Saturday, October 20, 2012

Pedobear Lahanat, Jaga Kau...

Salam, and good day 1 Malaysia...what a wonderful Saturday today, yes it is~ ^^

Ok kali ni aku terpanggil untuk bercakap pasal soal pedophiles (sexually attracted to children) yang makin bertambah dan berkembang biak tanpa kawalan biologikal yang efektif dikala kita menuju ke zaman yang makin tiada sempadan ini ^^
pedobear's hungry omnomnom... pic.source: fanpop

Setelah aku selesai memasak seperiuk sup ayam untuk dijadikan sajian tengah hari dikala weekend yang aman ini sebentar tadi, aku telah sempat menskodeng blog Len Inoue dan terbaca postnya pasal kisah zaman skolahnya yang mencuit hati. Ini membuatkan aku telah terkenang kisah silam zaman sekolah rendah aku sendiri, yang mana pada masa itu (darjah 1-2) uniform aku adalah pinafore, belum lagi ke uniform baju kurung yang lebih sopan. Yelah, pada zaman itu kes2 pedobear lahanat masih belum berleluasa atau diketahui sangat, dan coverage media massa juga belum lagi 'hebat' seperti zaman sekarang, maka ibu bapa sekalian tidak begitu aware dan berwaspada dengan kemungkinan penampilan anak2 mereka yang innocent itu kelihatan mengiurkan pada golongan sakit jiwa berfetish luar tabii @ pedobears ini. Fyi pedobears yang lebih kronik boleh/mampu terangsang dengan melihat bayi berusia 10 hari sekalipun. Agaknya kalau dorang ni diberi gambar scan bayi dalam uterus ibu mengandung sekalipun, barangkali 'haiwan peliharaan' mereka yang kat bawah tu akan merasakan 'sesuatu' juga. Seriusu, otak mereka memang layak dibedah dan dikaji setiap neuronnya oleh para pengkaji/pakar sains otak sekalian alam. 

Pic. source: Lemon-of-Doom/dA

Aku sendiri pernah diekori oleh sang pedobear semasa aku darjah 1 (pinafore) dan darjah 3 (baju kurung). Sebelum aku meneruskan cerita aku yang picisan ini, janganlah para pembaca sekalian salah faham, aku bukannya nak cakap aku ni cute ka apa masa aku bebudak hingusan dulu, pedobear adalah spesis manusia yang main taram saja suka kacau mana2 saja budak kecik bila ada kesempatan. Ok, aku cerita kes yang darjah 1 tu dulu lah. Masa tu waktu tengah hari, time balik sekolah. Aku sedang berjalan-jalan kat luar kelas, dan aku lalu kat kawasan redup tepi bangunan darjah 1 sambil meniti di tepi longkang kecil seperti seekor kucing. Tiba-tiba aku sedar ada sepasang mata leka memerhatikan aku dari bawah sepohon pokok yang rendang, dia bertenggek di atas motosikalnya. Aku mula rasa tidak selesa lalu berlalu pergi dari situ sambil buat2 tak perasan kehadirannya, aku anggap dia mcm hantu. Tiba2 dia (umur dalam lingkungan lewat 20an) bangun dan ikut aku dari belakang, aku mula panik, tapi masih cekal maintain cool aku, berjalan menuju ke bilik darjah. Walaupun dalam kelas aku ketika itu tiada sorang pon muridnya, aku tahu mak aku (juga merupakan cikgu darjah 1 aku) ada di dalam kelas ketika itu sambil leka menanda buku latihan murid-muridnya sebelum pulang ke rumah bersama aku seperti biasa. Sebaik saja aku smpai ke destinasi aku, aku berjalan ke arah mak aku smbil menunjukkan reaksi muka cuak lagi pucat aku itu. Sang pedo bodoh itu pun telah membabi buta follow saja aku smpai ke muka pintu kelas, dan bertentang mata dengan mak aku. Mak aku lalu bertanya dengan tegas, "Awat ikut dia ni??!", dan sang pedo menjawab, "Dia takut...hahah", dan mak aku naik bengang, "Kalau takut awat??!", dan pedo yang terbodoh itu pun kata, "Tak dak apa la...saja", dan terus berlalu pergi. Walaupon kejadian tu dah lama berlalu, aku masih boleh 'melihat' imbasan2 image kejadian bangang itu kerana ianya sudah terpahat kat memori aku. Lepas tu mak aku dah jarang stay back kat kelas untuk menyiapkan kerja2nya sebelum pulang ke rumah.

