Sunday, September 8, 2013

Adakah anda seorang OTAKU/WEEABOO?

Salam ceria malam Ahad buat semua readersku yang tengah bersabar dengan kenaikan harga petrol, dan sedang tabah bersedia untuk menghadapi kenaikan harga serba serbi barangan sekalian~ ^^
All credits for this OTAKU logo go to NeoKyoStudio, on deviantArt ^^

Baiklah, entry kali ni berbentuk kuiz tidak formal (yang aku rembat dan terjemah dari deviantArt), yang bertujuan untuk menguji tahap keotakuan (atau keweeabooan) anda sekalian. Jawablah dengan jujur dan tengoklah berapa skor anda kat bawah sekali. Yosshaa selamat menjawab!! XD

Source of pic: samuelzuder.com

[X] Anda telah menonton sekurang-kurangnya 1 anime.
[X] Anda telah membaca sekurang-kurangnya 1 manga.
[X] Anda selalu menonton anime atau membaca manga.
[X] Anda merasakan yang kartun barat dan anime adalah dua benda yang berbeza.
[  ] Anda terlibat dengan sebuah kelab anime.
[  ] Anda pernah bercosplay sekurang-kurangnya sekali.
[  ] Anda pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti lakonan (teater/persembahan peringkat sekolah atau universiti) yang tidak ada kaitan dengan anime, tetapi anda menganggap itu adalah cosplay.
[  ] Anda pernah bercosplay di tempat awam.
[  ] Anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya 1 convention anime,
[  ] dan anda telah bercosplay di convention tersebut.
[  ] Anda sanggup pergi ke convention tersebut yang berada lebih 200 batu dari tempat anda.
[X] Anda suka makanan Jepun.
[X] Anda suka mana-mana yang berkenaan: sushi, Pocky, ramen murah, ramune.
[X] Anda tahu yang sushi itu bukan sekadar ikan mentah.
[X] Anda pernah menyediakan bento sendiri.
[  ] Anda pernah menyediakan 'charabento' / 'charaben'.
[X] Anda selalu pergi ke kedai Asian (Asian shop) untuk membeli-belah. *UPDATED on Oct 2014* 
[X] Anda pernah melawat negara Jepun, *UPDATED on Oct 2014*
[  ] dan tujuan anda ke sana adalah semata-mata kerana anime, permainan video atau idola Jepun.
[X] Anda sedang mempelajari/tahu bahasa Jepun,
[  ] kerana ingin menonton anime dengan lebih baik tanpa bergantung pada sarikata.
[  ] Anda ada darah Jepun.
[  ] Anda MENGAKU yang anda ada darah Jepun.
[  ] Anda sedang tangkap angau sama mana-mana karektor rekaan cerita/anime Jepun.
[  ] Anda mengaku yang anda telah berkahwin dengan karektor rekaan Jepun tersebut.
[  ] Anime adalah jauh lebih bagus dari kartun barat.
[  ] Bagi anda, semua kartun adalah anime.
[  ] Sesiapa yang benci akan anime adalah mati bagi anda.
[  ] Anda memanggil nama karektor anime berpandukan nama asal Jepun mereka.
[X] Anda memanggil nama karektor anime berpandukan ejaan romaji nama mereka.
[  ] Anda mempertahankan Pearl Harbour.
[  ] Anda fikir Pearl Harbour ialah sebuah anime baru yang sedang mula disiarkan di Jepun.
[  ] Anda merasakan yang negara Jepun ialah negara yang paling hebat di dunia.
[  ] Anda merasakan kenyataan di atas adalah betul, hanya kerana mereka adalah pembuat bahan media yang paling bagus (pada pendapat anda).
[X] Anda dengar J-music,
[  ] sahaja.
[X] Anda tahu yang sebutan sebetulnya berbunyi "Gakuto" dan bukan "Gackt".
[  ] Anda boleh menamakan semua Vocaloids.
[  ] Anda suka kepada Hetalia,
[  ] dan anda menganggap 'Japan' adalah karektor yang paling bagus dalam Hetalia.
[  ] Anda memakai pakaian/aksesori yang berkaitan dengan anime di tempat awam.
[  ] Anda hanya menggunakan produk buatan Jepun (permainan video/rancangan tv/makanan Jepun).
[X] Anda menggunakan Japanese honorifics (ie: -san, -kun, -chan),
[X] untuk membahasakan diri anda.
[  ] Bilik anda penuh dengan barang-barang/produk dari anime.
[  ] Anda menukar nama anda supaya berbunyi seperti nama Jepun,
