Click Me Plzzzz

Tuesday, September 23, 2014

Merendek KL - Tokyo Street, Pavilion

Salam ceria petang Selasa buat semua readers dan followers aku yang kawaii (comel) sekalian, hai' hai' minna san (baiklah semua), sepertimana yang telah dijanjikan di entri yang lepas, kali ni aku bawak korang ke Asakusa Tokyo Malaysia (kira ianya macam, a "make-belief" Tokyo la, a nice imitation of Asakusa with real Japanese products), yang terdapat di dalam bangunan Pavilion, Kuala Lumpur! XD 

Brochure Pavilion - Level 6, Tokyo Street ^^
Ini dia, Irrashaimase~ (Welcome~) =D
Bergambaq dulu sat kat entrance Tokyo Street Malaysia nih~ heheh ;3
Okeh jom terjah Asakusa Malaysia nih... oop ooppp, jap nak usha2 board dia dulu, huiii banyak jugak kedai2 Jepun ohsem yang ada kat sini, macam2 barangan/makanan nippon ada... nanka sugoi desu ne (hebat jugak kan)~ ;3
Haaa tudia tudia, ada lantern merah besar tu, memang ada gaya macam kat Asakusa Tokyo tu (tapi yang ni agak kecik la kalau nak dibandingkan dengan yang original kat Asakusa sana nuu, heheh) ;3
Waaai~ MARIMO desu yo!! (Marimo - sejenis algae tasik Akan, popular di Jepun, tumbuhan air tawar yang comel, dan senang gila nak jaga!) XD
Tak sangka dapat jumpa Marimo dijual kat sini! Macam2 saiz ada~ Heee... ni aku mesti beli nih, dah jumpa kat sini senang nak beli dan bawak balik rumah, kalau jumpa kat Japan bukannya boleh bawak balik naik flight! Mesti beli nih, nak bela dalam balang kaca comei kat rumah weee~ XD
Aku beli yang kecik macam key-chain ni, RM18 satu. Aku nak pindahkan dia ke dalam balang kaca serupa bikar yang diisi dengan batu2 kecik berupa kristal warna warni (batu2 kristal dapat membersihkan air yang didiami oleh si marimo ni~) X3
Seterusnya singgah ke booth Maneki-neko (kucing bertuah), banyak souvenirs berupa key-chains, paper weights and phone straps neko nippon ada kat sini~ X3
Ni pulak kawasan shop rows yang dibuat seolah-olah ianya 'siang hari' sepanjang masa (ada jugak feeling macam merendek kat Asakusa yang real tu kat area ni, hehee)... waktu ni sebenarnya dah malam, kawasan ni jer yang nampak macam siang, conpius gak kitorang tetiba... hehee~ X3
Posing2 jap, sambil bernostalgia sikit, amik feeling macam masa merendek Asakusa waktu spring bulan 3 lepas... hehee~
It's yoru-gohan time~ (Masa untuk makan malam~)... lepas belek2 menu kat depan tu (aku nampak ada Tempura Udon!), kitorang pun pilih nak makan kat sini, Tokyo Teppan, ada sign Halal, so kitorang yakin jelah. Oh ya, kedai ni ada jual arak ye (sake and beer), which is normal for restaurants in Japan (even kedai Arab halal kat Tokyo sana tu ada jual arak, for non-muslims, dorang sediakan gelas khas yang lain untuk tu). Korang jangan ngengada nak order benda2 tu yek, just order benda yang halal dalam menu saja ok~ To be on the safe side, just order seafood based dishes. Kalau korang tak yakin, jangan masuk, simple ^^
Mari kita belek2 menu dia heee~ (perlu kuatkan iman untuk mengawal nafsu melantak agar tidak order macam2 dan seterusnya berlaku pembaziran makanan serta ketirisan poketto desu!) X3
Rilek2... control diri... ochitsuke yo jibun! (bertenanglah wahai diri!)
Slurpppp... no, no, dame desu! Must... get..... that........ Tempura Udon only! X3
Yes... yes!... order this one only! That big bowl of Tempura Ebi Udon! XD
OMG look at that Unagi Don!! (grilled Japanese eel on rice in a bowl!!)... I know it's sugokku oishii!!! (Aku tau ianya sangat cedappp!!!) *drools*... tapi, aku nak Tempura Udon!! hahah... next time ok, next time!! X3
Makanan dah sampai. Sis aku order yang ni, Ebi Ten Combo, prawn tempura on rice, a mini udon, salad, pickles and fruits (watermelon and honey dew)...
Cousin aku order yang ni, salmon teppanyaki on rice, salad, miso soup, pickles and fruits (also watermelon and honey dew)...
Manakala aku pulak order yang ni, a big bowl of oishii (delicious) Tempura Udon! Kat Tokyo aritu aku tak berkesempatan untuk makan Tempura Udon (aku cuma dapat tempura, white rice, pickles and miso soup masa aku kat Asakusa tu), maka kat sini aku tak nak lepaskan peluang! Ittadakimasu! (hey, of course lah aku baca bismillah, ish korang nih~) X3
Sugokku oishii yo (sangat sedap wo), aku bagi rating 9/10! Besar kuantitinya, tak dapat aku habiskan ni, walaupun ianya sangat sedap huhuu (sedih aku rasa bila tak dapat nak habiskan makanan sedap). Full, kenyang betul... berbaloilah dengan harganya RM27. Ini adalah standard price macam kat Japan sana.
Hai', gokurosamadeshita~ (Okeh, thanks for the meal~), mata ne Tokyo Teppan, see you next time for some Unagi Don (grilled eel on rice)! Tokyo Teppan ni affiliate dengan Ichi Zen, restaurant kat sebelah dia ni, juga ada sign Halal ^^
Jumpak lantern ni lagi lepas beli katsuobushi (dried tuna shavings) and seaweed kat mart sini tadi... so meh amik gambar lantern ni lagi, dari angle yang lebih up-close ;3
Posing dengan lantern Tokyo Street Pavi jap... amik feeling ala2 Asakusa sikit lagi sebelum kitorang ciao dari sini... oh seronotnyer aku bila dapat rembat katsuobushi sepeket, nanti bolehlah aku bikin takoyaki kat rumah letak katsuobushi, weee~ ;3
Okeh, mata ne Tokyo Street Pavilion, see you when I see you, bye-bye nee~ ;3

