Sunday, November 11, 2012

Berdakwah biarlah berhemah dan aman caranya


Assalamualaikum, dan salam ceria Ahad buat semua ^^

Ok kali ni aku nak sentuh pasal kaedah-kaedah berdakwah sikit, tapi aku bukanlah nak berdakwah (aku tak rasa aku pandai bab-bab ni pon, tapi aku nak kongsi sesuatu yang menarik, tak salah kowt?) ^^

Korang tau kan aku kaki DeviantART? Hahaha bukan aku nak kata deviantart tu baik sangat, tapi ada insan hebat yang menggunakan deviantart itu sebagai saluran menarik untuk berdakwah secara berhemah, kreatif dan aman. Insan itu ialah encik Nayzak, seorang pak arab yang bagi aku sangat pandai berkarya dan melukis sambil menarik minat ramai orang dari merata ceruk dunia untuk mengenali Islam. Beliau selalu menekankan yang Islam itu indah, penuh belas kasihan dan amat mementingkan keamanan. I personally respect him very much, dan selalu la jugak aku view dan komen artworks beliau. Banyak jugak la aku belajar dari pakcik Nayzak ni. Aku rasa Cik Lin kita juga familiar kot dengan Nayzak punya artwork, sebab aku ada notice salah satu dari artworks Nayzak digunakan untuk menghias blog page Cik Lin, alhamdulillah...mesti bangga pak cik Nayzak ni ramai jugak yang suka artworks dia ^^ 

One of Nayzak's artworks, large view here

Macam teknologi, deviantart juga ada baik dan ada buruknya. Teknologi internet yang menjadikan dunia ini tanpa sempadan boleh jadi penawar dan boleh jadi racun, macam api juga, kecil-kecil jadi kawan besar sangat jadi lawan pula, habis rumah boleh terbakar kalau tidak dapat dikawal. Pendek kata, satu persamaan antara teknologi, deviantart dan api ialah, ketiga-tiganya boleh jadi pisau bilah dua mata (betul kot perumpamaan ni...aku tibai saja nih), kalau digunakan untuk tujuan kebaikan, baik la jadinya...dan sebaliknya. Kedua-dua benda baik dan buruknya datang dari tidak lain tidak bukan, MANUSIA sendiri. So sapa-sapa yang suka kata "dunia ini tidak adil, islam itu ganas", sebenarnya dia sepatutnya kata "manusia ini tidak adil, manusia itu ganas"...kerana yang maha adil lagi saksama itu hanyalah Allah Taala, yang menjadikan segala-galanya bersebab dan ada hikmahnya tersendiri. Manusia telah dikurniakanNya akal dan fikiran yang sempurna, yang boleh digunakan untuk meningkatkan iman bagi melawan pelbagai jenis nafsu, dan juga pelbagai jenis penyakit hati seperti riak, tamak, dengki dan lain-lain. Syaitan tidak rehat dan amik cuti, puak-puak dia memang rajin bekerja.

Credits to Mr Nayzak on DeviantART

Aku ni bukanlah seorang ustazah atau agamawan yang mana mereka itu semuanya 'dalam' ilmu agamanya, maka tak layaklah aku nak berdakwah dengan menggunakan segala ayat Al-Quran dan hadis bagai (sebab aku tak terra pon), tapi sebagai hamba Allah Taala aku ada juga rasa tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan walaupun sebesar atom, dan untuk terus menerus menuntut ilmu akhirat dan juga dunia, untuk kebaikan semua. Aku sedar yang aku ni bukan baik sangat pon, maka perlulah berusaha dengan lebih gigih dalam mengejar keredhaanNya. Semoga suatu hari nanti bila ajal aku tiba, aku dapat mati dalam iman dan mampu nak jawab, "Allah Taala itu tuhanku dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya" bila disoal oleh mungkar dan nakir sebaik sahaja aku masuk ke alam barzakh nanti. Aku juga sedar bahawa para agamawan itu lagi besar dugaan dan cabaran mereka, mereka juga manusia yang bukan bersifat maksum. Bagi aku, para pendakwah yang berkesan perlu ada sifat rendah diri, dan tidak perlulah ada perasaan 'Aku lebih Islam dari kau, kau dan kau', kerana itu dah termasuk salah satu penyakit hati, iaitu 'riak'.

