Click Me Plzzzz

Saturday, October 3, 2015

Merendek Padang Besar di kala petang...

Salam Oktober yang masih berjerebu buat semua warga Malaysia sekalian huhuhu...

Petang semalam aku telah pergi merendek ke Padang Besar sekejap bersama mak saudara dan dua orang sepupu aku yang ohsem. Dah lama jugak aku tak pergi merendek sana, curious jugak aku nak tengok apa perubahan yang telah berlaku di sana sejak kali terakhir aku ke sana (entah tahun bila, aku dah tak ingat), maka aku pun join sajalah aktiviti dan misi diorang mencari pokok-pokok orkid baru serta makanan-makanan sedap yang special di Padang Besar itu. 

Dah sampai Padang Besaq. Aku tak bawa digicam aku sekali, maka aku snap pics guna smartphone aku saja.
Sampai sini dah boleh rasa macam berpijak di bumi Thailand. Para peniaganya mostly Siamese and Siamese Muslims yang rancak bersembang dalam bahasa Siam. 

Belek-belek keychains sikit... tengok kot kot ada yang menarik atau lain dari yang lain...
Hahaha... ish ish ish... XP
Setelah puas membelek-belek koleksi T-shirt, beg tak ori, topi, dan keychains yang ada dijual di kedai ini dan kedai-kedai sekitarnya, kitorang pun bergeraklah ke kedai pokok orkid pula, yang mana para penggemar orkid mesti rambang mata memilih variety dan spesis orkid pilihan masing-masing, menambah koleksi orkid mereka bagi menghiasi laman rumah atau rumah orkid masing-masing. 

Sana sini orkid, warna-warni, macam-macam spesis ada baq hang~, pilihlah sampai pengsan. Jangan gatal tangan pergi petik bunga tu sudah~ ;3

Amacam? Banyak dan menarik belaka bukan? Harganya pun sangatlah okay. Para penggemar orkid sekalian, bolehlah serbu kedai orkid ni dan pilih mana yang berkenan di hati untuk ditanam di laman rumah anda bila berkesempatan untuk datang ke Padang Besar nanti. Cik adik Siamese yang menjual dan menjaga orkid-orkid di kedai ni pun mesra dan comei orangnya ;3

Seterusnya, kitorang pergi membelek jajan, keropok, kekacang dan buah-buahan sikit...


Lepas merembat keropok ikan dan mangga Namdokmai, kitorang pun terus menuju ke restoran yang agak popular dan menjadi tumpuan di situ. Kenapa ianya popular? Silalah terus membelek gambar-gambar di bawah ini...

Menu dia besar gedabak, printed-banner style, tergantung di sepanjang bahagian atas, kiri kanan dan depan kedai. Mata para pelanggan boleh jadi tak lekang dari membelek/study jenis-jenis makanan apa yang boleh disediakan oleh kedai makan ni. Yang penting, semuanya HALAL dan harganya berpatutan! ;3

Yaaa... pulut durian. Ni sepupu aku yang order. Aku tak makan durian, tekak aku sentitip dengan durian, nanti aku boleh sakit tekak (silap-silap boleh demam) kalau makan durian dan mata kucing. Nasib baik la aku ni bukan minat nak makan durian dan mata kucing, kalau tak mesti terlioq je aku tengok... hahah X3
Air minuman pilihan masing-masing: fresh coconut juice, iced lemon, iced lemon tea, dan aku punya order... Neslo ais tabur milo. Sedap gila baq hang~, ni first time aku cuba minum spesis air tabur-tabur milo ni. Sedap gila rupanya~ X3
Neslo ais tabur milo ni, aku order secara customized (off menu, hahah... nasib baik dia layan je). Dalam menu ada milo ais tabur je, nescafe ais tabur milo tak ada. Aku minta nescafe ais, dan aku nak ianya jadi versi yang ada "tabur" tu. Maka, jadilah ia nescafe ais yang ditabur milo. Superb! Sedap gilos, aku rasa mungkin tuan kedai tu akan masukkan "Neslo ais tabur milo" ke dalam menu minuman kedai dia lepas ni, heheh... serius sedap gilos~ ;3
Fried chicken wanton, sedap gilos jugak. Mengenyangkan betul, Alhamdulillah. Total harga semua makanan dan minuman yang telah disebut di atas, termasuk nasi goreng USA dan nasi goreng special (bungkus), dan 2 pinggan nasi goreng special, adalah di bawah RM60. Awesomeness. Next time I'm going to order sukiyaki for sure, and maybe tomyam dalam kelapa muda! X3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okeh, sekian dulu perkongsian aku berkenaan aktiviti jalan-jalan dan makan-makanku di Padang Besar petang semalam, with my awesome aunt and cousins. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, kami dapat melihat kesan jerebu yang semakin membimbangkan. Ladang-ladang tanaman yang terbentang luas kehijauan di sepanjang jalan kelihatan sedikit kabur dan berkabus. Kawasan selatan semenanjung pula sedang tenat dan sesak nafas sekarang, sungguh-sungguh merunsingkan. Jerebu... bilalah kau nak hilang? Bilalah masalah jerebu ni akan sebenar-benarnya selesai? ( "-____-)

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

27 comments:

  1. Last pergi Perlis, 2001. Hahaha serius lama. Nanti naik train la dari JB. Ada Pad Thai dak kat restoran tu? Duk mengidam Pad Thai je ni. dengan pulut mangga ke hahaha
    Silap betul tengok blog ni pagi-pagi. Lapaqqq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pad Thai? Opkos la adaaa... pulut mangga pun ada, mai mai~ ;3

      Delete
    2. Hahaha akhir tahun ni la naik tren pi padang besaq! XD boleh naa boleh naaa?

