Sunday, March 15, 2015

Last Year's Fad, Kek Batik!!! ^^




Okay, I know this Kek Batik is "sooo yesterday" already (well, to be exact, it's actually "Last Year's Internet Fad"). Ntah kenapa kek legend ini menjadi agak terkenal di kalangan netizen Malaysia pada tahun lepas. Yang aku ni pulak boleh tetiba rasa tertarik untuk buat kek ni, adalah gara-gara si budak Lee la ni, sebab aku ada terbaca satu entri blog dia recently, ada dia mention pasal Kek Batik, konon-kononnya senang gilalah nak buat, so aku pun tergoogle recipe kek tu, and so aku pun tertariklah untuk mencuba bikin makanan ni setelah melihat betapa sempoinya nak buat kek batik ni sebenarnya. Dah lama aku tak pekena kek batik anyway, so hey why not make it since it's so darn easy and quick to make, and doesn't even involve baking? Yoshaaa... ;3

~Bahan-bahan~

Biskut Marie (original flavor) - 250g
Telur ayam - 4 biji
Serbuk Milo - 1 cawan
Serbuk koko - 6 sudu besar
Susu pekat manis - 1/2 tin
Butter - 3 cube kecil
Margarine - 120g
Air - 1 cawan

*Recipe ni aku refer dari SINI, lepas tu aku ubahsuai sikit (campur margarine dan butter)...

~Cara-cara nak bikin pulak~


1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas. Patah-patahkan biskut Marie secara kasar, dan letak tepi untuk digunakan kemudian.
2. Masukkan serbuk Milo, serbuk koko, telur (yang dah dipukul terlebih dahulu), susu pekat manis, dan air, ke dalam kuali, masak dengan api yang sederhana.
3. Gaul sehingga sebati, seterusnya masukkan butter dan margarine. Gaulkan hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
4. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan tadi tu, dan gaul.
5. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam bekas (seperti di dalam gambar di bawah), kemudian simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Simpan kat dalam bahagian refrigeration ya, bukan di bahagian freezing yang kat atas tu (LoL).


 Siap, sila-sila... jemput makan mencuba... heheh~ ;3


Ni first time aku buat kek batik ni... boleh laaa... sedap jugak, bangga sekejap kahkahkah~ ;3


Banyak la pulak, so kenalah dipotong comei-comei, masukkan ke dalam Tupperware, simpan dalam fridge, tak tau bila nak habih. Kalau nak dibagi ke jiran/kawan tu elok sangatlah (bagus kek ni, merapatkan ukhwah di kalangan manusia dalam satu masyarakat - kehkehkeh). Kek batik ni adalah sejenis makanan yang sekejap je nak buat, lambat nak habis. Sebab, boleh makan sikit-sikit je sekali mengadap, cepat muak walaupun sedap (damn, it even rhymes!)... LuLz, magical food ;3


 Mahou Kekki! Sutekki! (Magical cake! Awesome!) X3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

27 comments:

  1. Replies
    1. ...kalau boleh pass via komen box ni, dah lama bagi dah... hihihih

      Delete
  2. perghhh... tetiba aku lapo tengok Kek batik hang, Plain... wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahuah jinz, ni kira balasan hang buat aku lapaq sebab tengok kek tiramisu hang post ke blog dulu... keskeskes ;3

      Delete
  3. aigooo pepagi lg dah buat perut gua berdansa :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoh sori2, so brekpes apa pagi tadi? ;3

      Delete
  4. sedap nih..suka yg kurang manis, tapi coklat lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, saya pun tak suka yang terlalu manis ;3

      Delete
  5. Replies
    1. alaa noob, mintak je la orang tersayang tu buatkan, tehee~ ;p

      Delete
  6. Hmmm...
    Kek batik ni aku belajar buat masa kemahiran hidup form 2 utk elektif bahagian ekonomi rumah tangga.
    Terkontang-kanting jugak laa nak buat, tp macam kau cakap, bukan laa susah mana pon...
    Cuma aku ni laki. Tau makan je...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh, ada eh kek batik dalam silibus KH form 2 dulu? tak ingat pulak aku... yang aku ingat makaroni bakar dengan puding... heheh ;3

      Delete
    2. aku dulu x amek pulak KH yg ekonomi rmhtgga tu. kemain dok amek sains pertanian. hahaha

      Delete
  7. Tahun lepas diibaratkan tahun kebangkitan semula kek batik. Haha. Dulu tahun-tahun awal 90'an pernah jugak glemer kejap kek batik. Raya tahun tu, dalam 10 buah rumah, 4 daripadanya akan ada hidangan kek batik. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaah... nampaknya kek batik ini akan bangkit lagi dengan megahnya menghiasi meja2 tetamu di rumah2 rakyat malaysia menjelang aidilfitri yang bakal menjelma, memandangkan kos untuk membikinnya tidaklah tinggi, sesuailah dengan era bermulanya gst... heeeh! ;3

      Delete
  8. Kemas nye kek batik awak. mesti sedap ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemas ke?? heheh, first time tau bikin kek ni ;3

      Delete
  9. wuhuuuuu...first time and terus jadi...?ini rare..hahahhahahhaa.............sedapnya kalau apa apa jenis kek bila letak dlm fridge........post kat sini satu pleaseeeeeeeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiman-kun hisashiburi nee~ lama tak nampak, sihat? banyak aktiviti kat uni? ;3

      Delete
  10. macam biasa.. pos kan kat kitaa. :D hihihi

    ReplyDelete
  11. Kire skang aku patut berbangga or rasa bersalah? Hmmm, mungkin patut rasa lapar..ekeke.. btw, aku buat trifle plak skang..XP

    ReplyDelete
  12. lama giler dah tak lepak sini.. aku pernah gak buat, atas tunjuk ajar mak aku, memang menjadi. sekali aku buat sendiri, mak oi lembik nak mampos. tak puas hati, try lagi, ambik ko sekali keras membatu, baling konkrit pun boleh retak. hahahaha. tapi picture itu kelihatan amat la sedap sekali, malangnya aku tengah on diet

    ReplyDelete
  13. hoiiii sodapnyo lah.. dah bookmark dah page ni. hahah

    ReplyDelete
  14. Kek Batik
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/kek-batik.html

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)