Saturday, November 17, 2012

Misteri Nusantara Alam Haiwan

Salam ceria Sabtu buat semua, diharapkan kalian sedang ceria sambil bersantai dipagi Sabtu yang indah lagi permai ini (sambil menaip, sempat pula aku mengusha dedaun pelepah nyior yang sedang berjoget ditiup angin, oh sungguh nyaman pagi Sabtu aku ini, aku bersyukur) ^^

Kali ini aku terpanggil untuk bercerita pasal haiwan pula (dah bosan bercerita pasal ragam manusia, kita masuk topik haiwan pula). Ada pengalaman separa ngeri, pelik dan kelakar yang ingin aku kongsikan bersama kalian, yang mana ianya melibatkan seekor haiwan liar yang penuh misteri (sebenarnya aku ada beberapa cerita pelik lagi kelakar pasal alam haiwan ni, tapi untuk entry ni aku story pasal 1 kes saja dulu) ^^

Ok, sebelum aku mula story pasal pengalaman pelik aku dengan haiwan liar tu, aku nak citer pasal tempat aku sewa masa aku study dulu sikit (lebih kurang 7 tahun yang lalu), sebab kejadian itu berlaku kat situ, iaitu kat bilik sewa sebuah rumah ala-ala homestay murahan (6 bilik berasingan lengkap dengan 1 tandas bagi setiap bilik, dan 1 bilik pantry umum untuk dikongsi semua penyewa), yang terletak di tepi pantai, tetapi dikelilingi dengan semak samun yang agak tebal. Aku menyewa kat salah sebuah bilik di situ untuk aku duduk seorang, RM100/month (lepas aku grad jer tempat tu dah convert jadi homestay yang agak cekik darah, setelah tuan rumah itu renovate tempat itu kasi selesa sikit, pasang ekon dan shower heater bagai, bayaran per bilik pon dah bertukar ke taraf chalet...fuh nasib baik sempat aku blah dulu baru dorang tukar). Security tempat itu agak loose, yang mana kawasan ruang legar open outdoor space berpasir kat luar bilik tu selalu kena ceroboh dek pencuri tanpa disedari oleh tuan rumah yang duduk kat depan tu jer, so pandai pandai la kitorang para penyewa ni menyimpan basikal/motosikal masing-masing kat dalam bilik sendiri dan selak/mangga solex pintu bilik elok elok, always be on guard. Jangan harapkan pintu utama tempat itu walaupun ianya nampak kukuh dan boleh diselak, kerana pencuri ni bukan masuk ikot situ pon, dia akan masuk ikot tembok yang mengadap arah pantai, ataupun dengan memanjat bumbung saja. Walaupun tuan rumah dah ambil inisiatif untuk ‘menanam/memacak serpihan-serpihan besar kaca tajam’ kat atas tembok simen tu untuk mengelakkan pencuri dari masuk ke dalam kawasan tempat tu, puak-puak pencuri tegar ni tetap boleh masuk (nak seribu daya kan, macam-macam teknik boleh apply). Sekali dorang dah masuk ruang legar tempat tu, mana-mana bilik yang ditinggalkan buat sementara (students pergi field trip atau balik kampung pada ketika itu) akan dipecahkan oleh puak pencuri durjana dan dirompak habis-habisan. Sepanjang 2 tahun aku stay kat situ dulu tu alhamdulillah lah, bilik aku dan diri aku selamat. Aku cuma pernah hilang sepasang selipar saja, sebab aku tinggalkan kat luar bilik (selipar murah dah pakai banyak kali pon nak kebas...apakahhh???). Ok, anda sudah mendapat gambaran tempat tu macam mana dulu kan? So barulah aku nak bukak citer pasal haiwan liar yang sebenar-benarnya haiwan, dan bukannya manusia yang berperangai lebih teruk dari haiwan. 

Pada suatu awal pagi yang hening, sedang aku tengah tidur setelah hampir semalaman penat study untuk test (paper ape ntah aku pon dah lupa), tiba-tiba aku dikejutkan oleh sesuatu yang sejuk dan lembap, menempek kat atas kelopak mata kanan aku. Tanpa membuka mata (ada hikmah), secara reflex tangan aku terus memegang benda sejuk dan lembap itu lalu membuangnya ke lantai. Aku pun membuka mata aku yang sangat mengantuk itu dan terlihat seekor katak pisang berwarna hijau+coklat, sedang memerhatikan aku dari jarak lebih kurang 1.5 meter dari katil. Rupanya lebih kurang macam yang dalam gambar di bawah ini.


