Friday, July 7, 2017

Korea trip, Day 2 (Part 3) - Seoul

Salam 13 Syawal, dan Selamat Hari Raya ke-13 buat semua kaum Muslimin dan Musliman~ ;3
Amacam Aidilfitri kalian tahun ini? Ada yang masih beraya sampai ke hari ini ke? Weyhh... (~";^ w ^)~"
Statue of admiral Yi SunShin, at Gwanghwamun Plaza, Seoul.
Okay, berikut adalah sambungan 'report' aku berkenaan aktiviti merendek, merayau, jalan-jalan dan makan-makan di Seoul pada awal bulan Mei lepas, together with my sis, and Fahmi (our hired tour guide to show us around Seoul for 2 days). 
 
Dalam entri ini, aku akan highlight dua lokasi, iaitu Heritage Building di Gwanghwamun Plaza, dan Jogabi Seafood restaurant di Myeongdong. Okeh, kita sambung jejak perjalanan dari entri yang lepas...

On the way to catch a bus heading to Gwanghwamun plaza after spending enough time walking around Bukchon. Looking at the picture above, that is such a clever and adorable idea! Jadikan cermin sebagai 'canvas' portrait artist! Pandai betul dia 'melukis', hahaa~ XD... Ok, teruskan menapak...
Political posters of presidential candidates participating in the most recent election of the republic of South Korea... dan pemenangnya ialah, yang bernombor 1 itu. Ok, teruskan menapak...
Mana bus stand ni?... yarghhh teruskan exercise...
Bus stand dengan papan maklumat nombor bas dan route masing-masing. Tunggu bas yang bernombor 109, get ready tambang bas (berapa ratus won entah, aku dah lupa hahah...). Kitorang tak beli bus pass/card sebab bukan nak naik bas banyak kali pun kat sini, esok tu pulak dah nak fly ke Jejudo.
Kat sini ada insiden yang membuatkan kitorang cuak masa tengah duduk kat bench sambil menunggu bas. Tetiba je ada dua orang budak kecik Korean (around 4 and 7 years old, maybe) dok seronok main sepak-sepak bola mainan kat tepi jalan ni, sekali bola tu melantun dan bergolek ke tengah jalanraya yang sibuk tu. Aku memang dah mula rasa tak sedap hati dari awal lagi masa tengok bebudak tu dok main bola kat depan kitorang tadi. Bila bola dah mula pergi ke tengah jalan tu, we were like 'Oh nooo kid please don't cross the road', saying "Shiroh, shiroh... andwen!", tapi sorang budak tu macam nak pergi jugak ambil bola tu, lepas tu mak dia (kot) tetiba muncul dan macam bising-bising, maka budak tu pun cancel la niat dia nak kejar bola tu. Bola mainan itu kemudiannya dilanggar oleh kereta dan terpelanting jauh macam disepak pro footballer jauh ke mana ntah, hilang terus dari pandangan. Habis cerita. Lega kitorang tak perlu tengok kejadian ngeri berlaku depan mata di Korea ni. Moral of the story, wahai parents, jangan la bagi anak-anak korang main bola di tepi jalan, especially di tengah-tengah kota metropolitan yang sibuk ini.