Aku ada je pengalaman pahit dengan spesis 'riak' yang camni masa study dulu, memang perit jadi bahan umpatan dan cemuhan minah tu (iyelah aku kan main guitar, tapi assignment aku ada hati pulak dia nak mintak tiru...apakahh??), aku nak sembahyang dalam bilik hostel aku sendiri pon tak tenteram sebab dia dok perati setiap gerak geri aku solat...sebab alasan dia, dia roomate aku so kalau dia yang 'jauh lebih Islam dari aku' ni tak 'make sure' solat dan bacaan Al-Fatihah aku betul lagi tepat segala sebutannya (macam ler aku tak lulus ujian ilmu Fardu-ain masa skolah dulu - dia buat aku rasa macam tu), dia akan berdosa besar sebab aku dah jadi 'tanggungan' dia...ada ka camtu? Tak paham aku dengan minah bertudung labuh yang 'sangat bagus' ilmu agamanya itu. Jangan la korang salah paham pulak, aku bukan anti orang bertudung labuh ka apa, aku ramai jer kawan-kawan bertudung labuh yang baik hati dan peramah lagi berhemah...cuma yang sorang ni jer seakan-akan jadi nila yang tumpah dalam susu kerbau seperiuk besar.

Satu senja tu dia telah kena 'sampuk' dalam surau lepas solat maghrib (ironic isn't it?), pastu dia lari masuk dalam bilik hostel dalam keadaan bertelekung dan duduk menggeletar atas katil dia (iyelah baru lepas solat kan). Aku waktu tu ada kat dalam bilik, duduk kat meja study...baru lepas solat kat bilik (tenteramnya aku solat tanpa ada mata judgemental dok perhatikan aku). Aku pon tengok saja gelagat dia dengan mata separa terbeliak, hairan dengan apa yang telah berlaku. Nak tanya, kang dia jerit kat aku pulak, iyalah bukannya dia baik dengan aku pon, aku kan jahat, tak layak nak tegur dia...hohoho. Pastu tetiba datanglah berlari salah sorang 'dayang' group 'dakwah' dia yang paling setia, merangkap teman gossip dan tempat dia mengadu domba segala hal (belum lagi dia bawak mai dayang2 yang lain untuk memenuhi ruang bilik yang sempit itu hatta menggunakan katil aku tanpa mendapat kebenaran aku, lalu membuatkan aku kena tidur kat meja study - pernah berlaku satu lewat malam tu, depa ingat aku tak balik bilik dan tidur bilik kawan aku so slamba je zzzz atas katil aku). Dayang setia dia tu pon tanya la dia dengan nada panik, "Eh kak, ape jadi tadi kat dalam surau??!", lalu dia pon jawab lebih kurang macam ni la, "Uh uh...akak kena sampuk la tadi, macam kena rasuk...mase akak tengah baca doa tu, tetibe akak dengar satu suara tanye akak, 'kau suka memerintah atau diperintah? aku lebih suka memerintah', lepas tu akak sendiri cakap ayat tu...eee takutnye akakkk, eee uhuk uhuk". Aku cuma mampu mendengar dari meja study dengan riak muka yang control abis, actually aku rasa macam kelakar situasi tu...rilek rilek hahaha. Lepas perasaan cuak minah tu reda sikit lepas puas dipujuk oleh dayang dia tu, dia pon cakap kat aku dengan nada blagak seperti biasa, "Plain, aku tidur bilik kawan aku malam ni", lalu aku jawab, "Ok". Dalam hati aku gumbiraaa gillaaa wiihihihihih aman idop aku malam tu bilik itu ana sorang yang punya...bleh buat recording guitar kahkahkah. Masa tu bilik tu kitorang 2 orang je duduk lepas lagi 2 orang roomate kitorang gi belah lepas dapat bilik kosong yang lain (actually lagi 2 orang tu belah sebab dop tahhe nge dio jugok, walopon set2 tu satu negeri nge dio...hohoho). Kalau tidak lagi horror jadinya bilik tu dah la kecik, katil double decker 2 bijik kiri kanan utk 4 orang duduk...zaman aku dulu macam tu la, sekarang hostel uni dah mewah dan luas sikit dah rasanya, zaman berubah. Hmmm...adakah aku sedang mengumpat/membuat ketupat? Aku tak dedahkan identiti dia sapa, aku cuma nak berkongsi pengalaman aku yang agak tak best, dan nak bagi tau yang orang seperti itu wujud, so...tak pa la kowt? ^^

