Sunday, October 15, 2017

Korea trip, Day 5 (Finale) - Incheon

Salam weekend Oktober buat semua readers dan kawan-kawan yang dihormati sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan sejahtera saja di mana jua anda berada. Apa yang menarik dalam bulan ini? Inktober, Deepavali... and, Halloween (and no, I neither celebrate nor take part in any of them) :D

Baiklah, entri kali ini merupakan entri penutup bagi cerita aku merayau-rayau di sekitar Korea Selatan pada bulan Mei yang lepas.

Korean white Jindo dog. Jumpa dia ni kat kawasan pantai Incheon, baik budaknya :3

Setelah bermalam di hotel Parkwood Incheon, sudah tiba paginya untuk kitorang (me and my sis) bertolak ke Incheon International Airport dengan menaiki airport shuttle van yang ada disediakan oleh hotel ini. Dan sebelum itu, sementara menunggu shuttle van bersedia untuk bergerak ke airport, tergerak hati aku untuk ke kedai 7-E di seberang jalan sana sekali lagi demi membeli agar-agar buah Tutto Mandarin Orange yang so damn delicious itu lagi sebijik (atau dua, haha) untuk dimakan lagi. Namun...

"Pergi ke kedai nak beli agar-agar, sampai kedai, kedai tutup!" Get it? OK... hambar, not funny (" - w -). But seriously, kedai '24jam' ni memang tutup pagi tu, sedih jugak aku tak dapat nak beli dessert tu lagi sekali :'3
Ada masa lagi untuk berjalan-jalan sikit (sikit je), maka layanlah dulu udara pagi yang segar di Incheon ni. Jom menapak...
Sempat lagi ni nak pergi jenguk pantai kat hujung sana, petang semalam tak pergi ke pantai sebab hujan turun renyai-renyai selepas selesai makan di cafe...
Ada bunga liar tumbuh di tepi jalan, tak pasti nama apa...
Red signboard says "Cheonghae"... Listening? Sambung baca di bawah tu, ditulis "Jogaegu-i", and that means "Grilled shellfish". Ooh, boleh makan seafood bakar kat sini. And no, I don't know Hangul. Aku cuma guna app Google translate, pilih option read Korean characters on picture. Hahaha...
Jenguk je la kejap, tengok keadaan pantai Incheon di waktu pagi...
Banyak betul pokok pine kat sini... tinggi-tinggi belaka...
Cantik pulak aku tengok, rasa nyaman mataku ini melihatnya. Teringat aku kat komik Doraemon dulu, ada satu chapter tu Doraemon suka kutip cendawan yang tumbuh di keliling pokok pine, lepas tu dia panggang cendawan-cendawan tu dengan gembiranya. Sedap je gayanya. Aku tengok sini takde pun cendawan tu, mungkin ada kat Jepun je kot. Hahah... terpengaruh aku dengan cerita Doraemon... (" > w <)
Banner says "Cheonghaejogaegu-i", and that translates to "Roasted Seafood". Since 2010. This is what's written on the signboard I saw earlier.
Air laut surut di waktu pagi. Alamak, there's a dog coming this way, curious nampaknya. Nak lari ke tidak... jangan la anjing tu garang, dah la aku merayau sorang-sorang je ni, my sis was waiting for the shuttle at the hotel's lobby... oh my... (" ; w ;)!!
Fuh, cemas gak tadi, nasib baik laaa baik je budaknya. Anjing ni bertuan, ada collar. Dia tengah teman seorang halmoni (nenek) yang tengah duduk di atas pasir di hujung sana. Halmoni tu pandang je aku dari jauh, lalu aku pun mengangkat tangan sambil jerit "Anyeonghaseyo~", dan beliau pun membalas lambaian aku sambil mengangguk. Lulz... sempat lagi aku 'bertegur-sapa' dengan orang sini pada pagi tu. Yang si anjing tu pulak, lepas dah tengok aku dekat-dekat tadi dan menghidu-hidu kasut aku, dia pun pandang muka aku dengan matanya yang innocent, kemudian dia terus pergi semula ke lokasi halmoni tadi. Omomoo, gwiyo... comei pulak. Hasil carian google, aku dapat tahu yang anjing ni dari jenis Jindo, atau lebih tepat lagi, White Korean Jindo.
Rasa macam dah agak lama melepak di pantai, aku pun bergegas berjalan semula ke arah hotel Parkwood Incheon. Tengah berjalan ni, suddenly my sis messaged, "Cepat la..5 min saja lagi", lalu aku pun reply, "Tgh jalan". Ahahaa... bye-bye Incheon, time to say goodbye :'3
In the shuttle van, on our way to Incheon International Airport.
Waiting for our flight to call for boarding, maka melepaklah lagi kat flight gate. Last picture of South Korea (for now), hope to see you again someday in the future~ X3
Had a vegetarian AAX lunch while heading towards KLIA2. Beginilah rupanya vegetarian lunch AirAsiaX. Aku suka, aku kasi 4/5 bintang :D

Alright! Tamat. Kkeut. 

Thanks for reading, and I hope you've enjoyed (even a tiny bit) the way I present my travel stories so far in this blog. I'm not a frequent traveler (I believe I'm not infected with the travel bug, hence I travel moderately), but when I do travel, I would blog about my travel stories afterwards in this somewhat relaxed and informal manner, mixing Malay (my mother tongue), English and a little bit of the language of the foreign country that I've visited.

As for the drawings that you can see at the top of every one of my Korea trip entries, those are my (rather rough and done quickly, pardon the clumsy pen lines) traditional drawings, done on A6-sized Canson notes, 120gsm. Tools used include Sakura Pigma Micron pens, Sakura Pigma FB brush pen, Sakura White Gelly Roll pen, Studio Series Micro-line pens, Sakura Koi Watercolors, Sakura Water-well brush, and Kuretake Water-well brush (fine tip).
  
Okies... until then, later gaiz~ ;3
 

4 comments:

  1. kata 24 jam, camner tutup pulak..huhu....Alhamdulillah, smooth journey..

    jom repeat Jeju, dah ada direct flight...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe harabuji (atuk) yang jaga 7-E tu tak sihat kot pagi tu, pastu takde staff lain yang available untuk jaga kedai, maybe...

      Ha'ah, AAX baru je bukak direct route dari KL ke Jeju, tempting... kalau ada chance repeat Jeju nanti, nak ke area tengah2 pulau la pulak, tengok orange farm ke kan, best jugak tu :D

      Delete
  2. I LOOOOOVE that drawing , nice artwork plain ! haha mcm mana kedai 24 jam boleh tutup kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arigatou! Glad you love it uhuhuu (walaupun cincai je aku kaler...) X3

      Tu pasal, boleh pulak tutup pagi tu :'3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)