Sunday, July 20, 2014

Sakki no furash wa gomenne! X3

Salam Ramadhan lagi buat readers dan followers blog aku yang sweet serta comei sekalian~ ;3

Okies, dalam entry aku yang lepas, aku ada mention pasal "gambar gegar", iaitu gambar yang ada kat bawah ni kan? Mana yang rasa-rasa macam lost tu, boleh refer pada entry aku yang lepas tu, okies? ^^

Talking Owl, puppet of Splash Mountain, Tokyo Disneyland...

Cerita gambar gegar ni macam ni... masa aku masih tengah dok beratur sekali dengan rakan-rakan tour aku kat dalam gua Splash Mountain tu, dari awal tadi tu aku notice ada seorang Japanese woman ni (in her mid 30's maybe, dari gaya fashion pakaiannya yang sopan dan penuh bertanggungjawab, ecehhh), dia beratur kat sebelah aku (sebab ada 2 line beratur), dan dia macam dok perhatikan aku jer (jeling-jeling sipi gitew), tapi macam segan nak start a conversation dengan aku (mungkin dia segan sikit sebab tak fasih sangat berbahasa Inggeris, dan mungkin dia fikir aku langsung tak reti Nihongo). Tapi aku memang notice dia dok pandang-pandang dari tadi, pastu bila aku tengok dia, dia pandang belah lain... hahah. Agaknya dia pelik dengan fashion pakaian aku kot, dan dia tak dapat nak agak dari ceruk dunia mana aku datang ni. Fyi, aku pakai shawl, cardigan, shirt dan skirt labuh kain tebal, seperti dalam gambar berikut...,

Ni gambar aku tengah pegang Mickey Mouse popsicle, orange flavor. Masa ni aku kat area depan Tomorrow Land.

Ok, berbalik pada cerita tadi, tetiba aku rasa macam nak makan gula-gula Kopiko, dan aku pun bukak la zip poket bag aku untuk keluarkan candy Kopiko sebijik. Lepas aku makan je candy tu dan terus simpan balik wrapper Kopiko tu ke dalam poket bag, masa tu jugak la si Japanese woman tadi tu pun buat benda yang sama, macam meniru gelagat aku pulak... dia pun keluarkan sebijik candy dari poket bag dia, dan makan candy tu, lepas tu simpan balik wrapper ke dalam poket bag dia. Oookay...., lepas tu beratur punya beratur, kitorang pun sampailah kat satu bahagian gua tu yang ada talking puppet burung hantu (yang kat dalam gambar first tu la) tengah bercakap-cakap dalam Nihongo untuk menceritakan kisah musang dan arnab yang bermusuhan. Aku rasa puppet tu nampak menarik, maka timbullah keinginan untuk snap picture puppet tu, kat dalam gua Splash Mountain yang gelap tu. Japanese woman tadi tu pulak pi berdiri kat depan puppet tu, dia tengok je gelagat aku yang nak snap picture tu. And so, bila aku press je shutter button digicam aku tu, satu flash yang terrramat terang dan kuat terus keluar secara otomatis, dan terflash betul-betul depan penglihatan Japanese woman tadik!! OMG!! OMAIGAD!!! Dengan riaksi muka yang cuak dan serba salah tahap gaban, aku pun cakaplah kat dia, "Gomen, gomen!" (Sorry, sorry!), dan dia pun terus senyum serba salah dan angguk-angguk je kat aku. Arghhh bersalahnyerrr aku rasa... lepas tu aku buat-buat macam marahkan camera aku tu... LoL. Aku pun tak sangka mode yang aku set tu boleh keluarkan flash yang terang tahap kilat tewww! Oufff bakabaka shiii!! (Oufff bengongnya akuuu!!) X3

Sambung beratur lagi, bergerak perlahan-lahan. Japanese woman tadi masih ada beratur kat sebelah aku. Tetiba aku fikir macam nak offer dia candy Kopiko sebijik, kira macam as a polite gesture untuk apologize pasal kes tadi tu la. Aku pun mulakan la dialog Nihongo aku yang cukup-cukup makan je tu... 

