergi petik pucuk daun palas pun tak susah mana, boleh capai dengan tangan, lepas tu potong guna twig cutter atau parang. Siapa-siapa pun boleh buat (kecuali bebudak kecik la), cuma kena berhati-hati sikitlah dengan duri-duri pokok palas tu. Aku harap si ketupat nasi tidak berkecil hati dengan personal p.o.v aku ini, huhuu...


Namun begitu, ketupat palas ni ada satu macam masalah identity dan split personality, iaitu krisis jantina. Biased jantina sering berlaku setiap kali menjelang Aidilfitri, di mana ketupat palas betina selalunya akan diketawakan oleh golongan 'orang lama', dan ianya dianggap sebagai ketupat yang FAILED. Ketupat palas jantan barulah dianggap WIN. Jika ketupat palas betina dijadikan hidangan di hari raya dan dihidangkan kepada golongan orang lama ni, mereka akan dengan sukahatinya ketawa dan berkemungkinan besar akan mengungkapkan dialog seperti, "Tudiaaa sapodia yang buat tupat niiih~ betina semua hahaha!", dan yang lain akan menambah perisa komen kasi meriah lagi suasana hari raya. Peh, memang agak seronok aku tengok gelagat geng veteran ni, otai-otai lama la katakan (sebab bukan aku yang kena bahan hahaha). Persoalannya, kenapa biased jantina sebegini sering berlaku? Kenapa ketupat betina dianggap gagal manakala ketupat jantan barulah dianggap ketupat palas yang sebetul-betulnya ketupat palas? 

How to identify the gender of each ketupat palas and why
Ok cerita dia macam ni. Ketupat ni dari zaman dulu lagi, cara nak memasaknya ialah dengan merebus ketupat di dalam air. Ketupat betina mempunyai balutan daun yang kurang kejap serta kurang kemas, maka air lebih mudah untuk masuk ke dalam sarung ketupat semasa proses merebus, lalu pulutnya akan jadi agak lembik. Berbeza dengan ketupat jantan, cara balutan ketupat jantan lebih kemas dan kejap, tidak kelihatan begitu berlubang, maka agak susah untuk dimasuki air semasa proses merebus. 

Ok, kat situ aku nampak proses membuat ketupat pulut daun palas ni ada 2 bentuk CCP (Critical Control Point), iaitu:

#1 Cara membalut ketupat (jantan atau betina), dan 
#2 Cara memasak ketupat itu

Ketupat betina TIDAK LAGI akan menjadi suatu produk yang FAILED, sekiranya CCP #2 diubahsuai. Bagaimana caranya? Apakah method yang boleh digunapakai untuk menggantikan kaedah turun temurun merebus itu? Jawapannya, KUKUS. Ya, dengan menggunakan teknik kukus, grill, panggang, kukus! memasak guna wap air instead of merebusnya terus dalam air hingga masak, CCP #1 akan terbatal dan menjadi tidak significant lagi. Kalau tak lipat simpul mati kat bahagian hujung ketupat tu pun tak jadik masalah, dah tak ada keperluan untuk itu lagi. Sebenarnya, dah berkurun family aku mengamalkan teknik kukus ketupat palas ni, dah lama kami tak rebus ketupat. Kukus saja, setel semua, sedap dan cepat, sukahati kami nak lipat style betina ka jantan ka pondan ka, tak jadik hal. Tapi bila nak hidang kat orang time Raya nanti, kami bukak sarung ketupat dan potong siap-siap, pastu baru hidang... strategy beb, strategy... hohoho~ ^^

Okies, sekian dulu cerita ketupat palas versi Plain, mana yang baik sila amik dan aplikasikan, mana yang tak begitu baik sila jangan amik peduli. Selamat membuat ketupat, bukan mengumpat, yer~ :D

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

60 comments:

  1. aku ta penah tau jantan betina..makan je...tapi ketupat pulut mmg sedaaapppp berlemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mmg ada logic pun kalo ko x tau psl ni hime, ko org selatan... org utara mmg familiar dgn situasi ni, kira almost every year ada la joke psl ketupat pulut nih lol..

      Delete
  2. DeeDee Plain83...

    Gua kasut PALAS tau la... hahaha... ketupat palas nih aper aaa... sejenis kasut jugak ka??? Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol bro C++... tipu la kalo kata tak pernah nampak ketupat pulut daun palas sepanjang duduk kat m'sia bro, hahah...

      Delete
  3. NASI IMPIT jigak yang jadi poooojaaaan ku.. hehehe.. aku tak tau kenapa aku tak minat ketupat nasi, ketupat palas, lemang pun.. tapi kalau tu je yang ada, aku bedal jugak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nasi impit adalah benda yg slalunya akan aku ignore... heheh

      Delete
    2. bukan ke nasi impit asalnya dari ketupat nasi?

