Sunday, April 28, 2013

Pencemaran bunyi dan penglihatan

Salam April buat semua readersku yang comel dan penuh semangat sekalian ^^

Diharapkan anda semua sedang sihat dan tidak stress di sana... sori sori agak lama tak update sini, saya.. eh silap, aku kat sini agak stressed out sikit bulan nih, banyak benda kurang menyenangkan berlaku yang sedikit sebanyak telah membuatkan aku takde mood untuk kongsi apa-apa dan hanya fokus pada kerja documentation aku saja. Bulan April dah nak abis, so aku upkan aja la entry yang random ni, takde la kosong terus April kan hahaha~ ^^ 

Source: quotespictures

Antara benda-benda yang menghilangkan mood aku adalah pencemaran bunyi (pom pang pom pang ntah ahlul politik mana ntah dok asik hingaq kat sebelah umah aku macam orang gila microfon), dan pencemaran penglihatan (bendera-bendera politik yang banyak berkibar-kibar sampai kat tengah-tengah divider jalanraya, sampaikan aku hampir terpijak pedal break secara mengejut sebab aku ingatkan ada pompuan berjubah mengerbang tiba-tiba nak lintas jalan waktu senja). Bendera politik punya pasal aku hampir kena hentam ngan kereta dari belakang, nasib baik aku tak melatah terus pijak rapat break weh, siyes macam orang pakai jubah mengerbang ditiup angin yang nak lintas jalan wooo, gayanya nampak macam orang nak terjun terus dari divider jalan tuuu... tak ke bahaya tuh wahai politicfags sekalian??? Korang nak pacak ka gantung ka pelekat ka banner ka bendera ka, pilih la kawasan yang strategik dan tak mengganggu penglihatan orang awam pada level yang membahayakan nyawa dan raga, haiyooo... mattaku mendokusai na (translation: really troubling it is). Aku harap lepas PRU13 ni, segala 'perhiasan' politik kat tempat awam semua bala tu dibersihkan secepat mungkin... pandai pasang, pandai la simpan dan kemaskan balik... tak payah nak 'demam politik' lama-lama sangat la, tu dah kira meroyan dan buang tebiat.

LoL punyalah aku kalo boleh tak nak bebel pasal apa-apa berkaitan politik kat dalam blog ni, last-last terbebel jugak.... arghhhh pencemaran blog telah berlaku, aku telah mencemarkan blog aku sendiri... sesuai lah dengan title entry kali ni.... *dushhhh* 

Oh ya, aku ada beli new 12.1" slim graphic tablet, maka dengan itu terhasil lah banner baru blog aku ni, seperti mana yang korang boleh tengok tertempek kat atas page ni, done in CS3 ^^... Aku ni still level newbie/noob dengan photoshop and graphic tablet with wide surface, sekadar suka-suka conteng di kala bosan atau bila ada mai idea yang menarik. Banner ni sebahagian dari full drawing yang ada kat DA aku tu ^^

Sekian, selamat mengundi dengan aman dan berkarisma.
Mata ne, koneko-tachi chan~ (=^w^=)

33 comments:

  1. salam awak^^ ahernya kuar gak entry bulan ne, sabo je la yee tak lama lg abis la pru13 tuu, ttup tlinga pkai kapas byk2..hehe :)

    dah2, bykan brehat taw..awak tu byk pkir kot..nnti dpt sakit ai gak yg risau..dah la ai hari2 nangung rindu smbil dgr lgu cover awak dsni..hehe..jgn stress2 k..

    -m84, kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq ase plain ble jd lg stres ble die bce komen ko nie....stalker hentai ekekeke xD

      Delete
  2. ala jgn ckp mcm tuu..aku peminat dier jee..tak slh kn jd peminat..hehe^^


    -m84, kb bru9-

    ReplyDelete
  3. Alahai Stress ye,memang stress..kiri kanan orang cakap soal politik..Aku terpaksa MEMUNAFIKKAN diri aku dengan pura2 mendengar apa yang mereka bincangkan dan mendengar penuh minat.

    Soal bendera,banner dan segala mak bagai tu terang2 tu semua membazirkan duit!

    Bagi dekat orang miskin dan bina sekolah pun bagus duit2 tu dari membazir beli bendera banner yang tak berfaedah.. pfffttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasai pembaziran yg sgt mencemarkan alam dan pemandangan... brapa banyak kertas dan kain telah dibazirkan... tsk tsk tsk

      Delete
    2. Benar2 suatu pembaziran,dah kuno dah kot perang poster,bendera dan banner ni.

      Duit tu kalau dikumpul mau 1000 biji sekolah dapat dibina.

      Tengok berapa banyak pokok perlu ditebang dan petroleum harus disedut untuk pembaziran gimik pilihanraya Malaysia ni.

      Delete
  4. 40 minit berita untuk politik je buat aku muntah..

    -kartunster-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa malas nak on channel berita tempatan sekarang... balik2 pom pang pom pang politik... penuh negativity...

      Delete
  5. sebulan dua ni memang meriah segala jalan kat malaysia. ini kan pilihan RAYA, kadang syok gak layan tengok macam gaya, kadang menyampah.

    tahankan saja lah. karang orang politik kecik hati lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh kali ni mmg RAYA sakan melampau lampau... siap ada org main mercun dgn bunga api lagi kat seberang jalan depan rumah... aiyayayai ("-_-)

      Delete
  6. bendera panjang, bendera sederhana besar, bendera besar, bendera pendek, bendera ketot semua ada kat round about nak masuk area ruma aku. bendera pender ketot2 tinggi satu kaki jer dia pacak kat round about adalah sangat kiut. amat menarik! rasa macam nak cabut2 pastu conteng 'aku comel' kat setiap bendera dan letak kat tingkap. Cam harem.. ape kejadah aku merepek nih plain!