Aku: "Ano...", *untuk menarik perhatian dia*
Jap.woman: *Terus laju je datang menghampirkan telinga dia kat aku*
Aku: "Sakki no furash wa, gomenne~", (Tadi punya flash tu, sorry yer~)
Jap.woman: *Pandang aku dengan muka yang agak terkejut, dan balas,* "Iie iie", (Takpe takpe) *sambil tersenyum dan buat isyarat tangan macam tidak mengapa...*
Aku: "Kohii candy, tabemasu ka?", (Candy kopi, makan ka?), *sambil menghulurkan sebiji candy Kopiko buatan Malaysia tu*.
Jap.woman: "Eh?, hai hai", (Eh? Ya, ya) *sambil menyambut pemberian kecil aku tu dengan kedua-dua belah tangannya, lepas tu dia balas..* "Anata wa, nihongo ga, jouzu desu ne~* (Awak ni, baguslah dalam berbahasa Jepun), *sambil tersenyum*.
Aku: "Eh? Doumo, sukoshi dake dekimasu", (Eh? Macih, sikit saja bolehlah).
Jap.woman 2: "Eh, demo jouzu desu nee~", (Eh, tapi baguslah kan~) *tetiba ada sorang lagi Japanese woman datang menyampuk kat belakang aku, member dialah kot, mungkin juga adik dia*.
Aku: "Iie iie, sukoshi dake, nihongo ga sukoshi dake dekimasu", (Tidak tidak, sedikit saja, saya boleh berbahasa Jepun sedikit saja) *Sambil membuat isyarat tangan ibu jari dirapatkan dengan jari telunjuk, iaitu isyarat tangan yang biasa digunakan oleh orang Jepun untuk menunjukkan yang diorang tahu berbahasa Inggeris dengan sedikit saja*
Jap.woman + member dia: *senyum kat aku lagi*

Tetiba geng tour aku sibuk pulak nak inteprame dan ajak aku gerak ke depan lagi (padahal panjang lagi line), sambil dorang sibuk nak ambil tau apa yang berlaku tadi, dan kenapa aku dok sembang Nihongo dengan 2 orang Nihonjin tu, maka perbualan aku terputus macam tu saja. Sebelum aku blah ikut group aku tu, aku sempat la cakap dengan Japanese women tu lagi sikit...

Aku: "Watashi wa Mareshiajin desu, Mareshia kara kita", (Saya orang Malaysia, dari Malaysia saya datang sini).
Jap.woman + member dia: *Senyum dan angguk-angguk depan aku*
Aku: *Mula berjalan ke depan, dan aku tambah lagi...* "Ah, sorewa Mareshia no candy desu" (Ah, itu gula-gula buatan Malaysia).
Jap.woman + member dia: *Membelek-belek candy Kopiko itu dengan penuh curiosity, dan Jap.woman tu masih memegang candy Kopiko tu dengan kedua-dua belah tangannya dengan cermat*

Lepas tu, aku pun join la group aku semula. Salah sorang dari group aku tu tanya aku, "Eh, ko sembang ape tadi dengan diorang tu?". Aku pun bagitau, "Oh, aku saje je offer dia gula-gula Kopiko sebab tadi aku dah terflash camera aku kat muka dia... huhuu, so aku minta maaf la leklok. Aku ada bagitau dia, tu candy buatan Malaysia". Lepas tu ada orang lain dari group aku menyampuk, "Owh, oklah tu, hahah... mesti dia simpan wrapper kopiko tu nanti". Pastu aku jawab, "Ha'ah kan, ntah-ntah dia simpan nanti, hehee~". Lepas tu, dengan spontanlah orang group aku yang mula-mula tanya aku sembang apa dengan Japanese women tadi tu balas, dengan nada yang menyampah,"Hahaa, dia buang je nanti wrapper tu...", then aku jawab, "Haha, boleh jadi jugak~". Lepas tu, tibalah giliran kami untuk naik Mountain Spash ride yang sungguh mendebarkan jantung itu.

**LoL... Oh maiii, why U like dat maaa??** - sekadar monolog dalam hati ;p


Lepas kitorang dah naik Splash ride tu, kitorang pun pergi la lepak sekejap sambil minum kopi ais kat taman valley Mountain Splash kat bawah tu. Tengah aku baru je duduk kat atas satu garden bench tu, tetiba datang sorang budak kecik Nippon, girl, selambe je dia mai dekat aku dan letak sekuntum bunga daisy putih kecik kat atas lap aku. "For you...", katanya, lepas tu dia berlalu pergi, menonong je dia jalan. Aku macam HoH?? Ehhh?? Blur sekejap otak aku. Hahaha... ololoo, kawaiiii!~ (comeiiii!~). Anak sapa la tuu sweet betoiiii~ Little Nippon girl yang kawaii tu pakai gown dan berambut panjang, tak sempat pulak aku nak snap picture dia dari belakang masa dia berlalu pergi tu. Hahah... oh hey terubatlah kembali hatiku yang sedikit geram tadi, LoL ;3


**Nipponjin wa kawaii sugiru!!~ (Orang Jepun ni comei betul!!~)**


Jya matane, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

#PrayForAll - MH17, MH370, GAZA 

21 comments:

  1. ada jg manusia mcm tu...anyway, terubat hati dapat bunga..