      Delete
    3. yup mmg nasi impit asalnya dari ketupat nasi, aku rasa yg pizza maksudkan ni nasi impit versi masak dlm plastik tahan haba tu kot... heheh

      Delete
    4. ye betul... nasi impit yang daripada tahan plastik, atau pun masukkan dalam loyang, pastu padu-padukan nasi tu, tunggu sehingga sudah sejuk, baru dipotong lalu makan... yummy

      Delete
    5. Mak aku masa aku kecik salu buat leyek pakai upih pinang :)
      lontong orang cakap.. nasik leyek.. nasi himpit hahaha..

      Delete
    6. hah ya lontong... aku tak berkenan sikit dgn benda tu, ntah paseipa... tp kalo tak dak pilihan lain, aku makan jugak la ^^

      Delete
    7. Mak aku dulu salu buat pakai upih pinang gak leyek.. aku tolong lenyek.. sedap lemak2 gitu.. cuma sekarang Mak aku dah tak buat :| rindu plak nasik impit haha..

      Lontong sekarang tak besh la.. pakai ketupat segera pastu potong2.. lontong rasa dia tak kick..

      Delete
    8. walah, rindu pulak aku dengan lontong special kat tempat aku ni.. semangkuk sesuai makan untuk 2orang.. fuuh, sehingga menjilat jari!

      Delete
  4. tediaaa.. ada jantan ade betina... kah kah kah.. aku tak pernah tau pun, dapat depan mata aku bedal jer.. tapi aku kurang sikit makan ketupat palas.. tapi kalau orang bagi, aku bedal je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, baguih la skarang ang dah tau lol...

      Delete
  5. Jantina pondan ada? :p

    ReplyDelete
  6. kepelbagaian ramuan tambahan didalam ketupat palas :

    jagung - boleh la rasa dia, kadang2 tahap biasa je.
    soya - paling aku suka.
    kacang tanah - tetiba ada rasa ranggup, menyebabkan diriku terfikir kehidupan ini perlu ada cabaran. apa2 hal aku suka rasa dia.


    harapan pada masa hadapan, mohon ada org buat ketupat palas cheese, ketupat palas rasa nasi ayam, ketupat palas inti peperoni, ketupat palas rasa samurai burger, ketupat palas masak lemak.

    perghhh. nikmat gila laaa kehidupan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... oh fusion budaya, abislah tradisi... but why not? it could be marvelous :D

      ketupat kacang soya ngan kacang tanah aku blom jumpa lg la... kacang mata hitam ada la, jgn conpius lak, kacang mata hitam tu bukan kacang soya ^^

      Delete
    2. haa aku salah bab kacang soya tuh, sebenarnya kacang mata hitam. my bad.

      pasal abis tradisi tu... ku tak brapa setuju. pasal sebahagian besar proses pembuatannya masih tradisi walaupun produknya berfusion budaya.

      lagipun melayu (lepas merdeka) kan gabungan banyak etnik nusantara + pelbagai etnik benua india + indochina.

      Delete
    3. oh i mean abis tradisi tu bukan dari segi proses pembuatannya la, tp dari segi ingredients la... cheese n peperoni bukan berasal dari asia pun, apatah lagi asia tenggara ^^

      Delete
  7. salam, selamat memperingati hari nuzul al-quran plain...

    -m84-

    ReplyDelete
  8. hahahahaha. biar betul ada jantan ada betina???haaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh hang pun baru tau ye bro boni...

      Delete
  9. Aku masih heran camna boleh come up ngan jantina?
    Kalau jantan + betina tu bercampur boleh dapat anak ka? hohoho..

    Semua ketupat ni kalau rasa dapat makan cuma burasak kot payah sikit kena jengah kawan-kawan bugis aku kat johor ni.

    Apapon dah setengah bulan posa semoga kita mendapat keberkatan semua.. selamat berpuasa dan mencarik barakah dalam bulan yang mulia ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo rasa-raya. kalau raya semua jenis ketupat ni aku dapat makan.

      Delete
    2. hahaha... pasai cmna org2 lama bleh terfikir utk letak jantina kat ketupat tu, ko kna tanya org lama la hohoho...

      "burasak" tu pulak amende? perkataan dari empayar johor-riau ka? :p

      Delete
    3. Itu macam ka?

      Burasak ni ketupat nasik orang bugis macam lepat je bungkusan dia haha.. makan ngan ikan parang..
      http://bugisworld.blogspot.com/2010/09/burasak-di-pagi-raya.html




      Delete
    4. huii menarik gak burasak tu no... beras wangi + santan, balut dgn daun pisang muda, pastu rebus... menarik2 ^^

      Delete
    5. sedap sesekali makan lemak2 gitu

      Delete
  10. oh ketupat. aku suka ketupat dicicah dengan nisan. mmg superb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan style manis ka? hoo 1st time aku dengar :D

      Delete
    2. Nisan apa carlos? Nisan sentra ke? batu nisan hoho.. atau manisan?