[  ] secara SAH (berdaftar).
[  ] Anda ingin menamakan anak anda dengan nama orang Jepun.
[  ] Anda ingin menamakan anak anda dengan nama mana-mana karektor anime.
[  ] Anda pernah terfikir untuk menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan lebih 'oriental' (asian),
[  ] dan anda telah pun menjalaninya.
[  ] Anda pernah mengintai pelajar-pelajar Jepun yang datang ke sekolah anda melalui program pertukaran pelajar,
[  ] dan anda pernah ditangkap/ditahan kerana mengintai mereka.
[  ] Anda menggunakan 'meme' dalam perbualan harian.
[X] Anda memahami comedi budaya Jepun dalam kebanyakan anime/cerita Jepun.
[X] Anda menggunakan tildes (simbol ~) semasa menaip.
[X] Anda menggunakan emotikon Jepun ( ^^ )
[  ] Anda cuba untuk membuatkan apa-apa perkataan yang bukan dari bahasa Jepun, berbunyi ala Jepun semasa menaip (ie: Engrish - english, kekki - cake, stekki - steak... )
[  ] Anda mengaku yang anda berbangsa Jepun di dA/Facebook/Twitter dll...
[  ] padahal anda bukan berbangsa Jepun pun,
[  ] malah anda bukan orang Asia pun.
[  ] Sekiranya anda orang Asia, anda suka melibatkan diri dengan perkara2 yang berkaitan dengan Jepun, dan menganggap ianya akan membantu mendekatkan diri anda dengan keturunan moyang anda...
[  ] tapi anda bukan dari keturunan bangsa Jepun pun...
[  ] Rakan2 anda menggelarkan anda 'weeaboo',
[  ] tetapi anda lebih senang dengan gelaran 'otaku'.
[  ] Anda menginginkan pasangan anda seorang berketurunan Jepun,
[  ] bangsa lain? boleh belah...
[X] Anda menonton Naruto.
[  ] Anda memakai 'headband' ninja,
[  ] setiap hari.
[  ] Anda rasa bengang dengan saya kerana saya SEPATUTNYA menggunakan terma 'forehead protector', dan bukan 'headband'.
[  ] Anda pernah melakonkan semula mana-mana babak (scene) dalam anime Naruto.
[  ] FFVII adalah game yang paling hebat sekali.
[  ] Sephiroth adalah milik anda.
[  ] Kingdom Hearts sangat hebat.
[  ] Axel dan Roxas adalah KAWAII DESU NE~~~!!
[  ] Anda ingin memiliki sebuah Death Note.
[X] Anda merasakan dubbing suara (alih suara) dalam mana2 anime adalah sangat2 menjengkelkan.
[  ] Ianya patut disebut sebagai 'seiiiyu', dan bukan 'voice actor' (pelakon suara).
[  ] Anda sentiasa menggunakan bahasa Jepun (nihongo) dengan penuh sopan santun.
[  ] Anda menambah perkataan "desu" pada hujung setiap ayat anda.
[  ] Anda hanya melukis perkara yang berkaitan anime.
[X] Semua/kebanyakan rakan2 anda adalah penggemar anime.
[  ] Anda bercita-cita untuk menjadi seorang 'mangaka',
[  ] di Jepun.
[  ] Kebanyakan manga/anime kegemaran anda adalah 'hentai'.
[X] Anda tahu yang 'hentai' tidak membawa maksud 'bahan lucah'.
[  ] Anda menulis 'fanfic' untuk kerja tugasan anda (assignment) yang melibatkan penulisan cerita/esei. 
[  ] Anda tidak berminat langsung dengan budaya tradisi Jepun, yang anda tahu cuma anime, permainan video, idola, musik, hentai and budak2 sekolah perempuan Jepun.
[  ] Semua orang mengatakan yang anda tiada kehidupan (no life),
[  ] dan anda sendiri mengakuinya.

SKOR:
0-10: Anda mungkin tidak suka Jepun, jauh sekali anda seorang weeaboo/otaku.
10-20: Anda agak suka dengan Jepun, tetapi masih bukan seorang weeaboo/otaku.
20-30: Anda mungkin masih tidak suka pada weeaboos/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku.
30-40: Anda masih waras dalam kegilaan anda terhadap Jepun.
40-50: Kemungkinan besar anda seorang Japanophile (gila suka Jepun), tetapi anda masih tidak sejengkel seorang weeaboo/otaku kronik.
50-60: Anda sudah menghampiri status weeaboo/otaku, cubalah untuk bersederhana.
60-70: Weeaboo/otaku.
70-80: Hentikan kegilaan anda!!!!!!
80-90: SUDAH!!! TOLONG HENTIKANNYA SEKARANG!!!!!!
91: Masa untuk anda ke wad gila...

