Thursday, September 21, 2017

Korea trip, Day 4 (Part 1) - Incheon

Salam September (yang sejuk) buat semua readers dan kawan-kawan yang sempoi sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan sejahtera selalu di mana jua anda sedang berada ;3

A typical scenery of Incheon by the beach on a cold and cloudy day...
Baiklah, entri kali ini ialah entri bahagian pertama (dari tiga bahagian) berkenaan aktiviti jalan-jalan dan makan-makan aku di sekitar Incheon, South Korea, together with my sis. Kat sini kitorang sudah tidak bergantung harap pada tour guide untuk bawa kitorang jalan-jalan. Kitorang bermalam di hotel Parkwood Incheon supaya senang nak ke Incheon International Airport keesokan paginya dengan menaiki airport shuttle van yang ada disediakan oleh hotel ini. Senang cerita.

Entri kali ni merangkap perjalanan kitorang dari Jejudo terbang ke Gimpo, kemudian dari Gimpo bergerak ke Incheon dengan menaiki van Starex yang dipandu oleh ahjumma stylo (makcik Korean sempoi). Alright, kita sambung jejak perjalanan dari entri yang lepas...

Early morning view of Hamdeok beach, from our hotel room balcony at RAMADA's. Cloudy and cold...
Same view, different time. Malam semalam VS Pagi ini. Berderet tersusun kereta dan van putih dari malam sampai ke pagi...



