Click Me Plzzzz

Thursday, June 16, 2016

Salam Ramadhan 2016

Salam pertengahan Ramadhan 2016 buat rakan-rakan mayaku yang dihormati sekalian. Amacam puasa kalian setakat ni? Seronok? Mesti la seronok, bulan puasa mana boleh tak seronok? Meheheh...

Chai dan Samsul adalah 2 daripada 23 watak rekaan krew BOTK (Buasir Otak : The Komik) saja, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun dengan yang sudah tiada. Nak kenal dengan watak-watak BOTK yang lain, dan nak baca komik-komik dari krew BOTK yang lain juga? Bolehlah anda visit dan like sekali page BOTK di SINI ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pasaram (short form for Pasar Ramadhan) ialah sebuah pasar makanan halal and ready-to-eat yang ada bermacam jenis juadah berbuka puasa dijual di sini. Apa yang membezakan Pasaram dengan pasar malam di bulan-bulan biasa tu ialah, di Pasaram, kita tidak akan nampak siapa-siapa makan atau minum sambil membeli makanan di sini (hehehe, biasanya tak ada la, biasanya), dan Pasaram juga lebih mengutamakan penjualan makanan halal yang melegakan perut yang sedang kelaparan serta tekak yang sedang kehausan. Barang-barang lain seperti ubat-ubatan tradisional, bahan-bahan mentah atau non-edible items seperti pakaian, mainan, bahan-bahan bacaan dan lain-lain tu tidak begitu kelihatan di sini (macam tak ada je). Target audience/customers bagi sesebuah Pasaram ialah, fasting Muslims. Baru-baru ini aku ada pergi ronda-ronda sambil mencari juadah berbuka (merangkap sahur sekali) di Pasaram Pokok Petai, Perlis. Antara juadah-juadah yang boleh didapati di sini adalah seperti berikut...,

Murtabak yang dikirim Chai tadi tidak dilupakan Samsul (hahaha). Aku tak minat murtabak, maka aku tengok je ;3
Popia basah dan minuman-minuman sejuk seperti air oren, lengkong, jagung, teh bunga dan laicikang. 
Otak-otak dan Sata.
Dari kiri: Udang sanggul, popia goreng dan... aku tak pasti nama dia apa, sejenis samosa la kot... hihu. Udang sanggul sedap, beli sikit...
Bakar-bakar pulak, daging bakar, perut bakar dan ikan Ketuka bakar.
Nasi kerabu ulam, ayam percik dan lauk-pauk beraneka jenis.
Ikan-ikan bakar dari jenis Tilapia, Keli dan Kembung.
Beraneka jenis lauk-pauk. Tapau sini je untuk lauk sahur nanti.
Gulai Keli dan ayam masak santan (tak pasti nama masakan ayam ni apa).
Kentang pusing goreng taruk sos keju, mayonnaise dan cili sos. Tergoda aku, beli dua cucuk. Lembut di dalam, rangup di luar, yang ni langsung tak liat macam biasa beli kat pasar malam, ohsem~ ;3
Cucur udang (atau dalam loghat Utara: Coqdang) dan kuah kacangnya.
Ayam goreng ala kepsi, bahagian badan dan leher.
Ayam goreng ala kepsi: bahagian peha, kepak dan pinggul (ya pinggul, aku tak nak sebut montot ayam). Tergoda aku, beli seketul...
Minuman sejuk berais yang menggamit para pembeli: Asam boi, sirap selasih dan teh bunga. Sungguh tergoda aku dengan teh bunga yang ada bunga tu. "Teh bunga satu, RM2 ya? Nak satu~" ;3

Sekian saja entri kali ini berkenaan Pasaram di Pokok Petai, Perlis. Pasaram di tempat kalian pula bagaimana? Banyak makanan yang menarik tak? Atau, kalian tidak tertarik dengan juadah-juadah yang dijual di Pasaram sana? ;3

Selamat berpuasa, bertarawih, membaca Al-Quran, menjaga tingkah-laku dan tatasusila dengan sebaik-baiknya di bulan penuh barakah ini. Semoga dapat kita terus istiqamah dalam beribadah dan menjaga tatatertib kita seperti seorang Muslim yang baik di bulan-bulan yang lain juga :)

P/S: Kenapa aku blur-kan wajah-wajah mereka yang ada di dalam gambar-gambar yang aku snap tu? Jawapannya, aku pentingkan privacy orang lain yang mana aku tidak meminta/mendapat keizinan mereka untuk mengambil gambar mereka. Sekiranya ada wajah-wajah yang "termasuk" di dalam gambar yang aku snap secara sengaja atau kebetulan saja, aku akan kasi blur. Sekian ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

15 comments:

  1. menarik udang sanggul, tak pernah rasa lg...masa tk posa mnggu lepas, hari2 gi pasaram..mnggu ni start masak sendiri, simple2 je..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang sanggul ni basically udang yang dibalut dengan sejenis paste ikan dan tepung, kemudian dibalut dengan kulit popia yang dipotong panjang2, kendian goreng. Kretif la siapa yang came up with the idea ;3

      Delete
  2. Sedapnyaaaa.. Aku punya azam tahun ni x membeli di pasaram dan alhamdulillah belum lagi batal keazaman itu. Sedang goyang keimanan tengok posting ko ni. adoiyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye la mona tau la hang tengah demam subway chiken tandoori, taabley lupaa yittu subway chicken tandoori sia taabley lupaa~ X3

      Delete
  3. Kali ni aku baru sekali je (setakat ni) pegi param ni.
    Tahun lepas kerap aku gi, sebab nak jenguk awek cun jual murtabak. Hahaha

    Perut bakar buat aku lapar.
    Tapi sekarang pukul 12.38 pagi, mana nak carik? Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah ya aku ingat lagi motif hang tahun lepas yang berkaitan dengan murtabak tu X3

      Oh hang suka perut bakar ka C? Aku rasa macam weird la makan perut lembu, aku tak bleh pi... hahah~

      Delete
  4. Menarik makanan-makanan kat sana. Den kek sini beli ayam percik je hari-hari hahaha

    selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yo Danneh! Ada try subway chicken tandoori sandwich? *tetiba* XD

      Selamat Hari Raya ke-6! Maap lambat reply hehee~ X3

      Delete
  5. biasa beli kueh je kat bazar,

    makan berat lepas tarawih ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguih budoxe nih *thumbs up* ;3

      Delete
  6. pasaram pokok petai ni yang kat mata ayer kan? Rindunya kat Perlis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, kat area dalam Mata Ayer tu la ;3

      Delete
    2. 8 tahun duduk Perlis and this entry buatkan aku rindu Perlis much more. Paling rindu murtabak king and p.cik n m.cik nasi kandaq.

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...