Click Me Plzzzz

Saturday, December 13, 2014

Jom try buat ni - Ayam Sibar Santan

Salam ceria hujung minggu buat rakan-rakan bloggers and readers yang ohsem sekalian~ Diharapkan kalian sedang sihat dan gumbira saja di sana~ ;3

Baiklah, memandangkan entri Sup Ayam Sihat aku tu telah mendapat perhatian yang amat memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia mahupun dari luar negara (weee~, entri yang paling popular dalam blog ni tuh, fuh! Agak menakjubkan buat aku, laku sungguh recipe mak aku tu, sampai ada yang ingat blog ni blog masakan semata-mata), maka, dengan ini, aku mempersembahkan lagi satu original recipe mak aku yang ohsem teramat, iaitu...,

My Ayam Sibar Santan, my mom's recipe
Now this is one of my most favorite chicken dishes of all time, yang mana ianya sangat marvelous, special, sedap gilos, tetapi... tak bolehlah nak makan selalu sangat, why???

1. It's quite time consuming to make this dish properly,  

2. Santan, hahah... ya, masakan ini agak berkolesterol tinggi disebabkan oleh kandungan santannya yang agak banyak (walaupun dish ni tak pakai minyak masak langsung, santan tu sendiri boleh jadi minyak), so, once in a while tu okaylah, atau nak hidangkan this dish on special occasions (hari raya, kenduri, apa-apa majlis keraian, jamuan, etc etc...) tu, sesuailah rasanya.

And that's what makes this dish super special~ ;3


~Bahan-bahan~
Ayam - 500g
Santan - 250ml
Serbuk jintan manis - 1 sudu kecil
Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
Halia segar - 1 inci
Bawang besar - 1 labu besar
Bawang putih - 3 ulas
Bunga lawang - 1 kuntum
Serai - 4 batang
Kulit kayu manis - 2 inci
Garam - setengah sudu kecil (atau secukup rasa)
Air - lebih kurang 400ml


Cara-caranya pula..., 

1. Bersihkan ketulan-ketulan ayam dari kulit dan lemak, kelar-kelar sikit, bilas dengan air, dan keringkan dengan tuala dapur (kitchen towel). Lumur dan gaul ketulan-ketulan ayam dengan serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Perap selama 15 minit.
2. Sementara menunggu ayam siap diperap, potong bawang besar, bawang putih dan halia secara kasar. Kisarkan bahan-bahan ini bersama 100ml air. 
3. Ketuk serai menggunakan lesung batu, kemudian carik-carikkannya sedikit (biar rupa serai tu jadi macam penyapu).
4. Rebus ketulan-ketulan ayam yang telah siap diperap tadi dengan 400ml air, menggunakan kuali di atas api sederhana besar. Tuangkan bahan-bahan kisar tadi sekali ke dalam kuali, kemudian masukkan serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau perlahan-lahan dari masa ke semasa, sehingga air rebusan dalam kuali tersebut berkurang menjadi 1 per tiga (1/3) dari jumlah asal.


5. Masukkan santan yang telah dicampur dengan garam ke dalam kuali tersebut.


6. Kacau dari masa ke semasa, sehingga santan tersejat dan berkurang menjadi lebih kurang 1 per tiga (1/3) dari jumlah asal.


7. Tutup api. Angkat dan masukkan semua hasil masakan tadi ke dalam loyang pembakar,


...untuk dimasukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius (top and bottom heating). Bakar sehingga santan kelihatan agak kering dan bergumpal menyaluti ayam.


8. Sekian, Ayam Sibar Santan anda sudah siap untuk dimakan bersama nasi putih/nasi beriani/nasi arab panas-panas. Selamat menjamu selera, enjoy your meal, Ittadakimasu! ;3

Total cooking time untuk masakan ni, dianggarkan memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Untuk mendapat hasil yang terbaik, dinasihatkan agar menggunakan santan segar dan ayam kampung segar yang boleh dibeli di pasar basah (wet market). Aku guna santan kotak dan ayam beli dari supermarket aje untuk visual dalam entri ni (sebab tu kuah santannya jadi kurang bergumpal)... hahah. Tapi, habis licin jugaklah pinggan, sedap jugak... meheheh~ ;3

Sekian, selamat mencuba recipe original mak aku nih, dan nikmatilah sendiri kelazatan serta keistimewaannyaaaa (hahaa ayat, tahap iklan sakan... suka punya pasai)~ X3

Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

22 comments:

  1. boleh ganti rendang ayam ni..takde guna cili, kerisik.

    kalau takde ketuhar, boleh kot kalau masak atas api sampai kering santan..boleh try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah ya boleh je tanpa guna ketuhar pun, tapi tak berapa nak umph la hasilnya, hehe ;3

      Delete
  2. salam plain^^ sedap n dpt dbygkan gimana rasanya tuu..wink. tak bleh amalkan slalu ni ..hehe, salam mesra kami dr jauh...ohoiiiii

    -m84-

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. oh... hmmm, pernah dengar nama masakan 'pulut sibar santan'? masakan utara ni memang suka main sibar2 sikit... hahahah ;3

      sibar santan tu macam dimasak sekali dengan santan sampai santan tu jadi pekat, lebih kurang gitu la maksudnya ;3

      Delete
  4. Aku cukup kagum org boleh masak n ubah suai resepi camni...
    Aku ni, nak masak meggi pon kekadang kembang tak menjadi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ngan aku pun.. huhuhuhu

      Delete
    2. @cEro
      Meggi, dah lama gila aku tak sentuh Meggi, aku suka Nissin and Ruski ;3

      @Aujinz
      Jinz, agak2 laa nak tipu pon, aku tau hang tu terrer bab masak2 nih~ ;3

      Delete
    3. Mana ada... betullah... koh koh koh...
      Sibar tu apa beb? sebar aku tau aaa..

      Delete
    4. koh koh koh... hmm, sibar tu kiranya macam 'gaul' lah... cer ko google 'pulut sibar santan', makan dengan mangga (orang perlis punya dish) ;3

      Delete
  5. Ni resepi ni asal dari negeri mana ye? Kedah ka Peghelih?

    ReplyDelete
  6. sedap... dah macam rendang pulak... teringat resepi ungkep ayam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ha'ah ungkep ayam, lebih kurang la tu, tapi tetap ada perbezaan pada rasanya, heheh ;3

      Delete
  7. huihhh...menyelerakan laaaa...hiihhiih

    ReplyDelete
  8. 1st time tawu perkataan 'sibar' ni plain. err nampak mcm ala2 masak kurma pon ade tapi bukan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius 1st time dengar word 'sibar' ana? uih... kalau 'pulut sibar santan', tak pernah dengar jugak ka? hang still kategori orang utara kan, ke aku yang salah info? hahah X3

      Delete
  9. Replies
    1. maaf, blog ini tidak menyediakan servis catering atau penghantaran makanan... hahahah ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...