Monday, May 6, 2013

Perlis Mango Education

Salam ceria May@springtime readersku sekalian, diharapkan anda semua sedang sihat dan ceria walaupun keadaan masih panas dan agak kecoh dengan bahang politik~ ^^ 

Aaah~ Mei... bulan Harumanis. Bulan Mei adalah bulan yang mana di Perlis khasnya inilah masanya ramai penggemar buah mangga/mempelam/pauh dari merata negeri/negara akan datang ke Perlis Indra Kayangan semata-mata untuk membeli berkotak-kotak/berkilo-kilo buah mangga Harumanis dari Taman Pertanian Perlis, yang turut mengeksport buah ini ke beberapa negara luar termasuk Japan dengan menggunakan nama 'Perlis Mango'. Selain Harumanis, anggur juga ada ditanam dan dijual di Taman Anggur Perlis.

Harumanis - pokok sendiri ^^
Harumanis, atau secara 'oberseanya' dikenali sebagai Perlis Mango, adalah satu variety spesis mangga yang bermusim (late April - mid May), dan hanya boleh hidup dengan sihat, segar bugar dan bahagia di negeri Perlis sahaja. Anda boleh cuba tanam anak pokok Harumanis di mana-mana negeri lain selain Perlis, dan hasilnya pokok itu mungkin akan mati, kecut, terencat, tidak sihat, dan kalau dah besar pun ianya tidak mahu berbuah, atau buahnya akan jadi masam, kecil dan sedikit saja. Pendek kata, spesis Harumanis ini sudah pun memilih dan menetapkan keputusannya yang habitat kesukaan/optimumnya hanyalah bertempat di tanah negeri Perlis.

Harumanis juga merupakan variety mangga yang paling mahal jika dibandingkan dengan variety mangga lain yang kebanyakannya tidak bermusim. Biasanya Harumanis dijual dengan harga RM10-18/kilo (local price, ikut gred), yang mana size standardnya adalah 2-3 biji/kilo. Berhati-hati ketika hendak membeli buah ini kerana orang luar memang senang dan selalu ditipu/tertipu dengan beberapa penjual buah kat gerai-gerai tepi jalan yang kurang asam, yang mana buah-buah itu berkemungkinan besar telah dicuri dari dusun atau laman rumah orang sebelum ianya dijual di tepi jalan. Untuk mengelakkan diri ditipu, eloklah anda pergi beli dari Taman Pertanian Perlis saja, tapi kalau anda tetap degil nak beli jugak Harumanis kat gerai-gerai buah tepi jalan tu, ada beberapa perkara anda patut tahu pasal Harumanis ni, supaya dapat mengelakkan diri dari ditipu hidup-hidup dan mati-mati akan menyangka anda telah berjaya membeli Harumanis walhal anda telah dibekalkan dengan mangga Sala atau Siam.

Step 1: Hidu buah mangga tersebut. Baunya unik dan harum, yang mana mangga lain tak akan ada bau harum macam Harumanis.
Step 2: Kenalpasti bentuk dan warna tipikal Harumanis macam mana (refer to photo above).
Step 3: Kenalpasti mangga yang dijual pada anda tu telah dipetik dari pokok pada masa yang sesuai untuk diperam bagi mendapatkan hasil yang memuaskan (tidak buruk separuh atau masam) bila ianya dah masak ranum nanti (juga menunjukkan buah itu bukan buah curi, yang mana perompak ni biasanya hentam saja petik semua yang ada tergantung kat pokok rumah/dusun orang waktu malam... biasalah perompak, mana dia tau bezakan buah mana yang ready dan mana yang masih muda untuk diperam, waktu malam pulak tu kan, memang dasar bangang dan merugikanlah perompak ni). Tips ni hanya untuk korang yang nak beli buah harumanis di gerai mangga tepi jalan je. Kalau beli kat Taman Pertanian, konfem dorang experts dah petik buah yang ready for plucking, iaitu buah yang mana tangkai jirannya dah kecut dan berwarna hitam. Kalau buah tu dah tercabut terus tangkainya, tak dapatlah korang nak pastikan perkara ni. Boleh berharap ajelah buah tu telah dipetik pada masa yang sesuai dan akan masak dengan elok lepas diperam 3-5 hari (bila dah lembut tu kira dah boleh kupas dan makan ler). 

