Saturday, May 24, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 3)

Salam ceria Sabtu buat semua readers dan followers blog aku yang supa-duppa awesome sekalian~ Minna genki ka na~ (Semua sihat ka haa~) ;3 

( ̄▽ ̄)ノ"

Baiklah para peminat bunga sekalian (especially cherry blossom lovers), sepertimana yang telah aku janjikan dalam entry aku yang lepas, kali ni aku hidangkan kalian dengan gambar-gambar bunga sakura (bunga ceri) yang terdiri dari beberapa spesis, berkembang mekar di Shinjuku Gyoen National Park, Tokyo pada tarikh 30 Mac 2014. Tapi maaf sikitlah, ada kekurangan pada gambar-gambar yang aku tangkap ni, sebab hujan telah pun turun pada hari yang aku berhanami ni, dan ada ribut yang kuat telah melanda taman ini. Banyak payung pengunjung yang rosak dan hampir diterbangkan oleh angin ribut yang melanda. Seriously, ini memang satu pengalaman yang agak di luar jangkaan aku betul, belum pernah aku tengok "ribut sakura" atau apa-apa ribut yang berlaku di taman bunga sebelum nih, melihat kelopak-kelopak bunga sakura yang banyak berterbangan di sekeliling aku, marude ano Kuchiki Byakuya wa Zenbon Zakura wo hanashiteta mitai ni na~ (seperti itu Kuchiki Byakuya telah melepaskan Zenbon Zakuranya laa~)... ohkayyy hanya peminat anime/manga Bleach saja yang paham maksud ayat nih, hahahah~ ;3

Sebelum kami sampai ke taman ni, Mr. tour guide ada tanya kami kat dalam bas, "So what is the national flower for Malaysia?", maka ada beberapa orang jawab soalan pakcik Nippon tu (termasuklah aku), "Bunga Raya, Hibiscus~", lepas tu dia balas, "Oh? the Hibiscus?? I see, now do you know what is the national flower for Japan?" Aku diam jer, dan ada orang tanya, "Sakura?", dan Mr. tour guide pun jawab, "Nooo, it's the Chrysanthemum". Wah... sungguh tak ku sangka... hahah~ XD

Pink sakura... sakan bloomingnya...
Sakura yang banyak, bertahan dalam hujan...
Sakura dalam hujan, sebelum ribut melanda...
Hujan ka ribut ka, bergambar tetap bergambar... heheh ;p
Huhuu... lens digicam aku sudah kabur kena hujan sikit...
Banyak dah petals sakura yang luruh... kena angin dan hujan...
Posing dengan sakura jep~ ;3
Oh sakura, sanggup aku tak bukak payung sebab nak bergambar dengan kau... hahah, dalam hujan renyai2, sebelum kejadian ribut ;3
Sakura putih... breathless beauty~ ;3
Sakura putih yang dah kelihatan letih kena 'pukul' dengan hujan... huhuu, fragile bunga2 nih, kawaiso ne (kesian kan)...
Late bloomers, bagi depa sikit masa lagi, depa akan berkembang di kala yang lain2 tu sudah pun layu... hahah~ ;3
Bila late bloomers yang tadi tu dah bloom nanti, rupa dia akan jadi macam kawan2 dia yang ni la... oh angin sudah datang, sakura dah tak boleh nak dok diam2 untuk picture time...
Okies, jom sambung meredah hujan dan angin separa kuat (ribut belum datang) di taman sakura nih...
Ada padang yang luas kat tengah2 taman sakura nih...
Takdak orang nak berpiknik sambil berhanami atas padang ni hari ni, cuaca tak cun punya pasai...
Sambung jalan lagi, luas betoi taman nih... layanlah pics seterusnya (aku takdak idea sangat nak buh caption apa dah... hahah, layan je ler) ;p




Picture jadi kelabu sebab lens digicam aku kena air hujan... redho je ler hahah...
Ok, ni nama saintifik bagi sakura putih...
Hah tu dia, papan info berkenaan jenis2 sakura yang available di Jepun dan bloom mengikut skala masa masing2... lain spesis, lain masa dia bloom, masing2 ada musim tersendiri mengikut perubahan suhu persekitaran... omoushiroi desho~ (menarik bukan~) ;3
Tak terkaver aku taman sakura nih dalam masa yang telah diperuntukkan, luas sungguh... masa dan cuaca pun kurang sesuai untuk merendek taman ni habis2an...
Ganas sungguh la pokok sakura nih berbunga, yang keluar terus dari batang pokok pun ada, tak payah tunggu cabang dan ranting dia keluar dulu... mak oihh, bersemangat~ Teringin rasanya nak tengok buah cerinya, maybe someday I will ^^
Sakuranya merendang sampai ke tanah haa... layan posing sakan nih~
Ni namanya romantik tahap gaban... hahah ;3
Ni spesis sakura warna bright pink pulak... tahap romantik level gaban kuasa dua... hahah~ ;3
Sambung explore taman ni setakat mana yang sempat...