Masa aku darjah 3 pula, aku diekori lagi di dalam kawasan sekolah oleh sang pedo yang kali ini aku kira berumur dalam lingkungan 30an. Masa tu waktu awal petang, yang mana mak aku terpaksa stay back untuk attend satu meeting cikgu-cekgi yang dipengerusikan guru besar, bertempat di dalam sebuah bilik darjah. Sedang aku berjalan-jalan sekitar sekolah sambil menyapa beberapa rakan aku yang menunggu guardian mereka datang jemput mereka pulang, datang seorang lelaki menyapa aku dan bertanya, "Adik, ada nampak X tak? Dia balik dak lagi?", dan aku jawab, "Tak tau saya, tak kenai la~", ayat lurus bendul yang standard sorang budak akan cakap, dengan irama innocent. Lepas tu aku berlalu pergi. Pakcik pedo itu seolah-olah tak puas hati dengan jawapan ikhlas yang aku beri, lalu follow aku slowly dari belakang. Sekali lagi dalam hidup aku, perasaan cuak gila itu datang meresapi jiwa. Aku pon buat balik taktik selamatkan diri yang lama, iaitu lead saja sang pedo malang itu ke tempat ada orang yang boleh tolong aku, lagi ramai lagi bagos. Jangan lah pula korang salah paham dan bajet aku nak cakap aku ni 'bijak' ka apa, aku cuma nak menceritakan pengalaman aku kena follow dengan pedo, dan bagaimana aku perangkap sang pedo itu saja. Aku bersyukur kerana Allah Taala telah tolong aku dengan memberi aku idea best sepantas kilat dikala itu untuk aku bisa menyelamatkan diri, dan tidak terpana ketakutan atau 'go blank' begitu saja. Bacalah dengan mata hati, bukan mata ketam merah. Ok, aku pon lead si pedo malang itu ke lokasi meeting cikgu-cekgi sekolah itu, dan lalu di hadapan pintu bilik darjah penuh dengan cikgu dan guru besar skali, sambil menunjukkan reaksi muka cuak dan pucat, desperate for help @ little damsel in distress. Seperti biasa sang pedo bodoh lagi sangap itu follow saja dari belakang, tidak sedar yang dia juga kena lalu di hadapan pintu bilik darjah yang penuh dengan cikgu-cekgi ketika itu. Menyedari ada sesuatu yang tak kena, guru besar aku terus keluar dan 'menangkap' lelaki itu, diikuti dengan beberapa cikgu lain yang curious nak tahu pakejadah yang sedang berlaku. Perasaan cuak dan takut aku lalu berpindah ke hati perut sang pedo pula, menggelabah bewak dia, lalu aku berbisik di dalam hati, "Padan muka kau wahai pedo lahanat, pasni aku harap kau bertaubat jangan dok pi buat dah benda keji lagi haram ni". Aku rasa cikgu2 yang merangkap mak bapak budak2 tu pon mesti ada yang berbisik benda yang sama dalam hati diorang ketika itu.

