Click Me Plzzzz

Friday, July 19, 2013

Tali dan Kesabaran... huh??

Salam ceria petang Ramadhan buat readersku yang penyabar sekalian~

Apa khabar anda semua? Ada yang masih tension dengan jerebu di kala bulan posa ini? Kat sini kekadang kelabu sikit (sikit jer) kekadang clear, ikut mood cuaca dia camana, yang penting kita kena sabar dan tenang ^^

Okies, kali ni aku nak story sikit pasal kesabaran, yang ada kaitan dengan tali pancing (nylon monofilamen) dan tali kasut. Ni kira dua cerita daripada beberapa kenangan silam zaman aku darjah 2 atau 3 camtu la, kisah nostalgia yang agak bermakna bagi aku.

Zaman tu kira zaman aku selalu gi memancing kat sawah dengan ayah aku pada waktu petang. Selalunya aku akan dapat ikan haruan, keli dan puyu, pakai umpan belalang dan isi ketam sawah. Zaman tu juga senang nak jumpa udang sawah. Udang sawah tu kecik je (~2cm), warna putih transparent. Udang sawah betina biasanya ada kantung telur transparent yang mengandungi telur-telur kecil warna hijau kat abdomen di antara kaki-kaki renang dia, bila dia berenang telur-telur hijau dalam kantung lutsinar tu nampak bergerak-gerak sekali... sungguh menarik dan mengasyikkan pada seorang budak kecik darjah 2 atau 3. Udang tu bila direbus warna dia akan jadi pink, manis dan sedap dimakan, arwah Tokwan aku suka rebus dan makan dengan nasi atau ratah begitu sahaja, sedap (maaf jika ada yang tetiba terfikir pasal cencaluk dan terliur serta kelaparan setelah membaca nukilan picisan aku ini di kala sedang berpuasa). Sejak lebih kurang 1 dekad yang lepas (mungkin lebih), udang tu dah pupus, memang jangan harap nak jumpa udang tu lagi dalam mana-mana sawah kat sini. Punca kepupusan spesis udang itu di sekitar sawah padi kat sini dipercayai berkaitan dengan penggunaan herbicide dan pesticide di kawasan sawah. Sawah kat tempat lain mungkin ada lagi, asalkan airnya bebas dari pencemaran.

pic udang sawah - credits to pacik google
Oklah, cukup cerita pasal udang sawah... sekarang aku nak bukak cerita pasal tali pancing yang berkaitan dengan kesabaran.

Masa tu umur aku ada la kot 9 tahun camtu. Ada satu masa tu, aku nak pasang tali pancing baru. Nak jadi cerita, tali pancing dalam fishing box ayah aku tu agak serabai dan tidak begitu kemas gulungannya. Aku pun cuba la rungkaikan dengan agak tergesa-gesa... lepas beberapa minit, makin teruk pulak jadinya. Dari tak berapa kemas digulung dan tak begitu berbelit, telah bertukar menjadi satu raksasa gumpalan benang monofilament nylon yang besar, begitu serabut dan macam mustahil untuk meleraikan dia menjadi satu gulungan kemas kembali. Owh tidakkk!!! Yabai.... taihen desu wa!!! maka aku pun bagitau la kat ayah aku akan masalah besar itu, dan minta ayah aku menyelesaikannya. Ayah aku pun kata, "Tudia aih awat boleh jadi macam ni nih?? Peghelai sendiri tali tuh, takmau tolong". Aaarrr ok takpa~ takpa~... takmau tolong ceq, ceq buat sendiri, cabaran disahut! LoL... ayah aku pun pergi sambung baca paper kat sofa, dan aku pun concentrate habis-habisan dalam merungkaikan gumpalan masalah yang sangat complex itu. 

Lepas nak dekat sejam (ka lebih tak pasti), akhirnya... gumpalan serabut nylon yang siap ada beberapa simpul mati itu pun, berjaya aku rungkaikan dan seterusnya aku gulung pada rim plastic dengan kemas.... Wah! Wah!! Waaahhh!!! Perasaanku pada saat itu.......,

epic win cat - credits to pyzam.com via google

Aku pun dengan perasaan penuh bajet riak lagi takbur seorang budak umoq 9 tahun terus menunjukkan hasil rungkaian benang nylon yang digulung kemas pada rim plastic itu kat ayah aku, dan ayah aku pun buat muka impressed abis dan belek-belek hasil rungkaian aku itu, pastu ayah aku pesan lain kali handle benang nylon with care, supaya ianya nanti tak akan jadi kusut dan serabut lagi. Dari kejadian itu aku dapat satu pengajaran, sabar... kesabaran itu penting, kesabaran dan kecekalan mental yang tinggi dapat membuatkan seseorang itu boleh menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit.

Kisah kedua pulak, pasai nak belajar macam mana nak buat ikatan simpul mati, dan medium latihannya ialah tali kasut yang dah tak nak dipakai kat kasut. Masa tu aku lepak jap kat rumah arwah Tok dan Tokwan aku. Arwah Tokwan aku ada tunjuk macam mana nak buat simpul mati, lepas tu dia rungkaikan balik, dan suruh aku cuba buat pulak. Pada masa tu aku berumur 6 atau 7 tahun camtu la, dan ntah kenapa aku masa tu memang geram tak reti nak buat simpul mati. Cuba punya cuba punya cuba, tak dapat. Ntah kenapa simpul mati ialah satu benda/task yang sangat confusing bagi aku pada waktu itu.
Tapi aku tak give up. Aku terus cuba buat simpul mati, nak bagi lagi senang (kononnya la) aku pi kat tiang-tiang pintu tingkap (rumah Tokwan dan Tok aku adalah rumah papan melayu tradisional ala-ala cerita melayu hitam putih, maka ada feature architecture ini) untuk praktis ikat tali pada salah satu tiang kecil tersebut. Lama jugak la, ada la kot sejam lebih... pusing punya pusing tali kasut tu, tarik sana tarik sini... srappp... dapat simpul mati, ehh?? ehhh??? "Jadi la Tokwan!! Dapat dahhh weeee"~ aku buat jakun... arwah Tokwan ngan Tok aku pun ketawa saja. Dari situ aku sudah dapat satu pengajaran, sabar dan terus cuba sampai dapat. Try and try until you succeed. Lepas tu aku belajar macam mana nak ikat simpul riben pulak, kejap je boleh paham macam mana nak buat simpul riben, asalkan dah reti dan paham apa itu simpul mati terlebih dahulu.