Bayangkan la selama setahun aku 'kena paksa' duduk hostel (2 semester pertama), tak boleh sewa kat luar selagi tak masuk sem 3...syarat uni punya pasal idop aku agak tensen kena bertahan dengan perangai minah tu. Selalu aku lepak dan tidur kat bilik kawan-kawan aku kat blok lain sebab nak cari ketenteraman jiwa dan bincang pasal study dengan kawan-kawan yang boleh buat geng. Antara dorang kawan-kawan aku tu ada je yang bertudung labuh, tapi tak extremist macam minah sorang tu. Aku tahu ada hikmah disebalik segala kejadian, ada hikmah kenapa aku ditakdirkanNya menjadi roomate minah extreem tu, kalau orang lain yang jadi roomate dia mungkin ada jugak yang end up makan darah atau kena hempuk kat meja study, atau kena sampuk/rasuk pada skala yang lebih besar. LoL...apa-apa pun aku jadikan itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman buat diriku yang picisan ini, mana yang baik dan jernih tu aku amik, mana yang buruk lagi keruh tu aku CUBA untuk buang. Benda tu dah hampir 9 tahun berlalu, so adakah aku sudah memaafkan minah tu sekarang? Jawapannya, tidak. Salah satu kelemahan besar aku ialah, sukar gila untuk memaafkan mereka yang pernah buat dajei kat aku. Aku tak suka berdendam-dendam ni, sangat tak best, tapi soal hati dan perasaan ni memang di luar kawalan aku. Aku jenis visual learner so memori aku graphic, dan juga audio learner tahap intermediate..aku memang ingat hampir segala image reaksi muka, intonasi suara, dan gaya seseorang yang memang menjengkelkan tahap cipan (bukan bro C++@cipan tapir tenuk ya). Mimpi-mimpi aku selalunya vivid, jelas macam reality, colorful dan selalunya aku boleh ingat mimpi aku balik, walaupun mimpi-mimpi lama. Citer-citer dalam mimpi ada juga yang bersambung-sambung, continuous macam drama TV, iyalah mimpi hanya sekadar mainan tidur, otak manusia tidak rehat walaupun kita tidur. Sikit masa lagi boleh kot aku forgive minah tu...mungkin, hanya Allah Taala saja yang tahu. InsyaAllah ^^ 

Life goes on, people come people go...live your life to the fullest. Life is a breeze when you learn to appreciate the small pleasures in life. Okeh aku nak pi buat ais kacang la pulak, tetiba rasa nak makan ais kacang buatan sendiri hujung-hujung minggu ceria macam nih. Berbaloi betui aku beli snow cone maker/manual hand ice shaver kat ebay neh...murah lagi conveniant, wiihihihih~ ^^

Matane koneko-tachi chan, mana yang baik amik buat teladan, mana yang buruk tu jangan la pi ikut ne~ Jya ima watashi wa ais kacang o tsukuru yo, bye bye~ (=^w^=)



50 comments:

  1. Kalau kau nak tahu sayang,Kalau sebut soal Agama ni..ada 2 golongan aku benci iaitu golongan SERBANITAS dan LIBERAl coz dua2 golongan ni sangat RIAK dan bangang tahap Babi dalam kandang.

    Kalau geng serbanitas,mereka merasakan diri mereka sangat alim dan suci dan memandang orang lain sentiasa penuh dengan dosa..(Aku paham perasaan kau bila golongan serbanitas ni pandang kita,rasa nak penerajang je kan..ingat pakai tudung labuh serban berjuntai dah boleh nak JUDGE2 orang?)

    Kalau Geng LIBERAL ni plak,perasan kononnya pemikiran mereka maju,pandang orang mundur..Baru kenal internet dah kondem orang ketinggalan dan jumud al jahiliyah..Mau je golongan ni dikasi penendang dekat dahi tanpa rasa bersalah.

    Sebagai Umat Islam,kita harus tahu makna SEDERHANA..Perangai OVER golongan2 SERBANITAS dan LIBERAL ni perlu ditegur coz this is faking Annoying sesiapa sahaja!

    Maaf bercakap kasar..Luahan Hati sahaja^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. huyoo haha ya don't worry aku paham stei ang...asalkan ada point/hujah aku tak kesah camna ang nak ckp, bahasa kasar ang aku bleh tolak tepi ^^

      hahahah ang dah termasuk geng 'SARBANITAS', iaitu satu kategori yg LAIN dari serbanitas mahupon liberal.. ;p

      Delete
    2. Kalau Aku tengok golongan2 bangang contohnya macam ahli2 politik,para politicalfags mereka,golongan serbanitas,Liberalisme,dan segala jenis lagi golongan2 keparat menurut kata hati aku dan point of view aku.

      Nafsu hendak memaki dan menyumpah seranah tetiba bergejolak seperti Nafsu hendak berjimak(wekeke)..Aku tahu berdosa bermaki2 dengan orang tetapi aku memakai konsep Robin hood yang merompak demi orang miskin so begitulah pendirian aku yang memaki dan menyumpah seranah mereka demi menyedarkan mereka(Reverse pyschology).

