Sunday, November 4, 2018

Contest GA: Isi Buih-Kata Komik #3!!!

Salam ceria November buat readers and followers yang baik serta comei-comei belaka sekalian~ Baiklah... seperti yang telah diberitahu dalam entri aku yang sebelum ini....,

TADDAAA... ini dia! Contest GA #3 yang berbentuk "Sila isikan buih-kata (speech bubble)" dalam komik 5-panel yang aku lukis khas untuk tujuan contest GA ini~ ;3

~ CONTEST BANNER ~
How to save this image: 'Right-click' - select 'Save Image As' - click 'Save' - click 'OK' on pop-up message - click 'Save' again - click 'Yes' to replace saved file. Done...

Tak susah pun contest nih (serious tak susah, cuma kena exercise otak sikit je... heheh). Anda perlu save image komik yang kat bawah ni, seterusnya isikan dua speech bubbles dan satu thought bubble kosong tu dengan dialog sengal lagi kreatif anda sendiri (sila rujuk pada syarat-syarat di bawah), lepas tu tempekkan komik tu ke dalam entri blog anda. Jangan lupa save image Contest Banner yang ada di atas ini sekali, kemudian backlink-kan Contest Banner tu ke entri ini sebelum anda publish entri anda itu. Mudah kan? ;3 


How to save this image: 'Right-click' - select 'Open Link in New Tab' - 'Right-click' - select 'Save Image As' - click 'Save' - click 'OK' on pop-up message - click 'Save' again - click 'Yes' to replace saved file. Done...


~ SYARAT-SYARAT ~ 

1. Anda perlu ada blog sendiri yang mesra pengunjung (tidak private).

2. Follow blog ini, kemudian follow blog BUASIR OTAK dan seterusnya follow FB page BUASIR OTAK: THE KOMIK yang diasaskan oleh Prince of Noob a.k.a Putra Nubhan.

3. Buat satu entri khas untuk contest ini di blog anda. Tempelkan Contest Banner yang ada di atas ni ke dalam entri anda, kemudian backlink-kan ke entri ini. Ingat... backlink ke ENTRI INI ya :D 

4. Isikan dua speech bubbles dan satu thought bubble komik di atas dengan dialog mengikut kreativiti anda sendiri, dan tempelkan ke dalam entri blog anda tersebut. Sekiranya anda isi dengan tulisan tangan dan kemudian scan, pastikan tulisan tu boleh dibaca dengan mudah. Bersempena dengan konsep blog ini yang chillax (chill + relax), dialog yang paling menarik, lawak dan sengal akan ada harapan tinggi untuk menang.

5. Bahasa untuk dialog? Gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Manglish pun boleh). Hanya tiga "bahasa" ini sahaja yang dibenarkan untuk contest ini. Oh ya, tidak boleh tambah extra bubble ya, hanya boleh isi ke dalam bubbles kosong yang telah diberikan sahaja.

6. Dialog yang menyentuh sensitiviti masyarakat secara melampau, kaum dan agama, berunsur politik melampau, lucah dan apa-apa yang tidak sepatutnya, akan terbatal penyertaannya secara otomatis, tidak akan dimasukkan ke dalam link senarai penyertaan terus... 

7. Seorang peserta boleh menghantar sehingga 3 penyertaan (ditempelkan dalam satu blog entry yang sama) bagi meningkatkan kebarangkaliannya untuk memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan dalam contest ini. 

8. Akhir sekali, anda mesti datang sini semula dan tempekkan link entri kalian di ruangan komen sini selewat-lewatnya pada 1 Disember 2018 jam 11:59 malam itu (tempoh contest: 4 minggu). 

9. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri terbaik, dan semestinya memenuhi syarat. Keputusan adalah muktamad. Pemilihan pemenang akan dibuat oleh aku sendiri dan juga pihak penaja dan pengasas komik BUASIR OTAK itu sendiri iaitu Prince of Noob a.k.a Putra Nubhan.

10. Sebarang bentuk bodekkan atau kipas-mengipas tidak akan dilayan sama sekali (hahah...). Untuk bersikap lebih adil, jumlah total entries bagi contest ini perlulah mencapai sekurang-kurangnya 10 penyertaan pada saat tamatnya contest ini. Sekiranya jumlah peserta tidak sampai pun 10 orang, contest ini akan terpaksa dibatalkan (atau dilanjutkan tempoh contest... huhuu...).

