Click Me Plzzzz

Saturday, September 6, 2014

Oh, Jenis-jenis Sunglasses?

Salam ceria Sabtu buat para pembaca blog aku yang stylo dan bergaya sekalian~ Entri kali ini ialah entri pasal spek mata hitam (sunglasses, some say shades). Sebagai seorang yang speckie, aku memang tak boleh hidup dengan aman tanpa memakai spek mata (aku rabun jauh dan mula kena pakai spek mata dari tingkatan 4). Selain rabun jauh, aku juga agak silau dengan cahaya matahari atau lampu yang terang. Cahaya semulajadi dan juga cahaya artificial yang terang benderang boleh membuatkan mata aku rasa cukup tidak selesa. Owhhh... sungguh tak best perasaan itu, tahu??~ ("-___-)


Suatu ketika dahulu, sewaktu aku berada di alam remaja tingkatan 4, aku mula mengenakan sepasang spek mata yang kelihatan cukup nerdy. Spek mata pertama aku dulu tu berbingkaikan plastik hitam yang agak tebal (full frame), dengan sepasang kacamata berbentuk oval, agak besar dan membulat. Hari pertama aku ke sekolah dengan memakai spek mata tu, aku telah di"bahan" dan digelakkan oleh rakan-rakan sekelas aku dengan agak sadis. Yelah, masa tu manalah aku nak particular pasal bentuk glasses dan bingkai mana yang paling sesuai dengan bentuk muka aku, aku memang seorang yang sangat noob dalam dunia fashion and style.

Sekarang ni, aku memakai spek mata transition (photochromic glasses), half frame, berbentuk segiempat tepat, dengan saiz kacamata yang agak kecil (sila rujuk pada gambar kitsune mask aku tu, dia nampak lebih sesuai memakai spek mata aku, berbanding aku). Kelebihan transition glasses ni, bila dia kena cahaya matahari yang terik, dia akan berubah menjadi sunglasses secara otomatis. Makin terik cahaya matahari, makin gelaplah kacamata aku, tetapi, apabila aku sampai di tempat yang redup ataupun di dalam bangunan tertutup, kacamata aku akan berubah menjadi cerah semula, seperti spek mata yang normal. Sungguh ohsemz lagi ajaib spek mata transition glasses ni bagi manusia yang ada masalah rabun jauh dan silau, seperti aku ini.

Spek mata aku tak bertukar jadi gelap dalam gambar ni sebab kitsune ni ada mysterious superpowers cahaya matahari pagi ni sungguh nyaman, lembut dan menyegarkan~ ;3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okies, enough about my transition glasses, sekarang aku nak cakap pasal sunglasses pulak~ ;3 

Picture source: google image
Kacamata hitam atau sunglasses adalah jenis aksesori yang terpenting bagi sesetengah individu ketika hendak keluar bersiar-siar. Ada juga yang menjadikan sunglasses sebagai ‘item wajib’ ketika ingin memandu. Apa pun kegunaan dan fungsinya, sunglasses merupakan salah satu aksesori yang tidak pernah dilepas-pandang oleh anda apabila ingin tampil bergaya. Setuju?

Selain memberikan perlindungan kepada kedua mata anda daripada terik cahaya matahari, kadangkala dengan hanya memakai sunglasses, anda hanya perlu berpakaian simple untuk tampil menonjol. Oleh itu, penting untuk anda memilih jenis bingkai atau frame serta rekaan sunglasses yang bersesuaian dengan bentuk muka dan gaya anda. Berikut merupakan contoh jenis-jenis rekaan sunglasses;

#1 - CLASSIC
Bentuk klasik Wayfarer yang menjadi trademark kepada jenama Ray-Ban ini merupakan gaya yang paling diminati ramai.
#2 -  RETRO
Biasanya, gaya retro menampilkan rekaan sunglasses yang vintage seperti gambar berikut di mana ia berbingkai bulat.

#3 - THEME
Bagi anda yang ingin menghadiri parti-parti bertema, pemakaian sunglasses seumpama ini adalah pilihan terbaik. (Bersesuaian dengan tema parti).

#4 - SPORTY

Berikut pula merupakan rekaan sunglasses khusus untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak dan ekstrim.
 
#5 - GLAMOUR
Untuk mereka yang DIVA atau mahu kelihatan paling menonjol, pilih sunglasses yang direka dengan unsur-unsur glamor.

Miliki gaya yang sempurna dengan pemakaian sunglasses yang bersesuaian dengan citarasa anda hari ini juga apabila anda melayari laman web ZALORA Malaysia. ZALORA membariskan koleksi sunglasses online daripada jenama-jenama hebat serta menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okie dokie, selamat bergaya dengan sunglasses masing-masing nee~, nak pakai sunglasses tak perlu kena ada masalah mata, sekadar nak bergaya sesaja pun boleh... tapi, perlu bergaya di tempat yang ada sinaran matahari, okeh? Bukan di dalam bangunan tertutup mahupun pada waktu malam (melainkan ada event bertemakan sunglasses), nanti nampak macam buang tebiat pulak, seriously... LoL~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

30 comments:

  1. Bila bercerita ttg mata, aku banyak history...
    Pendek cerita, sekarang aku mampu keluar rumah pakai sunglasses...
    Aku selalu pakai shades jenama Police, dpat dari abah aku...best!
    Spek tu polarized, so aku boleh tahan bila panas terik...hik hik hik...
    Senang2 nanti aku cerita dlm blog tentang sejarah mata aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa... shades brand Police? Design shades yg ko pakai tu macam mana rupanya? Ada feeling2 macam Johnny Depp tak bila ko pakai shades tu? hahah... ;3

      Delete
    2. Shades aku tu ala-ala pilot design sikit, tp tak laa golden-ish mcam RayBan punya pilot...
      Last time aku dgr model utk Police shades is Neymar!
      Perasan hensem sikit arr masa pakai shades tu...hehehe

      Delete
    3. hohoho~ ya, hak untuk perasan hensem/cun bila mengenakan shades adalah hak semua orang... keskeskes XP

      Delete
  2. Cantik kacamata ,aku pun pakai kacamata gak.Rupa dia pun lebih kurang macam kau punya jugak, tapi aku lebih suka gaya macam kau tu , cool macam S.O. DC tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ea? Thanks... aku suka kacamata transition half frame ^^
      S.O DC? A character in Heroes?

      Delete
    2. S.O Dc tu Subaru okiya dalam detective conan. Sylar tu memang character Heroes.

      Budak anonymous.

      Delete
    3. Aku Dah nyayuk agaknya.

      Delete
  3. akak pun dah tukar ke transition..memang awesome, kemudian tokey kedai spek tu suggest beli oversized sunglasses yg takde power, boleh sarung terus kat spek yg ada (dua lapis spek)..spek yg ni ada polaroid, so driving malam2, waktu hujan ke, lebih fokus, dan lebih sharp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh wow... cool beans! Best jugak tu sis, nanti nak skodeng kedai glasses ;3

      Delete
  4. sangat berminat dengan style sunglasses audrey hepburn lately ni.. huhu.. tapi sebab xsesuai lak nak pakai cat shape tu pegi site, aku settle down ngan RayBan-almost-wayfarer transition. Takyah tukar2 spek. hehehe.. high five fellow specky!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oihhh smart tuhhh~ *high fives DeaDay* ;D

      Delete
  5. entri dibayar ke hehe...

    salam kenal ..follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah first time nih, salam kenal~ ;3

      Delete
  6. Selera aku memang Oakley jer...
    yang lain aku tak pandang.. ... OMG riaknya.. kah kah kah

    nak buat lasik laaa... dah bertahun pakai cermin mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih, riak sungguh... LoL~ X3

      lasik?? eeeep cuak gile aku dengar, contact lens pun aku seriau nak try, lagikan nak pi buat lasik??... OMG nuuuuu!! hang tak seriau ka weih? I:(

      Delete
    2. hahahaha.. gila ka apa tak seriau.. mata kiri aku ni dah lah jenis sensitif.. kalau pakai konteks, paling lambat nak siap mesti mata kiri.. koh kohkoh..

      aku cuma berimpian jer...
      aku pokai... dan seriau gak laa.. koh koh koh

      Delete
    3. loh... aku ingat hang serius dan tekad dah nak pi buat lasik tuh... giler ah berani kalau hang betul2 pi buat jinz... aku bab2 tu memang cuak giler, kalau ada orang nak bayar aku RM1juta untuk pi buat lasik pun aku tak mau... ngeri siot, no thanks... eeeep

      Delete
  7. Aku pulak suka style retro. Konon bajet boleh jadi John Lennon. Haha. Sekarang ni aku pakai spek mata bingkai full, dah stop pakai bingkai half sebab pakai bingkai half ni muka aku nampak macam mat belia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mat belia? maksud hang nampak muda ka? what's wrong with that bro? hehe ;3

      Delete
    2. Bukan mat belia hat tu. Ni mat belia jenis pakai baju batik tu. Jenis kat kampus dulu suka kejar jawatan jadi ahli MPP. Haha. Sesungguhnya aku bukanlah dikalangan orang-orang yang memakai baju batik. :-p

      Delete
    3. oohhh lol tu namanya mat poyo... hahah XD

      aku rimas dengan baju batik, nampak semak semacam...

      Delete
  8. S.O DC tu Subaru okiya kat detective Conan . SYLAR tu memang character in HEROES.

    Budak anonymous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh subaru okiya ke? hahah, ada la jugak rupa macam spek dia tu ^^

      Delete
  9. aku antara manusia yg tak pakai spec / glasses mahupun shades.
    tapi errr tapi baru 2 hari lepas aku order 2 rayban & 1 evisu glasses.
    pastu aku dok terpikir bile pulak yg aku ni gila glasses ahaksss =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa ni mesti untuk bergaya masa merendek jalan2 keliling Penang kan? ;3

      Delete
  10. saya suka style classic.....nampak sart..tp,yg retro pon nampak macam smart jugak.....suka tgok org pakai yg retro punya nampak mcm hipster :D
    ZZANG GITUHHHHHHHH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. zzanggg... heheh, korean punya term ka tu? ;3

      Delete
  11. Lengkap sekali Artikelnya, terlebih bagian "membedakan" seri / farian , terkadang beberapa orang tidak tahu mana yang cocok untuk mereka

    ReplyDelete
  12. Aku memang cari yang sporty jek.. Skang ni aku ada shades Police...tiruan..ekekekeke..

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...