Sunday, May 18, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 2)

Salam ceria Ahad yang sedikit mendung (kat tempat aku la) buat semua readers dan followers blog aku yang budiman dan comei sekalian, semua sihat? ^^

 (〜 ̄▽ ̄)〜

Okeh, sepertimana yang telah aku janjikan di entry blog yang lepas, kali ni aku bercerita pasal Odaiba lagi, focusing on Gundam Front statue (RG 1/1 RX-78-2 Gundam Ver.GFT, white mobile suit), yang menjadi landmark awesome bagi Official Gundam Cafe di Odaiba ini. Saaa Gundam fans, enjoice! (enjoy + rejoice)... LoL~ (≖‿≖)*☆

Gundam Front statue, model RX-78-2, pada skala 1:1 (RG 1/1)... kalau dia ni bebetul wujud, sebesar inilah ia... hohoo)...
Front view of si gagah perkasa Gundam... macho siot... hahaha~
Melindungi Odaiba dengan penuh gaya ;3
Side view pulak, dari kanan encik Gundam ;3
Encik Gundam ni tak kisah orang ramai amik gambar dia dari angle mana pun, dia dah biasa, fofuler la katakan ;3
Sugoi ne kono dekai na Gundam san (Awesome kan si Gundam gergasi nih) ;3
Nampak macam boleh terbang anytime je gaya Gundam nih... hoho ;3
Kalaulah aku boleh bebetul masuk dan control Gundam ni dari dalam, pergh, tak tau nak kata apa... terus bawak dia round satu dunia kot, dapatlah aku amik picture bumi dari view angkasa lepas pulak... hahah~ ;3
Lengkap satu pusingan aku amik gambar encik Gundam nih, arigatou ne Gundam san~ ;3
Mata aimasho ne, Gundam san~ (Jumpa lagi ya, encik Gundam~) ;3
Tak ramai sangat orang hari nih, hujan...
Hujan mula turun dengan rancak... tapi takpa, encik Gundam dah biasa, rilek jer dia dalam hujan, heheh ;3
Gi usha Official Gundam Cafe pulak, heheh~ X3
Aiseyyy, siap ada deco head-piece Gundam lagi tu... stylo la hehe~ ;3
Aku snap pic ni jer dalam cafe nih, sebab aku tengok staff kat sini macam tak brapa suka orang snap pics jer... perasaan aku je kot... tehee~ ;p
Iklan pertunjukan sarkis yang super artistic and unique... hahah, tak tengok pun, kalau nak tengok kena beli tiketnya dulu secara online, performance from Feb 12th to June 29th bagi tahun ini di Tokyo ^^
Okeh sekarang menapak semula untuk ke Venus Fort pulak kat Odaiba ni, sambil meredah hujan renyai-renyai, sempat melayan tulips dulu...
Kuning ada, purple ada... kirei da ne~ (cantik no~) ^^
Focus sikit sama dia, si tulip purple~ ;3
Setelah meredah hujan lebat dan angin kencang (rosak payung aku woo), akhirnya aku sampai sini, Venus Fort... dan aku mula pening, ehh, takkan dah petang kot?? Ni baru pukul brapa, lunch pun belom weyyy... selepas aku mengusha langit selama beberapa saat, oh... baru aku prasan, tu bukan langit dan awan yang real, itu adalah siling bangunan Venus Fort yang diperbuat daripada skrin dengan paparan awan senja yang sedang bergerak dengan perlahan, bagaikan ditiup angin sepoi2 bahasa... mak oiiiiih~ ( *A* )
Ni picture aku amik guna smartphone aku pulak (Sony Xperia M), efeknya berbeza sikit dari digicam Sony Cybershot aku...
Hah tu dia, fountain si Venus kat dalam Venus Fort nih... barangkali ianya suatu symbol kepada fountain of youth, hahah~ ;3
Venus serta para dayangnya, mungkin... kejelitaan yang berkekalan tak lapuk dek zaman, hmmm logic jugak sebab dah jadi batu... kekeke~ ;3
Okeh bye-bye Venus san, aku nak pi lunch pulak... hehe~ ;3
Selepas merendek dan meredah hujan di Odaiba, kami dibawa ke Sumiyaki-ya, restoran yakiniku ala Korean (daging panggang wagyu beef) HALAL di Roppongi dori (jalan Roppongi)... omnomnom~ (nyam nyam~) ;3
View dari hadapan kedai ni, akan nampak signboard Roppongi dori (jalan Roppongi) ;3
Kat sebelah kedai ni ada Ramen shop, kira jiran dia la... nampak macam best jerrr tapi Haram oh, jangan masuk sini... tengok je tau, tengok jer, hahah ;3
Okeh jom masuk sini, Sumiyaki-ya... ada yakiniku (daging panggang) yang Halal ^^
Ittadakimasu~ (makan sekarang~)... ayam dan daging lembu berempah, sambil panggang sambil bersembang, sementara menunggu daging masak~ hehee~ ;3
Hah nasi dan miso soup dah sampai, kimci pon ada, apa lagi... makan tak ingat dunia dah la, tengah lapaq semua... tetiba teringat kat si Chouji dalam anime Naruto, budak tu memang gila suka makan yakiniku, team Asuma sensei... hahah ;3
Tuan kedai ni (Indian guy, Mr. Roger yang berT-shirt merah tu) sangat friendly, sembang2 dengan kami, dia bagitau Dr. M ada mai kedai ni tahun 2012 dulu... ni dia gambar, siap dia tampal kat dinding kedai... hohoo~ ;3
Siap ada tampal article pasai kedai ni lagi kat sini, heheh... lama jugak la kedai ni dah beroperasi, ada jugak aku tanya Mr. Roger ni, "For how long have you been running this shop?", dan dia jawab, "Around 18 years", waaaa... patut la selambe jer dia boleh pegang seketul bara api dalam grill pot kat meja kami tadi, masa tu api tak berapa nak kuat, so dia mai sendiri tolong tengok apa yang tak kena... waaah, tercengang dan ternganga kami tengok, rasa respect gila pon ada... macam tu la tuan kedai makan yang awesome~ XD
Dan ini pulak mesej dari Dr. M buat tuan kedai Sumiyaki-ya, Mr. Roger ^^
Wokeh, selepas semua dah kenyang Alhamdulillah, tiba masanya untuk pergi tengok sakura di Shinjuku Gyoen Park pulak, yisss... off to the bus everybody~ XD
Oh ada penutup jalan yang kawaii (comel), ilustrasi bunga sakura~ *snap snap*, hehee sempat lagi tu, sebelum naik bas ;3
Nahhh tudia, yang besar pun ada, corak bunga sakura dan daun pokok ginkgo... kawaii ne (comel kan)~ *snap snap* X3
On the way to do some Hanami (flower viewing) at Shinjuku Gyoen Park desu~ XD