Dengan ini, tamatlah kisah jalan-jalanku di Pavilion, Kuala Lumpur, Malaysia. Aku recommend lah korang untuk pergi jalan-jalan sini (especially for those who are Japanophiles, LoL), dapatlah nak rasa sikit-sikit macam pergi ke Asakusa, Tokyo tu. This place is somewhat rather a good imitation of the real thing, cuma kalau ianya bukan di dalam sebuah bangunan, tapi dibuat kat satu kawasan tanah lapang yang luas, barulah feelnya lebih menghampiri macam kat Asakusa yang original tu. Ma tonikaku, asoko de tanoshikatta desu~ (Well anyway, it was fun there~) ;D

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Friday, September 19, 2014

Merendek KL - The Mines

Salam ceria petang Jumaat buat semua readers aku yang kewl sekalian, diharapkan anda semua sedang sihat-sihat dan rilek saja di sana, di mana jua anda sedang berada~ ^^

Baru-baru nih aku gi merendek sekitar KL jap, saja jalan-jalan bandar together with my sis and ohsem cousin. So, antara tempat yang aku pergi merendek ialah The Mines~ 

Ada canal dengan feri... kitorng tak naik feri ni, datang sini dengan taxi jer dari hotel...
Banyak restaurants kat level bawah, pening gak pikiaq nak makan apa, banyak choices, last-last kitorang dinner kat Chicken Rice Shop...
Hahahah... ok, ramainya kaum kerabat panda kat sini... X3
Snap pics dari tingkat atas sikit... edisi siang hari pulak... hahah
Lagi pics canal The Mines dan feri-feri yang ada... tadi aku ada ternampak, jauh kat luar tu ada ikan-ikan koi yang besar gedabak dok berenang dalam canal ni (warna oren, putih, kelabu, tompok...). Ada signage "No fish feeding" terpacak kat tepi tu, tapi ada jugak orang dok kalut baling roti kat ikan-ikan tu, sekali dorang kena sound dengan sorang uncle tu, uncle tu tunjukkan jari dia ke signage tu kat dorang... hahah, hamik korang ;3
Ok, sekarang aku nak usha tang mana la booth yang ada jual belt plastik yang aku beli semalam kat sini tu... nak kena pi jumpa tuan kedai tu semula (akak indon), pastu nak mintak dia tebuk lubang belt extra (semalam aku perasan gemuk sangat, tu yang tak mintak dia buatkan extra belt holes... LoL) X3
Yoshaa!! Now I have a very efficient plastic belt to wear with my jeans every time I need to fly. Tak perlu lagi aku rasa cuak dengan airport security, now that I have this ohsem + comfy plastic belt... heheh. RM25, beli kat level 2 The Mines, at a small booth situated by the corridor facing the canal, yang ada jual macam-macam jenis belts.


Wokeh, sekian dulu entri kali nih, tak banyak benda aku nak story pasal The Mines (sebab kitorang tak naik feri... hahah). Nantikan entri aku lepas ni pasal Pavilion pulak, situ "happening" woh,  ada banyak benda yang menarik kat sana.... meheheheh~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, September 17, 2014

WordlessWednesday #6 - Back from a 5-day trip ^^



~~~~~

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...