Sunday, April 20, 2014

Tokyo trip: Day 1 (part 3)

Salam ceria, hello, dan konnichiwa kepada semua readers dan followersku yang sentiasa di hatiku sekalian~ Dah makan mempelam Harumanis belum? Cepat dapatkannya sebelum musimnya berakhir bagi tahun ini!~ X3

~(๑>◡<๑)~

Okayyy, aku sambung lagi cerita pasai jalan-jalan di sekitar Tokyo, dengan bahagian terakhir untuk hari pertama aku merendek di negara matahari terbit ini ;3

Ini dia Tokyo mosque, dari aras 2. Selepas jalan-jalan dan lunch kat Asakusa tadi, tour bus bawa kami ke sini untuk solat, Alhamdulillah, berpeluang aku untuk melihat masjid Tokyo yang cukup indah dan menawan ini (*T▽T*)...
Dari aras 2 ni, aku nampak ada pokok sakura kat parking lot masjid ni, baru mula nak berkembang, dalam 2 hari lagi barulah sakan bunga-bunga ni akan berkembang mekar nanti...
Tokyo mosque, outside view, 2nd floor
Tokyo mosque, outside view, 2nd floor
Di luar pintu masuk masjid, aras 2
Bahagian dalam masjid Tokyo, interior yang sangat indah dan bersih, terjaga rapi, aku berasa cukup terharu dan bersyukur atas peluang yang diberi oleh Allah S.W.T yang maha besar lagi kaya untuk melihat semua ini...
Bahagian siling masjid Tokyo yang membuat aku terkesima beberapa saat...
Chandelier masjid Tokyo, pandangan dari bawah...
Chandelier of Tokyo mosque, a direct view from underneath the lights
Tokyo mosque interior...
MasyaAllah, aku rasa apa yang aku nampak ni akan terpahat dalam memori aku, dan mungkin akan masuk ke dalam mimpi-mimpi aku lepas ni... magnificent and brilliant it is, Subhanallah, Alhamdulillah...
Ada tangga spiral seperti dalam sebuah kapal layar yang besar kat bucu masjid ni, naik jap tengok apa ada kat tingkat 3 pulak...
Ada seni tulisan khat di dinding aras 3 masjid Tokyo, cukup cantik...
View of Tokyo mosque interior from 3rd level...
View of Tokyo mosque's dome from 3rd level...
Hai', selesai bahagian masjid Tokyo yang teramatlah indah ini. Setelah selesai solat dan berehat di masjid sekejap, kami pun naiklah bas semula dan terus menuju ke Fresa Inn hotel, yang terletak di Kamata, Tokyo. 

Ni bukan hotel tu, ni bangunan menarik yang aku nampak dari atas bas, on the way to Kamata. Setelah diteliti bangunan ni (bas tengah berhenti jap sebab traffic jammed sikit), tu bukan bayang-bayang pokok kat bangunan tu, tu adalah tiles yang ada gambar pokok... huyooo~
Usha lagi bangunan ni... memang kepingan tiles ler... huyyooo~ X3
Lepas tu kan, aku usha kereta yang turut tengah berhenti kat sebelah bas ni, betul-betul kat sebelah bawah tingkap aku. Aku nampak apa tau? Ada seorang pakcik Japanese ni, yang drive kereta tu la, dia tengah dok asyik membaca komik/manga sambil curi-curi tengok jalan dah clear dari jem ke belum... aku takdak la nak snap picture pakcik tuh (ya aku hormat privacy orang lain dalam bab photography), aku pun mengusha la manga tu dari tingkap bas ni, nak tau jugak la genre apa yang dia tengah baca tu... tengok gaya macam genre.............. shounen, cerita pasai budak sekolah main baseball, innocent dan kawaii je lukisan manga tuh... kekeke... (hoi hoi, korang dok ingat apa tadi hah?) ;p

Dinner kat restaurant Arab di Kamata (lupa pulak nama dia), tak jauh dari Fresa Inn, jalan kaki je dalam 2 minit ke kiri dari hotel tu, dah sampai restaurant ni. Ahh baru perasan, aku lupa nak snap picture hotel tu laa, huhuu...
Lepas makan malam, aku jalan-jalan sikit sekitar Kamata dengan kawan2 baru aku, brrrr sejuk oh angin malam Tokyo, awal2 tadi aku dah pakai jacket sweater tebal aku, lega sikit... oh ni pokok bunga Magnolia ;3
Vending machine minuman ringan kat Kamata...
Owh, ada tempat yang tak dibenarkan bawak basikal...
Rilakkumaaa... ramainya, hahaa~ ;3
...dan seterusnya aku singgah masuk 7-11 yang ada kat Kamata ni, lalu mengusha manga collection yang ada dijual kat sini, perghhh tebai no manga original depa, kalau ada versi English scanlated, nak jer aku beli sebijik dua... huhuu ( -___- )...
Haiiii' setakat ini saja entry Tokyo aku untuk hari pertama, nantikan part 1 bagi hari ke-2 aku pulak nee, akan disiapkan dalam masa beberapa hari akan datang desu~...harap anda telah berasa terhibur (walaupun sedikit) dengan "kisah pengembaraan" hari pertama aku di Nippon nih, sekian jumpa lagi~ ;3

