Sunday, January 25, 2015

Merayau mencari burger pulak...

Salam ceria hujung minggu buat para pembaca yang ohsem sekalian, how's your January so far? Cuaca kat sana amacam? Hujan ke panas ke sejuk? Di Perlis sekarang ni panas dan kering, malamnya pulak sejuk... sudah agak lama hujan tak turun, malam-malam akan kedengaran suara kekatak menyanyi memanggil hujan. Power suara kekatak tu... kalah suara aku menyanyi untuk cover lagu... hahaha.*Gelak kat joke sendiri yang lame*.

Ok, entri kali ini adalah berkenaan sebuah kedai makan kecil dan cute yang bernama "Burger Republik", terletak di tepi jalan Repoh, Perlis. Restoran ini kelihatannya seperti baru saja beroperasi, terletak bersebelahan aje dengan the more famous and busy "Aura Steamboat n Grill", yang mana kedai steamboat tu sangatlah fofuler dan telah mendapat banyak reviews dari bloggers tempatan. Oleh kerana ianya sudahpun dikenali ramai dan sudah banyak blog reviews pasal Aura yang cambest sangat tu, maka aku rasa seperti takde perasaan je untuk bercerita pasal Aura. Aku nak bercerita pasal jiran dia, si "Burger Republik". Heheheh...

Last weekend at Burger Republik, with my sis. After doing some grocery shopping we just felt like checking this place out and trying their burgers.

The place looked like a nice, small, comfy, rather quiet food place to just chill and enjoy a rather nice view on a sunny evening with a clear sky and conscience, boleh nampak pemandangan sawah padi kat seberang jalan sana, sweet. Eh? Kenapa ada banyak pokok lidah buaya kat sini nih? *Pandang kiri pandang kanan, tetiba perasan ada banyak pokok lidah buaya kat sini, lepas tu nampak ada product display di sebalik dinding kaca, AloeVera cream*. Oooh... kedai ni bukan saja sebuah restoran beger, kedai ni juga menjual produk kecantikan ala-ala spa gitu, AloeVera cream. I see, so this place is not entirely a restaurant. *Angguk angguk*. 

Banner reads: Burger Republik
Anda nampak apa yang aku nampak kat picture ni? Kalau ada sapa2 yang boleh point out dengan tepat apa yang aku maksudkan di sini, aku bagi hadiah... hehehe~ ;3
Lidah buaya dan gitar kapok (broken strings) sebagai deco...
Okeh... sekarang mari kita tengok rupa makanan dan minumannya pulak... oh sorry aku lupa nak snap gambar menu, agak rambang mata memilih hidangan makanan dengan nama-nama yang agak unik.

Avocado juice (mine) and Lemonade with lychee (my sis's). Aku bagi rating 3.5/5 untuk Avocado juice.
Meatballs special with fries, O.K lah... meatballs dia boleh tahan sedap. Aku bagi rating 4/5.
My sis ordered  fettuccine with mushroom sauce. Aku ada rasa sikit dish ni... hmm, nope, not good, something was off with the sauce, and the pasta was not properly cooked. Nasib baik aku tak rasa nak makan pasta time tu... hehe, sorry BR. ^^
 Lepas tu kami order 3 bijik burgers as take-aways (tapau). I ordered a grilled lamb burger with cheese, while my sis ordered a beef burger, and a chicken burger, both without cheese. Dah siap makan, bayar di kaunter kat dalam, lepas tu ciao. The price? Total price untuk semua makanan dan minuman yang kami order ialah............,

*
*
*
*
*

..............ngam-ngam, RM50 saja. Yes, that's the total price for everything we ordered. Awesome right? Mesti korang ingat jumlah harga semuanya dah melebihi RM60 kan? ;3

...dan, inilah dia rupa burger kambing yang aku order tu, besar dan padat. Aku potong dua, makan sebelah dulu, sebelah lagi simpan dalam fridge. Esok tu baru aku sambung makan lagi sebelah. Aku bagi rating 4.5/5, daging kambingnya padat dan mantap, flavor pun ohsem. Lepas makan tu, aku mula pikir pasal cholesterol level pulak... hahahah~ X3
Bye-bye BR, see you when I see you. Bila-bila rasa nak makan burger kambing lagi, ai datang jenguk, okeh? ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