Makan budok... rawr! Pic. source: pinterest/predator bear

Ok tamat kisah aku berhadapan dengan pedobears. Baru-baru ini pula aku dengar kisah lawak lagi sarkastik yang sangat tak bleh blah, terpanggil untuk aku bercerita kat sini. Sembang2 sama mak aku yang kini sudah lama berpencen, mak aku cerita, 2 years ago ada satu taska/tadika yang telah memecat ramai (almost all) para pendidiknya dek kerana mengesyaki mereka telah dengan sengaja 'mengotorkan' minda kanak2 taska tersebut dengan mengajar kanak2 innocent itu bagaimana hendak mencarut atau bercakap kotor. Hanya kerana tuduhan tersebut semuanya telah dipecat dengan tiada belas kasihan. Apa yang sebenarnya telah berlaku ialah, pendidik2 malang tu sebenarnya berniat baik hendak mengajar kekanak itu bagaimana hendak mengenalpasti ciri2 seorang pedobear. Jika suatu masa nanti ada mana2 lelaki 'berupa innocent' datang menghampiri kekanak ribena tersebut lalu memegang/menyentuh mana2 bahagian badan yang private, kekanak itu perlu lari atau menjerit minta tolong kat sesiapa saja yang ada berhampiran. Kekanak di taska itu kendiannya diberitahu apakah bahagian2 yang dikatakan private itu, dan disebut nama2 bahagian itu dalam bahasa pasar (betul jugak, ajar benda simple la kan, takkan la nak sebut secara saintifiknya pulak kan? yang nak belajarnya tu kekanak ribena, bukan pelajar sekolah menengah...alahai). Apabila kekanak ribena yang innocent tu balik rumah masing2, dengan innocentnya mereka menceritakan apa yang mereka telah belajar hari itu kat mak bapak diorang, lalu mak bapak diorang pon salah faham dan terus menyerbu/menyerang pihak atasan taska itu beberapa hari selepas 'lesson' yang berguna itu diajar. Terpengaruh dengan kata2 mak bapak yang tengah marah sakan kerana yakin merasakan berlakunya ada pagar makan padi kat taska tersebut, hampir kesemua pendidik taska yang tak ramai sangat itu kena buang terus, never to return, get lost and stay lost.

Aku dulu tak pernah masuk taska/tadika, maka aku tak ada langsung pengalaman menjadi kekanak ribena taska. Aku terus masuk darjah 1 dan diperhatikan oleh mak aku yang tegas...hahah ^^

Sekian cerita aku kali ini. Mana yang baik sila ambil buat teladan, mana yang buruk silalah jangan ikut...

Matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)

53 comments:

  1. mungkin disebabkan pernah ada byk pengalaman diekori dan diganggu pedobear menyebabkan ko sedikit skeptical pada orang lelaki? just asking...

    btw sejak bila tukar layout ni? buat la banner, background cantik2 sikit, lepas tu letak la widget, bunga2, lomo, mouse trail berkelipan, lagu dll seperti yg biasa ada di blog wanita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah mungkin juga lah noob, only Allah Taala knows ^^
      aku selesa berkawan jer dgn guys, nak lebih dari tu sorry aku tak mampu nak handle..semak palahotak, dah la aku rajin migraine especially lepas aku penah eksiden serius dlu hahah XD

      laa since last post lg aku dah tukar ke layout ni, ko pon ada komen psl troll tu..hahah XD

      oh banner, malas plak nak boh...nnt2 ah kot ^^
      bunga2, mouse trail, widget lagu smua tu buat semak pala ja bg aku noob, dah la lambat nak loading..huhuu sori aku tak mcm most wanita2 lain..aku plain yg picisan saja XD

      Delete
    2. Haha,kalo bukak blog sekali keluar lagu tu mmg paling sakit hati sekali, lagi2 kalo time tu tgh bukak utube pasang lagu lain

      Delete
    3. oh i simply DETEST those type...kakaka XD

      Delete
    4. oh masa aku komen tu pakai tepon, so keluar mobile version... tak keluar full layout

      Delete
    5. Noob suka blink2 macam hari raya, bunga2 berguguran, salji berterbangan. Burung-burung floating dan akhir sekali Mia Sara cute Pop-up face ' please follow'.

      Noob Noob Noob... kalau patrick berkawan dengn shin chan agaknya jadi apa?

      Delete
  2. entahlah, aku pun tak pasti macam mana boleh wjud golongan ni..w'pun aku digelar oleh rakan2 net sebagai pedosensei pasl mengjar tadika. geli jugak aku bila terbayang makhluk ni boleh berkenan dgn budak yg masih berhingus ni..mental state tak berapa betul kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedosensei LoL!! XD

      ..sbb tu la aku kata otak mereka ni layak dikaji dan dibedah siasat (literally) ^^

      Delete
  3. tak semua org yg suka kanak2 tu pedo, pedo ini golongan yg tertarik secara nafsu, jika sekadar suka budak2 kerana cute dan innocent mereka tiada salahnya, mgkn org2 yg ikut sedari tu bimbang akan keselamatan sedari yg jln serang2, baik sangka ler sikit ..