      "Matlamat tidak menghalalkan cara"..Entah bila aku nak memakai doktrin kalimat ni..wekekeke

      Maybe sampai Aku rasa Tujuan aku berhasil(walaupun impaknya sedikit)..hehehehhe setiap manusia harus berubah..betul kan sayang ^_^

      Delete
    3. ya zack sebab tu aku kata dalam hati ang ada taman...sekali dengan kolam ikan kap dan bunga orkid 10 jenis, aku boleh nampak itu semua...LoL! XD

      dijangka akan ada anon butthurt atau beruk the hell akn mai menyampuk tak lama lagi...ekekekekek XD

      Delete
  2. dulu aku join gak usrah masa study dulu. aku sangat suke, sangat suke kelas diorg etc2 tapi disebabkan para naqibah dan membe2 tudung labuh yg terlalu taksub dan judgemental, aku chow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa...aku penah nampak situasi ni kat uni aku dulu, ku rasa kat mana2 uni pon situasi mcm ni perkara biasa rite, baik dalam mahupon luar negara...so sad :(

      Delete
    2. ahaha,ada sekali ni student council organize merdeka dinner, in the same time group usrah organize kelas diorg gak. aku g dinner pasal aku nak perform silat malam tu. sekali ade eksiden sikit, aku jatuh kena humban ngan membe aku sampai kepala bengkak n concussion (3 tahun gak la nak baik). then feedback rakan usrah tudung labuh aku sambil senyum sinis;- "tu lah, sape suruh pegi dinner.."

      pastu aku quit, huhu

      Delete
    3. ouchy adussss!! amboih bukannye dia nak kesiankan ko yek...cantik betol hati die yer huhuuu sampai ati btol (>3<)..ko begegar otak dulu sbb silat, aku lak begegar otak dulu sbb eksiden smpai makan tar masa nak pi kelas amali kat lab (kawan baik aku offer tumpangkan aku naik motor dia sbb masa tu hujan renyai2)...adusss (TAT), pstu bila si roomate aku tu visit aku dgn kawan2 dia 3 orang, boleh pulak dia buat lawak bodo lagi sadis n kata, "eh lepas ni ko nak pakai purdah pon takpe"...kawan dia lg sorang plak ckp, "pasni ko tak bleh makan kuaci dah la ye?" (gusi atas aku patah dah baru lepas dibetulkan dan dijahit, bibir aku pon kena jahit, sib baik gigi aku tak lekang sbb profile gigi aku tggi)...n ko tau, aku time tu ilek je smbil gelak2 je (mana boleh tunjuk aku tgh sengsara dan lemah di dpn musuh beb), tapi mak aku pulak yg bleh terasa n bengang ngan dorang (mak aku datang utk jaga aku), n sound dorang sedas, "ni semua dtg sini naik apa?", sorang tu jawab, "naik motor, mck", pstu mak aku balas, "hah baik2 lah naik moto tu nak balik nnt ye, malang tak berbau, mana tau dlm masa terdekat ni kena kat batang idung sendiri pulak"...TERDIAM dorang...haaa tu la korang, buat lagi mak aku sakit hati, kang kena sumpah ngan mak aku baru tau LoL! XD

      gila ko masuk silat dulu? hebat ahh..aku gila cuak sikit benda2 main sparing2 fizikal mcm tuh, hee aku mmg surrender awal2 hehehehe <- penakut pait Xp

      Delete
    4. bengang betul bila orang buat lawak bodo camtu time tengah sakit2, insensitive. cool ah mak ko g sound balik, thumbs up!teruk x ko kena dulu?kepala lama gile nak baik, aku penah sampai depression n insomnia. every time exam mesti ade surat doktor nak amik supplementary exam (dah hujung2 tu more towards surat doktor nak ngade2 malas nk g exam la, naseb baik grad wakaka)

      yup aku masuk since form 4 sampai final year uni je, pastu sejak balik melesia after grad da x join da. alaa silat ni bukannya bole buatkan badan ko kuat ke ape ke sangat pun (bila aku sparing ngan budak laki highscool pun,seminggu badan aku lebam2 T_T) tapi ko nyer reaction bila kena pukul ke ape laju sikit kot, i mean tade aa bila apepe jadik kat ko, ko terkaku tak tau nak wat ape ;)

      Delete
    5. huhuu ya mak aku mmg cool abess..lol XD

      uish dasat gak ko kena...head injury jgn buat main2 woo...

      hmmm parah gak la eksiden aku tu, aku pon depressed quite bad jgk la, n kepala aku kena scan kat ospital lps tu sbb ada dark purple marking naik kat pipi bawah mata kanan aku esok tu, so doc syak ada blood clot dlm otak...lepas scan tu x dak apa2 so alhamdulillah la..x dak la aku amnesia ka apa hohoo..kesian mak aku sedih n risau tengok aku, aku ingat lg reaksi muka mak aku masa 1st tengok aku after the accident, pilu siot (ya lah hati sorang ibu). A few weeks after dat got final exam sem 4, pointer aku jatuh agk banyak woo huhuu T^T (dugaan picisan je tu, aku bersyukur aku masih idop, kalo aku x pakai helmet mmg dah 'pi' dah).