************************************************************

Owh, aku dapat 21 markah, maka dengan ini aku berada dalam lingkungan "mungkin masih tidak suka pada weeaboo/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku". Fuhh, syukur... hehehe, anda pula bagaimana? Kalau berminat, buatlah entry blog untuk menjawab kuiz ini, dan jemputlah aku untuk view entry korang kemudian kat ruang komen di bawah ni, InsyaAllah aku pergi jenguk dan follow korang sekali ^^

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=) 

 
P/s: Owh ya... next entry aku akan buat satu Giveaway special (1st time nak buat nih!!), so better watch out for my next entry! O-tanoshimi ne minna-san!! X3


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

~UPDATE!!! on 1st October 2014!!!~

Setelah aku pulang dari jalan-jalan di negara Jepun (Tokyo - March 2014, 5 days), markah keOTAKUan aku telah bertambah sebanyak 2 mata, menjadikan markah terkini aku sebanyak 23 markah. Oh, masih lagi berada dalam kategori "mungkin masih tidak suka pada weeaboo/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku". Hahahaaa~ Yokatta neee~ X3

46 comments:

  1. The s**t with that list? Lol. Dont know where to begin or to tick. I can say that I like some anime and some jap foods n know some Japanese words. Below 10 otaku level? But I like japan especially the women. Huwahuwahuwa

    Thehell

    ReplyDelete
    Replies
    1. And I think, in order to come out with that lists about otaku, by itself shows that you are some sort of die hard / freak fan. So dont negating yourself.. I dont think being otaku is bad, same like hobby I presume?

      Delete
    2. LoL dik beruk, i guess you didn't read this part of this entry: "Baiklah, entry kali ni berbentuk kuiz tidak formal (yang aku rembat dan terjemah dari deviantArt), yang bertujuan untuk menguji tahap keotakuan (atau keweeabooan) anda sekalian"... so, in English, this basically means that this quiz isn't originally mine, some deviant on deviantArt posted this in his/her dA journal a few years ago ^^

      Delete
    3. In my face! Huhuhu.. Sorry sis, tak terbaca pulak mukadimahnya. Tapi dengan menterjemah dan mengepost juga menunjukkan sis seorang kipas susah mati tak gitew? Sis tak yah lah translate dalam english, terasa panas bontot ni.huhuhu...

      Delete
    4. hahahah... actually sis tgh takde idea nak post entry september ni psl apa, so godek2 dA journal, jumpa satu quiz psl otaku, so why not? translate n post saja kat blog, jap jer translate, secara tak langsung boleh survey berapa ramai readers sis ni berkecenderungan ke arah otaku... lol ^^

      Delete
    5. Just some thoughts. Perhaps a genuine otaku is not an otaku him/herself. One who truly tries to emulate the characters is someone who manifests himself with the values possess by the character. One could only pretend to be the characters with the cosplay when he in fact has no physical similarities. Why not be motivated with the values like courageous, perseverance, compassion etc. (excluding perversion) in his eveyday life? And maybe most otaku out there who wear cosplay and collect figures are those who only watch a single yet boring anime which potrays a boring life of an otaku whose everyday life is about wearing cosplay and collecting figures. Hmmm

      Delete
    6. Well, i'm not really sure how you're taking/digesting this entry, of which the quiz is not originally mine in the first place (as stated in this entry)... of course it's not wrong to have a passion in something in particular (as long as it ain't illegal), each and every person has their own interest in something (or some things). Just don't let your interest and obsession control/steer your life too much, you control your interest.

      Dalam erti kata lain, macam nasi, nasi ialah makanan yang baik, tetapi kalau dimakan banyak sangat (tidak terkawal, contohnya sekali makan sampai 4 pinggan), dan makanan lain seperti sayur, buah dan ikan tidak dihiraukan langsung, maka kesannya pada badan adalah memudaratkan ^^

      Wakarimashita ka? ^^

      Delete
    7. I couldn't agree more :). Consider 'passion'. An excessive passion wouldn't be so bad, right?

      Delete
  2. best soal jawab neh...ade tengok kat daviantart kat ko punye page...heheheh...sy cume suke pakai baju tido jepon,tengok citer naruto,ngan pakai selipar jepon!!!!!hakhakhak!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ehh mana hasil2 seni recycle yg ko pernah sebut dulu tu dik? upload la kat blog, takpun join la dA, upload kat situ!! XD

      Delete
  3. nanti dulu...nak setting balik!!!lagikpon skunk ngah bz keje...sok-sok ade free mesti join punyelah!!!!heheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rindu dari pheonix...heheheeh...