      Delete
    3. buleh jaaa, tapi akhir tahun tak best sangat kalau nak mai peghelih ni danny, to make your trip more worthwhile, better mai bulan april-mei sebab time tu ada harumanis! mangga harumanis lagi power kalau dimakan dengan pulut! ;3

      tapi kalau setakat nak merendek shopping around padang besaq, n makan makanan thai, anytime is ok ;3

      Delete
  2. Sedapnya tang makan2 tuhhh.. *Q* Terliuq deeenn..!!

    Kalau mak aku pi ni, memang terkeluaqla bijik mata diaaa.. dia suka gak orkid tp orkid lambat sngt bunga...huuhu.. Ke ada yang bunga cepat tapi akut taktau..taktaula kann..

    Aku dok matrik Changlun dulu pun tak pernah sampai Padang Besar lagi..huehuehue.. =v=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... orkid memang mostly macam lambat sikit nak keluar bunga baru selepas bunga yang lama tu dah layu, dari pemerhatian akulah...

      Delete
  3. banyaknya orkid..huhu..petang2 ni tengok neslo tabur milo..sedapnya..tak sama kot buat sendiri dgn yang di kedai..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betuiii... esok tu ada try buat segelas, tak jadi sesedap macam yang kedai tu buat... huhuu! agaknya dia tak guna nescafe 3 in 1 tu kut, dan juga dia guna susu pekat manis, mungkin X3

      Delete
  4. pernah pegi Padang Besar 2x je.. best!

    nescafe tabur milo tu memang menariklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik! teringat-ingat dibuatnya hahah ;3

      Delete
  5. Hahaha walaupun ceq org kedah tp baru tahun lepas jejak kaki ke padang besar. Sibuk jejak kaki kt tempat lain dulu. Tak tau pulak ada jual orkid kat situ, ingt ada jual jajan, baju, kosmetik je? Byk lagi tempat gua tak teroka ropanya.

    Hehe tp bestttt sbb barang Cathy Doll sgt murah. No wonder ramai penjual online boring kat situ :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai orkid ni ada kat bahagian luar kompleks tu, kat bahagian 2nd level tu, jangan terus jalan turun ke bawah ;3

      ohoo, kosmetik juga yang dicarinya ya, hehe... hati2 dengan barangan yang tak ori ;3

      Delete
  6. Aku suka gaya jalan2 macam ni, tengok bunga, layan makanan tempatan dan mana2 kedai souvenir dengan harga yang berpatutan,
    tapi malangnya selalunya travel companion aku mesti jenis tak suka jalan2 tempat2 camni...
    Since aku ni jenis yg ikot orang sbb malas nak dengar rungutan, so melepaslah kenangan macam ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh itu kita sesuai jalan berdua (tetiba) :))

      Delete
    2. @cEro
      uiks, travel companion hg suka jalan2 ke tempat yang macam mana? jenis yang suka gi hiking atau jungle trekking panjat bukit atau gunung ka, atau yang suka melawat tempat2 yang bersejarah, ataupun yang suka gi shopping di tempat elite gitu? ;3

      @zygha
      bercanda di pasar dan taman orkid... ;3

      Delete
  7. syioknya gi jalan2 kat padang besaaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orkid cambest jer!! Rasa macam nak angkut semua jer. Tapi jenis perempuan tidak mampu bertanggng jawab macam Len ni, x payah nak berangan beli bunga.

      Semua confirm mati.

      Delete
  8. merendek ke padang besar sis..
    amatlah beruntung..saya x penah sampai2 lagi kat situ..
    dkat siam..sah2.. thai food dia terbaik..
    ni yg gila orked mau rambang matA ... robek duit :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrr, sob tak pernah sampai sini lagi? :3

      thai food dia memang ohsem, pulut mangga dan pulut ayam memang menjadi trademark sini, mesti try! ;3

      Delete
  9. Dulu, asal pergi Padang Besar je mesti ada yang kirim Narita or Toto. Kalau pegi naik kereta boleh jugak masuk dalam bonet. Buatnya naik bas rombongan, satu bas penuh dengan narita ja. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ya, toto... lama dah tak dengar orang sebut toto! tilam nipis berlipat dengan jenama narita tu memang pernah popular dulu, praktikal dan selesa ;3

      Delete
  10. OK memang menarik part air tabur2 tu.. boleh try ni air lain buat tabur2 sebagai eksperimen

    ReplyDelete
  11. Woshhh berpinar bijik mata nak pilih cenderamata.. Haha
    Part bunga orkid tuu best... Berlari berkejaran :P
    Kan. Jerebu makin teruk.. Bilakah akan selesai T_T - KTC

    ReplyDelete
  12. last pergi perlis... ermmm... tak pernah! T.T

    ReplyDelete
  13. tapi wak pegi padang besar dulu dengar peniaga makcik2 tu kecek kelate je., pastu kawan wak ckp dorg tutr bahasa melayu pattani., ;p

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...