      Just a few months ago efek eksiden tu menunjukkan kesan dia (gigi depan atas aku yg dulunya kena root canal treatment tu bertukar jadi kelabu separuh, so nak tak nak kena la kuar RM2.5k utk cabot n pasang 1 false tooth, bridge n cap gigi porcelain, so nmpak normal balik n mcm tak pernah eksiden langsung pon dulu tu ^^)

      huehehe aku mmg interested gak ngan martial arts, taekwando ka silat ka, mmg cantik moves dia n bagus kalo tau defend diri...tp tu lah, aku penakut pait n cuak lebey, tengok org silat n sparing ja brani, aku mmg teruk hand-eye coordination aku, msti kalo masuk maunya kena maki tak abis2 ngan coach, sbb lembab sgt...hahaha muri muriii~ (>w<)...

      Delete
  3. kak plain buatla entry pasai kenangan kisah cinta..tak kira la ending hepi atau tak hepi.kehkeh.jiwang-jiwang sikit apa salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakatak sori...yg tu sis tak bleh nak kata apa, sebab memang TAK ADA langsung kenangan serupa itu...serius tak tipu ^^

      zack, is that youuu??! hahahaha XD

      Delete
  4. dulu aku penah try mengayat awek tudung labuh lagi solehah kat skolah aku (skolah asrama bak ang).dia ni boleh kata ahli kelab surau la.aku ni pulak kaki ponteng,budak nakai pulak tu.dia tau aku nak kat dia,dia pi sound aku.kata aku ni tak cukup ilmu agama,gatai nak bercinta,kena pi betoikan diri sendiri dulu.masa bulan posa,warden berjaya tangkap dia buka posa bersuapan dalam kelas berdua-duaan dengan budak laki ahli kelab surau jugak,siap kerap dok jadi imam kami lagi tu.time tu aku trus tergelak smbil menyanyi lagu ala-ala tan sri S.M Salim..

    apa nak jadi,apa nak jadi,
    dari dulu aku nak tapi kau tak sudi,
    aduh patahnya hatiiiii..

    malam ni aku dengarrrrr berita,
    katanya kau kena tangkap dok berdua,
    siap bersuap masa berbuka,
    haaaahhh,pandannnnlah mukaaaaa.

    aiiii,merasa laaa penampar dimukaaaa..
    puaslahhh hatikuuuu..

    ReplyDelete
  5. :) tak rugi kak kalau kita memaafkan org yg berbuat jahat ke atas kita dan termasuk orang2 yang kita anggap sebagai musuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya benar dik, bukan saja tidak rugi, malah memaafkan orang/musuh itu sememangnya satu benda yang sangat baik ^^

      juga, meminta maaf dengan ikhlas dan hati yang tulus itu lagi baik dan dituntut ^^

      Delete
    2. Inshallah kak.

      dikesempatan ini harap hendaknya memaafkan tindak tanduk saya yang kurang sopan, dan segala macam perangai buruk yang saya telah tunjukkan. Saya tahu akak tak kesah tapi mana lah tahu ada silap dan salah walaupun sedikit yang akak termakan hati. :)

      - was the hell



      Delete
    3. aiks...? ni dik beruk bebetul ke, or anon yg butthurt ngan beruk the hell? apsal tak komen pakai id betol? musyikil btoi (0A0")...

      mana pi plak budak nih? kalo tak laju jek komen...sakit ka apa, ada test ka? XD

      Delete
  6. adeh.. jadi 'tanggungan'. hahah.. aku ada banyak member2 yang kaki usrah dulu. qiamulail (sorry..xtau sebuatan betul)..tudung labuh, ada yg pakai purdah..stokin full habes. Nasib dorg sumer cool jer.
    Memahami dan tidak extreme. Lebih sederhana and got my respect.