      Delete
    2. ganbatte ne pheonix kun!!
      akiramenaide yo!!!

      Delete
  4. hahahhahha... ramai gak anon malas nak baca mukadimah... kakakkka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorang (atau 2 org) jer anon tu, tak ramai pun... kekeke :p

      Delete
  5. aku just nak komen yang atas sekali tu je.. arrghhh panas bontot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak cukup minyak ke? hohoho

      Delete
    2. hahah pizza, yer ko berada dlm kategori 0-10, tahniah... lol :p

      Delete
    3. anon.. minyak cukup.. ongkosnya je yang makin tak cukup tapi dicukup2kan jugak.. hahaha

      plain. tau x pe! hahaha!! 0-10 tu kire still ada markah juga tu.. walaupun hakikatnya dapat 0. :p

      Delete
  6. Anda menginginkan pasangan anda seorang berketurunan Jepun?
    pernah juga hahaha

    Julat dalam 20-30 :P Walau suka tapi tak extreme kot.. lol..

    Sape yang buat kuiz ni macam tak tepat ajo tu markah tak betul.. :D



    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, sape yg buat kuiz ni kreatif gila, utk suka2 jer, bukan bebetul pun ^^

      Delete
  7. Mohon link profile dA hang sat. Aku nak view work hang. Buleh dak? Hahaha..

    Ni link profile dA aku, http://sylarius.deviantart.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mehehehee, aku da follow hang kat dA, pi check XD

      nak gi dA page aku senang jer, hang click ja photo kat tepi belah kanan ni ^^

      Delete
  8. jepun
    http://www.youtube.com/watch?v=HJVYHHCoAU8

    tempatan
    http://www.youtube.com/watch?v=Xf_HkKE1ZXI

    ReplyDelete
    Replies
    1. naluri sukakan neko adalah syarat2 wajib bagi otaku.

      Delete
    2. kekeke, not entirely true, tapi kalo sukakan 'maid cafe', itu adalah lebih relevant bg seorang otaku :p

      Delete
    3. maid cafe? erk! <-- apsal aku terbayang mamak kt kedai mamak tu pakai baju maid sambil bwk teh tarik

      Delete
    4. wdgfhjghgfh... aku harap ko tak trauma lepas terbayang such a thing XD

      Delete
  9. 33. Aku 33.
    Aku merancang nak duduk jepun satu hari nanti.
    Mungkin bukan hijrah, cuma bbrapa minggu nak try kehidupan sana. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooohh up 1 level otaku dari aku... sasuga cero-san da ne~ XD

      Delete
  10. saya dapat 20 kira ok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTW kak boleh x akak buat view pasal anime/manga yg dipandang negatif orang media mainstream. bukan benda biasa bag8i Metro kluarkan false statement pasal kononnya animasi jepun tu "bawa unsur2 negatif". apa pandangan akak pasal ni nak tahu jugak^^

      Delete
    2. alright akan dipertimbangkan, maybe after the special giveaway entry yg sis tgh siapkan skang, thanks for the suggestion ^^

      Delete
  11. waaa... akak plain ni taksub japan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol ko ni carlos, confirm tak baca bebetul :p

      Delete
  12. errr aku suke JEPUN sbnrnye. teringin nak p jepun.
    suka gak layan drama2 jepun. pakai sliper jepun pon
    suke gak hahahaha

    kreatif + rajin betoi la yg buat kuiz ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yaaa selipar jepun mmg cukup selesa dan practical (cepat nak pakai, cepat nak bukak, kaki pun tak berkuap) XD

      org yg reka kuiz ni mmg ada ramai kawan2 yg otaku/weaboo :p

      Delete
  13. Manyakkkkkknyeee soklan! ~pensan~

    Saya memang minat sungguh anime or manga. But cosplay, tak pernah trlintas teman aih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kalo rajin sila copy paste kat blog, pastu jawab... boleh tengok sejauh mana level minat anda terhadap japan stuff ^^

      Delete
  14. Assalammualaikum.sya tmpng komen2.sya suka mkn sushi,tgk sinchan dgn hero takashi sorimachi..hehe..:D

    ReplyDelete
  15. Anda mungkin masih tidak suka pada weeaboos/otaku. Berita baik buat anda - anda bukan seorang weeaboo/otaku.

    **oohohoh Tsukei dapat ni >< okay la kan dari pada kena masuk Wad :v wahahhaha quizz ni sugoii btw .w.)~~

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)