Saturday, January 5, 2013

Nyiau penyeri hidupku ^^

Salam ceria petang tahun baru buat readersku yang sempoi dan comei-comei skalian ^^

Oh nampaknya ini adalah entry yang pertama buat tahun 2013 ini, dan aku mengambil keputusan untuk berkongsi cerita tentang kucing... ya kucing... kucing yang bunyinya meow/nyiaw/nyiau/eaou/eauu/iaoo dan lain-lain bunyi yang seangkatan dengannya...

Fuzz, kucing aku suatu ketika dahulu...
Family aku suka kucing... dari aku kecik sampai la sekarang, rumah aku mesti ada paling kurang 2 ekor kucing, paling banyak tak sampai la 10 ekor pada satu-satu masa. Dah seperti menjadi satu kemestian kucing mesti jadi sebahagian daripada keluarga aku. Ada yang berpendapat bahawa bela kucing ni membazir, ya lah kucing tu sejenis binatang hidup yang perlu makan.. beli friskies atau bagi ikan kembung campur nasi dan sebagainya dikatakan membazir oleh sesetengah orang yang tak suka kucing atau apa-apa saja binatang peliharaan, sampai ada juga yang cakap, "dari kau bagi kucing makan, baik kau guna duit untuk makanan kucing tu buat derma kat rumah anak yatim ke, rumah kebajikan ke, bayar zakat ke, dapat pahala.. manusia lagi penting dari kucing". Wah... bleh tahan extreme jugak PREJUDICE dia terhadap haiwan yang tak berdosa ni ya? Aku rilek jer ngan spesis manusia yang 'hebat/superior' lagi 'super baik/penuh kesedaran' yang macam ni, dan aku akan bagi respon yang lebih kurang macam ni, "aku bagi kucing aku makan, aku dapat gak pahala.. sapa kata buat baik kat kucing tak dapat pahala? pastu dia doakan kebaikan buat aku lagi.. tikuih kat umah aku pun dia pandai tangkap.. kucing tak macam manusia, dia tak akan tikam belakang tuan/kawan dia.. hahaha". Pastu dia pon diam dan buat muka sengih kerang busuk.

Lagi satu, mazhab mana yang mengatakan orang yang bagi kucing makan, orang tu tak bayar zakat atau sumbangkan derma kat mana-mana pihak 'manusia' yang memerlukan? Tak ada kan? Kalau ada mai habaq sat kat aku? hahah... yang aku tau kalau kita nak menderma atau memberi sumbangan apa-apa kat mana-mana pihak yang memerlukan, kita tak boleh heboh/jaja cerita kat orang ramai... tu dah jadi niat lain dah kan? peh macam-macam ada ragam manusia nih...

Panda (left) & Oyen lion (siblings)
Kucing ni sedikit sebanyak ada persamaannya dengan manusia juga, maksud aku dari segi mempunyai pelbagai ragam dan pe'el perangainya. Ada yang pendiam, ada yang hyper-active, yang kuat makan, yang memilih makanan, yang manja gila/peramah/hemoi setiap masa, yang jinak-jinak merpati, yang ada mood swing kronik, yang takut air tahap kronik, yang suka kejar kereta tuan dia sampai parking lot, yang suka lompat atas sofa lalu duduk berhimpit dengan tuan dia, yang suka tenung muka tuan dia lama-lama sampai naik seram, yang suka tangkap cicak, yang suka show-off cicak ketengkoi/gecko/tikus/burung (hasil buruan) yang dia dapat, yang suka masuk dalam kotak kendian conquer kotak tu, yang pandai/tak pandai respon bila nama dia dipanggil, yang suka tunggu diam-diam kat hujung kaki tuan dia masa tengah sakit dan terlantar atas tilam (arwah tok aku), yang suka ajak tuan dia 'bersembang' dan 'bergurau' - attention seeker, yang suka tidur terlentang dengan lena, yang tidur macam tengah sujud, yang suka tidur atas kaki tuan dia, yang suka lepak kat tempat-tempat tinggi (bumbung rumah, bumbung kereta, atas pokok), yang suka minum air buah laici, dan banyak lagi. Semua perangai/pe'el kucing-kucing yang aku taip ni, aku pernah tengok sendiri. 

