Click Me Plzzzz

Friday, May 31, 2013

Segmen highlight komenter #3 - kategori pelukis

Salam salam dan salam lagi, yosh segmen highlight komenter kembali lagi ^^ 

Kali ni kategori pelukis... boleh teka siapa mereka berempat ini? :D 


Ya, ada beberapa orang pelukis awesome yang turut layan blog picisanku ini, yang kadang-kalanya mempamerkan kehadiran mereka dalam ruangan komen bagi menyatakan P.O.V masing-masing yang menarik dan lulz. Mau view lukisan ni dengan lebih sharp, jelas dan besar? Sudilah kiranya anda click sini dan visit deviantArt aku, boleh zoom sebesar-besarnya di sana tanpa sebarang masalah ^^ 


~Clues~

#1 Sorang tu agak selalu mai komen kat sini, study animation dan bercadang untuk menjadi seorang animator. Baru-baru ni dia ada sumbangkan satu banner sempoi kat blog BANkami. Oh ya dia seorang awex cun :D

#2 Sorang tu pulak kadang-kadang boleh nampak lukisan dia muncul kat blog BuasirOtak. Lukisan dia mesti dalam bentuk komik yang ada shading pakai pensel, dan karektor dia semua ala-ala innocent dan cute gitu. Oh ya dia orang Johor yang ada darah Jawa :D 

#3 Sorang ni suka cerita dan lukis pasal gelagat adik dia yang diberi gelaran Dik Ah. Lukisan dia pun ala-ala innocent dan cute gitu, kekadang warna-warni kekadang 'grayscale'. Oh dan dia juga pandai memasak :D

#4 Yang sorang ni pulak siap ada satu siri (atau beberapa siri) cerita sci-fi berepisode-episode panjangnya, dan dia mempunyai sebuah love-hate relationship dengan handphonenya. Dia juga ada pengalaman secara langsung dalam industri animasi. Oh ya dia benci/phobia sama lipas XD


Sa minna, kono omoushirosou hito tachi ga shiteru'n desu ka? (Okeh semua, adakah anda kenal sama mereka yang menarik bunyinya ini?) Sekian, terima kasih~ ^^


~Previous highlight komenter segments~
 Segmen highlight komenter #2 - wanita


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Saturday, May 25, 2013

Meet the incredible Evil Owl

Salam ceria weekend buat readersku yang macam-macam ragam sekalian~ ^^

Entri kali ni kira khas buat peminat/pengkaji haiwan, atau buat mereka yang gemar tengok channel Animal Planet dan National Geographic.

Meet the incredible Evil Owl, Selatan Afrika mari....


Versi pendek (summary) bersertakan English explanation....


Sugoi desho? Uso mitai na? (Hebat bukan? Macam tipu aje kan?) Almost seemed unbelievable. Burung hantu White-faced African owl ini memang ada dan berasal dari Afrika Selatan. Video kat atas ni bukan fake, burung hantu yang lebih dikenali sebagai Evil Owl, atau the Transforming Owl ni memang mempunyai keupayaan untuk berubah menjadi gemuk bermata bulat, dan kurus bermata sepet. Ini adalah keupayaan semulajadi burung hantu spesis ini untuk melindungi dirinya yang bersaiz sederhana kecil (~20cm height) dari pemangsa-pemangsa lain yang bersaiz lebih besar (atau lebih tinggi) darinya.

Normal la kan kalau sesuatu haiwan itu bertindak mengembangkan saiz badannya (ie: katak, mentadak, ayam, kucing, beruk, gorilla, ikan laga, ...dll.) untuk menakutkan musuh... tapi menjadi sesuatu yang agak sukar untuk dihadam dek pemikiran manusia apakah relevannya tindakan burung hantu ini mengempiskan dirinya dan menyepetkan matanya apabila dihadapkan dengan musuh yang sangat besar, tegap dan tinggi. Apakah burung ini sedar akan rupa diri dia yang kurus dan bermata sepet itu kelihatan seperti suatu karektor villain super evil yang menyerupai Count Draculla?