Dah dapat naik bas, menuju ke destinasi seterusnya...
Dah sampai ke destinasi... dan itu dia, tugu King Sejong. Kat belakang tu ada Gwanghwamun gate, tersembunyi di sebalik stage sementara untuk program show apa entah. Aku ada nampak 2 buah box truck KBS kat sini, tapi tak nampak pulak kelibat mana-mana retis...
Ada SNS (social networking site) event... ada retis nak datang kot nanti kat sini, jumpa fans? :3
Sakan betul Korean traditional performers ni menari, one of Korean traditional dances...
Alright, seterusnya kitorang masuk ke dalam Heritage Building yang besar ni, naik lift dan turun ke level B2. Masuk sini tak dikenakan bayaran.
Admiral Yi SunShin's section...
Hasil lukisan kanak-kanak yang pernah datang ke sini dan join aktiviti melukis yang diadakan di sini...
Close-up sikit hasil lukisan bebudak ni, bersemangat bebudak ni datang sini belajar sejarah tokoh negara diorang. Macam-macam gaya bebudak ni lukis, tak pasti la pulak tema aktiviti lukisan dorang ni apa masa tu..., mungkin juga 'cita-cita'? :3
Kitorang pun rasa nak tinggalkan hasil tangan kat sini, maka melepaklah sekejap kat Korean calligraphy section ni dulu. Mamat Korean tu tengah tunjukkan macam mana nak tulis nama kitorang ni in Hangul characters.
My sis giving it a try first... japgi aku join... X3
Miahahaa... satu tu aku ambil nak simpan buat kenangan, satu lagi yang aku lukis dan tulis nama tu pulak, khas untuk tempat ni. Kat belakang tu ada banyak jugak hasil lukisan yang para pengunjung lain tinggalkan, samada ianya berkaitan dengan tokoh-tokoh Korea atau tidak, tak kisah pun... X3
Aku lukis apa yang ada dalam hotak aku je la masa ni, tak terfikir pulak nak google image admiral Yi SunShin via smartphone pastu lukis by referring image tu je kat situ. Hahah... maunya makan masa lebih sikit kalau macam tu... X3
Nah, terimalah inkwork neko (kucing) dari seorang pelancong acah-acah retis komik yang datang dari Malaysia ni... X3. *The blurry parts are intentional (digitally altered for privacy purpose).
Top 10 katanya, hahah... awwwh 'oppa', pandai mengambil hati tourists. Patut letak je la kat bawah-bawah tu, banyak lukisan merepek yang lari topik/tema ada kat bawah tu... X3
Lepas kitorang dah tengok The Story of Admiral Yi SunShin (4D short movie, kena pakai 3D glasses dan duduk atas seat yang bergerak-gerak, plus kena sembur dengan wap air) tadi, kitorang pun keluarlah dari Heritage Building... dan, aku ternampak ada box truck KBS channel kat luar ni! (LoL... itu yang aku jakunkan?) X3
Layan bunga lagi kat sini... trak KBS je yang ada pun, retis-retis yang selalu muncul dalam KBS channelnya tak ada... hahah
Lovely small daizies...
Alright, checking out tugu admiral Yi SunShin pulak kat sini...
Hari ni sejuk sikit, so tak ada adegan bebudak bermandi-manda ramai-ramai sambil melompat-lompat kat kawasan water fountain ni. Kalau waktu summer, memang dikatakan meriah la bebudak akan main air kat sini, and the water pressure of the fountains will be increased during that time.
Admiral Yi SunShin, standing proud and strong after winning a tough battle against the huge Japanese army battalion at sea. Hebat gila story pahlawan negara depa ni...
My battle weapon is... my smartphone? Boleh laa... X3
Okeh, teruskan menapak sambil sight-seing persis foreign tourist yang tipikal... melihat arca-arca aneh dan apa-apa jenis tarikan yang lain...
Oh ada lantern festival/show kat sungai cetek ni... sekarang ni tak meriah la, waktu malam nanti mesti cantik dan meriah kat sini...
Pretty lantern designs... must be lovely to be here tonight, tapi kitorang tak nak keluar merendek dah malam ni, got an early flight to catch tomorrow...
I can feel the festive spirit... ;3
Walking under the bridge... banyak jugak lanterns ni 'beratur' kat sini...
Berderet lagi kat depan sana...
Fish lanterns, how lovely... mesti lawa malam nanti :3
Pokok apa ni tak pasti, tapi bunga dia menarik, nampak macam salji. Dah naik tangga, going to cross the bridge pulak.
Imagine this view, at night time... ;3
On the bridge, facing west.
On the bridge, facing east. Hahah...
Have a blast for eternity, kids... seronok korang yer...
Masa untuk makan malam (early dinner)... at Jogabi Seafood restaurant ;3
Uuuu... let's check out the marine animals swimming in their aquarium tanks...
King crabs... big, expensive king crabs...
Sea squirts and octopuses...
Squids...
Lobsters...
Scallops, clams, abalones, mussels, cockles, oysters...
Dang... I ain't spending that much moneyh on seafood here, esok kitorang nak makan seafood stew kat Jejudo, sana lagi ohsem...
And so we ordered our dinner from this menu, clam noodle soup (my sis's) and oyster rice soup (mine)...
Tengah tunggu dinner sampai, layan artwork dinding restoran ni dulu... pacik kepsi dan bama pun ada...
My sis's dinner, noodle soup with clams and mussels. Around RM24...
Mine, oyster rice soup (tak serupa macam gambar dalam menu pun? huhuu). Makan sup tiram ni sekali dengan nasi dan kimchi, around RM28... boleh tahan la rasanya, isi tiramnya lembut dan tak liat ;3
Dah sudah dinner, kitorang pun menapaklah balik ke hotel Loisir. On the way, sempat lagi usha-usha aquarium seafood restaurants lain pula sepanjang jalan ni. Kat atas ni adalah red sea breams dan flounders (flat fish).
Sea squirts kat kedai lain ni lagi gemuk dan besar...
Dayumn, gila besar king crabs kat kedai lain ni, besar lagi dari yang ada kat Jogabi tadi... harga dia pun mesti gila (nasib baik aku bukan penggila ketam)...
Awwwh I know that 'adorable' familiar face, salah seekor daripada geng penunggu setia Loisir hotel. Nampak natang ni je, dah tau yang kitorang ni mesti dah dekat dengan entrance Loisir hotel.
View from our hotel room, boleh nampak bukit dan cable cars sedang bergerak. Hari ni baru noticed, semalam tak perasan pulak...
And, another picture of the view from our room. Ok... this is the last picture for now ;3
 Alrighty, sekian dulu entri aku jalan-jalan Seoul setakat ini, nantikan entri Day 3 (Part 1) yang akan muncul dalam masa beberapa hari lagi dalam bulan ini, InsyaaAllah. The next entry will be about my time spent in Jeju island ;3

My previous Korea trip entries: 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

10 comments:

  1. besarnya king crab..ntah brp la harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beberapa ratus ringgit Malaysia untuk seekor tu rasanya... kalau memang suka gila ketam, bolehlah cuba :'3

      Delete
  2. Sebagai peminat ketam, aku memang menyimpan impian nak membaham snow crab dengan lahap satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya monamieh, aku dapat bayangkan ko membaham apa2 jenis ketam dengan gumbiranya, like a baws... X3

      Delete
  3. hari ni blog walking ramai yg up entry pasal korea.. dah kenapa hahahahaa... tetiba rindu korea lak aku ni hahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kebetulan je tu, tak pun tengah musim K-wave ;3

      Delete
  4. lukisan plain tu. wow! hehehe
    mak aih apsal gemok2nye crab & squid dia? homai! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua lukis kucing cincai je hehehe...

      gemuk-gemuk la untung, dapat la dorang charge lebih ikut berat seafood tu... bisnesss~ ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)