Pic. source: flickr/musanorazmi

Oih? Katak pisang??”, aku bercakap sendirian, separa terkejut dan masih mengantuk gila. Nasib baik katak tu tak kencing atas mata aku tadi, kalau tidak...perghhh, parahhh. Hari tu tak ada kelas siang so aku memang bercadang nak sambung tidur, kasi rehat ini otak sekejap, nanti nak sambung study balik. Katak itu terus memerhatikan aku, aku mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan katak yang tersesat itu lalu terus menarik selimut dan sambung tidur, dengan mangambil posisi tidur mengiring membelakangkan katak itu. Tak sampai seminit, katak sesat tu kacau aku lagi...kali ni dia lompat atas pinggul aku. Cisss memang nak kena ini katak durjana, mengacau aku nak tidur...dah la mengantuk gila! Aku terus menepis katak itu dengan laju dan sekali lagi dia mendarat kat atas lantai. Aku bangkit duduk atas katil dan bagi ‘death stare’ sama katak itu, sebagai satu bentuk ugutan yang membawa maksud: “Jangan kacau aku nak tidoq la katak bengap, hang nak mampoih ka?”, dan terus tarik selimut balik...aku memang mengantuk tahap dewa dan tak ada tenaga lagi nak perang dengan katak tu sambil halau dia keluar, aku mengambil keputusan untuk tangguhkan niat aku itu setelah aku ‘recharge energy’ aku balik, dengan harapan dia tak kacau aku dah dan pergi la melompat kat tempat lain pulak sementara aku nak tidur ni. Tak sampai 2 minit, katak itu telah...melompat kat atas aku lagiii, buat kali ke-3 berturut-turut!! Apakahhh??! “For real??! Maji de korra kanben shite kure yoo tenme!!” (merapu aku dalam nihongo sesorang, yang membawa maksud: Biar betul kau ni give me a break la you jerk/freak!!)...aku pun terus naik bengang dan memaksa diri aku untuk bangun dan berperang dengan katak itu untuk menghalaunya keluar dari bilik aku once and for all (dah macam Mr.Bean aku rasa diri aku waktu itu). Katak pisang itu memberontak, dia mula melompat dengan menggila dengan mengambil jarak yang jauh untuk setiap satu lompatannya, macam tak logik saja aku tengok kebolehan dia melompat (dari lantai ke tingkap, melekat kat tingkap, dari tingkap ke meja, dari meja ke rak buku...epic). Aku dapat agak dia masuk dari mana, mesti dari lubang udara dinding kat atas ruang tingkap bilik sewa aku tu, yang mana kat sebelah luar sana adalah semak samun. “Pi balik semak samun laaa!”, aku berkata sambil menghalaunya dengan sebatang penyapu, setelah aku membuka pintu bilik aku luas-luas dengan harapan dia melompat keluar. Lompat punya lompat, katak pisang itu landing kat depan pintu, masih di dalam bilik sambil dia membelakangkan pintu, melihat aku seolah-olah nak bagitau aku yang dia tak nak keluar. Aku berdiri kat depan dia, lebih kurang jarak 4 meter, ready memegang penyapu seperti sebatang baseball bat. Ntah kenapa di saat itu aku dapat merasakan suatu aura dari katak tu yang dia akan melompat ke arah aku, meluru seperti sebiji bola lisut ke arah aku tanda protes tak nak keluar. Gilaaa...memang betul pun firasat aku yang terdetik di kala itu, dia terus melompat straight kat aku...aku pun perati arah dan momentum lompatan dia bebetul (siyes aku ingat lagi detik tu) dan terus menghayunkan penyapu itu sebijik macam nak memukul bola lisut, dan...berjayaaaaa!!...katak itu terus terpelanting keluar dari bilik aku...yoshaaa watashi no kaaatsu!! (nihongo: yezzaaa victory is mine!!). Terus lepas tu cepat-cepat aku pergi tutup pintu bilik aku semula. 