    Syukur...syukur.. ahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee they don't want to scare you off la Len Xp

      but yeah yang cool tu memang ada pon, kan bagus kalo smuanya mcm tu kan ^^

      Delete
  7. ramai org pada masa sekarang belajar agama atau ambil program berasaskan pengajian islam hanya sekadar "pendidikan".mereka tak berjaya terapkan nilai keagamaan yg mereka belajar ke dlm diri dan memperbetulkan sikap yg tak elok.kerana itulah walaupun pandai membaca al-quran,tahu hukum itu ini,tau hadith2..tapi hari2 aktivitinya mengutuk org,tak jaga bahasanya,tak hormat org lain.bila nmpak org buat salah,tau pula menegur itu haram,itu tak boleh.tapi dia sendiri buat maksiat lain.Golongan2 yg diberi kelebihan oleh Allah untuk membimbing org lain (cntohnya seperti pemimpin,alim ulama dan ilmuan) tapi sebaliknya merekalah yg mencemar dan merosakkan agama islam itu sendiri,mereka inilah golongan yg paling teruk. Sebab itulah para sahabat dulu bila diberi tanggungjwb untuk menjadi khalifah,mereka sampi menangis kerana takut tidak menjalankan tanggugjwb dengan betul.Macam sekarang ni tak,bila dapat jadi pemimpin (bukan semua).."yeah,boleh kumpul harta la aku lepas ni",bila jadi ustaz.."takpela keluar hukum mengarut pun,yg penting duit masuk dan parti aku menang",bila jadi wakil badan kerohanian (di sekolah atau di universiti).."pakai kopiah/songkok/tudung labuh..ha,alim dah la aku ni..kawan buat itu ini dikatakan salah atau haram,tapi bila dia dok mengumpat/mengutuk dan buat dosa lain..bila kawan tegur,terus cakap "kau ape tau,baca al-quran pun tergagap-gagap,blaja ilmu agama pun tak cukup.aku ni wakil badan kerohanian,aku tau la mana elok mana tak elok".

    *ilmu,wang,pangkat@darjah itu merupakan kuasa.Jika Allah memberikan kita kelebihan2 itu,itu bukannya sebab kita lebih bagus/suci/sempurna dari org lain.Itu kerana Allah mahu menguji kita,sejauhmana kita mampu menggunakan kelebihan tersebut pada jalan-Nya.Jgn anggap itu nikmat,tapi anggaplah ia sebagai tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong sokong sokong...nah sebijik bento onigiri tuna extra nori buat berz-kun (tak dpt nak bg bento bebetul, tp the thought that counts kan? ekekeke) XD

      Delete
    2. hehe.meh.mekacih.nsib baik ade bento nak isi perut pkul 3 pagi ni.hehe

      Delete
    3. oihhh pkoi 3 pagi on9 ni? marking test/exam papers ka? XD

      Delete
  8. Nayzak punye artwork memang terbaik. comel wooo anime pakai tudung so kawaii hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...ilmu n approach dia in islam pon bleh tahan hebat, mmg best la gallery DA dia ^^

      Delete
  9. nayzak berdakwah guna komik..sangat berhikmah..

    sebenarnya apa yang ko tulis ni pun dakwah jugak plain..

    kita kena mula sampaikan apa2 pesanan, baru dakwah dalm diri lahir..kalau nak tunggu banyak ilmu, memang takkan sampai..

    aku ingatkan diri sendiri jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nayzak sesuai jadi idola pekomik hijabster dan org ramai yang interested in islam...te'hee ^^

      ...so apa lagi bro nazha, join le DA n 'watch'(follow) nayzak on DA, aku watch/follow hang ^^

      Delete
  10. Assalammualaikum..

    jangan lihat pada penulisnya lihat pada apa yg ditulis. kan cik plain..
    syukran cik plain..terima ksih jgk sbb link biru tu :D memang minat sangat cara saudara nayzak berdakwah walaupun berdakwah melalui kartun kadang tertembak betul2 kat hati..cik plain ,lynn juga mintak maaf ats salh silap..klu lynn tersalah tegurlah lynn..aku insan yg mudh alpa.. :3

    Bittaufiq, sesungguhnya ALLAH mentarbiyah kita umatnya dgn cara yang berbeza. moga kita tak tercampak jauh.
    Allahurabbi.

    masak apa hari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm cik Lin ^^

      Owh cik Lin, jangan lah saudari bermadah begitu...cik Lin takde pernah buat salah ape2 pon dgn saya, bnyk benda jugak la saya belajar dari tulisan cik Lin tau, kipidap kipidap~ ^^

      arini makan nasi lauk taruh atas...beli kat warung jer, sekali skala ^^

      Delete
  11. salam akak plain, sory tak reply komen akak b4 ni, saya baru2 nak jinak dlm hal ehwal online ni^^ jd x brapa nak pandainye,kekeke main gitar jauh skali,adik pompuan saya pulak pandai, tu psl la jelez tu TT..anyway selamat tahun baru hijrah 1434 dr saya ntuk akak n smua readerz


    -mamat , kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm dik, thanks ^^

      salam maal hijrah juga (=^w^=)

      Delete
  12. Sebenarnya, kadang-kala kita tidak boleh salahkan 'golongan' ni. Mereka hanya sampaikan sahaja.