Tak mungkin punya, mana dia kenal sama itu Count Draculla? Pada firasat aku la, burung hantu ni bijak dan mampu membuat 2 jenis tafsiran sendiri:

1) musuh besar sikit dari aku = macam boleh lawan = so aku kembangkan badan, kasi dia cuak sikit sama aku
2) musuh besar sangat, tinggi dan tegap = tak mampu lawan = so aku kempiskan badan kasi nampak kurus kering, mata pun disepetkan supaya nampak macam sakit je, macam tak cukup zat je dan tak sedap untuk dimakan musuh, semoga dia tak berminat nak serang aku dan blah je dari sini

Siapa kata manusia jer pandai menipu untuk hidup, haiwan juga pandai menipu untuk kepentingan survival dia (kancil? lol), menipu via camouflage and mimicry. Menipu ni ada banyak kategorinya, bukan semuanya tak baik (bagi aku la), contohnya kalau tetiba ada orang yang tidak dikenali (atau kenal gitu-gitu jer) tanya kau, "Ape nombor pin atm ko ek?", dan kau jawab "Aku tak de kad atm, sebab account bank pun aku tak de", atau tetiba ada orang yang tidak dikenali lagi memusyikilkan approach kau dan tanya, "Hai, boleh berkenalan? Saya ikhlas nak berkawan dengan awok nie, pe nombor telepon awok?", lalu kau jawab, "Maaflah, saye tak de henpon pon", dan terus blah dari situ. Atau, situasi di mana kawan kau baru lepas masak semangkuk sup sayur yang rasa macam &^$#% sebab letak banyak bell pepper, pastu dia bagi kat kau sikit, kau pun makan dan control buat muka selambe. "Sedap kew?", dia tanya dengan mata bersinar-sinar mengharapkan pujian... lalu kau jawab, "Boleh ler...". (-_-")

Akhir sekali, terimalah video koleksi epic reaction haiwan-haiwan yang sangat LOL!! XD


Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Thursday, May 23, 2013

Teka-teki yang boleh bikin gaduh

Salam ceria buat readersku yang comei-comei semua~ 

Cuaca amacam kat tempat masing-masing? Panas ka, hujan ka, sejuk ka? Kat sini kekadang panas kekadang hujan, takda apa-apa ribut, puting beliung, tornado atau waterspout yang tetiba boleh berlaku berhampiran dengan jeti Langkawi pada 18 Mei baru-baru ni. Dengar cerita agak menakutkan jugak la, tapi syukurlah tak ada serious damage ^^ 

pic credits to pacik google ^^
Kali ni aku nak share satu teka-teki lama yang agak annoying lagi mind-boggling, yang mana aku jumpa masa zaman aku tengah study bach. dulu (sekitar tahun 2003 - 2006). Tiba-tiba aku boleh teringat kat teka-teki matematik tu lepas aku terbaca post noob pasal masalah matematik yang menjadi agak hot dibincangkan di blog BuasirOtak baru-baru ini. 

Pasal teka-teki yang aku nak share tu, aku rasa dah ramai pernah dengar kot satu teka-teki yang berbunyi "Mana hilang lagi seringgit?". Mana yang dah tau tu, baguslah. Mana yang belum tau, teka-teki tu berbunyi lebih kurang macam kat bawah nih. 


"Tiga sekawan dari KL pergi melancong ke Pulau Tioman. Sesampainya mereka bertiga di jeti pulau, mereka berasa sangat penat, lalu mereka pun terus pergi cari hotel murah untuk berehat. Akhirnya mereka disyorkan oleh taxi driver untuk menginap di sebuah motel budget yang tidak jauh dari lokasi jeti.

Masuk saja dalam motel untuk check-in di kaunter, encik di kaunter pun bagitau, satu malam RM30 saja per bilik. Dengan itu, mereka bertiga pun setuju untuk masing-masing menyumbangkan RM10 untuk berkongsi 1 bilik. Setelah mendapat kunci bilik, mereka pun terus berlalu dari kaunter.