Sekian cerita zaman kanak-kanak riang aku dulu, mana yang baik sila ambil buat teladan, mana yang tak berapa baik silalah abaikan. Selamat berpuasa, dan selamat membuat (atau belajar membuat) ketupat nasi daun kelapa dan ketupat pulut daun palas. Bagi mereka yang baru nak belajar macam mana nak menganyam sarung ketupat tu, jangan mudah give up kalau sarung ketupat tu tak mau nak jadi, try and try again until you succeed, warisan melayu turun temurun tu, tak lengkap hari raya tanpa ketupat~ ^^

Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=)

31 comments:

  1. sabar je aku baca entri ni..nice post

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesabaran anda dihargai, macih~ :3

      Delete
    2. Hahahahuhuhuhahahaha

      Delete
  2. I cannot digest this. Heeeppp me.....

    ReplyDelete
  3. hahahhaha... gigih betui hang no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak spastik pun ada wkwkwkwkw~ XD

      Delete
  4. salam^^ aku bersabar dlm misi mengenali hatimu plain..opss..

    -m84-

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss haaa jaga2 jgn bikin kontroversi, ada yg tak senang hati ^^

      Delete
    2. siapa plain siapa jejaka itu.. Terus teranglah ang plain..kekeke^^ skarang dsni musim angin kuat sbelah mlm, kat tempat ang masih ada baki2 jerebu meh??

      -m84-

      Delete
    3. meh... you ni siapa meh? bila masa budak kb tu tukar pegangan/style komen dia yg kononnya takmo sambung reply komen kat bawah komen orang lain meh? hahaha... anon blog p***a ke nie? :p

      Delete
    4. huhu, ne aku la plain.. Huk huk sobs TT.. Takpe la, ai tukar mcm besa la pas ne.. Reply komen mau plak smlm ai try, besa nya takmo plak a.k.a komen trus kna telan^^

      -m84-

      Delete
    5. hahahah tu laaa dah bg nasihat suruh create id blogspot, degil takmo buat jugak... jap je tak smpai brapa saat pon, tak perlu letak pic apa2, biar keluar logo B tu sudah.... haiyaa sei ya luu...

      Delete
  5. kesabaran ku terusik...hihihih

    wei plain memang betui udang sawah sekarang susah nak cari..konpom dah pupus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hueheheh...

      tu ah dah tinggal nostalgia dah udang sawah ni, kenangan zaman dolu2, dulu dlm sawah siap ada ikan belida (selat) kaler purple hijau berkilau la, ikan lampam la, sepat benua... tangkap bubuh dlm akuarium plastik fuhh... mmg cun laaa, oh kenangan~ :'(

      Delete
    2. udang galah mmg susah nk cari. mana tak nye, sungai dh tercemar.

      Delete
    3. udang galah cerita lain la carlos... udang galah ada projek penternakan dia, kat perak ada... ianya tidak diambang kepupusan ^^

      Delete
  6. i kalau mmancing , suke je tapi satgi time nk semelih ikan tu abis dilepaskan sbb xsampai ati , pastu kene kejar ngn ayah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ala dillz, tang bab nak kill n slaughter tu bagi je kat org lain kalo tak sanggup... huhuu ^^

      Delete
  7. maafkan aku kalo trlepas ckp apa-apa yg buat plain tak selesa,..

    -m84-

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa guna minta maaf kalo takde niat nak berenti buat hal? ^^

      Delete
    2. owh slama ne aku buat hal rupanya..maaf lah zahir dan batin, kalo plain tak ckp aku pun takkan tahu..jgn simpan dlm hati yaa plain..peace no war..as salam..

      -m84-

      Delete
  8. adakah kau memaaafkan ku?

    Aku brjanji tak kan buat begitu lg..

    -m84-

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat lagi ku humban masuk spam jer, takde masalah ^^

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. nope, not even close... my parents aren't stupid ppl to give me such a ridiculous fate ^^

      Delete
  9. kuncinya.. sabar dan terus bersabar mengusahakan sesuatu itu sehinggalah ia mencapai kejayaan :)

    ReplyDelete
  10. ha udang.. petang ni aku mau masak butter prawn!!

    cakap pasal sabar, yang aku ingat, aku x reti nak terapungkan badan tau.. kalau mandi kat pool, memang nak lemas la. then aku try juga, air masuk hidung pun berkali2, still tak mau putus asa. dan akhirnya, yeah aku dah boleh terapung.. tapi bila nak try jejak tangan kat lantai pool, tak dapat sebab tak sempat, cepat je badan aku automatic terapung balik.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho butter prawn... sedap2 ^^

      oh taniah kerana berjaya terapung dlm pool, badan cpt terapung? sila eksesais utk kuatkan otot lengan dan kaki ^^

      Delete
    2. ok menjadi semalam buat butter prawn.. sampai menjilat pinggan. hehe.. tu la, nak berenang pun baru seminit dah semput, otot tak kuat la..

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...