    Kadang-kala kita terfikir juga, mengapa mesej yang sampaikan tak selari dengan perlakuan mereka. Ini bermakna mesej itu sampai kepada kita. Mesej --> fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. reverse psychology...nice ^^

      Delete
    2. aku rasa ada banyak sifat yang ada dikalangan usrah2 pompuan yang dilihat sebagai stereotype berdasarkan pemahamanku.

      1. Pemerhati solat / aurat orang lain. (full time job nih)
      2. Cakap tak serupa bikin
      3. "holier than thou" & judgemental
      4. bergosip di kalangan geng2nya... (mohon la diaorg insaf dalam hal ni, kerna kebanyakan diaorg dok mengata tuh kadang2 kala tak berasaskan kepada kebenaran)
      5. senyuman atau teguran/kata2 mereka dilihat sebagai sindiran

      namun aku rasa point 1 tu perlu tapi harap dia menegur cara baik la.
      manakala point 5 pula, bergantung pada cara kita telan hakikat perbuatan mereka, aku rasa kita tak patut mudah terasa atau kecil hati sangat.

      oh pemahaman aku ini berdasarkan pengalaman2 kenalan2 pompuan aku yang ngaji kat universiti tempatan dan ostolia. (tak tau perangai geng usrah kat negara2 arab mcmana) Jumpa & borak secara perseorangan? hmm mungkin sekali atau dua kali.

      Delete
    3. menyampaikan tu tader masalah, tapi jangan lah membabi buta.. and sometimes diorg ni tak menggalakkan sifat bertanya & sifat ingin tahu, especially bila diorg dh xleh nak jawab.

      penah sekali aku tanya satu hukum, diorg bagi satu ayat untuk menjawab soalan aku, then aku persoalkan sebab ayat tu tak jelas merangkumi soalan aku. then diorg suruh aku ikut je, jangan persoalkan ayat quran.

      then aku tanya sorang lagi kawan, (mamat ni quit usrah and then buat kelas dia sendiri, open untuk semua, usrah n non-usrah)dia explain kat aku satu2, bagi 2-3 ayat yang menyokong antara satu sama lain. and aku dapat jawapan yang sama sekali bertentangan ngan apa minah tu bagi yang dilarang persoalkan tu.

      menyampaikan kena ada ilmu.

      Delete
    4. cik hime, bagitau lah kami hukum apa yang kamu tanya tu?

      nak tau jugak la isu/hukum apakah yang mendorong cara org usrah pertama ni tak diterima berbanding cara org usrah kedua?

      Delete
    5. part tu personal,ade kaitan ngan femili aku, xleh nak share, huhu

      ayat yg dia bagi x salah, cuma cara dia "jangan tanya" tu yg aku takleh terima. and thanks to that aku jumpa jawapan aku

      basically usrah ni bes, tapi depends la pada orgnye..itu berdasarkan pengalaman aku la

      Delete
    6. oh ya, lebih2 lagi hadis kan...beware of hadis palsu dan dhoif, kena tanya pendapat para ulamak/agamawan yang betul2 qualified dlm hal2 hadis, mana satu yg bebetul sahih dan tidak ^^

      Delete
  13. Izinkan Yunni-chan datang menapak di sini. Yunni-chan mana lagi yang kat DA tu la.

    Suka entry ni :) Setuju sangat, nak berdakwah kena berhikmah kalau tak nanti orang benci.

    Golongan sebegini memang ramai. Orang cam gini la yang menyebabkan orang awam menjauhi golongan pendakwah. Tapi kesian diorang ni sebab buta dalam cahaya. Allah bagi nikmat ilmu tapi dia tak hayati. Kesian kesian....

    Tak apalah Plain-chan, tak payah maafkan dia pun tak apa. Hang berhak berbuat demikian he he.... jadi batu api pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. auuuwww yunni-chan welkam to my blog!! *hugs* XD

      Delete
  14. cara 'berdakwah' yg paling tak bley blah dan samseng.. mmg tak patut langsung..

    http://www.tiffinbiru.com/2013/01/perlu-ke-berdakwah-dengan-cara-ini.html

    ReplyDelete
  15. kalo minah yang konon nak betulkn bacaan solat ko tu jumpa dgn aku, memang buku bertemu ruas lah jawabnye. aku mmg paling pantang org nak sound2 bab agama umpama dia lah yg paling perfect dan dijamin masuk syurga. nak berdebat dgn aku bab agama? boley, no hal! anytime! aku mmg jenis orang yg "cam biase" tapi jangan igt aku "kosong". samalah seperti orang lain, jgn igt tak pernah nampak orang tu solat bermakna orang tu tak solat. mungkin orang sebegitu solatnya lebih banyak tanpa kite tahu, cuma kite je yg tak penah nampak. memang afdal untuk kite solat berjemaah di surau/masjid, tapi belum tentu yg solat di surau/masjid tu konfem solatnya sempurna dan belum tentu konfem masuk syurga. ada paham wahai insan2 yg poyo bab agama???