      Delete
    3. dia maksudkan nisan lebah kot, another word for honey :D

      Delete
  11. aku selalu mengantuk pas kena ketupat..kena ketupat pagi petang konpom aku koma 8 jam gara2 ketupat.. kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah hang ni kes alergic santan nih, efek jd mcm ubat tidoq... bahaya2, takbley drive lepas kna ketupat XD

      Delete
  12. selamat berposa cik plain
    muga sempurna sebaiknya tahun ini :D

    aku alergik makan ketupat daun nyoq
    tak mampu nak telan, entah mengapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro tofik hisashiburi~ :D
      macih, sama la ucapan aku kat ang sekeluarga ^^

      ang plak kes tak lalu jer kot, ketupat daun nyoq mmg rasa lain mcm skit

      Delete
  13. adoilah!!!ketupat pon ade jantan betina...heheheh...kalau sy x kire sume pon masuk perot...hakhakhak!!!!tapi,best bace penerangan tuh!!!heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ka hahaa macih2~
      penerangan ekslusif nih ramai jugak yg tak tau rupanya hahah..

      Delete
  14. Ketupat palas lah yang power. Apa barang ketupat nasik. Ketupat palas ni kalau dah hat jenih 'penyegan' tu, telan teruih tak payah cicah pun bulih. Ketupat nasik la ni bukannya betui-betui ketupat pun, yang segera kampit plastik cap Nona tu belambak ja orang dok hidang. Rasa dia, kira ok la dari langsung takdak. Kalau dah kebuloq tu, sapu aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oih aku takbleh nak telan langsung spesis nasi impit segera hat bungkoih dlm kampit plastik tuh, serius aku slalu mengelak benda tu... uih ngengada sungguh aku nih rupanya hahaha XD

      Delete
  15. sbenarnya saya suka ketupat betina kerana dkt famili sya mmg buat ketupat betina, kalu saya buat ketupat jantan mak saya akan gelak... dia kata ketuapat jantan x bagus... ketupat betina ada cara iktan dia... saya belum master... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oihh ni first time sis dengar ada org approve n prefer ketupat betina... ketupat jantung kot tu? belit2 dia banyak sikit... hahah

      Delete
  16. aku city boy, bab2 ni mmg tak tau dan tak pernah amik tau.

    daun kunyit dgn daun pandan pun aku tak tau beza. aku dulu ingat nenas tu jatuh dari pokok style petik2 (sbb daun tajam2 mcm durian), mana aku tau dia tumbuhan menjalar. nama ikan, binatang, buah2, daun2 semua fail.

    kau tau kenapa aku tulis ni?

    aku baru figure out beza ketupat ngan nasi impit. yg dlm plastik tu nasi impit rupanya (yg makan dgn satay tu), sepanjang 31 tahun aku idup aku ingat nasi impit = ketupat

    aku mati2 ingat kau masak pulut yg kuih tu. rupanya ada ketupat pulut yg makan ngan rendang.

    ah city-boy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dayyum... bleh tahan noob gak ko yek psl hidupan flora n fauna, hahah

      nanas bukan menjalar ler, rumput ngan kacang tanah ye ler tumbuhan menjalar... hohoh, kalo aku tanya ko coral itu sejenis haiwan atau tumbuhan, agak2 ko tau dak? hehee~

      cityboy kronik ko ni, nasi impit mmg asal dia dari ketupat nasi yg balut pakai daun kelapa tu, lepas tu baru ada org invent nasi impit dlm plastik tahan haba tu, cepat dan senang nak prepare... hehee, ko ni mengalahkan foreigner yg tak pernah mai malaysia lah :p

      Delete
    2. hah coral tu binatang?

      http://en.wikipedia.org/wiki/Coral

      masa kecik2 bila tau batu karang itu hidup, mcm "ala batu kt jalan pun bertasbih kat Tuhan"

      ooo makhluk pemakan rupanya..so da ne..

      so da ne <-- refer sini senang http://www.angelfire.com/tv2/japanesedrama/sseason/romaji_table.txt

      Delete
    3. nanda yo wiki de check-up shita ka..?? yare yare ne, hahah ^^

      Delete
    4. In God we trust, all others bring data - W. Edwards Deming

      okai, oyasumi nasai jaa matane!

      Delete
  17. oh ok, aku tanya org dlm FB tadi.

    yg segitiga ketupat pulut

    yg segiempat ketupat nasi

    yg x de salin daun palas tu (pakai plastik), tu nasik impit,

    oh. <--tau makan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni malay yg membesar di US or UK ker? tak pun NZ or Aus? kekeke...

      Delete
    2. membesar kt kajang je. tapi ignorance tahap cipan

      Delete
  18. Mk sya ckp ad ketupat pondan..huhu..mak sya yg ckp tau..bkn sya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh mesti bonda anda tu melawak saja dengan statement beliau itu :p

      Delete
  19. yang betina nampak lagi tertutup, sopan dan ayu..

    #kartunster

    ReplyDelete
  20. setiap kali cuba buat, rasanya jadi yang betina je

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...