Tiba-tiba, encik jaga kaunter ni teringat pulak hari ni hari Selasa, bukannya public holiday, jadi harga bilik adalah berbeza. Hari biasa RM25 sahaja, bukan RM30. Nak control malu punya pasal, encik ni pun pass baki RM5 tu kat budak pembantu motel, disuruhnya bagi balik pada 3 sekawan tadi. 
 
Nak jadi cerita, budak ni budak baru, dia fikir setiap errand yang dibuat, mesti dapat tip... dan difikirnya lagi, kalau kasi balik RM5 macam mana diorang nak bahagi 3 orang? Tentu susah, maka untuk menyelesaikan masalah ini, budak ni pun amik la RM2 (sebagai tip), dan bagi RM3 je kat 3 sekawan tadi supaya senang diorang nak bahagi 3. Dia tak bagitau pun kat dorang tu pasal harga bilik RM25 pada hari biasa, dia cuma cakap hari biasa bukan RM30. Tiga sekawan ni pun bahagi la baki duit tu balik sorang RM1. 

Maka kesudahannya, jumlah yang diorang bayar adalah RM9 sorang x 3 orang = RM27, dan budak pembantu hotel tu pulak amik RM2 diam-diam sebagai tip... campur semua jadi RM29... ehh? Mana hilang lagi seringgit???"

pic trollface credits to pacik google

Hahaha... selamat mencuba. Jangan gaduh-gaduh pulak na, tak ada hadiah pun untuk ni, saja nak kongsi satu teka-teki lama yang evergreen, otonashiku de ganbatte ne minna (selamat berusaha dengan berfikiran matang ya semua) ^^

Mata ne watashi no kawaii koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Monday, May 6, 2013

Perlis Mango Education

Salam ceria May@springtime readersku sekalian, diharapkan anda semua sedang sihat dan ceria walaupun keadaan masih panas dan agak kecoh dengan bahang politik~ ^^ 

Aaah~ Mei... bulan Harumanis. Bulan Mei adalah bulan yang mana di Perlis khasnya inilah masanya ramai penggemar buah mangga/mempelam/pauh dari merata negeri/negara akan datang ke Perlis Indra Kayangan semata-mata untuk membeli berkotak-kotak/berkilo-kilo buah mangga Harumanis dari Taman Pertanian Perlis, yang turut mengeksport buah ini ke beberapa negara luar termasuk Japan dengan menggunakan nama 'Perlis Mango'. Selain Harumanis, anggur juga ada ditanam dan dijual di Taman Anggur Perlis.

Harumanis - pokok sendiri ^^
Harumanis, atau secara 'oberseanya' dikenali sebagai Perlis Mango, adalah satu variety spesis mangga yang bermusim (late April - mid May), dan hanya boleh hidup dengan sihat, segar bugar dan bahagia di negeri Perlis sahaja. Anda boleh cuba tanam anak pokok Harumanis di mana-mana negeri lain selain Perlis, dan hasilnya pokok itu mungkin akan mati, kecut, terencat, tidak sihat, dan kalau dah besar pun ianya tidak mahu berbuah, atau buahnya akan jadi masam, kecil dan sedikit saja. Pendek kata, spesis Harumanis ini sudah pun memilih dan menetapkan keputusannya yang habitat kesukaan/optimumnya hanyalah bertempat di tanah negeri Perlis.

Harumanis juga merupakan variety mangga yang paling mahal jika dibandingkan dengan variety mangga lain yang kebanyakannya tidak bermusim. Biasanya Harumanis dijual dengan harga RM10-18/kilo (local price, ikut gred), yang mana size standardnya adalah 2-3 biji/kilo. Berhati-hati ketika hendak membeli buah ini kerana orang luar memang senang dan selalu ditipu/tertipu dengan beberapa penjual buah kat gerai-gerai tepi jalan yang kurang asam, yang mana buah-buah itu berkemungkinan besar telah dicuri dari dusun atau laman rumah orang sebelum ianya dijual di tepi jalan. Untuk mengelakkan diri ditipu, eloklah anda pergi beli dari Taman Pertanian Perlis saja, tapi kalau anda tetap degil nak beli jugak Harumanis kat gerai-gerai buah tepi jalan tu, ada beberapa perkara anda patut tahu pasal Harumanis ni, supaya dapat mengelakkan diri dari ditipu hidup-hidup dan mati-mati akan menyangka anda telah berjaya membeli Harumanis walhal anda telah dibekalkan dengan mangga Sala atau Siam.