Apasal aku boleh tau pasal semua ni? Aku membesar dengan pokok mangga Harumanis, pokok mangga Namdokmai (Intan Syafinas), pokok mangga Tongdam (Emas Hitam), pokok mangga Sala, pokok mangga Maragua dan pokok mangga Ringan (mangga telur). Hobi abah aku menanam dan menjaga pokok-pokok mangga ni kat laman rumah, aku tak payah tanya pon tips/info penjagaan dan penuaian buah mangga ni, abah aku akan secara otomatisnya pot pet pot pet bagitau kongsi ilmu, aku dengar jek... best woo dapat ilmu direct + hands-on free pasal penjagaan pokok mangga, ada jugak knowledge sikit dalam bidang horticulture dan botani ^^ 

Takde la banyak pun buah-buahan kat rumah aku nih, maka sila jangan order dari aku sebab kami tak jual yek, sebab tak banyak... cukup sekadar untuk bagi sama adik beradik, jiran, sedara mara dan sahabat handai jer... laman rumah je bukan dusun mempelam pun, namun begitu laman rumahku tetap menjadi target perompak mangga durjana pada setiap bulan Mei... cis huhhuu takpe akhirat nanti dorang konfem kena ^^

Okies kat bawah ni korang boleh buat perbezaan antara 3 jenis mangga yang dah masak, iaitu Harumanis, Namdokmai (Intan Syafinas) dan Tongdam (Emas Hitam). Dari segi bentuk, warna kulit dan warna isi, boleh nampak perbezaan yang ketara kan? Rasa dan bau masing-masing buah mangga juga berbeza.

Harumanis - pokok sendiri  
Namdokmai (Intan Syafinas) - pokok sendiri  
Tongdam (Emas Hitam) - pokok sendiri 
Tongdam, Harumanis dan Namdokmai (clockwise starting from 10 o'clock)

Oklah, semoga entry ini membawa manfaat kepada anda semua, terutama penggemar buah mangga. Mana yang baik tu silalah ambil, mana yang tak berapa baik  tu abaikan jer. Sekian ^^

Mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

42 comments:

  1. salam awak^^ harap2 adala smpai jual kat brunei nee..dpt gak try tanam nnti..mnalah tau dpt membeso kan..hehe


    -m84, kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm, oh kat brunei ker... boleh la try tanam anak pokok perlis mango, tengok ok ke tak, buat eksperimen botani ^^

      kat brunei banyak pokok mangga tak? apa tanaman yang popular di sana? ^^

      Delete
  2. hi awak^^ hehe nak cari la ne, mana tau ada jual kat miri sarawak jugak..^^ kalo musim mngga org sini besa jual kat gerai2 tepi jln or tamu ,jenis mangga mahathir (besar, tak tau dr mna asal usul nma)..mngga epal, mngga manila, mngga air, mngga kuini...tp tak byk mana lah yg jual sebab rata2 org sini terdapat sendiri pokok mngga kat blakng rumah..


    so slalu gak jiran2 sdekah, kiter pon sama gak, bagi2 kat sanak sodara, kwn2 ape..btw mngga kat sni lain2 gelaran namanya, kat tmpat awak pon msti ada mcm2 jenis lg kn..^^ n kat sini jrg ada kcurian buah..kdg gugur ktanah pon biar burung mkn, ai tau balikan buah tu jee supaya abis =) kalo ada org nak kasi jee..


    btw buah yg popular kat sni takde laa, sama jee kalo musim buah mcm tmpat lain..cuma kat sni ada tmpat dorg akan bwt ''pesta buah'' n masuk byr $5 n mkn spuas2nya,..takde buah spesel mcm kat tmpat awak, buah kat sni boleh jee tanam kat korg..hehe.=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mcm tu ka... nampaknya value mangga kat sana tak sama mcm value mangga kat semenanjung... kat Perlis ni bila bulan April-May saja mesti ada kecurian mangga harumanis, sampai tahap ada pencuri pernah kena tangkap dan dipukul separuh mati nyawa2 ikan oleh geng2 tuan dusun harumanis, dan sape2 yg mmg berdendam dgn pencuri/perompak secara umum. Harumanis mmg dianggap special kat sini, sampai ada yang sanggup datang Perlis dari jauh semata-mata utk beli puluh2 kotak per family, yg mana satu kotak berharga lebih kurang RM50 = 8 biji. To spend that much on fruits, to me that's quite absurd la... nasib baik ada pokok sendiri huehehe ^^

      Delete
  3. Sllllllrrrrrppppp! Gila sedap! Semalam aku mengidam mangga. Gila! menci post ini. bann harumanis! hahaha...


