Tuesday, October 20, 2015

Mini GA Contest: Cari Perbezaan dalam Lukisan

Salam 'jerebu kembali melanda' buat semua kawasan yang terlibat... huhuu~

Baiklah, kali ni aku mahu anjurkan sebuah 'mini giveaway contest' yang simple saja. Hadiahnya juga simple saja, sedikit souvenirs dari Padang Besar yang berupa keychains dan fridge magnets. 

Okeh, syarat-syarat Mini GA Contest ini mudah gila. Bagi yang berminat untuk join, anda cuma perlu:

1. Follow this blog. I'll follow your blog too if you have one.
2. Perhatikan 2 buah lukisan suasana kedai runcit old-school yang tipikal di bawah, dan cari perbezaan di antara kedua-dua buah lukisan aku tersebut.


Okeh, sekarang, lihat bagaimana lukisan yang di bawah ni berbeza dengan lukisan yang di atas tu.


3. Komen aje di ruangan komen entri ini menggunakan id blogger anda, beritahu aku berapa banyak perbezaan yang kalian boleh kesan di dalam imej yang second tu, dan beritahu je perbezaan tu ada di mana, atau apa dia. Contohnya: Ada 3 perbezaan. 1-Botol. 2-Ada anak alien di atas meja kaunter. 3-Balang gula-gula. 
4. Tiga(3) orang pertama yang berjaya meneka jawapan dengan tepat akan mendapat hadiah souvenirs dari Padang Besar seperti berikut, mengikut turutan masa komen-komen mereka ditaip pada ruang komen:


*Note: Sebab apa aku offer souvenirs dari Padang Besar, dan bukan dari Tokyo? Maaf, souvenirs from Nihon aku cuma tinggal satu je, yang lain (tidak termasuk yang aku punyalah, hahah) dah selamat diberikan pada sanak saudara serta rakan-rakan IRL (*in real life) aku. Tidak adil dan saksama pula rasanya jika aku turut offer souvenir Nihon yang tinggal satu tu je di dalam Mini GA contest ni, hihuu ^^;

Baiklah, selamat mencuba pada yang berminat. Kalau ada bahagian mana yang kurang jelas atau mengelirukan, jemputlah bertanya di ruang komen. Mini GA contest ini akan berakhir apabila 3 orang pemenang telah dikenal-pasti. Hadiah nanti akan dipos menggunakan Pos Ekspres pos biasa (bersetem). All the best, Ganbatte kudasai! X3

~**UPDATE**~

Maka dengan ini, MINI GA Contest ini sudah pun TAMAT dalam masa sehari saja setelah 3 orang pemenang telah pun dikenal-pasti. TAHNIAH kepada pemenang utama Yumida Huda, pemenang tempat ke-2 Zyra Roxx, dan pemenang tempat ke-3 cEro. Mohon kalian emel pada aku butiran-butiran berikut: Nama, Alamat dan No.H/P diri sendiri, atau wakil yang boleh tolong sampaikan hadiah-hadiah ini pada kalian, untuk aku isi maklumat berikut pada sampul Pos Ekspres pos biasa (bersetem) nanti. Email me at yehaa04[at]yahoo[dot]com, kendian datang sini semula (logged in your blogger id) dan reply je pada komen kalian, taip "SUDAH EMEL" supaya aku tahu sememangnya kalianlah yang dah emel pada aku tu, bukan mana-mana anonymous troller ;3

*Pos Ekspres sudah tidak membenarkan barang bukan dokumen dipos menggunakan perkhidmatannya, walaupun ianya hanyalah sekadar keychain/fridge magnet yang mana berat totalnya tidaklah sampai 100gram pun. Kalau cuba pos juga, dimaklumkan bahawa ada risiko untuk penghantaran pos tersebut tidak akan dilaksanakan seperti yang kita harapkan. Harap maklum. Huhuu~ ( "-___-)...

Sekian, TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang telah menyertai! *pops confetti di dalam jerebu* XD 


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

33 comments:

  1. 1. kotak kotak atas para.. ( pukul 11 ).. 1 tu incomplete square
    2. plastik ke apa atas meja tu tepi dacing tepi sekali pukul 4. Yang bawah darker.
    3. Buku roti dalam rak bawah ( pukul 7 ) yang bawah ada lipas in between.

    ahaks..

    aku nak hadiah dari nippong

    ReplyDelete
  2. oh satu lagi. apple atas dacing.. atas ada extra sebijik

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for participating inchik SM... eh apsal sesetengah orang panggil alat penimbang tu dacing ha? bukan ke dacing tu alat yg jadi logo parti biru tu? :3

      Delete
    2. Kat tempat saya pun dipanggil dacing. Sesetengah panggil timbang :) - KTC

      Delete
  3. 1 button kalkulator berubah warna putih
    2 ada lipas kat dalam almari
    3 jarum dacing beralih
    4 ruangan almari pertama, kotak putih baris pertama nombor 3 berubah
    5 bhgn atas, simbol barangan segitiga berubah melengkung
    6 1 daripada 3 epal telah hilang dalam dacing
    7 plastik bertukar warna gelap
    8 buku bawah dacing hilang 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah pemenang pertama! Yumida Huda *thumbs up* :D

      Delete
  4. Hahah..

