Click Me Plzzzz

Sunday, December 4, 2016

Kerabu bunga betik tanpa belacan

Salam Disember dan salam Ahad buat semua rakan mayaku yang diingati sekalian, post masak-masak kembali lagi~ ;3



Kali ini aku kongsikan resepi yang melibatkan bunga betik (bunga dari pokok betik jantan yer, bukan betina), yang mana nama hidangan ini ialah Kerabu Bunga Betik, sejenis hidangan tradisional Melayu yang secara umumnya digemari oleh orang tua-tua yang menghargai ulam-ulaman.

Nah, terimalah resepi kerabu bunga betik versi tanpa belacan ini, si Plain punya style. Semoga ianya menepati citarasa kalian ;3

~Bahan-bahan~
Bunga betik - 1 mangkuk (bunga sahaja, buang tangkai dan batangnya)
Air - untuk merebus bunga betik
Santan pekat - setengah cawan
Kerisek lembap - 2 sudu besar
Limau nipis - 3 biji (perah dan ambil jusnya)
Bawang besar - 1 labu (hiris)
Serai - 1 batang (hiris nipis)
Garam - secukup rasa
Udang kering - 1 sudu besar (tumbuk)
Bawang merah - 3 ulas (potong dan tumbuk)
Cili hijau - 3 tangkai (potong dan tumbuk)

Cara-cara membikinnya adalah seperti berikut...,

1. Rebus bunga betik dengan sedikit garam sehingga mendidih dan bunganya sudah menjadi agak lembut. Tutup api, toskan (singkirkan air rebusan) dan masukkan bunga betik rebus tadi ke dalam sebuah mangkuk besar. Biarkan seketika.
2. Panaskan santan pekat bersama kerisek lembap di dalam sauce pan sehingga mendidih. Ini akan membuatkan masakan jadi lebih tahan lama (lambat basi).
3. Tuangkan santan dan kerisek yang telah dipanaskan tadi ke dalam mangkuk berisi bunga betik rebus tadi, kemudian masukkan semua bahan lain yang telah disediakan awal tadi ke dalam mangkuk tersebut.
4. Gaul dengan sekata sehingga serasi.
5. Hidangkan untuk dimakan dengan nasi panas-panas. 

 
~Tips & info~
Bunga betik yang segar dan baru dipetik dari pokok tu pahit gila rasanya, maka, untuk kurangkan tahap kepahitannya, eloklah korang rendam dulu bunga betik tu di dalam bekas berisi air selama setengah jam gitu. Kemudian, singkirkan air rendaman tadi dan barulah korang rebus bunga betik tu dengan air yang baru. Melalui pemerhatian sendiri, lagi bagus jika korang simpan dulu bunga betik segar tu di dalam plastik, kemudian simpan di dalam peti ais (bahagian refrigeration yer, bukan freezer) dan biarkan selama lebih kurang 5 hari, kemudian barulah korang rebus untuk buat kerabu. Kepahitannya akan berkurang dengan jelas sekali dan rasa kerabu bunga betik ini akan jadi sedap beberapa kali ganda. Haha... (pemerhatian selepas menyimpan bunga betik segar yang lebih di dalam peti ais. Setelah 5 hari berlalu, timbul rasa nak makan kerabu bunga betik lagi, dan lepas tu... wow, sedakgillak kerabu bunga betik kali ni, wahahah~) X3

Sekian, selamat mencuba (kalau berminat) ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^w^ = )

20 comments:

  1. Aku penggemar kerabu tapi kerabu betik aku tak berani makan, takut pahit..haha.. Hmmm, mungkin bukan penggemar tegar.. Tips tuh boleh try tuh..nanti aku bagitau mak aku.. XP

    Aku paling suka kerabu manggala..eheeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerabu mangga pun sodap, letak kacang tanah jadi lebih nyam nyam~ X3

      Delete
  2. Unik sungguh resepi ni. Memang tak pernah aku jumpa. Nak membuatnya entah mendapat ke tidak la. Rasa tak pernah jumpa kat pasar jual bunga betik. Mungkin balik ganu nanti aku boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik eh mon... ko kena try nih bila ada kesempatan, mana tau suka ;3

      Delete
  3. nampak sedap kerabu bunga betik tanpa belacan. Mesti cuba hari ini.

    ReplyDelete
  4. selalu makan ulam pucuk betik rebus je..itu pun pahit jg..boleh try ni, suka semua jenis kerabu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish sis, ulam pucuk betik tuu... ni memang terer makan ulam ni :3

      Delete
  5. Aku pernah try makan ni masa mak aku masak, memang serius pahit gilooossss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer bagitau mak hang nanti, try tips yang aku habaq kat atas ni untuk kurangkan tahap kepahitan bunga betik, semoga menjadi X3

      Delete
  6. http://www.food.com/recipe/top-secret-recipes-version-of-kfc-coleslaw-by-todd-wilbur-33489

    lepas selera tgk fesbuk zyraroxx, aku gigih cari resipi.

    version aku =
    1. tumis butter ngn bawang
    2. masuk kobis + carrot potong halus
    3. taruk evaporated milk + mayonaise
    4. garam lebih kurang.

    version asal taruk limau sama vinegar tapi terlupa buh.

    ReplyDelete
  7. Saya bukan seorang yang suka masak. Tapi semenjak dua menjak ni, asyik masak. Asyik google je resipi. Jadi, yeah~~~ nak save resipi ni. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sama-sama Amna *thumbs up* ;3

      Delete
  8. Replies
    1. Hahah sorry lambat reply, setahun kemudian baru aku reply hahah... sedak ni, try la XP

      Happy 2017 noob! ;3

      Delete
  9. Dah jadi foodie blog ke ni? Hahahaha

    Yeah share more please. Kalau rajin ambe nok cube tera test!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka pada makanan, dan makanan itu topik semua orang boleh relate X3

      Happy 2017 Danneh! :D

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...