    Air lior meleleh-leleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huehehe gomennasai ne Len chan~ XD
      mai la Perlis ni beli harumanis, cuti2 malaysia weheheh... kena cepat, sebelum musimnya berakhir XD

      Delete
  4. @____@ drooolingggg , haha tapi kan aku gemar mangga yg mentah , cicah garam n omg it feels like heaven my tastebud is kinda imune to sour stuff . hehe .. tapi 20 minit lpas tu perit la mulut sbb terhakis dgn asid lulz

    mangga masak pun suka cicah garam . basically all fruit taste better bila cicah garam . nyam nyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ya mangga muda/mengkai cicah garam... cara makan mcm tu sesuai guna mangga sala (mangga yg org guna buat kerabu mempelam), tak masam sgt masa masih muda... penah try cicah pakai kicap campur cili padi potong? :D

      Delete
    2. kicap+cili padi, or garam +cili padi.
      Or belacan, garam, cili padi.

      Slrrrpppppp~ ngok! meleleh air liur aku fikir sendiri.

      Delete
  5. Peh! Boleh lak gambar2 mangga ni buat aku penasaran. Karang aku balik Jitra aku boleh terus ke Taman Pertanian Perlis.

    Jangan pelik kalau tak tau pun pasal Perlis Manggo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai mai, dlm setaon ada 1 bulan saja utk makan harumanis ^^

      Delete
  6. ak pernah sekali je ke perlis. masa tu time musim ni la. tp lupa nk try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyyoo rugi ma.... ini mangga manyak special ma, tapi kalo ko jenis x minat mangga, tak akan rasa rugi kot, no feeling hahaha....

      Delete
  7. terus ngidam nak makan pelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai ai ai... dah ada yg ngidam ka? ekekekekeke :p

      Delete
    2. mana ada lagi hahaha
      btw happi besday plain :D

      Delete
    3. doumo arigatou, 30's club is kewl huahahaha~ XD

      Delete
  8. alamak, blom titun ker.. mesti byk org antar busdeyy greeting ne kan..^^ n byk yg nak mntak awak blanja mkn..har har har


    -m84, kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de lah dik, biase2 je jumlah greetingnya kali ni, yang mintak akak belanje makan tu x de, tp yg mintak nak belanjekan akak makan kat secret recipe n pizza hut tu, ade ^^

      Delete
  9. btw lagu cover jay jay kat u tube tuu sedap~

    ReplyDelete
  10. opss.. tak lupe original song gak^^

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Plain-san

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday..
    Aish... kenapa aku tatau noob tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Len bila Birthday hang?Aku nak hantaq buah pelam kedah kat hang wekekekek

      Delete
    2. noob stalker handal, sbb tu dia tau... (aku rasa dia tau lepas terbaca komen aku kat blog taufik) :p

      Delete
    3. Hahaha... hr tu dlm post aku menang pend drive dia, no. 1. Kehabatan seorang stalker yang mengaku noob adalah sangat super saiyan level 3.

      Delete
  13. Pokok pelam yang rasis!

    Hanya mahu tumbuh di perlis sahaja..

    Jom boikot Mangga perlis kerana rasis terhadap negeri2 lain!

    Buy Mangga Perlis last!

    wekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. LoL RASIS! XD
      apa nak buat dah pokok harumanis ni suka perlis saja, pihak persatuan botanist kena berusaha buat kajian lagi :p

      Delete
  14. xminat mangga. xpenah rasa. mmg xmenikmati dunia kita ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangga menyihatkan sbb dia banyak fiber, bagus kalo makan buah ni :D

      Delete
    2. Kerabu mangga kerabu mangga kerabu mangga.

      Delete
  15. Replies
    1. letak santan skit kat pulut tu, sedap ^^

      Delete
  16. harumanis ni memang favourite saya :)

    ReplyDelete
  17. kemain dia pilih tempat nak settle down.. wkwkwkwkw... nanti aku pergi Perilis aku cari buah nie... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ko mai lepas bulan 5, dah abis musim harumanis ni lor... alamatnya kena tggu next year la ^^

      Delete
  18. Berdasarkan kajian saya, Harumanis berasal dari Indonesia. Pokok2 yang diperkenalkan pihak FAMA di Perlis adalah klon dari sample yang diperolehi dari sana. Walau dari mana pun asalnya, tak kuranglah keenakkan spesis mempelam ini. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anon :)

      Ya, pernah dengar juga pasai ni. Ada juga yang claim baka asalnya datang dari Siam kemudian diperkenalkan di Perlis oleh FAMA :)

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)