    1. Simbolmata iluminati kat jajan atas
    2. Kotak sabun ka apa entah, sebelah kiri tu hilang satu
    3. Ada lipaih kat rak kaca
    4. epal atas penimbang
    5. Plastik tepi bawah kaler kelabu, atas cerah

    dah, aku nak hadiah ke Nippon... wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang 3, lepas tu nak hadiah ke nippon terus... kemain lanun ni X3

      Delete
  5. huhu..nak jawab juga la..perbezaan

    1. Penimbang : Bilangan Apple, Jarum scale
    2. Kabinet 1 : Plastik gelap, Susunan Buku (dlm kabinet)
    3. Kabinet Kaca : Lipas
    4. Rak Terbuka : Kube (sebelah kiri atas), Simbol Kotak (helaian kertas)

    ReplyDelete
  6. Gua jumpa 8 perbezaan:
    1. kotak atas para ada satu kurang
    2. mainan sangkut atas sekali tu
    3. apple atas timbangan kurang sebijik
    4. lipas dalam almari kaca
    5. plastic bag tepi penimbang kaler tak sama
    6. jarum timbangan
    7. buku (ke?) bawah meja penimbang
    8. button calculator

    argh! gua rasa ada sepuluh, tp dekat nk berbinau mata cari tak jumpa @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah pemenang kedua, Zyra Roxx! *clap clap* :D

      Delete
    2. SUDAH EMEL *tunggu tepi post box*

      Delete
  7. Aku jumpa 8 perbezaan, walaupun aku rasa macam byk lagi.
    Sbb berpinau dah mata aku tatap skrin, aku stop dekat 8 je.

    1. Sachet yg staple dkat kertas bahagian atas. (illuminati!)
    2. Kotak yang missing dekat bahagian kiri atas
    3. Epal dalam penimbang.
    4. Bacaan penimbang
    5. Button calculator.
    6. Warna plastik atas kaunter.
    7. Lipas dalam display kaca bawah kiri
    8. Buku yang missing dalam display kaca belah kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah pemenang ketiga, cEro! *clap clap* :D

      Delete
  8. Rasanya macam terlambat je nak menang...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni nasib hg agak baik cEro, tuah sudah mula berpihak pada anda dalam bab join contest-montest ;3

      Delete
    2. Hahaha comel gilak contest montest >_<

      yahuuuuu! Dapat baju biru, my fabeghet kaler. Weehehehe thanks Plain! :*

      Delete
  9. [img]http://2.bp.blogspot.com/-7A_AmjgGq3E/VidZ63ilIuI/AAAAAAAAh3Q/vdsr03IWHaE/s1600/kuizplain.jpg[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoo nice noob, tapi jawapan image ni tidak mengikut syarat seperti contoh jawapan yang telah diberi :3

      Delete
  10. walopun lambat nak try jg
    1. kat atas sekali (kanan), benda 4 segi yg melekat kt sepapan kertas tu, kt bawah dlmnya bentuk tiga segi
    2. buah epal atas penimbang
    3. jarum penimbang
    4. benda sebelah kanan penimbang, colour lain
    5. ada lipas dlm cermin kaca
    6. lukisan petak kat rak (kiri)

    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sis kurang 2... tapi tak sedih pun sebab dah agak lambat komen, TQ for trying hehe ;3

      Delete
  11. Maka dengan ini, MINI GA Contest ini sudah pun TAMAT dalam masa sehari setelah 3 orang pemenang telah pun dikenal-pasti. TAHNIAH kepada Yumida Huda, Zyra Roxx dan cEro. TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang telah menyertai! *pops confetti di dalam jerebu* XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUDAH EMEL
      tahniah buat semua. contest yg menarik n sempoi..terima kasih tuan tanah

      Delete
  12. * hempas laptop ke lantai tanda kecewa !

    ReplyDelete
  13. nak join tapi takde blog. Nak hadiah je bole.

    ReplyDelete
  14. Oh dok dang ambe nok masuk pertandingang ni! hahaha

    Fuh, hebat aa boleh buat contest macam ni. Gue jumpa lapan juga. tapi sudah terlambat!

    Encore,encore,encore!!!

    ReplyDelete
  15. kenapa aku tak menang?!!!

    arghhhhhh....

    ReplyDelete
  16. serius sis..
    ikutkan mata saya memng x nampak apa2 beza..
    nanti nak carila apa yg beza..

    ReplyDelete
  17. aku baca je sini, pemenang dah pon di keluarkan

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)