    'aksi yg cute dari budak yg cute'..si penerima pun cute jg..kawaii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meheheheheee~ X3

      agaknya nippon girl kawaii tu cuma tertarik dengan "fashion pelik" ai je kot time tu, sebab ada pin shawl dan button bercorak bunga, jadi dia pun mai bagi bunga... hehehe ;3

      Delete
  2. japanese woman tu bleh faham tu kira terer gak la plain punya nihongo hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mehehehe nasib baik la dia paham, kalo tak, frust ai huhuu~ X3

      Delete
  3. Aku pernah dgr cikgu aku kata,
    "Bila kita di jepun, orang jepun ni macam spider. Dia lagi takut dgn kita (gaijin) drpd kita takut dgn dia..."
    Untung ko, ada basic nihongo, sbb org jepun mmg suka sgt bila gaijin ckap nihongo...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohoo... cero, cikgu ko tu arachnophobic ka? Selalunya orang yg ada ciri2 arachnophobia saja yg suka pakai perumpamaan tu... hehe ;3

      Nihongo aku hentam belajar sendiri2 jer, minat punya pasal ;3

      Delete
  4. best kan kalau kita pergi tempat orang and can speak native tounge oran tu...mesti orang itu akan rasa horat skit pada kita..heheehe

    Regard,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa ckit2 je buleh la, tak terer pon... tp memang membantu la, takde la rasa blur sangat hahah ;3

      Kita ni pon, kalau ada foreigner cuba cakap bahasa melayu dengan kita walaupun bahasa dia tunggang langgang, tetap kita rasa berbesar hati kan? Ada effort orang tu nak belajar cakap bahasa ibunda kita, mesti rasa macam waaah bagusnyer~ ;3

      Delete
  5. Power la hang boleh cakap Nihongo :-) Aku rasa perempuan Jepun tu nak menyembang dengan hang, tapi ada rasa segan-segan masa mula-mula selisih. Biasalah, orang perempuan Jepun ni memang pemalu sikit kan. Dalam anime je senang nak jumpa jenis yang tak segan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak power aih, tu nihongo rojak ja tu, kalau dia balas nihongo dia laju mcm ayaq, mampuih gak aku nak paham betoi2... hahaha X3

      Delete
  6. plain! selamat hari raya.. kawan2 ko tak pandai cakap Jepun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, diorang malas nak belajar nihongo... hahah, selamat hari raya pizza~ ;3

      Delete
  7. eh sis stdy kat japan ke?
    serius dasyat ar leh ckap japan..respect...patutlah travel kat japan relex je..nampak
    mcm x de masalah bhasa.. bgus2..bgus..
    agak2 coklot tu dia simpan kot..framekan biasalah buatan malaysia :P

    kkikx2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee, taklah, sis ni local graduate, buatan malaysia punya ;3
      haha macih2, mane de dasyat lah, tu level basic rojak jer, kena asah kasi tajam lagi utk pengembaraan ke osaka dan hokkaido pulak nnt, insyaAllah ;3

      macih dik sobri, kliks pasti dibalas! X3

      Delete
    2. la pututlah.. belajar sendiri? ini lavel otak hbat ni..
      ish..ish....level rojak pun ..janji sebut leh paham he..he.. :P

      Delete
  8. aku nk amek tusyen r gini.. n bawak nasi lemak makan sambil jalan2 kat Tokyo..boleh? Syok betul dia jalan negara orang.. nanti tu bile lak nak g hokkaido? huu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohoo... kalo mu nak bawak nasi lemak sekali dgn sambal bilis tu smua masuk jepun, tak boleh la bro... nanti kena tahan kat airport sana, pastu makanan (buah2an, daging, ikan, dairy) mesti kena rampas punya, kecuali biskut kering atau meggi... hahah ;p

      Nak gi nanti aku kasi hint kat blog ;p

      Delete
  9. Sugoi =O. Hebatnyaa cakap jepungg. muhun tunjuk ajar cikguu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. arigatou missha-chan~ hebat? takdelah, sikit2 jew~ ;3

      Delete
  10. Waaaa!! Hebak mung!! Hahaha tapi tak boleh bayang marah kat kamera sebab ada flash.

    Kamera baka!! =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada hebak, picisan gila nihongo gua ni, bukan boleh baca mahupun tulis hiragana tu pun LoL! X3

      Haha, baka no kamera! XP

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)