Monday, February 15, 2016

Anker or not, terima sajalah.

Salam. Hey gaiz, sorry for the hiatus. Kebizian melanda (macamlah aku sorang je yang busy, lelz), serta gangguan internet melanda.

Aku tengok ada beberapa rakan bloggers aku dok pakat mengepos cerita anker atau seram masing-masing ni, maka aku pun decided to just hop on the bandwagon sajalah, senang cerita. Kebetulan pulak baru-baru ni memang ada satu "kejadian" yang agak anker dan mysterious telah disaksikan dan dirasakan sendiri oleh yours truly, and so... here goes ;3

Pada suatu senja yang hening kira-kira sebulan yang lepas, ketika aku sedang mengerjakan solat Maghrib bersendirian di dalam bilik aku, aku tiba-tiba dikejutkan (takdelah terkejut sangat pun) oleh suatu bunyi seperti derapan air hujan (atau slow shower) yang tiba-tiba datang mencurah (takdelah mencurah sangat, macam ada orang tumpahkan air dalam bentuk beberapa titisan air yang besar - "drap drap" bunyinya), betul-betul di atas carpet beberapa centimeter saja jaraknya dari kedudukan kaki kanan aku. Aku buat-buat tak dengar dan tak perasan akan kejadian itu atas sebab mahu terus fokus dalam menghabiskan solat aku dulu, dah siap solat nanti barulah aku akan selidik selayaknya. Namun begitu, datang lagi satu bentuk "gangguan/cobaan" yang cuba mengalih perhatian aku dari terus mengerjakan solat dengan sebaik mungkin yang boleh aku buat, dan cobaan itu datang dalam bentuk "bauan". 

Hohoo... okay, at this point aku agak mesti dah ada di antara kalian yang fikir itu adalah sebuah prank dari mana-mana manusia lain, atau ada kucing jantan yang datang kencing di atas carpet kat sebelah kaki aku, atau ada tumbler minuman aku yang tiba-tiba tumbang dan menumpahkan sedikit kandungannya ke atas carpet. No, but not bad, not bad assumptions, logical... but still, those assumptions are inaccurate. Please continue reading ;3

"Bauan" yang tiba-tiba datang menerpa mengusik deria bau aku itu semakin lama menjadi semakin kuat. Baunya...... adalah suatu bau yang...... wangi gila. Wangi bagaikan perfume yang menggunakan Pandanus amaryllifolius (baca: daun pandan) sebagai bahan asli utamanya. Aku jangka mungkin ada mana-mana individu berdekatan yang sedang sibuk merenehkan seperiuk besar air daun pandan bagi tujuan membuat kuih traditional berperisa pandan asli. Selesai saja solat, aku berdoa sekejap seperti biasa, kemudian aku melipat kemas kain telekung serta sejadah, dan mula mencari clues untuk menyelesaikan teka-teki yang timbul tanpa diundang tersebut. Perkara pertama aku buat ialah, aku pergi petik suis lampu kalimantang bilik aku (tadi aku solat dalam keadaan 'dim light'). Kemudian, aku pergi "inspect" kawasan carpet di sebelah kaki kanan aku sewaktu aku solat tadi. Aku dapat lihat ada kesan beberapa titisan cecair yang telah ditinggalkan oleh sesuatu makhluk. Ada bau pandan yang kuat di situ. Aku dongak ke atas, melihat siling bilik aku. Aku tak nampak apa-apa kesan kebocoran air. Aku lihat di bawah katil, di sebalik meja dan rak, tak nampak pulak kelibat apa-apa makhluk. By this time, aku dah dapat syak binatang apa yang "honaq" (nakal) sangat ni. Dia ni sebenarnya tak anker pun, cuma sifatnya yang mysterious and illusive tu yang menjadikannya sedikit menakutkan. Mungkin dia ni jugalah makhluk sama yang suka membuat bising di atas siling bilik aku semenjak-duamenjak ini.

Setelah dua hari menahan perangkap di kawasan luar rumah yang berumpankan sebiji pisang berangan ranum, makhluk misteri itu akhirnya tertangkap jua. Makhluk sebesar seekor kucing dewasa itu (aku tengok dia ni macam masih di peringkat remaja lagi) akhirnya dihantar ke sebuah mini zoo yang diusahakan oleh seorang pakcik yang sayangkan haiwan-haiwan liar tempatan yang eksotik serta terancam. Sekian, mystery solved ;3

Hai, akulah si Musang Pandan. Kencing aku layak di-perfume-kan dan dijual ke seluruh pelusuk dunia dengan harga yang mahal. Hebat bukan?..... Nope, you shouldn't pee near/on someone kid, especially when that person is performing her prayers, you bad, BAD Tanuki.

The end. Tak anker pun. To those who were hoping for a scary ending, sorry for the disappointment. Sumimasen deshita~ *bows*

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

28 comments:

  1. tak pernah jumpa lg musang pandan..ni species minyak wangi kasturi..dari haiwan jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, agaknyalah kan... tapi geli la, huhuh...