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh zai.. agaknya kalo ko jumpe die masa tu barangkali terjadinya pertumpahan darah.. hohoho

      Delete
    2. hahahaha... jgn tgk aku ni nampak cam lemah lembut dalam hati ada taman!!! temper aku pun boley tahan juga... hahaha... penah aku kene sound dengan abang ipar aku coz aku tak solat. pergh!!!! nyirap jer darah aku, laki aku pun tak penah sound camtu. nak jer aku jerit kat bro-in-law aku tu "aku period memang la tak solat, bodooooohhhhh!!! pastu bleh dia cakap "blaja tinggi2 tak solat tak gune, sok dalam kubur kene seksa camne agaknye". pergh!!! pakkal aku pikir yg bini dia tu kakak aku n aku kat umah dia, kalo tak memang alamat dia makan penumbuk aku la tyme tuh!

      Delete
    3. kekeke ya aku tau ko ni jenis rebel.. aku x penah anggap ko lemah zai apatah lg lembut.. walopun ko sangat kurus, tp ko tinggi wakakaka :p

      Delete
  16. Salam, :) dimulakan dengan salam juga dengan senyuman..

    Dakwah.. penuh hikmah.. dakwah sebenrnye untuk diri walau sekali pandang kita berdakwah kepada orang lain.. jadi pendakwah yang baik sebenarnye mentarbiah diri sendiri.. tak perlu mengharap orang lain untuk berubah..

    Emosi suatu yang menarik.. untuk difahami.. kadang kita berasa atau terasa tanpa sebab dan menghukum dan menilai orang tanpa kita sedar orang juka lakukan benda yang sama kepada kita...

    Kenapa kita mengalami semua itu? mungkin kita pernah atau akan jadi seperti mereka.. atau ingatan supaya kita jangan jadi seperti mereka.. yang pasti syurga dan Neraka belum pasti buat sesiapa sehinga ke akhir nyawa.. jadikan segala yang disekeliling kita sebagai cermin dalam menilai dan memandu arah diri..

    Yea.. setiap apa berlaku pada kita sekeliling kita adalah nasihat buat kita.. ingatan dari yang maha kuasa tanpa sedar atau tidak.. dengan kasih sayangNya.. menegur dan menasihati dengan pelbagai cara.. Cuma sedalam mana kita memahami setiap sesuatu yang berlaku dengan hati yang terbuka.. menilai orang dalam membetulkan diri sendiri.. Menegur orang dalam membetulkan diri..

    Tiada orang yang sempurna juga tapi tidak bermakna kita atau mereka perlu sempurna segala hal baru boleh memberi teguran membina.. kerana segalanya adalah pada diri semoga nasihat dan teguran membina membantu diri sendiri jika dan kiranya diri belum sempurna..

    lakukan sesuatu dengan nama yang maha kuasa..
    semoga terhindar diri dari perbuatan sia-sia..

    WallahuAlam.

    diakhiri dengan senyuman.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum senyum~

      saya rasa yg penting niat tu kena betul dulu.. bila niat tu dah betul InsyaAllah yang nak ditarbiah tu akan dapat 'consume' mesej yg ingin disampaikan dengan hati yg terbuka.. kalau dlm niat tu terselit walau sekelumit perasaan 'riak' atau 'nak menyakiti', mmg tak akan berjaya/sampai sesuatu 'tarbiah' itu...

      senyuman dibalas senyuman ^^

      Delete
    2. :)

      Sememang.. Plain..
      Tetapi hakikatnya kita tak tahu niat seseorang kadang terasa seperti mereka "riak" atau "nak menyakiti"? seakan "nada memerli" pun ada kan.. tapi adakah itu yang sebenarnya?

      Atau ada rahsia dari yang maha kuasa buat renungan hati kita..

      Selalunya saya akan tenangkankan hati dan muhasabah diri..
      Kenapa perlu ada rasa tak senang itu dalam diri..
      Sedangkan mereka bukanlah duri..
      Yang bisa menyakiti..

      Cuba terima dengan tenang dan senang hati..
      Ambil kebaikan dalam setiap teguran..
      Walau dalam apa bentuk sekalipun..

      Alhamdullilah selalunya tuhan akan tunjukan hikmahnya
      Dari segala ciptaannya.

      Wallahualam.

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)