Saturday, July 26, 2014

Salam AidilFitri 2014 (updated)~

SUASANA DI HARI RAYA - Anuar Zain & Elina
Tabber: Plain83

Tuning: standard


C             F          G             C   Am
 Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
              F         G               C    Am
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
       F             G         Em             Am
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
         F             G                 C
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

C              F            G            C    Am
 Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
            F            G            C
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Am       F        G           Em        Am
 Suasana hari raya walau di mana pun jua
           F          G                  C
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

           F  G        C Am
Kuih dan muih beranika macam
         F        G        C
Makanlah jangan hanya di pandang

           F    G         C    Am
Ketupat rendang sila nikmati kawan
        F       G        C
Penat memasak malam ke pagi

            F   G          C
Wajik dan dodol jangan lupakan
  Am          F     G      C
Peninggalan nenek zaman berzaman

            F    G          C
Asyik bersembang pakcik dan makcik
    Am     F       G      C
Hai duit raya lupa nak di beri

C             F          G             C   Am
 Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
              F         G               C   Am
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
       F             G         Em           Am
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
         F             G                 C
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

           F  G        C Am
Kuih dan muih beranika macam
         F        G        C
Makanlah jangan hanya di pandang

           F    G         C    Am
Ketupat rendang sila nikmati kawan
        F       G        C
Penat memasak malam ke pagi

            F   G          C
Wajik dan dodol jangan lupakan
  Am          F     G      C
Peninggalan nenek zaman berzaman

            F    G          C
Asyik bersembang pakcik dan makcik
    Am     F       G      C
Hai duit raya lupa nak di beri


-end-
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Okeh, demikianlah guitar chords lagu "Suasana di Hari Raya" yang telah aku tab sendiri 
mengikut kesedapan telinga aku (ear-transcribed) pada suatu ketika dahulu. Jadi, mana-mana 
yang tengah dok cari chords lagu Raya untuk digoreng dengan guitar kapok pada hari Raya 
yang bakal menjelma nanti, bolehlah anda mencuba versi chords yang aku dah transcribe ni. 
Bagi yang kurang familiar dengan lagu ni, bolehlah refer pada klip youtube berikut, original 
version of the song by Anuar & Elina.
 
 
Akhir kata, Salam 0-0 dari aku, mohon maaf sekiranya ada mana-mana posts atau comments 
dari aku selama ini yang telah berpotensi untuk menyinggung perasaan serta kalbu kalian. 
Daku ini hanyalah seorang manusia biasa yang tidak berupaya lari dari salah dan silap, yang 
dalam tidak sedar telah berkemungkinan membuahkan kebencian, kesedihan ataupun 
"kemerajukkan" di dalam jiwa raga kalian-kalian yang aku kenali mahupun yang tidak aku kenali ^^
 
Kad raya aku tak buat lagi untuk ditempek kat sini, Raya tahun ni macam takde mood untuk aku 
beraya sangat, sebab, yelah... tahun ni banyak dugaan dan kesedihan yang telah menimpa Malaysia. 
Beraya secara ala-kadar sudahlah, sekadar ikut syarat meraikan 1 Syawal setelah sebulan berpuasa. 
 
Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. 
Jya mata ne, koneko tachi-chan~ ( =^w^= ) 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
UPDATED on 2nd Syawal with kad raya versi malas... hahah,
Salam 0-0 buat you ollz~ ;3



25 comments:

  1. hai plain.. haah tu lah sbnrnye tak berape nak over eksaited
    pon nak beraya kalini sbb byk dah dugaan bsr berlaku kan..
    meraikan jugaklah tp biarlah sederhana kan :)

    slmt hari raya. maaf segala slh silap spnjg pknalan kita ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... nak bersederhana saja tahun ni, itulah yang seeloknya ^^

      salam 0-0 ya anamizu~ hehee ;3

      Delete
  2. selamat hari raya aidilfitri...salam kosong kosong.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Plain...
    Maaf juga kalau ada salah silap kata or komen...hehehe

    Aku tak pandai main gitar, tp kalau main recorder ala2 budak sekolah rendah, aku power...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran cEro, kira 0-0 ah noh kita... hahah~ ;3

      Oh recorder, teringat aku zaman skolah rendah dulu... best gak tu, nanti jom jamming cEro, hang recorder, aku guitar... kekeke ;3

      Delete
    2. Wahaha...
      idea menarik tu. Sure best dpat kolaboret dgn ko...
      Tp segan arr aku main recorder, ko main gitar...hahahaha

      Delete
    3. Hoh? Apa nak disegankan dgn recorder? Recorder itu ialah satu alat musik yg ohsem tahu~ ;3

      Delete
  4. wahhh...pandai main guitar ker???stylo giler klau pompuan main guitar..hehehe

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, boleh laa... sekadar self-taught, belajar sendiri secara suka2... best main guitar akustik di kala otak tengah lesu atau tepu dengan kerja, selain dari melayan anime dan melukis... hahah ;3

      Delete
  5. 'Eid mubarak! taqobbalallohu minna wamink.. Ambo dop reti main gitar =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mubarak Eid! hahah... dakpo dakpo, buleh blaja deh~ ;3

      Delete
  6. wah berjiwa seni ya sis.. main gitar pun boleh..
    teman ni stakat main sikit2 bleh la asal kluar bnyi..
    selamat hari raya aidilfitri sis :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa oklah tu, ada bunyi tu kira ada music jugak keluar... pstu blajar la basic chords dulu, lama2 terer la ;3

      salam lebaran dan salam 0-0 ^^

      Delete
  7. Baju dlm kad raya tu baju raya tahun ni ke??
    Cantek!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yep, awww thanks cEro!! X3
      tema tahun nih green+purple... meheheh~ ;3

      Delete
  8. hebak demo... hehehe

    selamat hari raya! maaf zahir dan batin!

    ReplyDelete
  9. lawa baju raya akak..dgn ingatan tulus ikhlas, salam lebaran 1435H n maaf zahir batin kak plain :)

    -m84-

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh macih dik kbbru9, salam lebaran buat warga bru9 sekalian~ ;3

      Delete
  10. Selamat Hari Raya :-)

    Aku pun tengah cari chord lagu raya ni. Nak compose nada dering polifonik dalam hanset nokia 'torchlight' aku. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syawal bro, weh hang masih dalam mood raya ka? hahah ;p

      Delete
  11. aku punya komen dah lepas ke belom??

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih, ada ka jinz? aku tengok pending comments aku 0, aku dah godek spam pun takdak komen hang... pelik tul...

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)