    KLIK Pakatan diminta menyokong 'Tuntutan Johor'

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik new hope? benda ni sentitip ke bg hang? menarik...

      ya 'baik sangka' tu mmg bnda baik tp kena berpada2...fyi bnyk mangsa2 pedobear yg for real ni semuanya 'baik sangka' sgt laaa...sbb tu sng kena ngappp...haiyaa you nnt you ada ank pelempuan aar, you jaga baik2 taw...ank lelaki pon jaga baik2 woo..nnt you menyesal tallak guna sudaa woo ^^

      Delete
  4. pedobear aku x penah jumpa, tapi lelaki dok depan tingkap umah sambil fap ada..(masa zaman study dulu). Time tu balik dr uni selalu 11-12 malam, tangan pegang bateri laptop sebab tu je benda berat boleh hentak kepala orang :-/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh tu masa hime-chan kat adelaide eh? kat obesea mmg diketahui lagi sakan bnda2 cmtu...

      local nyer version pon ada jenis fap dpn tingkap tu...tingkap hostel lak tu aiyoyooo sib baik time tu aku x nmpak, aku dgr bdk2 pompuan jerit histeria je sbb ternmpak aksi huduh tu kat blok hostel guys dekaaat je kat seberang pagar sana..mmg sangap thp kronik dah tu..trololol

      Delete
    2. yes mmg sangat desperet, rasa $&-/?! gile time tu tapi nk call polis pun bukan dapat tangkap nanti

      Delete
    3. haha btol..polis maybe akn gelak jer kalo call utk lapor kes remeh cmtuh LoL..

      Delete
    4. hoho celah sikit. lelaki yg biasa dok kat tingkap tu tengah skodeng orang pompuan dalam umah/hostel tu ke? biasa lelaki kalau nak fap kena ada bahan, tapi kalau setakat skodeng org pompuan tgh dok dalam rumah, lalu lalang, tgk tv, tido dan study, apa yg best sangat sampai nak kena fap? seriously lelaki mcm tu dah mmg tahap mental kronik psikopath. ada satu manga pasal orang yg ada masalah mcm tu, cerita tu rated as mature & psychological, tp bukan hentai, tajuk dia master kurosawa.

      Delete
    5. ya noob aku penah read articles (kajian) psl golongan yg serupa tu, so aku leh paham gak la reason/logis kenapa adanya mereka yg sgt 'deprived' and unstable ni...tp kalo smpai jd pedo tu mmg tak boleh tolerate dan elok dibakor je ^^

      aku penah juga nengok anime n read manga (bukan master kurosawa) psl jenis2 psychopath, kategory lelaki dan perempuan, sbb aku jenis naturally curious n nak ambil tahu..lepas tu aku akn ckp "oh, ada no lagu tu?", hahaha...tu saja ^^

      Delete
    6. bleh kongsi apa anime n manga yang ko baca tu?

      Delete
    7. ada a few aku discover dulu, yg aku rasa paling relevant Paranoia Agent, try checkidout ^^

      Delete
  5. nasib bek ko bijak dah masa kecik2 ,cepat detect, bukan slalu pedobear dorang dah aim dulu ker?

    aku dulu sekolah kampung, takde plak benda2 gini jadi masa kat kampung, kalau ada aku rasa tak lama la pedo tu duduk kmpung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee jgn dikata aku 'bijak' pls...taboo skit perkataan tu kat sini auwww~ XD

      pedo ada mcm2 jenis...yg jenis aim pon ada, yg pakai hentam ikut ada kesempatan jer (opportunist pedo) pon ada jugak ^^

      pandangan mata pedo dgn pandangan mata org 'caring' dgn ikhlas kat budak2 ni lain riak wajahnya, ada beza ^^

      Delete
    2. aku jugak yang terkena.. T.T! sangat innoncent.
      Takde orang nak ajar nak buat macam mana. Hahaha..

      Delete
    3. hoho..pedobears mmg ramai sbnarnya tp susah nak detect *serious face* :I

      Delete
    4. owh..ni lah hanis baharom..

      Delete
    5. next target lock...behave dik beruk ^^

      Delete
  6. DeeDee Plain83...

    Mati-mati gua ingat pedobear nih macam GummyBears yang naik beskal... yang ader pedometer... hahaha.... camsiot jer la...