Ciro, kucing aku suatu ketika dahulu...
Bagi aku kucing ni adalah haiwan yang pandai dan antara haiwan yang mampu menunjukkan emosi/mood dia pada satu-satu masa, selain anjing, orang utan, gorilla, chimpanzee dan beberapa haiwan mamalia yang lain. Dia ada 'facial expression' yang menunjukkan dia sedih, gembira, marah, takut, curious, sakit, playful dan bosan (tak de mood), membuatkan kucing menjadi antara haiwan peliharaan yang paling popular di kalangan pet enthusiasts. Keupayaan kucing untuk men'domestik'kan diri dia dan hidup di kalangan manusia dengan selesa dan makmur, merupakan satu benda yang sangat menakjubkan bagi aku. Lagi satu benda yang membuat aku curious pasal kucing ni, bila aku tengok ragam 2 ekor kucing jantan bergaduh (mungkin pasal berebut territory atau awek)... bising 'bermaki-makian' bukan main, sekali skala bertampar dan bercakaran, maki-maki lagi, sekor nada suara tinggi sekor lagi nada suara base... kendian lari keliling kampung... berlarutan sampailah salah seekor tu mengalah... agaknya la, apa yang kucing-kucing tu dok kepoh sangat ek? Mesti kelakar gila kalau paham... LoL! XD 

Oyen lion (yen), kucing aku sekarang... family aku bela dia dari kecik (dilahirkan di rumah pada ujung taon 2011), so aku rasa dia ni mesti ingat semua manusia kat dunia ni tak merbahaya dan baik2 belaka sama kucing... bahagia betul

Okies, sekian dulu 'rapuan' aku setakat ini.. seperti biasa, mana yang baik sila amik buat teladan, mana yang buruk tu aku tak suruh ikut. Bagi yang ada bela kucing tu, sayangilah kucing anda, jangan lupa bagi makan dan jangan sekali-kali dera dorang... kalau dera jugak nanti akhirat kelak siap korang tahu? huhuu ^^


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

38 comments:

  1. Saya pun suka gila kucing..
    Dulu kucing saya ada satu perangai suka jilat telinga saya bila azan subuh. Hahahaha

    Kucing yg bernama panda tue tak macam panda pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh baguihnya kucing gerak tuan suh solat subuh..

      tu lah mmg tak mcm panda langsung, tp nk wat cmne my sis nak jugak letak nama dia panda ^^

      Delete
  2. Aku dulu suka kucing. Pas dia beranak dalam locker aku yg spoled kunci rosak tu aku dah tak suka. Pastu dia berak atas tilam aku. Pastu dia kencing kasut PVC skolah menengah aku sampai berlubang. Kalau dia tu kucing aku takpe.. ni kucing yg merempat.

    T.T! sedih3.. dahla aku miskin. Kasut lak jadi senget lebur sebab kucing kencing.
    Sejak hari tuh aku dah tak nak cakap 'hi' kat kucing.
    Takut kaki aku pulak yang naik.
    Bukan tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hui len.. hahah dasat gak kucing tu berdendam ngan ko yek, kencing kat kasut ngan berak atas tilam? sadis sadis...

      Delete
    2. beranak dalam locker, beranaka bawah katil.
      kejam!

      Delete
    3. lol.. mesti dia curi2 masuk ikot tingkap atau mana2 opening kat dinding kan.. adat kucing merempat/liar mmg mcm tu, kena lock bilik elok2 :p

      Delete
    4. dulu arnab aku tido ngan aku, hari2 kencingkan aku.. pastu makan mau cekelat ferrero rosche tuh, tak tahannn

      Delete
    5. owh arnab.. haiwan tiada emosi.. lol XD

      Delete
    6. aah tade emosi. dia makan buku novel ngan wayar charger laptop aku ngan housemates aku.....

      Delete
    7. saya juga di antara manusia yang telah dianiaya oleh kucing

      Delete
  3. meow saya ada fesbok.dia ske tangkap gambar tgh posing pastu post kat fesbok.kadang2 dia suka mengorat meow jiran sebelah.kalau boleh dia nak masuk celah2 lubang pagar untuk pergi rumah sebelah,tapi tak muat sebab dia gemok.padan muka,suruh exercise dia tak nak.tau buat muka kesian mintak makanan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah awat bagi dia makan banyak sangat smpai gemok gedempon? kucing obese tak sihat woo XD

      Delete
    2. dia guna magik,tgk kita sambil buat mata bulat.tak mampu menahan godaan.tapi takpe,dia mesti berusaha kuruskan badan supaya dapat lalu celah pagar gi rumah jiran sebelah.dah nmpak ada usaha senaman lompat2 sikit.dulu nak lompat pun tak mampu.maklumla,menghadap TV dengan laptop je keje.dia tak suka sosial2 kuar rumah.

