Monday, June 9, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 4)

Salam ceria Isnin (tak mau Monday blues) buat semua readers dan followers blog aku sekalian, semua sihat? Kat Perlis ni sedang kepanasan dengan bahang mentari yang terik, kalau sidai baju kat luar, perghhh... kejap jer kering, crispy and warm gitewww... hahaa, petang-petang cari ais kacang, atau pun buat sendiri jer terus, jadi ala-ala ice blended dalam gelas besar, campur dengan cincau, teh, susu pekat manis, kacang dan buah kabung... slurppp, menyegarkan... hahah~ ;3

Ok enough about hot weather and ais kacang, seperti yang telah dijanjikan di entry yang lepas, sambung cerita pasal Harajuku. So right after going for hanami (flower viewing) in the rain, we headed straight to Tokyo Mosque again (for Zohor and Asar), and after that we went to Harajuku, where we got to shop again (mostly window shopping, LoL) and helped ourselves to Doner's Halal Chicken Kebabs. 

Level 2 of Tokyo Mosque, kat 'pondok' tu ada tangga marmar untuk ke level 1, kena turun dari situ untuk pergi ke tandas dan tempat untuk ambil wuduk...
Tengok gambar area ni nampak macam boleh buat 'Kad Raya' kan? Ada ciri-ciri 'Hari Raya' di situ.. heheh ;3
Dari level 2 ni boleh skodeng parking lot masjid ni, ada pokok sakura yang sedang berkembang mekar... masa 1st time datang ke masjid ni 2 hari lepas, sakura kat sini masih tak bloom, tapi hari ni... hah sakan dia bloom, layannn~ ^^
Sakura kat masjid Tokyo... tak jemu la belek sakura nih~ ;3
Usha sakura chan dekat sikit lagi, pasni tak tau lagi bila la boleh nak skodeng sakura lagi... X3
Ok dah dah, masa untuk ke Harajuku pulak... matane, sakura chan~ X3
Jumpa lagi, Masjid Tokyo yang indah... more pictures of Tokyo Mosque HERE
Dah sampai Harajuku, tempat shopping yang agak padat dengan manusia, locals and tourists...
Merayau di sepanjang Harajuku street ;3
Sementara menunggu lampu untuk melintas jalan menyala, seperti biasa... snap2 pics kota metropolitan Tokyo dulu ^^
Oih lambat jugak lampu isyarat untuk melintas jalan ni nak menyala...
Hohoo chekidout yo... ada pintu shopping complex yang besar dan macam rupa sebuah gua...
Memang macam gua... gua ajaib yang mempunyai siling dan dinding yang bersinar-sinar serta reflektif macam cermin... heheh ;3
Hahahah... sempat lagi aku nak berkenalan dengan wooden bear yang giant dan mesra nih, dah lama dia bekerja kat kedai ni katanya... ;p
Hah ni dia Doner's Halal Chicken Kebab, owner dia seorang Arabian yang agak 'obsessed' dengan Malaysia... hahaha. Nak tau apa dia buat bila dia tau kami ni Malaysian tourists? Dia jerit slogan "1 Malaysia!", sambil buat isyarat tangan "SATU" tu, lepas tu dia pasang lagu "Semerah Padi" dengan "Gemuruh Jiwa" kuat2 dari kedai dia... dan orang ramai mula rasa hairan dan tengok ke arah kedai dia ni... aiyoyoo pacik, strategi perniagaan apakah ini, hahaa~ ("^___^)
Kebab ni harga 500yen (~RM16) sebijik, sedap dan mengenyangkan yang amat. Hehe, mesti dah ramai Malaysians pernah mai beli kebab kat sini, cayalah pacik~ ;3
Fuhhh... dah sampai hotel, agak penatlah hari ke-3 nih (banyak insiden berlaku, antaranya ribut sakura kat Gyoen Park tadi). Ni dia dinner aku, kebab ayam Doner yang ditapau di Harajuku tadi, kopi dan seaweed rice crackers yang ada logo Halal. Rice crackers ni hadiah dari tourist guide ke-2 kami yang akan guide kitorang untuk naik ketapi esok ke Tokyo Disneyland ;3

Hai' hai' minna-san (baiklah sekalian), sekian dulu story yang merangkap Day 3 aku merendek di sekitar Tokyo , tamat di part 4. Lepas ni aku ke Tokyo Disneyland pulak. Nak tau apa benda yang ada di sana selain the typical Mickey Mouse and Donald Duck? Nantikan entry aku bagi Day 4 (Part 1) pulak, yang akan muncul di bloglist atau dashboard anda (or not, haha, izinkan aku untuk syok sendiri di sini) dalam masa beberapa hari akan datang, o-tanoshimi ni~ (look forward to it)~ ;3