Dah selesai urusan check-out dari hotel, lepak sekejap tunggu cik Raihan (tour guide) sampai untuk jemput dan hantar kitorang ke Jeju Airport. Pagi ni nak terbang ke Gimpo, kemudian nak terus gerak ke Incheon dengan menaiki van Starex.
Belek-belek lagi lobi hotel RAMADA ni, sementara masih menunggu...
Ruang menunggu yang marvelous lagi selesa. Biliknya pun marvelous, lupa pulak aku nak ambil gambar semalam, penat merayau dan bercanda seharian...
On our way to Jeju Airport, hujan renyai-renyai... dan berangin. Mula la kitorang dok pikiaq pasai possible flight turbulence... :"3
Dah sampai Jeju airport, dah setel semua urusan nak terbang ke Gimpo, kitorang pun merayau la sekitar airport ni sat sebelum nak pergi melangok tunggu flight gate buka...
Awan mendung dan hujan renyai-renyai...
Bergambar sikit di Jeju Airport ni, tak tau bila boleh mai sini lagi... ahahah~ ;3
Sesi melangok di ruang menunggu kat depan flight gate pun bermula... sambil menunggu, mari kita bersarapan dulu...
Sarapan pagi ini... watermelon juice and mini strawberry sandwiches, dibeli dari convenience store yang ada di sini tadi. Not bad, aku sukah... :3
Bye-bye Jejudo, see you when I see you. Thank you for the warm hospitality. Off topic, pada waktu ni, ada dua beradik anak-anak Korean (young boys) tengah cari pasal sesama sendiri, dorang duduk kat seats di depan aku. Yang si abang tu (9-10 tahun la kot) tak habis-habis dok menyakat adik dia (4-5 tahun la kot), pastu adik dia tu asyik dok ulang sebut perkataan "Hajima! Hajima!" dengan nada suara yang tinggi dan halus, marahkan abang dia tu, disuruh berhenti mengusik. That scenario went on for a few minutes. Bapak dorang (agaknya la) mula naik rimas, dia sound sikit kat bebudak tu, lepas tu si abang tu pun berhenti kacau adik dia. Tak lama lepas tu, adik dia jerit "Hajima!" lagi. Isk isk... sabar je la dik. Dah ada gaya macam parody dalam Gag Concert dah bebudak ni. Aku rasa kelakar bila ada peramugari cun datang nak bagi jus, si abang tu buat muka malu-malu and behaved so politely masa nak terima air yang dihulur peramugari cun tu. Ahahahah!... boys X'3
Heading towards Gimpo. Awan mendatar dari atas macam ni, first time aku tengok... huhuu, lain macam je aku rasa. Bebudak tadi pun dah duduk diam-diam...
Sesuatu yang agak menakjubkan pada aku... yelah, sebelum ni takde nampak awan macam ni sewaktu dalam penerbangan ke mana-mana...
Dah selamat mendarat di Gimpo Airport, Seoul. Alhamdulillah :D
Kat sini kitorang tengah tunggu ahjumma (makcik Korean) van Starex datang. Fahmi (tour guide kitorang di Seoul aritu) dah tolong contact ahjumma van ni untuk datang jemput kitorang hari ni dari Gimpo dan hantar ke hotel Parkwood Incheon. Ahjumma ni stylo betul gaya dia bawa Starex, sambil cakap kat henpon, sambil drive pusing-pusing stereng pakai sebelah tangan je. Ahjumma ni cakap Hangul je, tak layan English. Sebelum berlakunya miscommunication yang teruk, aku bagitau ahjumma ni, "Ahjumma, mianhae (sorry), we cannot speak Korean". Pastu ahjumma tu jawab, "Oh? Aaa kenchanna, kenchanna..." (Oh? Aaa takpa, takpa...). Pastu ahjumma ni tanya soalan apa entah in Hangul, kitorang pun jadi blur and serba-salah, pastu aku cakap, "Mianhaeee..." (sorryyy...). Hahaha adeihh... the language barrier is so huge. Sedih aku rasa... kalau diajak berborak in Nihongo, boleh la jugak aku goreng banyak sikit... :"3
Dah pun sampai dan check-in di Parkwood Incheon. Tadi tu ahjumma Starex dengan sedaya-upaya cuba menjadi tour guide mengejut untuk kitorang sambil menggunakan bahasa Hangul mudah, macam "Bada, bada" (Laut, laut), sambil ditunjuknya dari dalam van ke kawasan pantai yang berada tidak jauh dari lokasi hotel ni. Selain bada, ahjumma ni juga tunjukkan lokasi cafe, "Kaffe, kaffe... koppi", katanya... dan aku pun jawab, "Yei, yei... arasso, arasso" (Yes, yes... I know, I know). Lepas tu aku tambah, "Sul, sul ammogo", (Alcohol, I don't drink alcohol), and then the ahjumma gave me a strange look. Hahah, oops! Aku rasa, ahjumma tu mungkin masa tu fikir, "Apa, ingat aku tak tahu ke korang tu Muslims yang memang tak minum alkohol?!". Ahahaa... sorry ahjumma, my bad... and thank you! Baik betul ahjumma ni, macam caring je gayanya. Kitorang sebenarnya bajet nak redah sendiri je jalan-jalan kat area sini lepas selesai check-in hotel... X3
Datang sini baru teringat nak ambil gambar bilik hotel. Sebelum-sebelum ni aku buat derk je bila check-in hotel, tak terfikir nak snap picture hotel room sebelum landing dan taruk beg semua. Lulz...
View from our hotel room, tak nampak pantai... sebab pantainya berada di sebelah belakang kitorang... :'3
Alright, masa untuk merayau-rayau di sekitar kawasan ini, dengan berjalan kaki sahaja. Jalan-jalan cari makan malam. Sebelum tu, kitorang usha-usha bunga Azalea di perkarangan hotel ni dulu... ;3
Ada Azalea putih, merah dan ungu...
Azalea warna merah terang paling menyerlah... oh bunga ni macam takde bau je, reminds me of Bougainvillea, bunga kertas...
Gabungan pokok Pine dan bunga Azalea kelihatan cukup menarik pada aku, cantik kawasan luar hotel ni...
Ada je Dandelion ni tumbuh kat mana-mana dalam negara Korea ni...
Pine cones... lots of them laying on the ground...
Aku imagine ada tupai datang sini untuk makan biji-biji kekacang Pine yang ada tersimpan rapi di dalam Pine cones ni semua... tapi hampa, sekoq tupai pun tidak kelihatan di sini...
Oklah pokok-pokok Pine dan bunga-bunga Azalea sekalian, kitorang gerak cari makan malam dulu... tata for now...
Nak makan kat hotel ni pun boleh sebenarnya, tapi kitorang pilih untuk pergi ke cafe yang ahjumma Starex ada tunjukkan awal tadi, boleh makan sambil menghayati pemandangan laut dari atas cerun yang tidak curam...
Crossing the road, lengang dan rileks je kawasan ni, aman damai...
Woah, ada Live Bar Cafe kat depan hotel ni je... haroom, jangan masuk... gi 7-E kat sebelah tu je takpe, silakan ;3
Ni la rupa hotel Parkwood Incheon ni, dari seberang jalan...
Sudah agak jauh kitorang menapak dan memanjat cerun yang tidak curam, menghala ke cafe by the seaside...
Dan ini dia pantainya... a typical scenery of Incheon by the beach, on a cold and cloudy day ;3

Okies, sekian dulu entri aku merayau di sekitar Incheon setakat ini. Nantikan entri Incheon Part 2 yang akan muncul dalam masa beberapa hari lagi, InsyaaAllah :D 

6 comments:

  1. dah nak balik...wahh, terer ckp hangul..hihi..bolehlah sikit2 kan, berkat tgk kdrama..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terer tu memang tidaklah sis, rasa macam lost je most of the time. Nasib baik la jugak dah biasa layan K-drama n K-variety shows, sekurang-kurangnya takde la jadi tak reti langsung :'3

      Delete
  2. Replies
    1. Dare desu ka omae wa? *stares at your ip location* ( - w -)...

      Delete
  3. waaa bestnyaaa , would like to visit korea too , tp x suka makanan korea uhuu although slalu terliur bile tgok show family outing xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee... at first me also macam tak suka je dengan Korean food, tapi bila dah try a few dishes, rasa macam sedap pulak... but still my fav is Japanese food. Nihon ga ichiban daisuki! ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)