Yosh minna-san (okeh sekalian), buat para peminat bunga sakura pulak, anda nak tengok gambar-gambar sakura yang banyak, bertimbun, berkembang mekar sana sini, dan terdiri daripada warna putih dan pink di Shinjuku Gyoen National Park? Nantikan entry aku bagi Day 3 (Part 3) pulak, yang akan muncul di bloglist atau dashboard anda dalam masa beberapa hari akan datang, o-tanoshimi ni~ (look forward to it)~ ;3

ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

~*Previous*~
Tokyo trip, Day 3 (part 1) - Odaiba (part 1)
Tokyo trip, Day 2 (part 3) - Gotemba
Tokyo trip, Day 1 (part 3) - Tokyo mosque and Kamata
Tokyo trip, Day 1 (part 2) - Imperial Palace and Asakusa
Tokyo trip, Day 1 (part 1) - Tsukiji Honganji Temple and Ginza Fish Market

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

32 comments:

  1. Siling Venus Fort tu awesome la! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awesome and confusing... plus romantic, hehee~ ;D

      Delete
  2. uiihh...best nye gundam besar tu kalau boleh control...siling tu pun gempak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, ada jugak terbayang mesti best kalau boleh bawak gundam tu terbang ke angkasa lepas... hahah ;3

      Delete
  3. Gundam besaq tu gila kool arr kalo mmg buleh masuk control dia dr dalam. huh~
    Venus Fort tu besnya feeling2 romantic kat situ :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee... feeling2 mcm pi Venice gitew ;3

      Delete
  4. aku nak tanya, agak agak, diorang buat Gundam tu guna apa? konkrit ka besi weih?

    Siling Venus Port macam kat Venitian Grand canal Shoppe yang aku pergi dulu.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku agak most probably depa guna sheet steel aluminum alloy, mungkin ada carbon fiber jugak... sebab aku usha dekat, ada nampak macam body kereta jer, just my guess ^^

      ahaa ya, aku tau... macam yang hang pi kat Hong Kong tu kan, kat Macau kan? ;3

      Delete
  5. 1. GUNDAM!!! Aku harap aku masih hidup pada masa satu hari nanti di mana Gundam boleh berfungsi seperti dlm anime.

