Click Me Plzzzz

Sunday, April 28, 2013

Pencemaran bunyi dan penglihatan

Salam April buat semua readersku yang comel dan penuh semangat sekalian ^^

Diharapkan anda semua sedang sihat dan tidak stress di sana... sori sori agak lama tak update sini, saya.. eh silap, aku kat sini agak stressed out sikit bulan nih, banyak benda kurang menyenangkan berlaku yang sedikit sebanyak telah membuatkan aku takde mood untuk kongsi apa-apa dan hanya fokus pada kerja documentation aku saja. Bulan April dah nak abis, so aku upkan aja la entry yang random ni, takde la kosong terus April kan hahaha~ ^^ 

pic april fool 's cat , rembat dari pacik google

Antara benda-benda yang menghilangkan mood aku adalah pencemaran bunyi (pom pang pom pang ntah ahlul politik mana ntah dok asik hingaq kat sebelah umah aku macam orang gila microfon), dan pencemaran penglihatan (bendera-bendera politik yang banyak berkibar-kibar sampai kat tengah-tengah divider jalanraya, sampaikan aku hampir terpijak pedal break secara mengejut sebab aku ingatkan ada pompuan berjubah mengerbang tiba-tiba nak lintas jalan waktu senja). Bendera politik punya pasal aku hampir kena hentam ngan kereta dari belakang, nasib baik aku tak melatah terus pijak rapat break weh, siyes macam orang pakai jubah mengerbang ditiup angin yang nak lintas jalan wooo, gayanya nampak macam orang nak terjun terus dari divider jalan tuuu... tak ke bahaya tuh wahai politicfags sekalian??? Korang nak pacak ka gantung ka pelekat ka banner ka bendera ka, pilih la kawasan yang strategik dan tak mengganggu penglihatan orang awam pada level yang membahayakan nyawa dan raga, haiyooo... mattaku mendokusai na (translation: really troubling it is). Aku harap lepas PRU13 ni, segala 'perhiasan' politik kat tempat awam semua bala tu dibersihkan secepat mungkin... pandai pasang, pandai la simpan dan kemaskan balik... tak payah nak 'demam politik' lama-lama sangat la, tu dah kira meroyan dan buang tebiat.

LoL punyalah aku kalo boleh tak nak bebel pasal apa-apa berkaitan politik kat dalam blog ni, last-last terbebel jugak.... arghhhh pencemaran blog telah berlaku, aku telah mencemarkan blog aku sendiri... sesuai lah dengan title entry kali ni.... *dushhhh* 

Oh ya, aku ada beli new 12.1" slim graphic tablet, maka dengan itu terhasil lah banner baru blog aku ni, seperti mana yang korang boleh tengok tertempek kat atas page ni, done in CS3 ^^... Aku ni still level newbie/noob dengan photoshop and graphic tablet with wide surface, sekadar suka-suka conteng di kala bosan atau bila ada mai idea yang menarik. Banner ni sebahagian dari full drawing yang ada kat DA aku tu ^^


Sekian, selamat mengundi dengan aman dan berkarisma. 
Mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...