Hah leganya boleh sambung tidur balik...owh dreamland here I come...tengah aku ready nak sambung tidur balik, aku terdengar bebudak perempuan yang menyewa kat bilik sebelah aku tu pulak terjerit-jerit, “Katak!! Katak!! Eeeee!!”,  lepas tu suara sorang lagi, “Baldi! Cepat cekup katak tu guna baldi!! Buang dia kat luar!!”, dan sorang lagi, “Eeee, kau la buat!! Cepat laa eeeek!!”. Hahahahhahahahaaa....tergelak aku sorang-sorang sebelum aku terlelap dan masuk dreamland...LoL!! XD 

Begitulah kisah aku dan seekor katak pisang yang perv dan penuh misteri. Aku pernah story kisah ni kat beberapa member aku dulu, dan salah seorang dari mereka cakap, “Itu mungkin bukan seekor katak yang betul...itu mungkin makhluk jadian, tempat ko stay tu keras kan? Makhluk misteri ni memang boleh merupa jadi hidupan lain, biasanya animals la”, lalu aku jawab, “Ya, mungkin juga...yang aku penah dengar, ular....huh macam-macam ada woo, misteri nusantaraaa”, dan seorang lagi tambah, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi....misteriii”. Hampeh... XD 

Okies, seperti biasa mana yang baik silalah amik buat pengajaran, mana yang buruk jangan dok ikut~

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)

29 comments:

  1. Memang katak yang sangat gatal..cari port2 yang sensitif untuk dilompat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelmaan ero-sennin barangkali, dia kan ikat kontrak ngan ninja2 katak...LoL XD

      Delete
  2. Mungkin katak tu jelmaan pencuri yang mahu mencuri. Memandangkan bilik tu tak pernah kena lagi.... mmmmm. Make sense...

    ReplyDelete
  3. hmmm hang ada tabiat beri reaksi atau melatah dalam bahasa jepun.... menarik nih.

    ReplyDelete
  4. Hahaha... katak jadi bola lisut. Suppose, dia dah mati xpun patah anggota. tp hidup lg.
    Mmg ajaib!

    Br aku hengat dulu aku penah wat keja free bersihkan balai raya kampung orang lain yang dah bertahun2 tak guna. Dah banyak kelawar..
    Ms gotong royong, aku dengan sangat teruja nak tebang semak samun guna parang yg panjang giler almost 1m. Tetiba seekor kelawar datang macam nak serang (cuak jer lebih kot aku time tu). Sebab terkejut, aku smash kelawar tu guna parang macam aku smash masa men badminton.

    Ops!Putus! Mati on the spot. Gilaaa! Semua orang pandang aku dengan pandangan cam kejam giler.

    Aku x sengaja kot. huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih aku jenis kesiankan haiwan skit, kalo dia bebetul bahaya baru aku kill (with mercy) ^^, katak tu aku pukul separa deras jer dgn batang penyapu separa keras, asal lepas keluar terpelanting dari bilik jer...hahah XD

      hoih parang nak dekat 1 meter? gellaa pedang samurai ka apa tu Len? hahah ya aku paham tindakan reflex ko sbb terkejut...jgn main2 sama 'le Len'..LoL XD

      Delete
    2. huhhu..sis2 sekalian kenapa korang garang sangat.. huhuhu menakutkan.

      -the hell-

      Delete
    3. sy pernah bunuh lipan n kala jengking besar bapak masuk rumah..dua binatang ni mmg susah nak mati..

      Delete
    4. heheh...dah katak tu kaco sis tido, mmg saje cari pasal tu..XD

      Delete
    5. oih lipan?? ya sama juga dgn sis...penah bunuh lipan bara gila besar(lebih kurang 15cm length,3cm wide) satu malam tu dalam bilik yg sama, terpaksa guna mug porcelain utk hancurkan kepala dan sengat dia (sbb tu saja objek yg boleh dicapai tangan), sambil kaki tngah pijak kayu mop yg sis guna utk tindih lipan giant tu...lipan tu punya la besar gila, dia menggelupur smpai bergoyang-goyang sis yg tengah pijak kayu mop tu sambil mencangkung, menggunakan berat badan sis sepenuhnya utk menahan kayu mop tu, utk halang lipan tu dari terlepas, smbil tu capai mug n bunuh dia (gila...tu lagi satu pengalaman epic, kalo kena sengat, boleh mati atau koma)...sebelum tu dia melata atas ibu jari kaki (ingatkan lipas sbb mata tertumpu kat laptop, bz typing lab report), bila tengok ianya seekor lipan tahap amazon tudiaaa bapak tergezut sis, cuak gila...dah la pkol 2-3 pagi...lps bunuh dia sis gi amik pembaris, letak sebelah dia, pstu amik gambar lipan tu, simpan buat kenangan...hohoo ^^