    2. Venus port tu mcam port utk org bercinta...hahahaha

    3. Ko ada selidik tak kenapa Roppongi dipanggil Roppongi? ada cerita pasal 6 batang pokok ke??

    4. Tulisan Dr. Mahathir SANGATTTT tulisan seorang doktor...Aku nak baca pun tak dapat....hahahaha

    NICE ONE PLAIN!!
    Dapatkan buku KAMI! di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Hohoo... aku harap suatu hari nanti aku sempat ada peluang utk mengikuti 'space touring', kira masa tu nnt sesiapa saja boleh pergi melancong sekejap ke space station yang ada di angkasa lepas tu, pada kos yang affordable ;3

      2. Sangat kot... patut aku rasa macam kurang sesuai jer utk aku lepak lama2 kat situ... hahah~

      3. Oh, ada la jugak aku terbaca somewhere, ada kaitan dengan 6 pokok besar dari zaman edo dulu, dan nama 6 orang besar di kawasan tu yang ada japanese character 'tree', pada zaman tu la... something like that, sila selongkar sejarah jepun pada zaman edo dari sumber yang boleh dipercayai, hahah ;3

      4. Ler ko tak bleh baca tulisan Dr.M ka? Meh sini aku tolong taipkan, "To: Roger of Sumiyakiya Restaurant... This is a gourmet halal restaurant. The food is Korean and Japanese. They taste good."... hahaha, ringkas dan padat ^^

      Arigatou ne Cero kun ^^

      Delete
  6. kalau ada ride macam transformers punya ride kat uss, tapi ni gundam punya ride, memang best.
    hari tu ada baca memang ada tengah buat robot yang macam gundam ie boleh operate dari dalam kan...hahaha imagine Jepun sebagai kuasa baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dayyummm... jangan jatuh ke tangan korea utara sudahhh... oh LoLzy ;p

      Delete
  7. wahh..besonya Gundam tu,,lbh kurang ama tinggi dgn bangunan... teringat cerita ultraman..kalau dia boleh berjalan and then fire..*terlebih imaginasi* ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, imaginasi sememangnya tiada batasan ;3

      Delete
  8. WOIIIIIIHHHHHHHH...!!!!!! smpai ati gi tokyo tak hajak akuuuu...!!! *sob sob sob*
    syiok giler nampaaaaakkkk..!!!! jeles..jeles..! *nanges henta2 kaki*

    ReplyDelete
    Replies
    1. arama, lee-kun taraa~ ;3
      ni jeles tahap mega gaban ka apa nih? hahah, eh bukan ke ko tgh still busy with your studies? mane bleh kacau~ ;3

      Delete
  9. Gundam tu x berkarat dan colour pun maintain ke ek sbb hujan panas x berbumbung x short kena kilat ke * tiba2 lak curious

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yang tu JM kena tanya engineers Gundam la, hal2 maintenance dan jenis cat semua tu diorang je yg tau secara tepatnya ;3

      Delete
    2. Jepun mmg advance sunggoh la bab2 rekacipta nih hnss hnss

      Delete
  10. Bunga tulip..i like..sgt best dpt tgk betui2...wuu...tima kasih la plain ceta tmpt semua ni..dpt jgk cuci2 mata..huhu..aku menyakinimu plain..hehe..(yakiniku kembali)ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok yana, aku meyakinimu jua setelah kau me'yakiniku'... kakakaaa~ ;p

      Delete
  11. Dulu masa datang nak jumpa Gundam ni waktu dah nak sunset.. huhuhuu..
    Excited giler masa juma Gundam ni nasib baik tak boleh peluk kaki dia hahaha..
    Terkenang masa kanak2 dulu .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... itulah, tak boleh nak naik ke plate tapak gundam tu, kalau depa bagi naik nanti maybe ada orang yang tak bertanggungjawab pi conteng pulak kaki gundam tu, tulis "*** was here" ka, "i am a gundam fan" ka, kan?... hahah ;3

      Delete
  12. Area Roppongi ni aku tau sebab ada mention dalam komik Shin Chan dulu. Haha. Anyway, Jepun punya taksub dengan robot ni, ada kawan aku cerita sebab ada kaitan dengan larangan terhadap Jepun untuk membesarkan rejimen askar infantri mereka selepas perang dunia kedua. Akibatnya mereka bertumpu kepada pembinaan robot unjuk mengelak dari larangan ini. Tapi macam karut je teori ni. Sebab member aku ni mudah percaya dengan teori konspirasi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakaka... tudiak, teori konspirasi sakan aih...

      Delete
  13. Ohooiiii....gile la best!!! Aku pn peminat Gundam jugak! Dah lama pasang angan2 nak ke Jepun....huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee PH, nanti hang pi sana jangan lupa singgah makan kat Sumiyakiya sekali ;3

      Delete
  14. uiks...owner kedai tu Malaysian ker??gigih dia operate kedai kat sana selama 18 tahun...no wonder Tun M pun datang singgah makan kat sana...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owner kedai ni ialah Mr. Roger Diaz, a non-muslim yang telah mendapatkan sijil HALAL untuk kedai ni dari Malaysia Halal Corporation Co. di Tokyo, yang diketuai oleh encik Akmal Abu Hassan, a Malaysian Muslim. Sumber daging dan bahan2 yang dibekalkan untuk kedai ni dipastikan datangnya dari sumber yang halal ^^

      http://en.alukah.net/World_Muslims/0/1722/

      Delete
  15. This website was... how do you say it? Relevant!!
    Finally I have found something which helped me.
    Many thanks!

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)