Sunday, September 9, 2018

Singapore trip - Day 2 (finale)

Salam hujung minggu di awal bulan September buat semua readers yang diingati serta dihormati sekalian.., diharapkan semua pun sedang sihat dan ceria-ceria saja di mana jua kalian sedang berada. Masih dalam mood Merdeka lagi ka? Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia~ :D

Ada banyak T-shirts menarik kat Bugis Street ni, harganya pun okay sangat. From my observation, harganya seperti bergantung pada ketebalan kain T-shirt. Mana yang harganya below SGD10 tu nipis sikit kainnya, so kalau nak beli T-shirts yang sesuai untuk pakai jalan-jalan tu, I recommend buying the ones that are priced over SGD10. Rambang mata woi... :'D


Baiklah... entri ini ialah entri finale aku jalan-jalan merayau Singapura pada awal bulan April yang lepas together with my fabulous cousin. Dalam entri ini, aku akan kongsikan aktiviti 'souvenir-hunting' kitorang di Bugis Street, kemudian kitorang terus menapak ke MRT station yang terdekat untuk ke Changi International Airport dengan pantas dan cost-effective. So basically, this entry mainly showcases Bugis Street and Changi International Airport from my point of view :D

Bermulalah aktiviti kitorang meronda Bugis Street pada pagi itu selepas selesai check-out dari Hotel 81 Bugis. Tapi sebelum meronda-ronda dengan lebih rancak, wajib isi perut dulu dengan sarapan... di mana? :D
Di cawangan McD yang terdekat. Option yang jimat, pantas, mengenyangkan (dan yang penting sekali, HALAL) di sini... hahaa. Ordered a hash brown, large iced Milo and a fish burger. Nyiammeh... the burger bun was impressively soft, and the hash brown wasn't oily at all. Fast food never felt so healthy... :'D
Shopping time~ Alamak, banyak juga kedai yang belum buka lagi. Takpa-takpa, kita usha-usha dulu kedai mana yang dah buka di hujung sana, sambil bergambar dulu kat depan ni sedas dua :D
Masa untuk mencari T-shirts dan keychains yang menarik~ :D
Karang bila dah nak keluar dari sini, baru kitorang boleh gi usha kedai-kedai kat depan tu yang masih lagi belum buka time ni...
Keychains and fridge magnets, haa pilih, pilih...
Murah-murah souvenirs kat sini, bagus betul :D
Aww look at those cute mini tote bags~ X3
Mugs, paperweights, figures and more...
T-shirts and bags, lawa-lawa belaka... wajib sambar sehelai dua nih :D
So many interesting trinkets and stuff here at Bugis Street, all shiny and sparkly :3
Alright, time to board the MRT and off we went to Changi... :D
Changi International Airport... the fanciest airport here in Asia. Nice je timing kitorang ni, boleh lepak-lepak around here dulu selepas check-in sebelum nak pergi melangok kat depan flight gate... :D
Usha-usha interior decorations yang ada di sini. Plants, 'birds', 'petals'... :3
Nampak macam bercahaya je arca-arca burung tu dari angle sini. Cahaya matahari dari luar dipantulkan oleh bahan arca-arca yang tergantung itu :D
'Petals' on the ceiling as lights, 'birds' hanging from the ceiling and real plants growing on the ground (and also on the wall). How nice ;3
Ada kiosk STARBUCKS juga kat sini, dan ini berjaya menarik perhatian aku, si pencinta kopi. Eloklah aku menghabiskan baki SGD yang masih ada padaku di sini :'D
And... PETALCLOUDS! Dapat juga aku melihatnya secara dekat... :D
Asyik betul aku melihatnya bergerak-gerak perlahan dengan alunan soft music in the background... wait, dari mana datangnya soft soothing music yang agak mysterious ini?
Ooh... dari information board ini rupanya soft music itu keluar... kena belek ni, kena belek...
PETALCLOUDS c. 2017. Tak jelas informasinya? Sila 'right click' image and choose 'Open Link in New Tab'...
THE CHOREOGRAPHY. Tak jelas informasinya? Sila 'right click' image and choose 'Open Link in New Tab'...
BEHIND THE SCENES and ABOUT THE ARTIST. Tak jelas informasinya? Sila 'right click' image and choose 'Open Link in New Tab'...
Formasi PETALCLOUD berpecah kepada dua 'gumpalan awan'. Such an impressive invention with precise movements. Art and Science got married and gave birth to PETALCLOUDS. Respect~ ;3
Mana boleh tidak bergambar sekali dengan PETALCLOUDS... ehehee :'D
Okeh, masa untuk bergerak menuju ke flight gate...
Ada kiosk untuk dapatkan WiFi password... :3
Inilah dia keseluruhan rupa kiosk WiFi password (sebelah kanan, bawah) di Changi International Airport ini. Kena bagi dia scan passport dulu, baru dia bagi password...
Satu password bertahan selama sejam. Bolehlah bertenet di ruang menunggu flight gate selama sejam ;3
Banyak gila stok teh kedai ni. TWG TEA, since 1837... macam gempak je brand teh ni, ni baru first time aku nampak brand nih...
Ruang menunggu yang luas, selesa dan santai... ada pokok-pokok lagi. Jom melepak sambil bertenet...
Boleh juga membelek-belek kapal terbang lalu-lalang pusing-pusing sebelum take off...
Nak tengok ikan berenang-renang dalam akuarium pun boleh...
Ikan berenang-renang dalam akuarium yang diisi dengan dead corals though, mostly... well yeah, I know it's terribly difficult to maintain live corals in an aquarium. I would only expect to see live, healthy colorful corals in aquariums at places like Aquaria, Underwater World and the likes. This is an airport, and I'm here to catch a plane... ;3
These seats look comfortable... lepak sinilah sambil bertenet...
Well look what we have here... it's charging time~ ;3
Onboard AirAsia flight. Bye-bye for now Singapore, see you when I see you :'3