    Adeh~ benci aku. Kat opis ni pun dorang stock makanan in case ada rusuhan atau apa2 selepas pilihan raya.. which is slighlty almost impossible to happen.

    ish~,,, sudah2.. hari isnin buat keje!
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudiak siap ada yg stock makanan kat opis tuh warghhh paranoia tahap cipan... hahah well anything is possible rite, walopun kebarangkaliannya rendah :p

      Delete
    2. paranoia tahap cipan. serius. tp stock maggi jer pun. nak jer aku cakap 'air korang taknak stock?'
      Tp malas nak cakap banyak..
      Cuti aku kena freeze sebab standby BCP.

      Grrr!

      Delete
  7. side entertainment aku baca perdebatan politik kat fesbuk. dapat tgk mentaliti org melesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh media2 social mainstream mcm pesbuk n twitter sebenarnya memburukkan dan kasi bikin panas lg segala bentuk fitnah politik yg ada... bahang GE kali ni mmg luar biasa panas dr sebelum2nya...

      Delete
  8. ahaha samalah kita
    aku risau bulan april kosong ja
    mungkin malam ni baru nak tulis satu

    btw aku simpati dengan insiden entiti bendera politik tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehee amcm kehidupan baru? ceria bagaikan sang suria yang membawa cahaya tak? :p

      Delete
    2. ngeh ngeh ngeh sampai tak sempat update blog hahahaha
      penangan menikah terkejut

      Delete
  9. lawak nye.. "sebab aku ingatkan ada pompuan berjubah mengerbang tiba-tiba nak lintas jalan waktu senja"

    samalah, semalam balik kampung.. dah terlajak simpang.. sebab bendera warna warni penuh kat tepi jalan. jadi x cam jalan dah dibuatnya.

    atok aku pun penuh tampal poster wakil rakyat dia tu luar n dalam rumah. omg atok.. fanatiknya~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh atok why so super excited?? kekeke oh ok pe at least atok pizza masih penuh bersemangat... atok2 n nenek2 aku sorang pun dah x de kat dunia ni, my one n only nenek passed away this month, 2 weeks ago...

      Delete
  10. Ads aku kesah

    ReplyDelete
  11. Semangat tu Plain :)

    Takpe la sekali sekala macam raya ni 5 tahun sekali..

    pembaziran memang yea dan kadang membahayakan sebab tak ikut standard dan SOP pemasangan bendera dan iklan.. kadang aku pun heran zaman sekarang boleh iklan masuk dalam smartfon pun masih nak menampak muka bendera banyak2 kat jalan hahaha..

    Tapi sepanjang jalan aku dari rumah ke tempat kerja sejauh 80km masih tidak nampak pemasangan bendera dan iklan yang membahayakan..

    pasal ceramah.. haha aku jenis malas nak dengar atau join..
    sebab aku dah tau nak undi sape.. :) lagipun banyak kerja kena selesaikan..

    Appaun selamat mengundi kalau kau mengundi lar kan.. :)

    Mungkin masa untuk kau melepak di library hehe.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau x pe... x cukup lg ngan iklan kat suratkabar, mms, tv, intenet n radio... still nak membazir melampau2 kat posters, bendera n banners, perlu ker? sikit2 dah la kan...

      kau kire bernasib baik gak la sepanjang jalan yg kau guna tu x de bendera/banner yg mengganggu/melimitkan/mengkonpiuskan penglihatan serta penafsiran otak kau, x de ilusi optik yg berlaku kan... baguslah ^^

      psl ceramah tu pun kau kire bernasib baik sbb kau ada choice, kalo nak dengar kau sendiri boleh pergi cari, kalau x nak dengar, kau x akan terdengar kan?

      oh library? haha... meh sini aku nak eksplen skit... ceramah tu stat waktu malam sampai nak dekat pukul 12 midnight pun tak henti2 melalak kat microfon full volume kasi bergegar area kediaman aku ni... library kul 10mlm dah mau tutup ma, x kan aku nak bermalam kat sane plak kan? so, x per la aku bleh bersabar je... x lama lagi berakhir lah semua sandiwara politik malaysia nih, aku ada earphone bagus punya utk block sound omongan2 politik tu semua ^^

      Delete
    2. hmm baru cakap..

      Semalam aku balik malam ada juga bendera mengibar sesat adeh.. selain ada orang pasang bendera yang tak pakai vas keselamatan..

      takpe plain sabaq.. ada 2 hari lagi lusa lepas mengundi leh tarik nafas lega :) harapnye la kalau takda keraiaan.. hahah tapi ceramah dan sebagainya patutnya dah habis :)


      Delete
  12. Betul tu. Kat sini lagu sayangi Selangor dah berapa kali lalu lalang kat depan rumah ni (nasib la rumah tepi jalan). Hari ni pesta hon la pulak...

    -Msyunni-

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh... semalam dorang konvoi berasak2 kat jalan, konvoi moto n kereta... sambil hon sekali skala... adeh sakan beRAYA dorang ni lahai, 5 taon skali la kan...

      esok mlm kita akan tau apa keputusannya... jeng jeng jeng

      Delete
  13. congrats for dat slim graphic tablet , :D i saw the jasmine pots and kitty , nice plain . XD nnt kan lama2 biasalah tu smpi double standard takmau guna mouse dah hihi

    ReplyDelete
  14. mahal tak slim tablet tue?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku beli via ebay, US $79.95 + shipping fee to Malaysia US $9.95, total semua convert to RM, jadi RM272.80

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)