Yaaa, bukan sekadar sakura saja, bunga daisy kecil warna warni pun ada kat sini...
Overall romantic level taman ni? Aku bagi... tahap gaban level kuasa menghampiri infiniti... so mana2 pasangan yang tengah mengalami relationship problem tu, korang pi la visit taman ni time sakura tengah blooming sakan, confirm boleh pulih serta merta punya la relationship korang tu, tak perlu pi jumpa counselor atau post apa2 status kasi kontroversi kat media sosial tuh... hahaa, kidding man, kidding, no hard feelings yow~ (^ v ^)

Yosh minna-san (okeh sekalian), sekian dulu cerita aku pasai bunga sakura, lepas ni aku ke Harajuku pulak, beli kebab ayam Arab yang halal kat sana sambil merendek di sekitar shopping malls Harajuku. Nantikan entry aku bagi Day 3 (Part 4) pulak, yang akan muncul di bloglist atau dashboard anda dalam masa beberapa hari akan datang, o-tanoshimi ni~ (look forward to it)~ ;3

ヾ(。・ω・。)ノ

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 3 (part 2) - Odaiba (part 2)
Tokyo trip, Day 3 (part 1) - Odaiba (part 1)
Tokyo trip, Day 2 (part 3) - Gotemba
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

24 comments:

  1. subahanallah indahnya..x sangka..aa juga ribut sakuran.. eh tak sanggak national flower japan bkan sakura rupanya bunga lain.. good info baru tau..
    mnabung x3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ciptaan Allah Taala memang seindah kejadian, semuanya milikNya semata-mata, arigatou dik! klik pasti dibalas~ ;D

      Delete
    2. melawat sini sambil membalas :)

      Delete
  2. Logo Bunga chrysanthemum atau bunga kekwa ni selalu aku nampak dalam filem world war berkaitan dengan tentera imperialis jepun. Pakai logo bunga ni ingat dalam hati ada taman, padahal tentera jepun ni dulu brutal nak mampus. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tentera jepun zaman tok nenek kita yg brutal nak mampus dulu tu memang tak dapat dinafikan... bunga kekwa yang brutal, sejarah hitam tanah melayu... arwah tok dgn tokwan aku cukup anti jepun sebenaqnya, ya lah kan, depa telah menyaksikannya sendiri... but past is past, now it's different, tapi sejarah sememangnya wajar diingati ^^

      Delete
  3. Cantik dan luas taman ni..memang romantik tahap gaban...puas melihat sakura..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pi taman ni waktu cuaca baik, mesti level romantisnya up jadi tahap super saiyan... hahah XD

      Delete
  4. 1. Masa ribut datang dgn kelopak sakura berterbangan tu, ko patut duduk tengah ribut dan jerit "Chire~! Zenbon zakura" pastu melaung "Bankai! Zenbonzakura kageyoshi!" ala-ala Byakuya. Hahaha

    2. Kelopak bunga sakura tu boleh kutip dan simpan buat kenangan tak?

    3. Aku pun baru tahu bunga kekwa bunga kebangsaan Jepun. Mati2 aku ingat sakura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ohhh kalau ada geng cosplay bleach masa tu (atau ada member2 anime aku skali masa tu), confirmlah aku akan shout "Bankai! Zenbonzakura kageyoshi!"... LoL... aku capture short videoclip jer masa ribut tu, tp malas aku nak upload, aku capture pakai hp jer... hahah ;3

      2. Actually aku memang ada terpikir nak buat macam tu dah, tapi aku risau kot2 kantoi kat narita epot, so aku tak jadi la... wakaka (noooob betul lah aku nih, patutnyer aku buat jer, selit dalam buku pastu bubuh jer buku dalam bag utk check in, aku jer yang tak berani... LoL) ;3

      3. Tulah pasal ;3

      Delete
  5. wahhh...meriah betul bunga sakura kat sana...romantik giteww...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. CiptaanNya sememangnya indah, syurgaNya pula nanti tidak dapat dibayangkan macam mana kan :)

      Delete
  7. kat perlis pon ada bunga sakura nie, nmpak tepi2 jalan ritu...tapi sat ja pastu hilang da bunga dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa tau, tu spesis Tabebuia rosea, dari jauh nampak macam sakura, tapi bila usha dekat2, nampak lainnya, lawa jugak la bunga dia... tahun ni dia berbunga sakan kat Kedah dan Perlis, harap2 tahun depan pun sama ;3

      Delete
  8. bunga sakura nie kat perlis ada tepi2 jalan tp sat ja, pastu xdak da bunga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabebuia la, Tabebuia... hahah ;p

      Ada simpan benih dia nih, nanti nak tanam kat halaman rumah ;3

      Delete
  9. eh da terkomen bnda sama pulak...hohoho

    ReplyDelete
  10. ha tudia kalo plain x cita psl crysanthemum tu konfem xtau sampai ke sudah la. ni pon baru tau ni rupanya bkn sakura no bunga kebangsaan depa.. selama ni dok ingtkan bunga sakura la haisshhhh ~

    hadioyai ni kalo la dapat beromantik2 kat sini perhhh konfem rambut jadi super saiyan gak nih hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee... apa lagi, plan la dari sekarang utk berhanimun kat taman ni nanti ;3

      Delete
  11. lawo lawo... aku suka tengok filem perang Jepun.. so aku memang tau Chrysanthemum memang bunga kebangsaan diorang sebab semua kapal perang depa ada enblem bunga tu.. koh koh koh...

    video ribut tadak ka Plain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes kes kes... adaaa, tapi beberapa saat je pon, tak capture critical moment sangat, rasa macam tak berbaloi utk aku upload, biar la aku simpan buat kenangan sendiri saja... hahahah ;3

      Delete
  12. Wahhhh! berbunga berbunga berbunga~~~ Terima kasih kerana belanja...gambar. hiiiiiiiii:P

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)