~ HADIAHNYA? ~ 


Tempat PERTAMA - Komik BO:TK (ENIGMA) & BO:TK (ADRENALINE)




Tempat KEDUA - Komik BO:TK (ENIGMA)




Tempat KETIGA - Komik BO:TK (ADRENALINE)




Hadiahnya komik? Kenapa aku nak hadiahkan komik-komik ni? Well... selaku salah seorang daripada sejumlah pengkarya yang terlibat dalam pembikinan kedua-dua buah komik indie BO:TK di atas ini, dengan berbesar hatinya si plain83 (iaitu aku) ingin menghadiahkan komik BO:TK yang ke-5 (ADRENALINE) dan ke-6 (ENIGMA) ini kepada para pemenang bagi Contest GA: Isi Buih-Kata Komik aku yang ke-3 di blog ini. Aku sponsor 2 buah komik, Prince of Noob sponsor 2 buah komik... :D 

Tonton video preview bagi BO:TK (ENIGMA) dan BO:TK (ADRENALINE) yang telah dimuatnaik oleh Prince of Noob a.k.a Putra Nubhan di Youtube channel beliau... 





Okehhh... syarat-syaratnya sudah bagitau, hadiahnya pun sudah bagitau... maka, meh la join Contest GA aku ni cepat sebelum 1 Dis 2018!!! :D


~ SENARAI PESERTA ~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^ w ^ = )

32 comments:

  1. Luas skop utk dialog tu...mcm2 boleh disembang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dah ada idea nak letak dialog apa? Join laa sis~ :D

      Delete
  2. menguji minda ni...akan join nanti!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Join tau mizi, mesti ada idea best kannn :D

      Delete
    2. dah join =)

      https://at-tarmizi.blogspot.com/2018/11/contest-ga-isi-buih-kata-komik-3.html

      Delete
  4. Adoi.. part melibatkan kreativiti ini Sha failah.. Apapun semoga GA ini mendapat sambutan.. TQ sebab ajak Sha joint.. maaf ye sebab tak boleh nak joint.. Tak berapa nak kreatif.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa tak nak cuba ke SD? SD kan seorang yang banyak membaca, mesti ada idea punya... :D

      Delete
  5. join! :D baru berkesempatan nak letak link penyertaan kat sini hahaha.

    http://www.sayidahnapisah.com/2018/11/contest-ga-isi-buih-kata-komik-3.html

    ReplyDelete
  6. wow..hadiah pun sangat menarik dan awesome

    ReplyDelete
  7. wahhh menarik nie, BV pun memang minat komik jugak :D
    nanti join, tengah kumpul idea XD

    ReplyDelete
  8. alahai...tetiba rasa beku pulak otak ni nk fikir hehe..kalau ada kesempatan boleh nak join nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa beberapa hari lagi boleh panaskan otak tu, kamon kamon... heheh :'D

      Delete
  9. saya cuba juga ya... maaf kalau tak kelakar =)

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2018/11/contest-ga-isi-buih-kata-komik-3.html

    ReplyDelete
  10. done join
    https://budoxesquire.blogspot.com/2018/11/contest-ga-isi-buih-kata-kata-komik-3.html

    ReplyDelete
  11. Konnichiwa plain senpai~!!!

    Maaf, baru perasan comment senpai kat blog craft.
    Nasib baik belum abis lg GA nie.
    Nanti sy join guna personal blog ye~... Chotto matte kudasai!!

    ReplyDelete
  12. Bismilah...saya cuba ya...maaflah merapu je XD

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/11/contest-ga-isi-buih-kata-komik-3.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks join! Kim salam kat Kiah Rongak ye hahah :D

      Delete
  13. Cheery Cuba yeh...
    https://ctcheery87.blogspot.com/2018/11/contest-ga-isi-buih-kata-komik-3.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks join! Sedap nama Qal ni, macam sesuai je dengan watak budak tu hehe...

      Delete
  14. Alahai, sedihhhh T^T
    Baru ada masa free utk join, sekali dah tamat, huhuhu...
    Semoga berjaya utk peserta yg join!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu zannen desu... InsyaAllah nanti gua anjurkan lagi di masa hadapan. I'll make an even earlier announcement next time ne :'3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)