      Delete
    6. mmg lipan ni aim kaki kot (sbb panas kot)..pernah jg naik kaki lepas tekejut tendang lipan tu sampai kat langsir..punyalah susah nak cari lipan tu kat langsir sbb warna lebih kurang (hitam)..huhuhuhu..memamg sakit jantung dbuatnya..

      pernah sekali mak kena gigit lipan yg medium size..masa tu merayap depan pintu rumah..mak terkejut lalu pijak dgn kaki. pijak separuh badan, tapi separuh badan lagi mengelupar n menyengat kaki..dlm beberapa saat lps tu mak rasa pening2 nak pitam..bapak terus bwk pg emergency..nasib baik tak da apa2 lepas bagi suntikan..kaki bengkak bbrapa hari..

      Delete
    7. owh ya sis, kalau gambar lipan tu masih ada, kasi tunjuk lah sis..

      Delete
    8. oihh ada request??

      hahah ok...nnt next entry sis ckp psl lipan tu pulak, godek2 laptop td baru jumpa pic lipan lama tu, hah ada lg rupanya pic berusia 7 taon tuh (tp low pixel la sbb digicam masa tu tak best lagi, saman tu la kan) ^^

      Delete
    9. Hmm.. yang sgt menggelikan sekarang ni lipas terbang.
      Ahhhhh! nightmare.

      Delete
  5. wah,lama tak singgah sini..hehe

    ReplyDelete
  6. katak? selalu lepak kat dalam kasut. pepagi nak gi kerje, arghhh sial tak leh pakai kasut. aku campak je kasut tu kuat2 ke lantai. betul pun si katak kat dalamnya! yuckkk! tp now rak kasut dah bwk masuk rumah dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...antara sbb utama kenapa aku tak suka kasut bertutup penuh...phobia kalo2 ada labah2 brbisa ke, lipan ke, penyengat ke tgh lepak kat dlm tuh...aku prefer sandals or selipar jer, liberated ^^

      Delete
    2. alamak.. kenapa ko cakap mcm tu.. warghhh aku pun tiba2 jadi meremang weh. minta dijauhkan la binatang2 tu dok buat tmpt lepak plk.. wawawawa.. tadi pun time nak popo, tiba2 ada lipas kat lantai, melompat aku terus panggil laki aku tolong bunuhkan.. sib baik x sempat popo lg.. T_T

      Delete
    3. warghahaha laa lipas pon nak takut ka pizza? hahaha bleh tahan penakut jgk la ko yer <- cyber bullying? LoL XD

      Delete
    4. yela.. ce ko tgk betul-betul mata n sesungut dia.. peratikan.. giler geli dowwww~~~

      Delete
    5. tak ah aku rasa depa cute :>

      LoL hahah!..ye ye aku paham ko simply detest roaches XD

      Delete
  7. ada pengalaman 'bergelut' dengan katak dalam bilik air.masa tu dah masuk tndas dan dah lock pintu.baru sedar ada katak tengah melekat kat dinding.warne coklat,taktau spesies ape.tiba2 dia melompat dan melekat kat seluar jeans saya.menggelabah giler masa tu.segala hikmat lompat dengan penendang dah keluar.katak tu lompat gi kat penjuru dinding.kelam kabut saya buka pintu dan keluar dari tndas tu.masa tu ade org kat luar tndas,dia tgh wat muka hairan..mesti sebab dia dgr bunyi kecoh2 dalam tandas tu tadi. Dengan muka control macho,saya pun "paip..paip bocor",pastu cepat2 cabut.hmm..agak memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LoL!! XD
      ..kalo bleh melekat kat dinding tu sejenis katak pisang la tu, bahaya kalau dia kencing jer, tu senjata utama dia..hahah agknya katak pisang ni mmg suka kacau orang tak kira siapa kot XD

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)