Yoshh... dengan ini, berakhir sudah kisah aku jalan-jalan merayau santai di negara Singapura, dari berjimba berhanami melihat sakura di Gardens by the Bay (GBB), membeli souvenirs di Bugis Street dan seterusnya melepak di Changi International Airport sementara menunggu flight untuk terbang pulang ke KLIA2, Malaysia. Walaupun sekejappp aje trip kitorang ni, kegembiraan dan keterujaan dalam aktiviti berjalan-jalan sambil meninjau lokasi asing yang menarik dan indah itu tetap dapat dirasai, dialami dan dihargai oleh kitorang yang memang suka melihat, explore, learn and experience new things. Next time kalau ke Singapura lagi, kitorang bercadang hendak meninjau Sentosa Island pula. InsyaaAllah :D


Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^ w ^ = )

10 comments:

  1. byk betul souvenirs di bugis street..dulu beli di chinatown je...Changi Airport mmg cantik..kt rooftop ada sunflower garden..mesti asyik tengok petalcloud tu bergerak ikut alunan muzik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Souvenirs cantik2 dan murah2 kat situ, best :D

      Next time pergi S'pore via plane lagi, nak sambung explore CIA dengan serius. Nanti mesti lagi gempak airport tu bila dah siap segala binaan apa yang belum siap lagi tu :D

      Delete
  2. first time dtg spore dulu terkejut sbb harga keychain and souvenir murah2.. aku bawak 50SGD je dulu utk 2 hari tapi masih boleh lg beli souvenir.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayumm bestnya, tahun bila tu weh? Beli souvenirs kat Chinatown ke? :D

      Delete
    2. alamak lama dah 3 thn lepas kot.. masa tu mmg nak gi USS je.. so tiket dah beli siap2.. yg lain sightseeing je x perlu bayar apa2.. lepas tu makan kat zam-zam je share murtabak dgn kwn je .. giler nak jimat time tu.. haha.. MRT card dah sesiap topup la.. Souvenir paling murah pada aku kt Arab Street..

      Delete
    3. Wokeh, thanks for the info. Maka setakat ni tempat2 yang strategik untuk membeli souvenirs di S'pore adalah di Chinatown, Bugis street dan Arab street *thumbs up* :D

      Delete
  3. CT plan nak pegi SG banyak kali tapi sampainya tak lagi. belum rezeki lagi nak sampai sana. syok kan shopping hehe takpe mahai sikit janji quality. ada kawan dulu kasi selai tshirt SG bertahun da smpai skrng okay lagi lusuh pun tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu CT, mahai sikit takpa janji kualitinya cun :D

      Delete
  4. Excellent travel blog! Thumbs up Plain83!
    Best kan shopping dan makan2 kat Bugis Street :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq PokNaa... hehee, blog rojak ja nih... kadang2 ja akan sembang pasai travel :'D

      Besttt, menyesai pulak tak tangkap pics masa kat luar Malay Street di Bugis Junction tu, huhuu...

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)