ヾ(。・ω・。)ノ

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 3 (part 3) - Shinjuku Gyoen Park (sakura)
Tokyo trip, Day 3 (part 2) - Odaiba (part 2)
Tokyo trip, Day 3 (part 1) - Odaiba (part 1)
Tokyo trip, Day 2 (part 3) - Gotemba
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

31 comments:

  1. kah kah kah! kebab pakcik arab tu kena masuk dalam tempat-tempat wajib aku lawati nanti di jepun! XD

    ReplyDelete
  2. wahh..ramai sangat kot org Malaysia yg beli kat kedai dia...sampai obsess..glamer Faizal Tahir kat Harajuku..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, glamer faizal tahir dan m.nasir kat sana ;p

      Delete
  3. bila kita pergi tempat orang mesti rasa proud kan bila ada orang tahu pasal negara kita..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu pasal yang baik2 saja takpa la, jangan dia buat parody kangkung sudah... hahah X3

      Delete
  4. Wah Harajuku tu....
    Harajuku terkenal dgn anak2 muda berfashion pelik ala-ala gothic loli...
    ada jumpa tak?

    Nampak sgt pakcik kedai kebab tu dah selalu dpat pengunjung Malaysia....heheheh
    Lapar plak rasa cerita psal kebab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah ada! ada! aku nampak a few, yang rupa macam characters dalam anime "paradise kiss" pon ada, watak pasangan model dengan fashion designer tu... siyes sejibik, tinggi lampai mengalahkan ketinggian semua orang... aku rasa tu mungkin sesi penggambaran kot, sebab aku nampak ada cameraman ikut diorang berjalan meredah arus orang ramai... tapi sorry aku tak amik gambar, huhuu~ ;3

      tu pasal... aku pun tetiba rasa nak pi cari kebab ayam nih, hahah ;p

      Delete
    2. Hahaha, cool!
      Dengar kata Harajuku ni kalau pakai pelik2 pon takdak sapa yg kesah sbb dah mmg bandar dia diiktiraf sbg kawasan fesyen pelik2...hehehehe
      Teringin plak nak pegi...

      Delete
  5. Peh, tak agak-agak pakcik tu siap angkat jari
    1Malaysia, dia tak tau lagi yang ada rakyat Malaysia meluat dengan 1Malaysia. Haha. Mujur pakcik tu tak pasang lagu 1Malaysia yang Roy nyanyi kat RTM kuat-kuat kat Harajuku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku cuak kot2 dia tercakap "1kangkung" ja, kus semangat... hahahah XD

      Delete
    2. Ok la tu, boleh order kat dia kebab inti kangkung satu. Hehe

      Delete
  6. wahh meriah betol sakura sana sini.
    kebab !!!!! laparrrrrr T___T

    hamboihh kemain pakcik arab tu guna taktik on lagu mlysia plak no.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok sakura kat sana dah macam pokok serai kat malaysia nih, kat mana2 pun ada kat nippon nih, dari kawasan blakang rumah yang kecik sampai laa ke garden kecik kat bumbung apartment diorang nih, ada ja ditanam pokok sakura... sebab semua pun nak menikmati keindahan sakura bila tiba musimnya ;3

      Delete
  7. subhanallah cantiknya msjid..blatarkan sakura..
    yup tahun ni boleh print gambar ni wat kad raya he..he.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... nak ke? tapi yg diupload kat blog ni semua dah reduced saiznya (nak bagi loading cepat), jadi kualiti agak low... kalau nak yang ori, email me okeh~ ;3

      Delete
    2. nak2.. nanti sent ar..email..
      sobriyaacob@gmail.com..
      lawa tu...suka view dia:P
      mcm biasa mnbung :P

      Delete
  8. kemain pakcik kebab.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy sakan dia nampak malaysians... hahah ;3

      Delete
  9. Thank you for sharing these beautiful pictures. I wish I could visit Tokyo too someday :D. I love the pict of Tokyo Mosque, looks like one in Cordoba :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoo tata's here~ hehe ;3
      you're welcome and thank you~ hope i'll get to visit Bento Co. when i'm in Kyoto someday... love your pretty bentos! X3

      Delete
  10. Lama dop mai sini.. Still, jeles nak mampos r kat orang yang dah gi Japang ni. Close up sakura tak? Nak tinguk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh no no jangan jeles plz, hahah... ni dia pic sakura aku amik, tengok kat entry nih ;3

      Delete
  11. Salam.. Cantinya sakura.

    Err kat selangor ni pun panas membahang jugak. Huhu

    ReplyDelete
  12. building tu macam Sephora Kl. weee seronoknya dia ke Tokyo ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh Sephora KL? wah nanti nak gi chekidout lah~ ;3

      Delete
  13. macam sodap je kebab tu
    XD
    pak cik kebab tu tahu cakap melayu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sodap pun ;3

      oh boleh juga pacik tu cakap bahasa sikit2, yang simple2 macam "terima kasih" tu biasa la ;3

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)