°˖ ✧◝(○ ヮ ○)◜✧˖ °

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

32 comments:

  1. hua hua hua.. tebal betei manga depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, geram aku tengok woo, kalaulah aku terer baca hiragana, mmg aku beli sebijik dua... huhuu X3

      Delete
  2. pernah dengar jugak pasal masjid tokyo ni...cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan bersih, terjaga rapi... sangat menawan ;3

      Delete
  3. Replies
    1. kan, wajib singgah masjid ni kalau pergi melawat Tokyo nanti, solat kat sini ^^

      Delete
  4. Baguih Tokyo, a bike-friendly city. Siap ada signage to advise mana route x boleh lalu dgn basikal, mana yang boleh. Harap-harap cities di tanah tumpah darah kita pun akan buat begini juga suatu hari nanti, selari dengan budaya gaya hidup sihat, besides empowering those who prefer to safely ride bicycles from point to point. ;)

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat ke sana! jeles betoi. masjid tokyo tu cantik sangat interior-nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dani jangan jeles, nnt dani pun mesti dapat pergi juga, n don't forget to visit Tokyo mosque! ;3

      Delete
  6. subhanallah indahnya masjid..cantik senibinaya...
    mesin2 pun nampak ok..ni kalau kat mlaysia..letak tepi jalan dah lama... rosak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohohoo... tu la pasal, penguatkuasaan anti-vandalism kat tempat kita ni agak... menyedihkan, huhuu ( "-___-), zannen da ne (too bad isn't it)...

      Delete
  7. 1. Masjid Tokyo tu sgt islamik, tak nampak lgsung gambaran tokyo...Cantik plak tu...

    2. Bila ko cakap itu tile luar hotel dan bukan bayang pokok, aku terlopong sekejap..awesome gilak...

    3. Komik tebal2 tu one-shot ke atau compilation byk2 volume? Berkenannya aku...hehehe

    Nak lagi nak lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Betoi, nampak mcm design dari Turki... menawan dan indah ^^

      2. Tu la pasal, aku pun melopong kat atas bas tu... hahah

      3. Setelah aku belek2, aku sendiri conpius sebenarnya... ada yg nampak mcm one-shot, dan ada yg mcm satu jilid jer tp tebai beno, huhuu wakarimasen desu, sumanai ne~ ^^;

      tungguuu~ X3

      Delete
  8. Plain83 : Kak JM singgah sini hee..salam perkenalan kembali..ohhh...rupanya dia pun baru balik dari Nippon Paint..opsss heee...ni yg buat akak Jm akan terus explore blog ni :-)

    Aha...hari tu tak tempat nk ke masjid tokyo ni..canti betul senibina dalam masjid ni..nampak mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii irrashaimase~ ;3
      hehe ya sila sila nee~ ^^

      Delete
  9. lawa jugak architecture masjid kat tokyo ini...dah macam architecture masjid2 negara islam plak..besar pun boleh tahan sampai 3 tingkat...menabung YES disini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa architect masjid ni mmg org Turki kot ^^

      tengkiuuu klik anda akan dibalas desu~ XD

      Delete
  10. best baca pengalam akak ke tokyo ni ^^

    ReplyDelete
  11. Tengok Jepun ni, yang aku kagum dengan tahap disiplin dan kebersihan rakyat diorang. Entah bila la masyarakat kita boleh sampai ke tahap macam tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa apa yang membuatkan mereka begitu berdisiplin dalam menjaga kebersihan dan kecantikan negara mereka ialah, semangat patriotik dan rasa hormat yang begitu tinggi terhadap negara tanah tumpah darah mereka sendiri. Fahaman politik tidak mempengaruhi rasa cinta mereka terhadap negara mereka.

      Delete
  12. Subhanallah, cantiknyer interior masjid tu, teringin nak tgk dgn mata sendiri...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum..plain bebeh..hehe..long time no see too..hehe..wah ke tokyo rupanya dia..cecntik gmbq..teringin nak tgk sakura..felling2..sikit..angin bertiupan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm syaz/yanaaa~ XD
      hehee, tunggu entry bagi day 3 nnt, ada beberapa jenis sakura akan dipertontonkan kepada semua kat sini~ ;3

      Delete
  14. cantiknye ya allah senibina masjid tu.
    memula ingtkan byg2 pokok. tipah tertipu kak.
    huh nanges lagi T__T

    ReplyDelete
  15. sejujurnya, Zam jeles jeles jeles jeles jeles jeles jeles jeless

    uwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalaa zam, jgn la jeles, tak macho woo jejaka mengaku jeles bnyk kali... tehee ;p

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)