Salam Ramadhan buat semua readers dan followers blogku yang baik dan comei sekalian... diharapkan semua sedang sihat dan berpuasa dengan penuh macho di sana, walaupun rata-rata sedang bercakap tentang kepanasan cuaca yang agak luar biasa sekarang ini di Malaysia.
Baiklah, nampaknya ada permintaan untuk aku sambung entry Tokyo aku, iaitu cerita jalan-jalan di sekitar Tokyo Disneyland. Kalau ditangguh lama-lama nanti makin hilang mood pulak aku nak update blog pasal ni... hahah~ ;3
|
Tengah beratur nak masuk Cinderella's Fairytale castle, snap dulu gambar painting yang ada, tu konon Prince Charming dengan Cinderella la tuh...
|
|
Dah dapat naik lift dan explore tengkat atas, sambil tu ada narrator nippon dok explain pasal castle ni dalam nihongo... paham la jugak sikit2 apa yang dia dok cerita...LoL |
|
Antara display items yang ada kat sini. Semua pasal Cinderella saja... yang ni scene popular tu, scene yang sarungkan glass slipper tu... |
|
Display item seterusnya, mokcik fairy tolong Cinderella bersiap-siap untuk ke majlis tari-menari (ball) yang ada di castle... |
|
Seterusnya, Cinderella bersama rakan2 haiwannya di rumah ayahnya yang telah didominasi oleh mak diri serta kakak2 tirinya yang gediks... (LoL) |
|
Snap lagi sekali pakai digicam aku pulak, tadi guna Xperia-M... |
|
Display item yang ni sempena scene yang mana rakan2 haiwan Cinderella ni tolong buatkan baju ball gown untuk Cinderella (huyooo, buat gown tu... hahah), tapi lepas tu baju ni kena koyak dengan kakak2 tiri Cinderella yang sewel tu, oh kesian betul haiwan2 yang innocent + kawaii ni, usaha mereka telah disia-siakan... |
|
Ni scene Cinderella hadir ke ball dengan baju dan kasut magis yang dihadiahkan oleh mokcik fairy... tu ada kakak2 tiri Cinderella 2 orang dok sibuk gedik kat depan prince, dorang tak perasan ada awek cun (Cinderella) tengah turun tangga kat belakang tu... hahah |
|
Kasi focus sikit scene nih, intricate jugaklah design display ni... |
|
Ball scene, dancing time... display ni berpusing-pusing... |
|
Dah keluar dari Cinderella's Fairytale castle tadi, jalan-jalan kat luar pulak... ni clockwork house yang besar, cukup time je, akan keluar la makhluk2 rumah jam ni membuat satu pusingan di luar clockwork house tu... |
|
"Dumbo the flying elephant" punya ride... hahah, tak kuasa aku nak naik benda nih, aku tengok saja... |
|
Pinocchio's puppet house... tengok sekali lalu saja... |
|
Rumah hantu... hahah, boleh tahan menarik dan real jugaklah effects dia, hologram bagai... tidak disyorkan pada budak2 kecik mahupun orang tua yang takut sangat dengan 'hantu' untuk masuk ke dalam 'haunted house' nih... dorang ni suka jerit2, bingit jugak telinga aku... |
|
Seterusnya, beratur (panjang gila line, huargh) untuk naik Watersplash Ride kat valley musang dan arnab, Splash Mountain. Ganas jugak ride ni, tidak disyorkan buat mereka yang mempunyai masalah jantung yang serius... |
|
Sambil beratur untuk Splash Mountain ride, sambil snap pics scenery yang lawa dan juga sambil makan Cloud Nine chocolate bar... |
|
Masih beratur dan bergerak dengan perlahan, enjoying the view... |
|
Still queuing for the Mountain Splash ride... oh ada props yang konon2nya digunakan oleh haiwan yang menghuni bukit nih, hebat haiwan2 kat sini, dorang bertani... |
|
Area kat bawah ni untuk orang yang dah lepas lalui Mountain Splash ride... nanti boleh lepak2 kat valley bawah ni sambil minum kopi dan makan churros, dan beli apa2 souvenirs yang menarik... |
|
Hahaha... gambar gegar dalam gua Mountain Splash yang gelap ni ada cerita lawak sadis di sebaliknya... ni time tengah beratur lagi, tapi dah dapat masuk dalam gua, belum dapat naik ride lagi. Cerita ni agak elaborate, so nantilah aku buat entry khas untuk story pasal ni yer~ ;3 |
|
Lunch, at Disneyland cafe after that crazy Mountain Splash ride. Iced coffee, Mickey churro, and seafood pizza. Kotak pizza ni special siot, bentuk segi-tiga tuuu... hahah (Aujinz, perumpamaan pizza kedekut ko tu takbleh dipakai untuk kes pizza kat Tokyo Disneyland. Wahkaka~) X3 |
|
Ada octopus, scallop, and prawn dalam seafood pizza ni... dan bentuk pizza ni kekal segi-tiga all the way, dari kotaknya, pizzanya, dan terus dimakan tanpa perlu dipotong, pizza yang tiada masalah split-identity... hahaa~ XP
|
|
Aku dan Mickey Mouse popsicle, orange flavor. |
|
Okeh, sebelum gambar ni aku dah gone thru a few rides and shows, takde gambar sebab aku tak amik... hahah (too busy having fun i guess?) ;3 |
|
Donald duck and Daisy duck? ;3 |
|
Ahhh, rehat di suatu bucu taman sambil menunggu Nightlight Parade... angin malam yang sejuk mula terasa, brrrrr~ |
|
