Monday, October 13, 2014

Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2!!!

Salam ceria Monday blues buat readers and followersku yang baik serta comei belaka sekalian~ Baiklah... seperti yang telah diwar-warkan pada entri yang sebelum ini............,

Nahhh, ini dia! Contest GA #2!! yang berbentuk "sila isikan buih-kata (speech bubble)" dalam komik pendek 2-panel yang aku lukis khas untuk tujuan contest ini~ :D 

~Banner Contest~


Tak susah pun contest nih (serious tak susah ;p), anda perlu save image komik kat bawah ni, isikan dua speech bubbles kosong tu dengan dialog sengal lagi kreatif anda sendiri (sila rujuk pada syarat-syarat di bawah), dan seterusnya publish kat blog kalian. Jangan lupa save image banner contest ini sekali, kendian linkkan banner tu ke entri ini sebelum publish entri kalian okehhh~ ;3


~Syarat-Syarat~

1. Anda kenalah ada blog sendiri (yang tak private), dan follow blog ini~ ^^
2. Anda mesti ada akaun Blogger, Wordpress atau Tumblr. Anonymous?? Maafkan aku yer~ ^^
3. Buat satu entri khas untuk contest ini. Tempelkan banner contest yang ada di atas ni ke dalam entri anda, linkkan ke entri ini, ingat... ke ENTRI INI tau, bukan link ke blog secara umum ^^
4. Isikan speech bubble komik di atas dengan ayat mengikut kreativiti anda sendiri, dan tempelkan ke dalam entri tersebut. Sekiranya kalian isi dengan tulisan tangan dan scan, pastikan tulisan tu boleh dibaca dengan mudah. Bersempena dengan konsep blog ini yang chillax (chill + relax), dialog yang paling menarik, lawak dan sengal akan ada harapan tinggi untuk menang ^^
5. Bahasa untuk dialog? Gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Manglish pun boleh). Hanya 3 "bahasa" ini sahaja yang dibenarkan untuk contest ini. Oh ya, tak boleh tambah speech bubble extra ya, hanya boleh isi ke dalam 2 speech bubbles yang telah diperuntukkan saja ^^ 
6. Dialog yang menyentuh sensitiviti masyarakat secara melampau, kaum dan agama, berunsur politik melampau, lucah dan apa-apa yang tidak sepatutnya, akan terbatal penyertaannya secara otomatis, tidak akan dimasukkan ke dalam link penyertaan terus ^^ 
7. Kalian mesti post link entri kalian di ruangan komen kat sini sehabis-lambatnya pada 10 November 2014 sebelum 12.00 tengah malam itu (tempoh contest: 4 minggu). 
8. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri terbaik, dan semestinya memenuhi syarat. Keputusan adalah muktamad. Sebarang bentuk bodekkan atau kipas-mengipas tidak akan dilayan sama sekali (hahaha). Untuk bersikap lebih adil, jumlah total entries bagi contest ini perlulah mencapai sekurang-kurangnya 10 penyertaan pada saat tamatnya contest ini. Sekiranya jumlah peserta tidak sampai pun 10 orang, contest ini akan terpaksa dibatalkan (atau dilanjutkan tempoh contest huhuhuu~) 

~Hadiahnya pula?~

3 peserta dengan entri yang terbaik akan memenangi sehelai T-shirt setiap seorang (pilihan warna: hitam/putih/kelabu), yang mana T-shirt ini akan mempunyai print-design yang telah direka khas oleh aku, bertemakan contest ini. Tiada istilah johan, naib johan dan pemenang tempat ke-3. Three best contestants will get one T-shirt each~ 

Para pemenang perlu pilih antara 3 warna ini, dan bagitau aku saiz baju kalian (email me at yehaa04[at]yahoo[dot]com)~

Untuk semua yang menyertai contest ini (tak kira menang atau kalah), aku akan follow blog kalian. Mana yang aku dah follow tu, aku akan selalu-selalu la jenguk kalian nanti yer, hahah ^^ 

P/S: Aku tak retilah nak print sendiri T-shirt.... silk-screen ka, heat-press ka, semua tu memang aku tak tau... maka aku cuma design grafik saja dan seterusnya deal dengan saudara Rizal Paperbag Head yang ohsem untuk handle job shirt-printing, like a pro! (Timakacih bro for agreeing to be my ohsem shirt+printing supplier! Tri-Globe Art Studio rules! I'm counting on you~) X3

(ノ>▽<。)ノ

 ~Senarai Peserta~


)))**...TAMAT SUDAH...**(((

Arigatou for joining minna-san!!! 

)))UPDATE!!!(((
Keputusan para pemenang (3 orang) ADA DI --> SINI!!! XD

Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^=)

75 comments:

  1. gambar kartun pun tak tunjuk muka..hihi...all the best for the contestants..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, muka kartun itu is part of my image in this blog~ XD

      Delete
  2. Mmm...menarik ni...Insya Allah Join

    ReplyDelete
  3. Dah join!!!!

