Sunday, April 22, 2018

Sepetang di iOi City Mall, Putrajaya

Sepetang di iOi City Mall, sehari sebelum aku pergi merayau sekitar Singapura together with my dear cousin for 2D1N (2 days 1 night) :D

Hi gaiz!... so earlier this month I went on a short mission of hunting cherry blossoms together with my fantastic cousin, in Singapore! Yes, you read that right, Singapore, Singapura. Dekat je (compared to Japan la), negara jiran kita yang berada nun di selatan sana. Kami telah berjumpa dan beramah-mesra dengan beberapa spesies Sakura di Gardens by the Bay, Bayfront, Singapore :D

Sebelum aku membuka cerita berkenaan aktiviti jalan-jalan aku di Singapura, biarlah aku bercerita tentang aktiviti aku merayau di dalam iOi City Mall, Putrajaya terlebih dahulu. Ini merupakan kali pertama aku ke mall yang canggih ini (canggih sebab ada ice-skating rink... hehee). Antara tujuan kami (me and my couz) ke sini adalah untuk makan bibimbap di DubuYo outlet yang terdapat di sini, menukar sejumlah wang di Money Changer (buying some SGDs for tomorrow's trip), shopping sikit apa-apa yang patut, dan seterusnya melayan perasaan melihat orang skating sekejap di ice-skating rink (icescape) yang ada di mall ni. Aku bukan tak teringin nak skate, tapi better aku tak cari pasal sehari sebelum nak merendek ke Singapore. Kalau cedera teruk sebab jatuh banyak kali gara-gara skating je, tak ke naya? Aku tak mau buat benda bengong lagi risky yang mempunyai high possibility of ruining my trip the next day. SKATING < SAKURA. Hahah... :'3

DubuYo's bibimbap set. Nasinya warna purple (red bean rice?), dan kuantitinya besaq betoi... tak dapat nak dihabiskan walaupun sedap. Kenyang aku sampai tengah malam, alhamdulillah... :3
Meriah berwarna-warni. Semua elemen alam ada di dalam sebuah hidangan yang padat, very much a Korean dish :D
Sebelum nak makan bibimbap, kena gaul dulu. Mix thoroughly. Gaul jangan tak gaul! :D
Nampaknya petang tu, icescape ni telah ditempah untuk sesi latihan budak-budak skaters ni berlatih. Ini ohsem, sebab sebelum tu aku cuma jangka akan dapat tengok orang ramai je skating dengan bermacam-macam gaya + aksi jatuh bergolek kat dalam tu. Memang aku rasa macam bertuah je petang tu dapat tengok bebudak ni skating. They looked so elegant and graceful, dengan lagu Beauty and the Beast (instrumental) as their background music lagi. We spotted 2 kids yang (pada kitorang) sangat berpotensi untuk mewakili negara ni dalam acara ice-skating suatu hari nanti. All the best kids! :'3
Some SGDs (Singapore Dollars) yang telah dibeli di Money Changer yang ada di iOi City Mall tadi. Okay juga kadar pertukaran wang kat situ, RM360 = SGD122 (berbaki beberapa sen). Jumlah ni cuma untuk cover belanja makan + souvenirs + transport (mrt) in Singapore for 2D1N (2 days 1 night). Bab bayaran hotel (81 Bugis), flight (AirAsia: KLIA2 - Changi - KLIA2) and Matsuri tickets (Flower dome) sudah diselesaikan awal-awal lagi. Total semua budget, jadi la dalam RM1.2k gitu. Worth every penny, it was a marvelous short trip! :D

Alright, demikianlah aktiviti sepetang aku di iOi City Mall, Putrajaya sehari sebelum aku terbang ke Singapura dari KLIA2 bersama seorang cousin aku yang sangat sempoi dan ohsem. Bila ada travel partner yang sempoi dan sehaluan, semuanya bisa berjalan lancar, nyaman dan menggembirakan. Alhamdulillah. God bless you my dear awesome cousin! :'3 

I'll start yapping about my Singapore trip (Part 1) in my next entry. Till then, later peeps! :D

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^ w ^ = )

16 comments:

  1. tak sabaq nk tgk gambaq sakura @ Singapore..

    bibimbap x pernah try lg kat dubuyo..meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee... banyak pics nak taruk, plan nak letak entry sakura nanti dalam Singapore trip - day 1, part 2 :)

      Bibimbap is very wholesome, and sedappp :D

      Delete
  2. Best best best!
    Tak sabar nak baca next entry :-)

    ReplyDelete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  4. Food illustration is always a pleasant treat. :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh
    cepat update entry singapore

    ReplyDelete
  6. Singgah sini... salam kenal :)

    Jemput Singgah ❤️ : Entri Terkini Blog cikmasland

    ReplyDelete
  7. Weyyhhh..umah aku 5 menit jek dari IOI putrajaya..wuwuwuw..takpa2, takdak rexqi nak lepak sama..

    Yusssss, nak tengok sakuraaa..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... ya ka weyyhhh??? Alaaa... nyesal aku tak roger hang... aku ingat mcm takmo kacau hang, kot2 bizi ka apa weekend tu (basketball), plus aku ingat hang dok jauh dari situ... aaar serius nyesal, serius :(

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)