      Delete
  2. And here I expect something to keep me from falling asleep.. Thanks for the prank, Plain..

    Aku ingat nama musang pandan tu saje-saje orang bagi sebab amusing, mungkin? Memang kencing bau pandan eh? Interesting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, baru aku tau kencing dia bau pandan.

      Nasib dia kencing diam2, kalau diterkamnya masa solat. Hmm2

      Delete
    2. @Monaliza
      You're welcome, Mona :p
      Yep, macam ada orang rebus air pandan kat sebelah kau. Kalau orang yang tak tau pasal musang pandan ni, sah2 dia ingat ada langsuir wangi ka apa.

      @ben osman
      Hai ben, welcome to my humble blog ;3

      Delete
  3. Okay.Ko dah wat aku terase nak pergi cari musang atas siling umah aku ni. Nak try hidu bau piss dia. *Im not weird just overly curious. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nasihatkan jangan, kot terkena musang spesis lain, merana hidung ko. Lulz X3

      Delete
  4. Bila hang dok cerita pasal bau pandan, aku dah agak dah ending dia.. sebab hanya musang pandan jer yang bau macam pandan... wkwkwkw

    selain itu, Nasi Lemak yang di masak dengan daun pandan.
    uihhh.. lapolah plak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ha'ah, nasi lemak daun pandan tu, warna hijau kan? Aku tak pernah makan lagi, nanti nak kena try X3

      Delete
    2. Sedap... trylah.. aku baru makan semalam.. wkwkwkw

      Delete
  5. Rare ni musang pandan! :) Rasanya kalau ada bintil bulu kat badan dia boleh dijadikan bintil haruman kasturi, since pee pun dah bau wangi pandan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PokNaa! XD

      Memang rare dia ni, hehe. To me, apa-apa jenis wangian dari sumber haiwan ni menggelikanlah, dan "was-was". Huhuh...

      Delete
  6. Uih. Ini rare!
    Memang tahu kewujudan musang pandan ni, tapi seumur hidup tak pernah jumpa lagi sebab musang (terutamanya spesies bukan biasa) sangat laa terer nak sorokkan diri.
    Tengok warna bulu dah tahu dia power camouflage. Untung oo dapat tangkap dan tengok. Tapi kesian pulak bila nampak mata bersinar dia tu mintak belas ehsan dilepaskan...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ninja in da house (more like on the attic) ;3

      Dia ni budak lagi. Mula-mula aku tengok dia dalam sangkar musang tu, dia macam ketakutan, dia rapatkan badan dia kat bahagian sangkar paling jauh dari aku, dan berbunyi dengan nada base low frequency: "erp, erp, erp". Tapi lepas beberapa minit dia tengok aku dok marah-marah kekucing aku yang tak abis-abis sibuk dok kacau aku, musang ni mula tunjuk "minat" nak mai dekat. Dia buat gaya macam nak hidu-hidu tangan aku bila aku letak tangan dekat dengan sangkar tu. Lepas tu aku pesan kat dia, "Jangan pi kencing dekat orang dah naa, tak baik... lagi-lagi kalau orang tu tengah semayang. Tak baik tau". Lepas tu dia tengok aku dengan mata bersinar. LoL

      Delete
  7. Hahahaha comelnya nama musang pandan.

    Gua ni musang biasa pun xpenah tengok, apa lg yg eksotik2, huhu. Eh jp, musang tu fox kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni musang yang lebih kepada raccoon rasanya, kalau fox tu dah masuk keluarga dogs. Musang pandan ni makan buah, macam tupai ;3

      Delete
    2. heheh raccoon ada x kt malaysia? chivet? omg comelnyaaa mcm chivalry :p

      Delete
    3. Kira raccoon dan chivet ni sedara-mara la... gitu, raccoon kat US sana, chivet kat Asia Tenggara sini, tanuki kat Japan sana ;3

      Delete
    4. Oh ya, si musang kopi luak tu kira sedara terdekat musang pandan ni la. Hahah...

      Delete
  8. bab anker tu kena skip.. sebab duk sorang. hehe.

    Musang pandan tu suka berguling-guling kat atas bumbung rumah arwah Che mase kitorang kecik2. Pukul 10pm tido dah sebab kalau tak nanti arwah che cakap... 'Musang...ambik budok ni!'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik budok niii hahaha... best gak style ayat menyakat budak2 macam tu, hahah XD

      Delete
  9. Btw, asal setiap kali datang blog ni je kena follow balik.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke KA? Pelik gak tu... bukan sebab mu tukar akaun blogger atau g+ baru ke? :(

      Delete
  10. Replies
    1. huhuu... bau wangi dia ni kuat sangat, overpowering X3

      Delete
  11. Waaa...baru tahu kencingnya binatang ini mewangi seperti pandan, hence the name! Dulu ada belajar zoologi ke atau memang dah terdedah dengan hidupan-hidupan liar? Sugoiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee naawh... gua tak study zoology, tapi gua study biology, ichthyology dan microbiology dulu, and I like to watch Animal Planet and National Geographic (sometimes) ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)