      Delete
  4. nanti aku post gambar2 anjing* aku pulak

    ReplyDelete
  5. Aku suka kucing tapi tak suka bela kucing..
    Aku alah bau dan bulu dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. kalo cmtu elok ko bela iguana saja :p

      Delete
    2. Menarik tapi aku geli pulak ngan iguana
      banyak betul alasan aku untuk tidak mempunyai pets

      lol

      Delete
  6. anis-chan, betul ke kucing takkan harm budak kecik yang lum paham cakap lg ( i mean takkan gigit ke, cakar ke, etc) kalo dak kecik tu kacau kucing tu? ilmi sangat tak takut kucing. stiap kali dia jumpa kucing dia sgt excited sampai tahap dia tepuk2 kepala kucing tu, dia tarik ekor, dia tarik kaki, dia tarik telinga, dia cucuk2 bdn kucing tu (aku larang pn dia lum paham cakap lg). sampai tahap aku lak yg seriau tgk, takut kucing tu balas balik. tp laki aku kate kucing takkan harm budak kecik a.k.a baby. betoi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je berita tntg kucing gigit baby jiran sebelah rumah

      Delete
    2. kucing macam manusia gak, ada yg gila ada yg baran ada yg penyabar.. tengok peragai dia ikut individu gak la.. hahaha

      Delete
    3. owh camtu ka? mebi stakat ni ilmi jumpe kacau2 kucing yang beriman lagi penyabar kot... tu yang ilmi dok wat macam2 kucing tu wat derk je... hahahaha ;p

      Delete
  7. kucing? confirm aku pecut dulu jejauh.. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh x pa aku paham.. ko jenis yg hanya boleh berkomunikasi sesama spesis ko saja.. lol XD

      Delete
    2. sebab aku geli bila kucing tu dtg raba2 kaki aku... tu yg aku pecut jejauh.. hahaha

      Delete
    3. ok la tu bukan je raba-raba jilat kaki lagi
      ada kisah dewasa yang train kucing dia jadi licker
      lol gila betul manusia..

      Delete
    4. lol dek non, yg tu citer manusia pervert lagi sakit jiwa zoophilia.. mcm2 mental ada manusia nih...

      Delete
  8. aku pelik beb asal ko asek jupe spesis yg macam bagus tuh.

    dulu masa study kucing kat umah yg aku sewa beranak pinak sampai 18 ekor. aku yg kurang makan sebab duit scholarship banyak guna bagi diorg makan huhuhu..setahun gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha agaknya aura aku mmg menarik org yg bajet bagus utk cari pasal ngan aku kot, pastu dorang kena sedas ngan aku balik.. so seri la scorenya jadi 1-1.. lol

      dulu masa zaman bach.deg kat tmpt sewa aku pon, banyak kucing.. aku slalu share sardin ngan dorang, pastu kalo aku tapau makanan kat kedai makan depan umah tu, aku slalu mintak dorang bungkuskan 'nasi kucing singgit' (nasi utk bagi kucing makan, singgit), dorang akan gaulkan nasi ngan ayam n tulang ayam lebihan dari stock sup ayam, pastu bungkus dalam kertas minyak.. bila aku balik, kucing2 kelaparan tu akan exited nak makan nasi tu ^^

      Delete
    2. tu lah nasib baik kne kat ko.

      bagus gile bole beli nasik camtuh..kucen2 blakang umah aku dulu selalu gak kelaparan tapi nasib baiklah derang pandai tangkap burung heheh

      Delete
    3. hehe kucing2 kat tmpat sewa aku dulu tu suka tangkap cicak mengkarung, kekadang tikus.. burung kekadang je dapat cekup, sbb tu bila dapat nasi lauk lebihan ayam, dorang super exited XD

      Delete
  9. Replies
    1. owh ikan pon i bela, ikan oscar dan suckermouth, tropical freshwater species ^^

      Delete
  10. bela kucing ni menghadirkan rahmat kat kita. nampak macam takde apa, tapi hasilnya nanti, only god knows.

    ReplyDelete
  11. i ske sgt kucing , klu nmpk kucing pasti berhenti utk pet2 kpla dia , klu jumpa 10 kucing 10kli la berhenti lol

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)