O.K, O.K... aku cerita jugaklah sikit pasal Aura Steamboat n Grill yang ada kat sebelah kedai ni, sikit saja aku nak cerita... nah 2 keping gambar berserta sedikit caption ;3

Steamboat n Grill at Aura's, with my sis and cousin. Kejadian ini berlaku seminggu sebelum aku menjejakkan kaki ke Burger Republik yang merupakan jirannya yang kelihatan agak sunyi (tetapi menarik) itu. Hahah~ ;3
RM13 per person, grill atas arang yang membara. Stok daging segarnya agak terhad, kena berebut dengan para pengunjung lain yang ramai and mostly cuma nak aim ambil hirisan2 daging dan ayam saja... huh, well, that's a typical scenario in this type of restaurant. Flavor? Boleh lah... average. Tarikan tempat ini ialah, anda boleh bayar guna mykad yang telah diaktifkan.

Nak tau lebih lanjut pasal tempat ni? Boleh google je nama kedai makan ni, serius, banyak orang dah review tempat ni, popular baq hang~ ;3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

18 comments:

  1. Sedap burger kambing tu..padat isinya..cantik restoran tu..dekorasi menarik...arghh..steamboat..dah lama x makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sedap tapi bahaya, tak boleh selalu... risau cholesterol huhuu, tatottt~ X3

      Delete
  2. Untuk gambar ke-3 tu,
    aku tak pasti apa yg kau nak point, tapi kalau aku, yg menarik minat aku ialah ada satu dot bintang dekat garis sempadan nautical twilight dalam gambar tu, which was sangat rare pada aku yg takkan nampak fenomena sebegitu kalau duduk di KL.

    ..and langit dia warna macam bendera perlis terbalik...Hahaha

    Dan kau bersalah sebab aku jadi terliur tengok burger kambing tu...Dah laa aku dalam usaha menjaga tahap kolesterol diri...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. "..and langit dia warna macam bendera perlis terbalik...Hahaha"

      dayyumm you're a sharp one, nanti claim hadiah dari aku kat email atau hangout app... huhuh! hmm aku bagi hadiah topup, aci dak? X3

      cholesterol level tu tanggungjawab semua orang cEro... termasuk aku, aku bersalah pada diri aku sendiri jugak! *terus teguk teh-o campur madu n cinnamon* X3

      Delete
  3. Okay sempoi. Aku mula merenung luar jendela.. Tercari-cari, apa la yang aku missing..hahaha..Fine, I cry in the rain. Topup sendirik jela.. ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't cry in the rain haira, nanti demam... ;p

      Delete
  4. Boleh tahan power menu kat kedai makan tu. Sekarang ni musim kering, biasa orang utara lepas kerat padi, depa buat perun. Habis jerebu, tapi sat ja la. Tak macam jerebu kat KL ni. Langit cerah sat ja bila time hujan, lepas tu jadi jerebu balik.

    Cerita pasal katak panggil hujan ni, aku teringat lagu retro Jepun, Ribaibaru yang Mayumi Itsuwa nyanyi. Bila dengar betul-betul kat earphone, aku ada dengaq bunyi katak kat muzik latar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. majide?? okeh japgi aku google cari lagu ribaibaru X3

      Delete
    2. huyoo retro betul, legend tuu... heheh

      Delete
  5. plain! aku nak claim mintak hang belanja aku makan kat burger republik ni je tolonglah huwawawawa lapaqqqq T_____T

    aku tak pedulik kolestrol tinggi ke rendah ke lantakkan. yg pnting aku nk hg belanja aku jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ohh bulehhh... nanti kalau ada chance mai peghelih tu sila roger aku naa, hahah~ ;3

      Delete
    2. seriyes??? aku mark siap2 nih! ehehee

      Delete
  6. Sedapnyaaaa burger kambing tuuuu!!!! :)

    ReplyDelete
  7. power2 makanan dia... pehhh kalau kena burger kambing bakar tu memang lah terangkat betul tu... steamboat tu kuah dia nampak sedap sangat macam shark fin soup plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. shark fin soup? erk... jangan makan sharks, tak elok... banyak urea dalam isi dia, eeee not good man, not good...

      Delete
  8. Boleh tahan harganye berbaloi-baloi.... avocado juice tu nmpk sedap la

    ReplyDelete
  9. Burger kambing tu nakk? Jauh nya nak p ke Perlis nuuuu...tgu nak p lngkawi baru sampai sana kut...

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)