Ramai orang gi serbu Mickey and Minnie, aku tak dapat capture pun picture 2 ekor tikus tu sebab ramai sangat orang kerumun depa... tak kuasa aku nak join, aku tengok dari jauh sudah, aku bayangkan orang yang ada kat dalam maskot tu mesti tak selesa... hahah |
|
Orang makin ramai berkumpul kat tempat aku lepak ni, masing2 bawak bekal makanan dan blanket untuk tunggu Nightlight Parade yang akan berlangsung kat depan castle... |
|
Rupa castle pada waktu malam, sebelum Nightlight Parade... agak scary lah... hahah |
|
It's Disney's Nightlight Parade tyme~ ;3 |
|
Kucing licik dari cerita Alice in Wonderland sudah mari... |
|
Berpusing-pusing kucing besar nih kat atas jalan, ada masa lampu dia padam dan tinggal mulut dan matanya saja yang bercahaya, memang tepat menggambarkan ciri2 karektor kucing dari Alice in Wonderland... sekejap ada sekejap hilang, apa nama ntah dia ni... nama dia macam sejenis sauce... |
|
Lama pulak kucing ni mencapub kat depan nih... |
|
Snow white and the seven dwarfs... dan juga beberapa Disney characters lain yang aku tak snap picture, hahah... sejuk betul time tu... brrrrr~ X3 |
Okies... dengan ini, berakhirlah cerita aku merendek di sekitar
Tokyo Disneyland. Entry ini juga merupakan
entry penutup bagi cerita jalan-jalan aku di
Tokyo, Japan pada hujung Mac 2014 yang lepas. Tak perlu la aku cerita pasal hari ke-5 sebab hari tu cuma hari aku bertolak balik ke Malaysia saja
(KLIA to be exact), nothing special. Rasa macam
arghhh tak cukup masa je untuk aku menikmati keindahan dan keistimewaan
Tokyo, nanti aku pasti akan
repeat lagi
trip Tokyo, nak
plan sendiri betul-betul
trip bersama geng aku yang sempoi dan ohsem. Tapi sebelum tu aku rasa macam nak pi terjah
Osaka dulu, lepas tu
Hokkaido... hahah, tengoklah macam mana nanti. Manusia merancang, Allah Taala yang menentukan ^^
ヾ(@⌒ー⌒@)ノ
Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
bestnya,,,,
ReplyDelete;D
DeleteOh Yes...Apakah pengajaran hasil dari lawatan anda ke Tokyo?
ReplyDeleteHmmm, pengajaran? Ada beberapa jugak tu, tapi yang paling berkesan ialah keupayaan untuk memahami dan bertutur dalam bahasa Jepun standard (at least at basic level) itu sangatlah menguntungkan dan menenangkan fikiran bila pergi ke Jepun. Keberkesanan komunikasi itu penting tidak kira di mana saja kita berada ;3
DeleteBestnya plain!!!!
ReplyDeleteOne day, Plain. One day!
Aku plak akan buat entri pergi merendek ke Japan...hehehe
Yoshhh cEro-kun, jya o-tanoshimi ni~ ;3
Deletepizza yg takde split identity..haha..betul tu,.kotak 4 segi, bentuk bulat, bila nak mkn, bntuk 3 segi...
ReplyDeleteOK juga kalau sorang2 ikut tour group...ahli yg lain friendly ke?
hehee... oh ahli2 yang lain? bolehlah tahan... manusia ni ada macam2 ragam, unik mengikut persekitaran komuniti serta bagaimana cara mereka dibesarkan, in other words, ada yg O.K dan ada yg K.O... hahah, sebab tu lain masa nanti nak plan sendiri jer trip, jadual, penginapan dan cari sendiri je japanese guide sana (kalau perlu), gi dengan kawan2 yang memang geng kita, barulah boleh dapat yg terbaik ;3
Deletedemmm... kenape pizza kat Tokyo Disneyland lain daripada norma asal... ciss... koh koh koh
ReplyDeletewell, Jepun kan... full of surprises ;3
DeleteHari tu kami tak sempat tengok night parade tu...silap turun stesyen train :-)
ReplyDeletelohhh... sampai situ dah waktu lewat malam ke? aiyoyoo, ruginya :(
Deletesonoknye tengok org g jejalan sana sini especially jepun !
ReplyDeletetah bile nk dpt pegi adeh =P
nanti kalau anamizu nak pegi sana, plan jadual sendiri dan cari geng yang best, takyah ikut tour agency... boleh take your sweet time skit, dan lebih selesa ^^
Deletetu la kan, plan & pegi dgn geng sndiri je lg snang kan.
Deletebes pon lg bes sbb mmg 1 kepala dgn kite hehe ^^
Patung Cinderella with Friends tu nampak creepy pun ada. Hehe. Tapi apa pun, overall Disney Tokyo memang terbaik.
ReplyDeleteHehee aku tau sebab apa nampak creepy, sebab dinding batu2 tu nampak mcm tengkorak orang kan? Oh, boleh la tahan menariknya Tokyo Disneyland ni, tapi kalau ada chance nak pi sekali lagi tu, tak la kot... sebab aku bukan kaki disney, hehe ;3
Deleteterkedu..tgh berangan agak2nya bilalah nak sampai sini.. singapore pun sampai2l g inikan japan :P
ReplyDeleteHehee, sama ler sis ni pun, Singapore belum jejak lagi, cuma pernah skodeng dari JB jer, nak pegi sana mcm takde perasaan pulak masa tu, padahal boleh jer, hahah... tengoklah someday nanti, kena kasi jejak jugak ;3
Deleteseronoknya lah pergi sana yer :)
ReplyDeletetidak dinafikan ;3
DeleteHamboi meriahnya beliau di Tokyo! jemles ni! :D jemput singgah ke blog SM kalau sudi :D
ReplyDeletehttp://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html
Hahaa, SM jangan jemles, thanks datang blog sis ;3
Delete