    Aper-aper pon.. gua ader tiga orang anak pompuan yang masih kecik.. darjah 5 sorang.. darjah 4 sorang dan 5 tahun sorang.... bahaya nih kalu ader banyak pedobear berkeliaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah bro C++, ya ka? hahah bleh tahan naive jugak bro bab2 ni noh? sib baik bro tingat nak mai baca kat sini XD

      Delete
  7. Aku baru balik ke alam maya. RAM lambat kat otak.
    Sedih aku tak pernah tahu apa itu pedo sehingga dah terkena.Nasib bek bukan pakai pinafore time tu.

    ustaz kat sekolah aku jugak seorang pedo. tetapi aku tak berani nak cakap kat sape2 sebab dia seorang ustaz dan aku hanyalah seorang rebelious yang ganaz ketika itu.Sebab nak lari dari ustaz tu, aku balik KL sorang2 sebab taknak dia teman dan ambil kesempatan dalam perjalanan.

    Pedobear sangat membencikan. hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh...kategori pedo yg bertopengkan agama tu paling lahanat skali...damn *angry face* >:(

      Delete
    2. Baru jer nak buka mulut kat what so called as bestfriend. Kena sergah!

      "Len!!!!!!!al-fitnatu asyaddu minal qatli!!!!"
      tak baik tau cakap macam tu. dia tu USTAZ!

      lalu *le mini Len Inouie pun tunduk muka dan berlalu pergi.

      T.T!

      Delete
    3. hahah baru nak ckp sal tu...ya ini scenario 'backfire' mangsa...dorang yg blame mangsa balik ni kne ingat agamawan juga manusia, mereka itu tidak maksum...bila akhir zaman semakin menghampiri, golongan bertopengkan agama ni akan makin menjadi2, sangat hebat topeng mereka...bukan suka bersangka buruk, tapi kita haruslah awas dan berwaspada, itu saja ^^

      Delete
    4. Hahahah.. ayat mantap!
      Aku imagine ko berceramah dengan hood & tongkat kat tangan dan yang paling penting shinigami ryuk hovering.

      Makan semua pedobear. hahaha

      Delete
    5. oh menarik2...nnt aku lukis hahahaa XD

      Delete
    6. shinigami sedang meratah pedobear. Jgn lupa tu. :D

      Delete
    7. bisa bisa...nnt smua karektor aku boh skali dlm komik tu, termasuk ko Len..muhahaha XD

      Delete
  8. Replies
    1. aku rasa ramai je girls yg ada pengalaman mcm ni, cuma tak dibongkar saja ^^

      Delete
  9. bagi aku, xsemua pedo tu betul2 pedo. ibarat tak dapat rotan, akar pun jadilah. kids make easy target.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ko maksudkan tu pulak bukan natural pedo, yg tu terdesak semata2, sbb keterdesakan yg kronik itu dia develop a different sexual orientation lepas kena rasuk setan ^^

      kalo natural pedo, dia nak rebung (sbb boleh dimakan), dia tak nak buluh ^^

      Delete
  10. saye ade sorang kwn laki,org indon.dia keje kat kedai makan and penyewa kat kawasan rumah saye.Umor dia dah 30 tahun,tapi citasara dia budak skolah.bila jumpe prmpuan yg around 20-30,dia cakap diorang dah tua.tapi bila jumpa budak skolah trus "amoi,amoi cun sudah datang".bila nmpak budak skolah rendah..dia cakap cntik,tapi badan masih kecik.bila nmpak skolah menengah..trus nak mintak nombor telefon.by the way,muka dia nmpak muda walaupun dah 30.jadi sometimes budak tu bagi je nombor.dah banyak kali saya geli tgk perangai dia.I mean,come on la..budak2 tu sama baya dengan adik saya.last2 kitorang panggil mamat tu pedolombok (dia asal dari lombok).tapi dia tak paham pedo tu ape.hahaha.