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
  4. ana join
    http://adna2029.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
  5. hai awak! sy lambat baca komen tu. wuwu busy :'D
    thanks ajak. kiki bak aa satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keskeskes... takpa shada, ada banyak masa lg... weekend nnt kalo2 free join ler ;3

      Delete
  6. Replies
    1. heheh 2 entries?? kewl... aku suka hahah XD

      Delete
  7. Aku pertaruhkan isi buih kata komik versi aku Plain :

    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/10/ohaiyo-contest-ga-2-isi-buih-kata-komik.html

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana menjemput Pak Ngah ambil bhg. Tapi dah tak larat. Bagi chance lah orang2 muda bertanding. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee thanks PakNgah mai jenguk jugak sini XD

      Delete
  9. Wooot!! Nak join2!
    Tapi nk tanya jap.. ada limit ke nak hantar berapa banyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooot~ XD
      Takda limit, tapi kena letak dalam satu entry yg sama tu jugak, macam yg Kasut Kusut dan DeaDay buat tu ^^

      Delete
  10. saya join
    http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
  11. Salam, aku dah join..
    http://thekreatifketayap.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-plain83-isi-buih-kata.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudiakkk... hahah baguih2!! XD
      banyak entries, lg tinggi kebarangkalian untuk menang 1 t-shirt (one t-shirt per contestant) ;3

      Delete
    2. Hahaha.. banyak2 ni bukan kira bodek pun kan??? xD

      Delete
    3. tiada unsur bodek-membodek mahupun rasuah dikesan, ko clean X3

      Delete
  12. wow, menarik kot contest ni.. tapi kena cari idea dulu nak buat dialog. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee sila sila, takpe ada banyak masa lagi ^^

      Delete
  13. tq for invite sis..
    tapi bila stalke kat blog2 yg dah ambik bhagian
    itu semua kaki anime n komik..
    ai... ada pluang ke nak mnang.. ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sobri, kalau tiba2 ada idea last minute nanti, join laa~ ;3

      Delete
  14. Aaaaa, kena bookmarked dulu page ni. Kalau ada ilham, nak joinn. hehe

    ReplyDelete
  15. hmmm baru nak hadiahkan RM50k...hhehehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoo ada rasa nak jadi co-sponsor ka danny? boleh jer, still not too late~ ;3

      Delete
  16. Hai Plain,
    aku baru schedulekan entri penyertaan pd hari ahad 19 Oct pukul 9...
    ni link dia.

    http://cerolian.blogspot.com/2014/10/Plain83.html

    Nanti link dr open, datang laa check yek...heheh

    ReplyDelete
  17. Yang dulu kontes, aku menang. So kali ni, aku buat memain jer... kang menang lagi kang, boleh mendatangkan syak wasangka di kalangan rakyat jelata... koh koh koh

    http://aujinz.blogspot.com/2014/10/abang-join-kontes-lagi.html

    ReplyDelete
  18. thanks singgah, jemput join contest ini juga ya ^^

    ReplyDelete
  19. aku join :)

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak2 cerita pendek sendiri? creative~ ;3

      Delete
  20. tumpang join..^_^

    http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohsem, dengan ini contest ni sudah menjadi valid kerana jumlah peserta minimum (10 orang) telah tercapai dengan penyertaan anda~ thanks, and nice dialogs too, i loike~ ;3

      Delete
  21. saya join!...hiiii done follow ur site...
    http://ladiesingreen.blogspot.com/2014/10/pandai-hutang-pandai-laa-bayar-ekk.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice~ sokong hutang perlu dibayar! hahah thanks join! ;3

      Delete
  22. Wah best nie..join juga lah..nanti saya hantar..kena fikir idea dulu..hehehe..serius benau bunyinyer..btw saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik yer =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Hai :) Shera join contest ni :D macam seronok je kann !

    http://sherarazif.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
  24. Blogwalking.... but i like running man.
    Awesome blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, do join my contest, think of them as characters in running man ;p

      Delete
  25. Le jus otak : http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
  26. saya join contest ni :3

    http://rim-yeanna.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
  27. Salam (^^<) saya join sekali ya. terima kasih sbb anjurkan contest ni. follow dan kalau ada masa akan berkunjung ke entri2 sebelumnya.

    http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm, thanks! Err... tu link entry blog sayalah... salah paste link tu... huhu (^^;)

      Delete
    2. heheh, ya... mom knows best ;p

      http://hzinnirah.blogspot.com/2014/11/contest-isi-buih-buih-komik-2.html

      Delete
  28. wau..ramai gila yang join..tunggu aku carik idea lah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. join bero, join... hang kena join kali ni bero ;3

      Delete
  29. Bestnya hadiah diaaa. XD tapi.. takde idea la .. tak kretip. huhu

    ReplyDelete
  30. http://kylifa.blogspot.com/2014/11/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html
    joined dah! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waah dari sabah, dialog menarik bah, thanks join! ;D

      Delete
  31. http://umikasum.blogspot.com/2014/10/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popular betoi topik hutang ni kan... hahah, yes hutang perlu dibayar! ;3

      Delete
  32. gomenasai sbb lewat.... ">_<

    Blogger ID: Nisa Greennnpanda
    Link: http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2014/11/contest-ga-2-isi-buih-kata-komik-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. iie iie, mondai arimasen yo, arigatou nisa-chan~ ^^

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)