Salam Jumaat buat semua readers ^^
Okies, kali ni aku nak kongsi cara aku buat churros, iaitu makanan yang berasal dari Spain. Recipe ni aku modify dari apa yang aku jumpa kat internet, boleh dikatakan sedap dan marvelous... (。◕‿◕。)
tepung gandum - 1 cawan
margarine - 1/2 cawan
telur ayam - 3 biji (2 jika saiz besar)
serbuk kayu manis - 1/2 sudu teh
garam - 1/2 sudu teh
air - 1 cawan
minyak kelapa sawit - secukupnya untuk menggoreng
Delfi dark chocolate syrup - secukupnya untuk mencicah
*Cara-cara membuatnya..,
1. Panaskan margarine bersama air dalam saucepan yang dalam, kacau sehingga margarine cair dan mendidih.
2. Perlahankan api, dan masukkan tepung gandum bersama garam, kacau sehingga membentuk satu bebola doh yang lembut (lebih kurang 1 minit). Setelah itu, alihkan saucepan dari api dan letak di atas meja dapur.
3. Masukkan telur ayam (sebiji pada satu-satu masa, jangan dimasukkan semua sekaligus), dan kacau sehingga doh menjadi sebati dengan telur ayam. Masukkan sekali serbuk kayu manis.
4. Masukkan doh ke dalam beg pastry yang lengkap dipasang dengan star tip yang bersaiz sederhana.
5. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali yang "sederhana dalam", kemudian paipkan doh tadi terus masuk ke dalam minyak masak yang panas itu, goreng sehingga setiap jalur doh menjadi kuning keemasan.
6. Keluarkan churros dari minyak tadi dan letakkan di atas beberapa helai tisu makan atau tuala kertas untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan. Hidangkan churros bersama Delfi dark chocolate syrup, atau, ayakkan gula halus bersama serbuk kayu manis di atas churros yang masih panas. Siap... (。^‿^。)~
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
#PrayForMH370