    dulu penah jadi kes,saya bawak dia pegi mancing kat kemensah.time tgk mncing,budak skolah lalu (diorang baru balik skolah).kwn saya tu gi wat perangai pelik.dia dok hai2 kat budak2 tu pastu kenyit mata.saya pun marah la dia.giler ke ape,dah la kitorang masuk kg org,dia gi kacau pulak anak org kg situ.after a few minutes,datang budak prmpuan tu naik mtr dengan sorang laki.tak sure abg dia ke atau pakwe dia.saya dah "ah,sudahhhh"..capat2 trunkan topi saya sampai tutup muka.kwn saye dah kena sound,pastu masa diorang nak blah..budak laki tu jerit "babi la indon!".(org mst tau kawan saya indon sbb loghatnye tu).saya terus cakap kat kawan saya tu,"kalau dia bawak org kg dia dtg,nak humban kau dalam sungai..aku siap tolong humbankan skali.giler la kacau anak dara org kat kg dia sendiri".kitorang gi sane nak mancing,bukan nak kena blasah dengan org kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berserk my best buddy sudah dtg wahhh~ XD
      miss you laaar (dgn tak malunya aku mengaku..LoL)
      i'm currently recovering from food poisoning...last night was hell for me, muntah 6 kali..kepala pening gila jalan pon melelong wuhuhuu (TAT) - off topic

      oh kawan anda itu mmg sick..jelas2 sudah seekor pedobear lahanat..jauhkan dia dari adik anda, don't even tell him that you have a younger sister, ever...

      Delete
    2. hehe..thanks sbb miss kat saya.haha.serius tu,u makan pe sampai kena food poisoning ni?dah gi jumpe doktor?

      Delete
    3. uhuk uhuk..ntah la berz, selidik punya selidik rasa mcm x logic lak, maybe stress je kot n terbiar perut kosong dlm satu jangka masa yg agk lama..dah makan ubat, lepas 2 hari baru bleh telan bnda yg solid (egg sandwich)..tadi timbang berat badan, jatuh 3 kilo...giloo (-_-")

      sama efek mcm lepas eksiden yg agak parah masa study dlu...berat badan jatuh nak dkt 4 kilo (-_-")

      Delete
    4. next time jaga time makan.if not,klu stress dan perut lak kosong,makin teruk dari stress jadinye.kalau perut kosong,minum air panas dulu sblum makan ape2.for me,klu stress and tak berselera nak makan nasi atau makanan berat2..selalunya saya makan coklat bnyak2.hehe.take chocolate and banana.boleh bantu kurangkan stress,feel more happy and stabilkan denyutan jantung..sedikit sebanyak boleh reduce tekanan.itu dari segi pemakanan,but for spiritual..ada caranya pulak.ape2 pun,jaga kesihatan ye..jgn wat cmtu dah..tak bagus untuk kesihatan.rehat cukup2,dah fully recovered nnt..eat all the food!ganti balik berat yg hilang tu.hehe

      Delete
    5. te'hee~ (=^w^=)

      dah makan apple, perut dah stop meragam ^^

      watashi wa amai mono ga amari suki janai, choco mo suki janai, sweet tooth ga nai ^^ - (i jenis tak suka makan bnda2 manis, ceklat tak suka, me no got sweet tooth ^^)

      tq berz~ *tears of terharu*

      Delete
    6. hehe..ur welcome (^_^).alhamdulillah,dah sembuh

      Delete
  11. kalau lelaki pedobear kalau perempuan ape ek? kalau cougar? lain kot? manusia owh manusia, kenapalah kita bermacam ragam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. urgh..ni satu kes lagi..kat negara2 barat memang banyak kes ni.

      Delete
  12. Selamat Hari Raya Qurban semua, Salam Eid Adha ^^

    ReplyDelete
  13. Hello There. I found youг blog using msn.

    This iѕ a really well written article. I will be sure to
    bookmarκ it and rеturn to read more of yοur usеful information.

    Thanκѕ for the post. I will ԁefinitely return.


    my webpage ... Ramen Enak

    ReplyDelete
  14. Sya ingat ceta pasal bear yg cecomel..huhu..sya pun pnh tgk pedo2 ni membuat sesuatu yg x septtnya dibalik semak..masa kayuh beskal nak g sek menengah..mmg kayuh lelaju la masa tu..tak smpai 5 min pai umh..sllu 30 mon gak..ni mmg pecut gegila ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh kalu ai yg nmpak, ai akan jerit "HOI!!!" sekuat mungkin sekali, lepas tu baru pecut basikal laju2, kalo ade nmpak org lain kat area tu, ai akn bgtau dorang ( *>A< )

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)