Step 1: Hidu buah mangga tersebut. Baunya unik dan harum, yang mana mangga lain tak akan ada bau harum macam Harumanis.
Step 2: Kenalpasti bentuk dan warna tipikal Harumanis macam mana (refer to photo above).
Step 3: Kenalpasti mangga yang dijual pada anda tu telah dipetik dari pokok pada masa yang sesuai untuk diperam bagi mendapatkan hasil yang memuaskan (tidak buruk separuh atau masam) bila ianya dah masak ranum nanti (juga menunjukkan buah itu bukan buah curi, yang mana perompak ni biasanya hentam saja petik semua yang ada tergantung kat pokok rumah/dusun orang waktu malam... biasalah perompak, mana dia tau bezakan buah mana yang ready dan mana yang masih muda untuk diperam, waktu malam pulak tu kan, memang dasar bangang dan merugikanlah perompak ni). Tips ni hanya untuk korang yang nak beli buah harumanis di gerai mangga tepi jalan je. Kalau beli kat Taman Pertanian, konfem dorang experts dah petik buah yang ready for plucking, iaitu buah yang mana tangkai jirannya dah kecut dan berwarna hitam. Kalau buah tu dah tercabut terus tangkainya, tak dapatlah korang nak pastikan perkara ni. Boleh berharap ajelah buah tu telah dipetik pada masa yang sesuai dan akan masak dengan elok lepas diperam 3-5 hari (bila dah lembut tu kira dah boleh kupas dan makan ler). 

Apasal aku boleh tau pasal semua ni? Aku membesar dengan pokok mangga Harumanis, pokok mangga Namdokmai (Intan Syafinas), pokok mangga Tongdam (Emas Hitam), pokok mangga Sala, pokok mangga Maragua dan pokok mangga Ringan (mangga telur). Hobi abah aku menanam dan menjaga pokok-pokok mangga ni kat laman rumah, aku tak payah tanya pon tips/info penjagaan dan penuaian buah mangga ni, abah aku akan secara otomatisnya pot pet pot pet bagitau kongsi ilmu, aku dengar jek... best woo dapat ilmu direct + hands-on free pasal penjagaan pokok mangga, ada jugak knowledge sikit dalam bidang horticulture dan botani ^^ 

Takde la banyak pun buah-buahan kat rumah aku nih, maka sila jangan order dari aku sebab kami tak jual yek, sebab tak banyak... cukup sekadar untuk bagi sama adik beradik, jiran, sedara mara dan sahabat handai jer... laman rumah je bukan dusun mempelam pun, namun begitu laman rumahku tetap menjadi target perompak mangga durjana pada setiap bulan Mei... cis huhhuu takpe akhirat nanti dorang konfem kena ^^

Okies kat bawah ni korang boleh buat perbezaan antara 3 jenis mangga yang dah masak, iaitu Harumanis, Namdokmai (Intan Syafinas) dan Tongdam (Emas Hitam). Dari segi bentuk, warna kulit dan warna isi, boleh nampak perbezaan yang ketara kan? Rasa dan bau masing-masing buah mangga juga berbeza.

Harumanis - pokok sendiri  
Namdokmai (Intan Syafinas) - pokok sendiri  
Tongdam (Emas Hitam) - pokok sendiri 
Tongdam, Harumanis dan Namdokmai (clockwise starting from 10 o'clock)

Oklah, semoga entry ini membawa manfaat kepada anda semua, terutama penggemar buah mangga. Mana yang baik tu silalah ambil, mana yang tak berapa baik  tu abaikan jer. Sekian ^^

Mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...